Anda di halaman 1dari 1

RUSA YANG BONGKAK

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi ke
tepi kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat
tanduknya yang cantik.
Oh, cantiknya tandukku! kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian,
rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus. Hai, lihatlah betapa
kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan
cantik dari kepala hingga hujung kaki, rungutnya.
Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa
terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu
sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat
hati.
Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut
pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta
untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu
bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat.
Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya
melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit.
Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia
boleh berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah
membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu
yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti
dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa
itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.

Anda mungkin juga menyukai