Anda di halaman 1dari 6

Selamat sejahtera, saya ucapkan kepada guru-guru dan rakan-rakan

sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “ Arnab dengan kura-
kura ”.

Pada suatu hari arnab berjumpa dengan kura-kura lalu mengejek


kura-kura.” Oh, kura-kura! Kamu tidak dapat pergi jauh!”

Kura-kura berasa sedih kerana diejek oleh arnab. Ia berkata, “


Marilah kita berlumba lari dan lihat siapa yang lebih pantas berlari.”

Arnab ketawa dan berkata,” kamu bergurau. Baiklah, kita lihat


siapa yang sampai terlebih dahulu ke sebelah bukit sana.” Arnab pun
berlari meninggalkan kura-kura. Kura-kura berjalan lambat.

Selepas berlari seketika, arnab berhenti untuk menunggu kura-


kura. Ia menunggu beberapa lama hingga berasa mengantuk. “ Biarlah
aku tidur dahulu,” fikir Arnab,” Kalau kura-kura sampai aku dapt
tinggalkan dia dengan mudah sahaja.” Arnab pun berbaring di bawah
pokok lalu tidur.

Kura-kura sampai ke tempat arnab tidur. Ia terus berjalan


perlahan-lahan sehingga sampai hamper kepada garisan penamat.
Ketika itu arnab terjaga daripada tidur lalu berlari pantas. Apabila
sampai ke garisan penamat ia dapati kura-kura sudah sampai terlebih
dahulu.

Kura-kura menang dalam perlumbaan itu.

Pengajaran cerita ini ialah buat sesuatu pekerjaan dengan tekun,


walaupun perlahan, akan sempurna akhirnya.

Sekian terima kasih.


Selamat sejahtera, saya ucapkan kepada guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah” Rubah dengan Kambing
yang dahaga”

Pada suatu petang yang panas, seekor rubah yang dahaga


sedang mencari air. Ia berjumpa sebuah telaga yang lama. Ia dapat
minum air telaga itiu tetapi ia tergelincir lalu jatuh ke dalam talaga.

Rubah cuba bersungguh-sungguh untuk keluar dari telaga itu


tetapi tidak Berjaya. Telaga itu dalam dan dindingnya terlalu tegak.
Tiba-tiba seekor kambing tiba dan menjenguk ke dalam telaga. Ia
bertanya,” Apa yang kamu buat di bawah sana?”

Rubah berfikir bagaimana caranya untuk kuluar dari dalam


telaga itu. Ia menjerit kepada kambing, “ Kamu akan tahu apabila
kamu turun dan minum air. Inilah air yang paling lazat yang pernah
saya minum!”

Kambing yang dahaga itu terus terjun ke dalam telaga. Ketika ia


minum air, rubah melompat ke atas belakangnya lalu melompat keluar
dari dalam telaga.

Rubah melihat kepada kambing yang susah hati lalu berkata, “


Sahabatku kambing, lain kali pastikan kamu melihat sekeliling barulah
melompat!”

Pengajaran cerita ini ialah jika kita tidak berfikir sebelum


berbuat sesuatu, kita akan mendapat susah.

Sekian terima kasih.


Selamat sejahtera, saya ucapkan kepada guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “ Singa dengan Tikus “

Pada suatu hari tikus masuk ke dalam gua tempat tinggal singa.
Oleh sebab keadaan di dalam gua itu gelap ia tidak nampak singa yang
sedang tidur. Ia terlanggar hidung singa menyebabkan singa terjaga.

Singa mengaum lalu menangkap tikus. Tikus sangat takut. Ia


merayu kepada singa, “ Hai, singa, raja bagai semua binatang,
janganlah makan saya. Pada sautu hari nanti saya boleh tolong
tuanku.”

Singa ketawa mendengar kata-kata tikus. Tikus yang kecil itu


tidak dapat menolongnya yang besar. Singa tidak mahu memakan
tikus yang kecil itu. “Pergi dari sini, jika kamu mahu selamat.”

Beberapa hari kemudian singa pergi memburu binatang. Tiba-


tiba ia terperangkap di dalam jerat pemburu. Ia mengaum kuat
apabila didapati ia terperangkap.

Tikus terdengar ngauman singa. Ia berlarike tempat singa untuk


melihat kejadian yang berlaku. Tikus dapati singa terjerat. Ia pun
mula menggigit jerat dengan giginya yang tajam. Akhirnya ia Berjaya
membuat lubang yang besar supaya singa dapat keluar dari dalam
jerat. Singa mengucapkan terima kasih kepada tikus.

Pengajaran cerita ini ialah kadang-kadang orang yang lemah


dapat menolong orang yang kuat.
Selamat sejahtera, saya ucapkan kepada guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “ Rusa Yang Bongkak “.a

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi
ke tepi kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga
melihat tanduknya yang cantik.

”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya.


Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus. ”Hai,
lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku
mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.

Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di


tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar
yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa
takut lalu berlari sekuat hati.

Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya


tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu
meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan
itu. Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing
semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat
menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit.

Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan


diri kerana ia boleh berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan
kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada
bahaya.

Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai
sesuatu yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak
seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik.
Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa
kebaikan.

Sekian terima kasih

Selamat sejahtera, saya ucapkan kepada guru-guru dan rakan-rakan


sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “ Semut dan Merpati”.

Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai.
Tiba-tiba angin bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke dalam sungai.
Semut yang malang itu terkapai-kapai di dalam air. Dia rasa tentunya
akan mati lemas. Seekor burung merpati berehat di pokok
berdekatan dan ternampak apa yang berlaku. Dengan pantas, dia
memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan air
berhampiran semut. Semut memanjat ke atas daun itu. 

Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai dengan selamat.

Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya akan menolongmu


suatu hari nanti."

Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu


untuk memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas
pokok. Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu
mengarahkan busur dan anaknya ke arah burung merpati itu. Semut
ternampak segalanya. Dia teringat burung merpati itu pernah
menolongnya. Dengan pantas, semut mengingit kaki pemburu. Dia
melompat kesakitan dan anak panahnya terlepas sasaran. Apabila
terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung merpati pun terbang
pergi. 

"Terima kasih, semut," kata burung merpati itu.


 "Kali ini, kamu telah menolong saya."
Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai