Anda di halaman 1dari 5

Katak Yang Suka Berlagak

Basil ialah seekor katak yang besar. Ia tinggal di sebuah kolam bersama-sama

dengan katak-katak yang lain. Namun katak-katak lain lebih kecil daripadanya. Ini

menyebabkan Basil suka berlagak.

Ia menganggap dirinya paling hebat. “Lihat, akulah haiwan yang paling besar di

dalam kolam ini!” kata Basil dengan sombongnya. Basil menganggap dirinya ketua.

Katak-katak lain dikerah mencai makanan untuknya.

Pada suatu hari, katak-katak itu tidak membawa makanan untuk Basil. “Tuan,

terdapat anjing yang besar di tepi kolam. Kami takut untuk keluar mencari makanan,”

kata salah seekor katak. “Apa, ada haiwan yang lebih besar daripada aku?” jerit Basil

dengan marah. “Betul, haiwan itu lebih besar daripada tuan!” jawab katak itu. Basil

berasa sungguh marah. Ia melompat ke atas batu yang besar di tepi kolam.

Kemudian dia menghirup udara dengan banyaknya. Perutnya mula kelihatan

menggelembung. “Lihat! Adakah haiwan itu lebih besar daripada aku?” Tanya Basil.

“Ya, haiwan itu lagi besar!” kata katak-katak itu. Basil semakin tidak puas hati.

Basil terus menghirup udara. Perutnya menjadi semakin besar, seperti sebiji

belon. Namun Basil masih tidak puas hati. Ia masih mahu kelihatan lebih besar

daripada anjing itu.

Ia terus menghirup udara. Tiba-tiba… “Bang!!” Bunyi yang kuat itu mengejutkan

katak-katak yang lain. Mereka melihat perut Basil pecah. Akhirnya Basil mati.
Anak Helang Dengan Ibunya

Jack ialah seekor anak helang yang sedang belajar terbang. Setiap hari ia

melihat ibunya terbang dengan cekap sekali. Ibunya berlari sambil mengepak-

gepakkan sayapnya. Kemudian ibunya terbang tinggi sehingga ke awan.

“Wah,hebatnya!” jerit Jack. Semua yang dilakukan kelihatan mudah. Jack pun

bercita-cita untuk terbang seperti ibunya. “Aku mesti banyak berlatih,” kata Jack.

Jack masih terlalu muda. Kaki dan sayapnya masih lemah. Ia cuba berlari dan

mengepak-ngepakkan sayapnya. Namun ia selalu terjatuh.

Jack tidak berputus asa. Ia bangun kembali dan mencuba lagi. Ia terus berlatih

sehingga ibunya pulang. “Jangan cepat mengalah! Cuba lagi. Lama-kelamaan kamu akan

pandai!” kata ibu Jack.

Pada keesokan pagi, Jack bangun lebih awal. Ia ingin belajar terbang lagi. Ia

juga ingin melihat ibunya terbang. Ibu Jack terbang tinggi sehingga ke puncak pokok.

Matanya tajam mencari sesuatu. Tiba-tiba ia terpandang seekor arnab.

Ia segera terbang turun lalu menangkap arnab itu. Pada petang itu. Ibu Jack

pulang membawa arnab yang ditangkapnya. “Ibu, saya pun ingin pergi mencari

makanan,” kata Jack. “Kamu mesti belajar terbang terlebih dahulu,” kata ibu Jack.

“Baiklah, ibu lihat saya terbang,” kata Jack. Jack pun berlari sambil mengepak-

ngepakkan sayapnya. Ia pun terbang dengan gembira.


Singa dan Tikus Kecil

Seekor singa sedang tidur dengan lelap di dalam hutan, dengan kepalanya yang

besar bersandar pada telapak kakinya. Seekor tikus kecil secara tidak sengaja

berjalan di dekatnya, dan setelah tikus itu sedar bahawa dia berjalan di depan seekor

singa yang tertidur, sang Tikus menjadi ketakutan dan berlari dengan cepat, tetapi

kerana ketakutan, sang Tikus malah berlari di atas hidung sang Singa yang sedang

tidur . Sang Singa menjadi terbangun dan dengan sangat marah menangkap makhluk

kecil itu dengan cakarnya yang sangat besar.

"Ampuni saya!" kata sang Tikus. "Tolong lepaskan saya dan suatu masa nanti

saya akan membalas kebaikanmu."

Singa menjadi tertawa dan merasa lucu apabila berfikir bahawa seekor tikus

kecil akan dapat membantunya. Tetapi dengan baik hati, akhirnya singa tersebut

melepaskan tikus kecil itu.

Suatu hari, ketika sang Singa mengintai mangsanya di dalam hutan, sang Singa

tertangkap oleh jala yang ditebarkan oleh pemburu. Kerana tidak dapat membebaskan

dirinya sendiri, sang Singa mengaum dengan marah ke seluruh hutan. Pada masa itu

sang Tikus yang pernah dilepaskannya mendengar ngauman itu dan dengan segera

menuju ke arah dimana sang Singa terjerat dalam jala.

Sang Tikus kemudian mencari sang Singa yang meronta-ronta berusaha

membebaskan diri dari jala yang menjeratnya. Sang Tikus kemudian berlari ke tali

besar yang menahan jala tersebut, dia lalu menggigit tali tersebut sampai putus

hingga akhirnya sang Singa dapat dibebaskan.


"Kamu tertawa ketika saya berkata akan membalas perbuatan baikmu," kata

sang Tikus. "Sekarang kamu lihat bahawa walaupun kecil, seekor tikus dapat juga

menolong seekor singa."

Sebab itulah kita tidak boleh pandang rendah pada orang lain. Setiap orang ada

kekuatan dan ada kelemahan masing-masing. Dan kebaikan hati selalu mendapat

balasan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai