Anda di halaman 1dari 7

Arnab Dengan Buaya.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada barisan hakim,


guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan
cerita bertajuk Arnab Dengan Buaya.

        Di dalam sebuah hutan terdapat seekor arnab yang


cantik. Bulunya lebat dan lembut. Giginya tersusun rapi dan
putih berseri. Binatang-binatang lain selalu memuji kecantikan
gigi arnab itu. Lama-kelamaan, arnab itu menjadi semakin
sombong.

        Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai lalu


ternampak seekor buaya. Arnab berasa takut dan tidak berani
mendekati buaya itu.

        “Hai Arnab, cantik sungguh gigi kamu ! Kalau gigi aku juga


begitu cantik, pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya
itu. Arnab berasa gembira mendengar pujian itu.

“Bagaimana kamu menjaga kecantikan gigi kamu itu?”


Tanya buaya. Sambil tersenyum, arnab berkata, “Kamu mesti
banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.”

Kemudian, buaya mengangakan mulutnya. “Bolehkah kamu


tolong periksa gigiku?” Arnab pun menghampiri buaya untuk
memeriksa giginya. Tanpa berlengah, buaya terus menutup
mulutnya lalu menelan arnab itu. Tamatlah riwayat arnab yang
bergigi yang cantik tetapi pendek akal itu.

Kawan-kawan, janganlah kita sekali-kali percaya dan


terima kata-kata pujian orang asing. Sekian, terima kasih.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada barisan hakim, guru-guru serta
rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan cerita bertajuk Rusa yang
bongkak.

Sekian, terima kasih


Selamat sejahtera saya ucapkan kepada barisan hakim,
guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan
cerita bertajuk Gajah berlumba dengan landak.

Sekian, terima kasih.

Raja Rimba Dan Angkatan Tentera


Yang dihormati guru-guru, barisan hakim dan rakan-rakan
sekalian. Pada hari ini, saya akan bercerita tentang sebuah
kisah cerita yang bertajuk “Raja Rimba Dan Angkatan
Tentera”.

Pada suatu hari, Raja Rimba mengadakan mesyuarat untuk


memilih angkatan tenteranya. Semua haiwan perlu hadir ke
mesyuarat itu.

Raja rimba telah melantik Sang Gajah menjadi ketua angkatan


tentera. Sang Gajah turut dibantu oleh Sang Musang dan Sang
Monyet. Kemudian, tiba giliran Sang Arnab dan Sang Keldai
juga ingin menjadi tentera.

Tiba-tiba Sang Gajah berkata, “Sang Arnab dan Sang Keldai


tidak layak menyertai angkatan tetera ini. Sanga Arnab sangat
kecil manakala Sang Keldai pula penakut”.

Sang Arnab dan Sang Keldai berasa sedih mendengar ejekan


itu.

Raja Rimba sangat marah apabila mendengar kata-kata Sang


Gajah. Raja Rimba pun berkata, “Kamu tidak boleh bercakap
begitu, kerana, arnab boleh berlari dengan pantas. Jadi arnab
boleh menyampaikan pesanan dari satu tempat ke satu tempat
dengan cepat. Suara Sang Keldai pula, sangat lantang dan boleh
memanggil semua haiwan dihutan”.
Kesimpulannya, pengajaran dari cerita ini ialah, kita jangan
mudah memandang rendah terhadap orang lain, kerana setiap
orang mempunyai kelebihan diri masing-masing.

Sampai di sini sahaja cerita saya. Sekian terima kasih

Gagak yang haus

Yang dihormati guru-guru, barisan hakim dan rakan-rakan


sekalian. Pada hari ini, saya akan bercerita tentang sebuah kisah
cerita yang bertajuk “Gagak Yang Haus”.

Pada zaman dahulu, ada seekor gagak yang haus terbang ke


sana dan ke sini untuk mencari air. Namun, semua kolam, sungai dan
tasik sudah kering disebabkan oleh kemarau.

Tiba-tiba, gagak terjumpa sebuah tembikar yang berisi air.


Malangnya, air di dalam tembikar itu hanya separuh. Gagak tidak
minum kerana paruhnya pendek.

Gagak pun berfikir sebentar. Tidak lama kemudian, gagak


mendapat buah fikiran. Gagak pun segera mengutip dan mengumpul
batu-batu yang ada berhampirannya. Kemudian, gagak pun mengisi
batu-batu itu ke dalam tembikar.

Lama-kelamaan, air di dalam tembikar itu pun semakin banyak.


Akhirnya, gagak dapat minum air itu sepuas-puasnya.

Kesimpulannya, pengajaran dari cerita ini ialah, jika kita rajin


berusaha, pasti kita akan menemui kejayaan. Sampai di sini sahaja
cerita saya. Sekian, terima kasih.
Penggembala dan Serigala

Yang dihormati guru-guru, barisan hakim dan rakan-rakan


sekalian. Pada hari ini, saya akan bercerita tentang sebuah
kisah cerita yang bertajuk “Penggembala dan Serigala”.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai