Anda di halaman 1dari 2

KISAH RUSA YANG BONGKAK

Selamat pagi dan selamat sejahtera, nama saya Azuwannizam A/L Awang. Saya akan
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Rusa Yang Bongkak.

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam
untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.

”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya.  Namun demikian, rusa itu tidak
suka pada kakinya yang kurus  ”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku.  Aku mahu
kakiku cantik juga.  Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,”
rungutnya.

            Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa
terdengar seekor anjing menyalak.  Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang
menuju ke tempat itu.  Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.

            Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada
dahan-dahan sebatang pokok yang rendah.  Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan
tanduknya daripada dahan-dahan itu.  Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran
salakan anjing semakin dekat.  Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat
menolongnya melepaskan diri.  Namun, tanduknya patahnya sedikit.

            Anjing pemburu semakin hampir.  Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh
berlari laju.  Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu
menyelamatkan dirinya daripada bahaya.

            Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang
buruk atau tidak berguna.  Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya
tidak lagi kelihatan begitu cantik.  Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak
semestinya membawa kebaikan.
Sekian , terima kasih

Anda mungkin juga menyukai