Anda di halaman 1dari 2

SINGA YANG SOMBONG

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang
besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak
haiwan yang telah menjadi mangsanya.
di rimba telah mengadakan satu

Pada suatu hari, semua haiwan

perjumpaan. Mereka berbincang

bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tibatiba Sang Kancil bangun dan bersuara.

Wahai

kawan-kawan,

kehidupan

kita

sekarang

semakin

terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi


mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama
berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu.
Ya, kami sedia membantu jawab haiwan yang lain.
Siapa ada cadangan, silakan kata Sang Kancil

Semua

terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara,


Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.
Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.

Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.


Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.
Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang
Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai
wira kita. Kata Sang Kancil

dan disambut dengan tepukan yang

gemuruh oleh penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua

penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan antara Singa dan


Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di
bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.
Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk
berlawan denganku. Kata Tebuan dengan berani. Engkau nak
berlawan dengan aku? Tanya Singa itu sambil ketawa. Belum cuba,
belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku
akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar. Jawab Tebuan
penuh semangat.
Kata Singa.

Baiklah, kalau engkau berani, marilah.


Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu.

Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya.


Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan
ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu.
Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.

Singa itu meraung

kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan


Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu.

Tidak lama

kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua


binatang

bersorak

kegembiraan.

Anda mungkin juga menyukai