Anda di halaman 1dari 9

7 Cerita Sebelum Tidur Untuk

Kanak-Kanak
1. Singa Dan Arnab
Highlighted

Sumber:
tale.siththan.org
Pada suatu hari, seekor singa yang sudah beberapa hari tidak makan ternampak
seekor arnab yang sedang tidur di bawah pokok. Singa tersebut berfikir,
“Akhirnya! Sesuatu yang lazat untuk aku makan!”.

Apabila menghampiri arnab tersebut, si singa ternampak pula seekor rusa yang
sedang lalu berhampirannya. Si singa pun berfikir, “Rusa ni nampak lebih
menyelerakan! Baik aku mengejarnya!”.

Si singa pun beralih arah dan meluru untuk membaham si rusa. Bunyi tersebut
membuatkan si arnab terbangun dan setelah menyedari apa yang sedang berlaku,
dia pun lari untuk menyorok daripada singa tersebut.

Malangnya bagi si singa, rusa tersebut juga berjaya lari dari pandangannya, lalu si
singa gagal menangkap rusa tersebut. Si singa berfikir dia masih ada si arnab tadi
untuk dijadikan makanan, akan tetapi arnab tadi pun sudah tiada!

Pengajaran: Jangan jadi tamak atau anda boleh kehilangan segalanya.

2. Semut Dengan Merpati

Sumbe
r: shortstoriesforkids.net
Pada suatu hari yang panas, seekor semut sedang mencari air untuk diminum.
Setelah lama berjalan, si semut pun terjumpa sebuah kolam.

Ketika hendak mengambil air dari kolam tersebut, si semut tergelincir dan terjatuh
ke dalam kolam! Seekor burung merpati yang sedang bertenggek di atas pokok ti
tepi kolam tersebut ternampak apa yang terjadi dan cepat-cepat menolong semut
tersebut dengan menghulurkannya sehelai daun supaya semut itu dapat panjat ke
atasnya.

Daun itu hanyut ke tebing sungai dan semut pun dapat naik ke tebing kolam. Pada
masa yang sama, seorang pemburu terlihat si burung merpati dan melemparkan
jeratnya ke arah merpati.

Si semut menggigit kaki si pemburu itu dan melepaskan jeratnya dan si merpati
berjaya terbang untuk menyelamatkan diri.

Pengajaran: Perbuatan baik akan dibalas baik juga.

3. Anjing Yang Tamak


Sumber:
tellmeastorymom.wordpress.com

Pada suatu hari, ada seekor anjing yang berasa amat bangga kerana telah mendapat
seketul tulang yang besar dari pasar. Ia menggonggong tulang itu sambil berlari ke
tempat yang selamat untuk memakan tulang itu.

Anjing tersebut sampai ke sebatang air sungai yang mempunyai air yang sangat
jernih. Ia mula berjalan dengan perlahan-lahan untuk menyeberangi sungai
tersebut. Tiba-tiba, ia ternampak bayangannya di dalam sungai yang jernih itu
memandang dirinya dan menyangka itu adalah anjing lain yang menggonggon
tulang juga!

Anjing itu berfikir tulang itu nampak lebih besar, jadi ia mahu mengambilnya.
Anjing itu pun membuka mulutnya untuk merampas tulang daripada “anjing lain”
itu, malangnya tulang tersebut jatuh ke dalam sungai dan dibawa pergi oleh arus
sungai. Bayangan anjing tersebut dalam sungai itu pun hilang.

Pengajaran: Jangan tamak dan bersyukur dengan apa yang ada.


4. Burung Gagak Yang Pandai

Sumber: backpackfullofquestions.com

Pada suatu hari yang panas terik, seekor burung gagak berasa sangat dahaga dan
ingin mencari air untuk diminum.

Setelah lama mencari air, burung gagak tersebut terjumpa sebuah botol berisi air.
Ia melihat ke dalam botol tersebut dan mendapati ia mempunyai air.

Walau bagaimanapun, kepala botol itu terlalu sempit untuk burung gagak tersebut
memasukkan mulut ke dalamnya. Setelah berfikir sebentar, burung gagak itu mula
mengambil batu yang kecil satu demi satu dan memasukkannya ke dalam botol
tersebut.

Lama-kelamaan, paras air di dalam botol tadi mula meninggi kerana ditolak oleh
ketulan batu tadi. Akhirnya, si burung gagak pun dapat meminum air tersebut.

Pengajaran: Usaha yang gigih dapat membuahkan hasil lumayan.

5. Pengembala Biri-Biri
Su
mber: cuemath.com

Pada suatu ketika dahulu, ada seorang budak yang bekerja sebagai pengembala
biri-biri. Setiap hari, dia akan membawa sekumpulan biri-biri ke lembah rumput
yang besar untuk makan.

Suatu hari, budak tersebut berasa bosan dan menjerit, “Tolong! Serigala! Serigala
memakan biri-biri!”. Penduduk kampung terdengar jeritannya dan segera bergegas
untuk menolong. Budak tersebut ketawa sahaja kerana menganggapnya lucu.

Penduduk kampung memberi amaran untuk tidak bergurau seperti itu lagi.
Keesokan harinya, ketika biri-birinya sedang makan, budak tersebut sekali lagi
bergurau dengan menjerit “Tolong! Serigala!”, dan sekali lagi penduduk kampung
bergegas untuk menolong. Tetapi budak tersebut hanya mentertawakan mereka.

Penduduk kampung berasa sangat marah. Suatu hari, ketika kambing biri-birinya
sedang makan, seekor serigala muncul dan membaham beberapa ekor biri-biri!

Budak tersebut menjerit, “Tolong! Serigala!” tetapi tiada satu penduduk pun yang
muncul kerana menganggap budak itu sedang menipu lagi.

Pengajaran: Jangan menipu kerana orang tidak akan percaya lagi walaupun
bercakap benar.
6. Batu Besar Di Atas Jalan

Sumber: shortstoriesforkids.net

Suatu ketika dahulu, seorang raja di sebuah negeri memerintahkan pekerja-


pekerjanya untuk meletakkan satu batu besar di atas jalan.

Setelah batu itu diletakkan, raja tersebut bersembunyi ditepi jalan untuk melihat
siapa yang akan menolong mengalihkan batu besar tersebut.

Golongan orang kaya dan pedagang yang lalu tidak melakukan apa-apa untuk
mengalihkannya, sebaliknya hanya melihat dan mengadu tentang keadaan tersebut
dan menyalahkan raja negeri itu kerana tidak membuat apa-apa.

Selepas beberapa ketika, seorang petani yang miskin yang sedang membawa beban
di atas bahunya berhenti dan bertungkus lumus untuk menolak batu besar tersebut
untuk memudahkan orang lain berjalan di atasnya.
Kemudian dia ternampak satu beg kecil di mana batu tadi berada, dan mendapati di
dalamnya mempunyai syiling emas dan nota daripada raja tadi yang menyatakan
emas tersebut adalah pemilik sesiapa yang menolong mengalihkan batu tersebut.

Pengajaran: Halangan di jalan dapat membantu kita menjadi lebih baik dan
menolong sesiapa akan dibalas dengan sesuatu yang lumayan.

7. Arnab Dan Kura-Kura

Sumber: shorstoriesforkids.net

Pada zaman dahulu di sebuah rimba, tinggal beberapa jenis haiwan termasuk arnab
dan kura-kura. Si arnab sering berlari ke sana-sini dengan laju dan mengejek kura-
kura kerana terlalu lembap! Si kura-kura berkata, “Memang betul aku lembap!
Tapi aku ingin mencabar kau untuk berlumba!”.

Si arnab setelah mendengar cabaran kura-kura itu mula ketawa terbahak-bahak


dengan kuat. Haiwan-haiwan lain terdengar ketawa si arnab itu dan bertanyakan
kenapa dan si arnab pun menerangkan kepada mereka.

Mereka bersetuju untuk melihat perlumbaan tersebut dan menjadi saksi kepada
pemenangnya. Malam itu kura-kura tidur awal untuk mendapatkan rehat yang
cukup, manakala si arnab yang terlebih yakin itu terus bermain-main dan tidur
lewat.
Keesokan harinya setelah perlumbaan bermula, si arnab lari dengan pantas dan
berasa penat, lalu berehat di bawah pokok kerana yakin dia akan menang dan si
kura-kura tidak akan mengatasinya.

Sementara si arnab tidur nyenyak, kura-kura yang berjalan itu, walaupun perlahan,
tetapi tidak berhenti dan berjaya melepasi arnab yang masih tidur di bawah pokok.

Selepas beberapa ketika, si arnab terjaga dan menyedari bahawa dia tertidur terlalu
lama dan si kura-kura hampir ke garisan tamat!

Si arnab pun cepat-cepat berlari tetapi sering terlanggar batu-bata, pokok, dan
macam-macam lagi, dan akhirnya kura-kura pun berjaya melintasi garisan penamat
sebelum si arnab dan memenangi perlumbaan tersebut.

Pengajaran: Jangan angkuh dengan bakat sendiri dan mengejek kelemahan orang
lain.

Cerita-cerita yang disebutkan di atas tadi amat popular bukan sahaja sebagai cerita
dongeng melayu, tetapi ia juga menjadi cerita-cerita yang selalu digunakan
diseluruh pelosok dunia sebagai cerita sebelum tidur untuk kanak-kanak.

Melalui cerita-cerita ini juga, Mommy boleh mengajar anak-anak membaca buku.

Semoga anak-anak Mommy seronok mendengar cerita-cerita tersebut dan dapat


mengambil teladan

Anda mungkin juga menyukai