Anda di halaman 1dari 3

TAJUK CERITA: SINGA YANG SOMBONG

NAMA PESERTA ; MUHAMMAD KHAIRIL KIFLIE (070517-12-0923)


SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN LOGONGON , NABAWAN.
____________________________________________________________
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang
besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya.

Banyak haiwan

yang telah menjadi mangsanya. Pada suatu hari, penghuni


mengadakan

satu

perjumpaan.

Mereka

berbincang

rimba telah

bagaimana

untuk

menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu.


Tiba-tiba Sang Kancil bangun bersuara.

Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin


lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu.
Oleh itu, marilah kita sama-sama berfikir bagaimana hendak

menewaskan

singa itu.
Ya, kami sedia membantu jawab haiwan lain.

Siapa ada cadangan, silakan! kata Sang Kancil.


Semua haiwan tunduk terdiam. Tiba-tiba Sang Tebuan bersuara.

Wahai kawan-kawan, aku hendak menawarkan diri untuk bertarung dengan


singa yang zalim itu.
Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Sang Tebuan.

Sang Tebuan berkata lagi

Wahai kawan-kawan !

selain aku, siapakah lagi

yang berani menawarkan diri untuk bertarung dengan singa itu?

Sang

Tebuan mencabar kawan-kawannya.


Masing-masing tunduk diam.

Sang kancil berkata lagi. Wahai Kawan-kawan ,oleh

kerana tidak ada

lagi

haiwan lain yang berani menawarkan diri untuk berlawan dengan Sang Singa
itu, marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.

Semua haiwan bersorak gembira sambil diikuti oleh tepukan gemuruh.


Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan
pertarungan antara Sang Tebuan

dan Sang

Singa .

Mereka tiba di suatu

tempat. Mereka ternampak Sang Singa masih tidur di bawah sepohon pokok.
Lalu Sang Tebuan terbang menghampiri Sang Singa.

Hei Sang Singa ! aku hendak mencabar engkau untuk berlawan denganku.
Engkau nak berlawan deganku? tanya Singa sambil ketawa.
Belum cuba belum tahu. Biarpun badan aku yang kecil, tetapi aku dapat
menewaskan kemalasanmu yang besar
Baiklah, kalau engkau berani, marilah Kata Sang Singa.
Dengan pantas, Sang Tebuan terbang mengelilingi
Singa

cuba

Sang Singa . Sang

menamparnampar Sang Tebuan tetapi tidak berjaya . Lama-

kelamaan Sang Singa menjadi letih. Sang Tebuan mengambil kesempatan ini
untuk memasuki lubang hidung Sang Singa itu lalu menyengat Sang Singa.
Singa itu meraung kesakitan.

Sang Singa cuba bersin beberapa kali

tetapi tidak berjaya mengeluarkan

Sang Tebuan . Lama-kelamaan sengatan

Sang Tebuan semakin sakit . Singa mati akhirnya kerana kesakitan yang amat
sangat. Semua haiwan bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian
Sang Tebuan .
Ingat kawan-kawan, orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang
yang kecil tidak semestinya lemah . Jika kita ingin berjaya kita mestilah
berusaha.
Sebelum saya mengundur diri mari kita fikirkan..... kecil jangan disangka
anak, besar jangan disangka bapa...akal yang cerdik dan semangat yang
kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal.
Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai