Anda di halaman 1dari 1

Semut dan Merpati

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta
bijaksana. Penjaga detik yang patuh pada waktu serta kepada guru-guru
dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya ingin
menyampaikan sebuah cerita yang boleh dijadikan pengajaran buat kita
semua. Cerita saya bertajuk “Semut dan Merpati”

Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai.
Tiba-tiba angin bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke dalam sungai.
Semut yang malang itu terkapai-kapai di dalam air.

Dia rasa tentunya akan mati lemas. Seekor burung merpati


berehat di pokok berdekatan dan ternampak apa yang berlaku. Dengan
pantas, dia memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan
air berhampiran semut.

Semut memanjat ke atas daun itu. Akhirnya, dia hanyut ke tebing


sungai dengan selamat. Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya
akan menolongmu suatu hari nanti."

Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu


untuk memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas
pokok. Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu
mengarahkan busur dan anaknya ke arah burung merpati itu.Semut
ternampak segalanya. Dia teringat burung merpati itu pernah
menolongnya.

Dengan pantas, semut mengingit kaki pemburu. Dia melompat


kesakitan dan anak panahnya terlepas sasaran. Apabila terdengar
jeritan kesakitan pemburu itu, burung merpati pun terbang pergi. "Terima
kasih, semut," kata burung merpati itu. "Kali ini, kamu telah menolong
saya."

Demikianlah cerita semut dan merpati. Oleh itu, kita haruslah


menolong orang yang berada dalam kesusahan kerana kita juga pasti
ditolong apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Sekian sahaja cerita
saya, sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai