Anda di halaman 1dari 4

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Salam sejahtera mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “Tebuan Yang Berani.”

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong.

Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut

kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.

Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu

perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa

yang ganas lagi sombong itu.

Tiba-tiba, Sang Kancil bangun dan bersuara. “Wahai kawan-kawan,

kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin

ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu,

marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa

itu.

“Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.

“Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil.

Semua terdiam.
Tiba-tiba, tebuan bersuara, “Wahai kawan-kawan, biarlah

saya cuba menewaskan singa itu.”

Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.

“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri,

silakan.” Tebuan mencabar kawan-kawannya.

Masing-masing tunduk diam.

“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa,

marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.”

Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh

penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar

untuk menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan.

Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di

bawah pokok.

Lalu, Tebuan pun terbang menghampiri Singa itu. “Hai, Singa

yang zalim! Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan

denganku.” kata Tebuan dengan berani.


“Engkau nak berlawan dengan aku?” kata Singa itu sambil ketawa.

“Belum cuba, belum tahu. Walaupun aku kecil, tapi dengan azam

yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar.” kata

Tebuan penuh semangat.

“Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa.

Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu

berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama-

kelamaan, Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini.

Dengan pantas, ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu lalu

menyengat Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu meraung

kesakitan, “Aduh, sakitnya!” Ia bersin beberapa kali tetapi tidak

berjaya mengeluarkan Tebuan itu. Semakin lama, semakin kuat gigitan

Tebuan itu.

Tidak lama kemudian, Singa itu pun mati kesakitan yang

amat sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka

menyanjung keberanian tebuan itu.

Sebelum mengundur diri, mari kita fikirkan.... kecil jangan

disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik


dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai