Anda di halaman 1dari 16

KERTAS KERJA PELAKSANAAN DEMOSTRASI DAN PROSEDUR PERMAINAN KECIL PENDIDIKAN JASMANI

1.0

PENGENALAN Kesihatan dan kecergasan adalah di antara keperluan asas bagi pencapaian

kejayaan dan kesejahteraan dalam segala kegiatan hidup seseorang setiap hari untuk sepanjang hayat. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah berteraskan pemupukan kefahaman, nilai dan amalan tentang gaya hidup yang sihat dan cergas, terutama sekali keperluan dan masalah berkaitan dengan kesihatan dan kecergasan remaja. Ini termasuk pengetahuan tentang proses pertumbuhan dan perkembangan pesat remaja, kefahaman tentang kesihatan jasmani, mental dan emosi mereka, serta kemahirankemahiran bagi memelihara dan meningkatkan lagi taraf kesihatan dan kecergasan diri. Perhatian akan diberi kepada pengaruh luar, khususnya pengaruh daripada keluarga rakan sebaya dan keadaan alam sekitar, serta isu-isu yang timbul hasil daripada interaksi dengan pengaruh-pengaruh ini. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan memberi pelajar peluang menyedari akan keadaan dirinya, membuat penyesuaian terhadap masalah-masalah lokomotor seperti koordinasi anggota badan, demi untuk memupuk keyakinan diri. Kegiatan-kegiatan jasmani yang dicadangkan akan membantu memudahkan proses sosialisasi dengan memberi pelajar peluang berinteraksi di antara satu sama lain, dan berinteraksi dalam masyarakat di sekolah serta di komuniti. Permainan kanak-kanak terdiri daripada empat kategori iaitu pemukul & pemadang, sasaran, jaring & dinding dan serangan. Dalam permainan kanak-kanak, murid-murid dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran dalam permainan asas seperti kriket, boling, badminton, skuasy, bola sepak dan sebagainya. Selain itu muridmurid juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam sesuatu permainan selain dapat menjadi lebih kreatif, meningkatkan kesihatan, dapat fokus terhadap sesuatu
1

perkara, merangsang otak kiri untuk membuat keputusan dengan cepat dan banyak lagi faedah lain yang boleh kita perolehi melalui permainan kanak-kanak ini. Melalui permainan kanak-kanak juga kita dapat mengeluarkan idea yang bernas dan kreatif untuk mencipta sesuatu permainan yang baru dan dapat memanipulasi sesuatu alatan itu kepada suatu permainan yang baru yang lebih menarik. 2.0 TAJUK Kategori : Jaring & Dinding Nama permainan : Mini Skuasy 3.0 MATLAMAT

Matlamat utama mempelajari permainan kanak-kanak ini ialah :1. Memupuk semangat kesukanan dalam diri guru pelatih.
2. Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial setiap individu

mencapai pembangunan yang optimum dan memberi sumbangan kepada masyarakat. 3. Meningkatkan kecergasan jasmani keseluruhan murid supaya mereka boleh melakukan kerja-kerja hariannya dengan cekap dan kreatif. 4. Memberi keyakinan diri kepada setiap guru pelatih untuk mengajar Pendidikan Jasmani dengan menarik dan kreatif pada masa kelak. 5. Membantu guru pelatih untuk mencapai pertumbuhan sosial dan kemanusiaan dalam diri. 6. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dalam permainan. 7. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. 8. Menguasai konsep aktiviti permainan kanak-kanak mengikut kemampuan diri. 9. Membentuk keputusan bijak mengikut keadaan persekitaran dalam kehidupan.

4.0

OBJEKTIF 1. Memberikan pengetahuan dan pendedahan tentang cara melakukan aktiviti permainan kanak-kanak serta cara-cara mengaplikasikan dalam kurikulum PJK sekolah. 2. 3. Membantu para guru pelatih membezakan model dan kategori permainan Menginterpretasikan bahan kurikulum yang relevan bagi aktiviti permainan kanak-kanak. kanak-kanak untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kurikulum PJK sekolah. 4. 5. 6.
7.

Membolehkan pelajar menghayati dan mengamalkan nilai murni semasa Memupuk etika kerjasama sesama pelajar bagi menghasilkan suasana Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan dan kecergasan serta Membantu dalam mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan

menjalankan aktiviti permainan sesama murid. konduksif. membentuk sahsiah dan disiplin diri individu. keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. 5.0 BUTIRAN PERTANDINGAN 5.1 Tarikh
2 Oktober 2012

5.2

Masa
7.45 pagi 1.15 petang

5.3

Tempat Gelanggang tenis IPGKRM

6.0

KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahap dua (Darjah 4, 5 dan 6)

Aktiviti ini sesuai dilakukan untuk tahap dua kerana mereka lebih mahir dengan kemahiran-kemahiran asas permainan yang selaras dengan kemampuan fizikal dan bentuk badan mereka. Permainan ini dirancang untuk menguji kecergasan, kemahiran dan kecerdasan psikomotor pelajar dalam melakukan serangan atau pukulan untuk mengumpul mata. 7.0 BILANGAN PESERTA Bilangan peserta seramai 6 orang dan dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang pemain bagi setiap kumpulan. 8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI 8.1 Jawatan Kuasa Kerja Pembimbing Permainan AJK Peralatan AJK Kawalan Peserta AJK Pemarkahan/ Masa 8.2 : Mohd Sari Hidayat bin Mohammad Isa : Amirul Haizat Khair bin Sahrom : Nur Salwana binti Russeli : Izzah Masnizah binti Md.Zin

Senarai Semak Permainan 8.2.1 Sebelum permainan 1. Tempat perlaksanaan permainan tidak digunakan oleh pihak lain sebelum aktiviti permainan dijalankan. 2. Tempat permainan adalah bersih dan selamat digunakan.
3. Semua peserta permainan berada di gelanggang tenis sebelum

7.45 pagi dan berpakaian sukan yang kemas.

4. Sebelum aktiviti permainan dimulakan, peserta melakukan aktiviti memanaskan badan. 8.2.2 Semasa permainan 1. Semua peserta permainan haruslah memahami peraturan. 2. Peserta permainan berada dalam kedudukan masing-masing dan sedia menerima arahan permainan. 3. Peserta permainan perlu peka terhadap persekitaran permainan. 4. Pastikan bilangan ahli pemain mencukupi dalam setiap kumpulan. 5. Semua peralatan dibahagikan secara sama.
6. Pencatat markah sentiasa peka terhadap markah dan masa

permainan. 8.2.3 Selepas permainan 1. Semua peralatan dikumpulkan di satu tempat. 2. Peserta permainan dikumpulkan di tengah kawasan mengikut kumpulan supaya keputusan senang disampaikan. 3. Pastikan tiada ahli kumpulan yang cedera semasa aktiviti permainan dijalankan. 8.3 Senarai Peralatan Alatan yang diperlukan untuk permainan Mini Skuasy ialah: 1. 2.
3.

Bola tampar tape putih Jersi/ beep Kon Wisel

4. 5.

9.0

CARA BERMAIN
1. Permainan ini menggunakan bola tampar dan tangan dimana tangan

digunakan sebagai alat pemukul atau raket.


2. Terdapat 2 orang pemain bagi setiap pasukan di mana seorang lelaki dan

seorang perempuan. Mereka secara automatik menjadi pasangan beregu campuran.


3. 3 orang pemain diletakkan di posisi masing-masing iaitu 1 orang pemain

akan membuat servis dalam petak servis yang disediakan.


4. Permainan akan dimulakan di kawasan tengah padang dengan membuat

lambungan duit syiling.


5. Pemain boleh berada dmana-mana bahagian kawasan gelanggang ketika

perlawanan sedang berlangsung.


6. Empat orang pemain bagi setiap permaianan, dimana salah seorang

pemain akan mengambil bahagian masing-masing untuk memukul bola ke dinding hadapan kebahagian antara garisan putih atas dan bawah (tin). 7. Ketika dalam permainan, pemain harusmemukul bola sebelum bola melantun dua kali.Pemain boleh memukul terus tanpa menunggubola melantun. 8. Bola harus dipukul diantara garisan 'out' (atas)dan garisan 'tin' (bawah), jika bola terkeluar dari kedua-dua garisan ini, maka mata akandikutip oleh pemain lawan. Pungutan mata untuk permainan Mini Skuasy adalah 7.

10.0

PERATURAN PERMAINAN

1. Masa permainan ialah selama 5 minit. 2. Hanya 2 orang pemain dibenarkan masuk ke dalam gelanggang bagi

setiap pasukan. 3. Permainan hanya akan dimulakan selepas pengadil meniupkan wisel permulaan.
4. Pemain perlulah berada di kawasan masing-masing. Jika ada pemain

yang masuk ke dalam kawasan yang tidak boleh dimasuki, balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
5. Pemain hanya dibenarkan memukul bola menggunakan tangan sahaja.

Jika pemain memukul bola dengan menggunakan anggota badan selain tangan maka balingan percuma dan mata akan diberikan kepada pihak lawan.
6. Permainan dimulakan apabila pemain yang membuat servis akan

memulakan servis dipetak servis, memukul bola ke dinding dan melantunkan bola ke gelanggang lawan dibelakang 'short line'. 7. Jika pemain melakukan body contact atau kekasaran terhadap pihak lawan, pihak lawan akan mendapat balingan percuma.
8. Permainan akan tamat apabila pengadil meniupkan wisel penamat.

11.0

ASPEK KESELAMATAN 1. Pemain perlulah berada di kawasan masing-masing supaya tidak berlaku perebutan yang boleh mengakibatkan kecederaan. 2. Pemain tidak dibenarkan melakukan kekasaran atau body contact terhadap pemain lain. 3. Pemain tidak boleh melakukan blocking pada pemain lain.

12.0

JADUAL PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan secara liga. Jadual pertandingan adalah seperti di bawah:

Nama Ahli Kumpulan

Tan Zhi Wei & Jocelyn

Cheng Lin Fatt & Chai Li sia

Muhammad Alif Iqbal bin Mohd Noor & Haryaneh binti rahisin

Pihak Lawan Tan Zhi Wei & Jocelyn Cheng Lin Fatt & Chai Li sia Muhammad Alif Iqbal bin Mohd Noor & Haryaneh binti rahisin

13.0

PEMARKAHAN

Berikut merupakan borang skor markah.


Skor

Nama Ahli Kumpulan Tan Zhi Wei & Jocelyn Cheng Lin Fatt & Chai Li sia Muhammad Alif Iqbal bin Mohd Noor & Haryaneh binti rahisin

Perlawanan Menang Kalah

Jumlah jaringan

Mata

Kedudukan

10

14.0

UKURAN PADANG PERMAINAN 5 meter

Dinding

1.6 meter

0.4 meter

gelanggang skuasygelanggang skuasy

3 meter

2 meter Bola 2.5 meter 1 meter

Peserta B

Regu A
11

Regu B

15.0

RUMUSAN Pendidikan jasmani adalah satu bidang yang selalunya diabaikan oleh pihak

sekolah, terutamanya kepada murid darjah enam. Pihak sekolah tidak seharusnya mengukur pencapaian murid dalam bidang akademik sahaja. Sememangnya pendidikan jasmani juga adalah penting dan dapat memperkembangkan kemahiran motor murid-murid. Bukan itu sahaja, pendidikan jasmani juga dapat membina keyakinan diri murid-murid. Jika murid-murid berjaya membaling bola tepat ke sasaran atau menjaringkan gold an sebagainya, maka ia akan dapat menambahkan keyakinan diri mereka. Selain itu, pendidikan jasmani juga dapat meningkatkan kecergasan dan pembangunan mental dari segi kognitif dan afektif. Dalam tempoh melaksanakan kerja kursus ini, kami dapat mempelajari tentang apa itu permainan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, kami juga dapat menimba pengalaman dengan pelaksanaan demonstrasi permainan kanak-kanak tersebut. Kerja kursus ini juga telah memberi peluang kepada kami untuk meningkatkan kemahiran kami dalam mencuba beberapa permainan yang melibatkan keempat-empat kategori dalam Teaching Games For Understanding (TGFU). Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dengan mencuba beberapa permainan baru ini, sememangnya dapat menambahkan keyakinan diri kita. Pada mulanya kami telah melaksanakan pengelolaan permainan kanak-kanak atau TGFU yang kurang memuaskan tetapi setelah kerap kali kami mengulangi pengelolaan permainan yang telah kami rancang, kami menjadi lebih yakin dan berani untuk mengelolakan permainan tersebut dengan lebih baik. Ini juga telah mengajar kami bahawa kejayaan hanya akan datang jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya sebagai bakal seorang guru pendidikan jasmani perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dan mahir dalam bidang ini supaya dapat mengajar murid-murid ilmu tentang permainan kanak-kanak atau TGFU yang betul. Akhir kata, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada cik Hapidah binti Abd. Razak yang telah bersusah-payah
12

mengajar kami. Ribuan terima kasih juga kepada ibu bapa kami yang selalu memberi semangat dan nasihat kepada kami serta ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang telah banyak membantu kami sepanjang tempoh melaksanakan kerja kursus ini.

13

BIBLIOGRAFI Buku Rujukan Abdul Hafidz Hj. Omar, Hussian Ayon & Zalawati Sufian, (2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Helen Ten H.B. (1992). Pengajaran Pendidikan Jasmani Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Wee E.H. (1994). Pengajaran Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

14

Lampiran A Senarai peralatan permainan

Jersi/ Beep

Bola Tampar

15

Masking Tape

Wisel

16

Anda mungkin juga menyukai