Anda di halaman 1dari 2

Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudara pengerusi majlis,

kombinasi intelektual kehakiman yang arif lagi bijaksana, seterusnya


hadirin yang dihormati sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera.

Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengatur bicara, izinkan saya


memperkenalkan diri. Nama diberi Mia Elyana A/P Jantan dari SK Lanai
akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa yang Sombong”.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang
besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Suatu hari, semua
haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang
bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu.

Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. “ Wahai kawan-kawan,


kehidupan kita sekarang semakin terancam. Oleh itu marilah kitasama-sama berfikir,
bagaimana hendak menewaskan singa itu.“ Ya, kami sedia membantu” jawab
haiwan yang lain.“ Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil. Semua
terdiam.

Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba


menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan
Tebuan. Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan
pertarungan antara Singa dan Tebuan. “ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku
mencabar engkau.” Kata Tebuan dengan berani.“ Engkau nak berlawan
dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa.

Tak payah lawanlah tebuan… nanti aku beri 20 ringgit atas


keberanian kau itu..Oooh kau cuba untuk merasuah aku ya … supaya
tidak menentang kezaliman kau itu. Tidak sama sekali, aku tak ingin duit
kau itu.

“ Belum cuba, belum tahu.” Jawab Tebuan penuh semangat. Dengan


pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk
menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama- kelamaan Singa itu menjadi
letih. Tebuan mengambil kesempatan ini lalu menyengat Singa itu dari
lubang hidungnya. Singa itu meraung kesakitan. Aduh…aduh… sakitnya. Semakin
lama, semakin kuat gigitan tebuan itu.Tidak lama kemudian, Singa itu pun mati
kesakitan kerana sengatan tebuan yang berbisa itu…

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita jangan memandang rendah kepada
orang lain dan  jangan cuba memberi rasuah agar perkara buruk tidak
berleluasa.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai