Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : SINGA YANG SOMBONG

Salam Sejahtera. Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim, guruguru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
Singa yang Sombong.
Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar,
dengar-dengarkan Yang terdengar fikir-fikirkan.
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan
kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi
mangsanya. Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan.
Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu.
Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. Wahai kawan-kawan, kehidupan kita
sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi
mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana
hendak menewaskan singa itu.
Ya, kami sedia membantu jawab haiwan yang lain. Siapa ada cadangan, silakan
kata Sang Kancil Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, Wahai kawan-kawan,
biarlah saya cuba menewaskan singa itu.
Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.Selain saya, siapakah
yang berani menawarkan diri, silakan. Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masingmasing tunduk diam. Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa,
marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita. Kata Sang Kancil

dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu. Pada keesokan
harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan antara Singa
dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah
pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.
Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku. Kata
Tebuan dengan berani. Engkau nak berlawan dengan aku? Tanya Singa itu sambil
ketawa. Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat,
aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar. Jawab Tebuan penuh
semangat.
Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata Singa. Dengan pantas, Tebuan terbang
mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak
berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini.
Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat
Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali
tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan
itu.
Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang
bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.
Ingat kawan-kawan,
1.

Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya

lemah.
2.

Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah

3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan....
kecik jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan
semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal..
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai