Anda di halaman 1dari 6

Katak Yang Suka Berlagak

Basil ialah seekor katak yang besar. Ia tinggal di sebuah kolam bersama-sama dengan katakkatak yang lain. Namun katak-katak lain lebih kecil daripadanya. Ini menyebabkan Basil suka
berlagak.
Ia menganggap dirinya paling hebat. Lihat, akulah haiwan yang paling besar di dalam
kolam ini! kata Basil dengan sombongnya. Basil menganggap dirinya ketua. Katak-katak
lain dikerah mencai makanan untuknya.
Pada suatu hari, katak-katak itu tidak membawa makanan untuk Basil. Tuan, terdapat
anjing yang besar di tepi kolam. Kami takut untuk keluar mencari makanan, kata salah
seekor katak. Apa, ada haiwan yang lebih besar daripada aku? jerit Basil dengan marah.
Betul, haiwan itu lebih besar daripada tuan! jawab katak itu. Basil berasa sungguh marah.
Ia melompat ke atas batu yang besar di tepi kolam.
Kemudian dia menghirup udara dengan banyaknya. Perutnya mula kelihatan
menggelembung. Lihat! Adakah haiwan itu lebih besar daripada aku? Tanya Basil. Ya,
haiwan itu lagi besar! kata katak-katak itu. Basil semakin tidak puas hati.
Basil terus menghirup udara. Perutnya menjadi semakin besar, seperti sebiji belon. Namun
Basil masih tidak puas hati. Ia masih mahu kelihatan lebih besar daripada anjing itu.
Ia terus menghirup udara. Tiba-tiba Bang!! Bunyi yang kuat itu mengejutkan katak-katak
yang lain. Mereka melihat perut Basil pecah. Akhirnya Basil mati.

Anak Helang Dengan Ibunya


-------------------------------Jack ialah seekor anak helang yang sedang belajar terbang. Setiap hari ia melihat ibunya
terbang dengan cekap sekali. Ibunya berlari sambil mengepak-gepakkan sayapnya.
Kemudian ibunya terbang tinggi sehingga kea wan.
Wah,hebatnya! jerit Jack. Semua yang dilakukan kelihatan mudah. Jack pun bercita-cita
untuk terbang seperti ibunya. Aku mesti banyak berlatih, kata Jack. Jack masih terlalu
muda. Kaki dan sayapnya masih lemah. Ia cuba berlari dan mengepak-ngepakkan sayapnya.
Namun ia selalu terjatuh.
Jack tidak berputus asa. Ia bangun kembali dan mencuba lagi. Ia terus berlatih sehingga
ibunya pulang. Jangan cepat mengalah! Cuba lagi. Lama-kelamaan kamu akan pandai!
kata ibu Jack.
Pada keesokan pagi, Jack bangun lebih awal. Ia ingin belajar terbang lagi. Ia juga ingin
melihat ibunya terbang. Ibu Jack terbang tinggi sehingga ke puncak pokok. Matanya tajam
mencari sesuatu. Tiba-tiba ia terpandang seekor arnab.
Ia segera terbang turun lalu menangkap arnab itu. Pada petang itu. Ibu Jack pulang
membawa arnab yang ditangkapnya. Ibu, saya pun ingin pergi mencari makanan, kata
Jack. Kamu mesti belajar terbang terlebih dahulu, kata ibu Jack. Baiklah, ibu lihat saya
terbang, kata Jack. Jack pun berlari sambil mengepak-ngepakkan sayapnya. Ia pun terbang
dengan gembira.

Arnab Yang Pemalas


Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai.
Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama.
Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba
musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi biarlah
saya berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya.
Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita ada
sarang, tentu kita tak akan basah begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab.
Pagi esok kita akan buat sarang, kata arnab lagi.
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. Lebih baik kita
pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab.
Kita masih ada banyak masa lagi.
Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat
sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana
tiada tempat berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok kita mesti
buat sarang.
Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak
menghiraukan rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.

Semut dan Merpati


Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai. Tiba-tiba angin bertiup
kencang. Semut itu terjatuh ke dalam sungai. Semut yang malang itu terkapai-kapai di
dalam air.
Dia rasa tentunya akan mati lemas. Seekor burung merpati berehat di pokok berdekatan dan
ternampak apa yang berlaku. Dengan pantas, dia memetik sehelai daun dan
menjatuhkannya ke permukaan air berhampiran semut.
Semut memanjat ke atas daun itu. Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai dengan selamat.
Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya akan menolongmu suatu hari
nanti."Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu untuk memburu
burung.
Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok. Dia mengeluarkan busur dan anak
panahnya. Pemburu mengarahkan busur dan anaknya ke arah burung merpati itu.Semut
ternampak segalanya. Dia teringat burung merpati itu pernah menolongnya.
Dengan pantas, semut mengingit kaki pemburu. Dia melompat kesakitan dan anak
panahnya terlepas sasaran. Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung
merpati pun terbang pergi. "Terima kasih, semut," kata burung merpati itu. "Kali ini, kamu
telah menolong saya."

Anda mungkin juga menyukai