Anda di halaman 1dari 3

TAJUK: KISAH SI PENCURI LOCENG

NAMA: PREETY HONEY AK MEDICOL


SEKOLAH: SK HOLY NAME, LUNDU

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam perpaduan.

Terima kasih pengacara budiman,


Barisan hakim hadirin sekalian,
Dengarkan cerita saya sampaikan,
Kisah Si Pencuri Loceng tajuk pilihan.

Yang berkhayal sedar-sedarkan,


Yang terlena kejut-kejutkan,
Yang tersesat kembali ke pangkal jalan,
Dengar ya kawan-kawan…..

Encik Kamal seorang peniaga yang sangat kaya di Bandar Suria.


Rumahnya besar dan tersegam indah bagaikan sebuah istana. Hampir semua
perabot diperbuat daripada emas yang terbaik. Menurut orang ramai, di
halaman rumah Encik Kamal, tergantung sebuah loceng yang amat besar dan
bernilai. Loceng itu barang yang paling berharga di rumahnya kerana diperbuat
daripada emas dan kelihatan sangat cantik serta halus ukirannya.
Pada suatu hari, seorang pencuri berhasrat untuk mencuri loceng emas
Encik Kamal. Dia hendak membawa loceng itu ke rumahnya. Pada keesokan
harinya, Encik Kamal dan keluargnya pergi melancong ke luar Negara.
Pembantu-pembantu rumahnya juga mengambil cuti dan pulang ke kampung
masing-masing.
Si pencuri itu berasa gembira lalu berkata, “ha..ha..ha.. tiba masanya
untuk aku menjadi kaya. Aku akan mencuri loceng itu pada malam ini”. Dia pun
menyiapkan alatan seperti tukul besar, tali dan kain perca. Alat-alat itu
dimasukkan ke dalam sebuah beg. Apabila tengah malam tiba, si pencuri
memasuki rumah Encik Kamal secara senyap-senyap.
Si pencuri itu menghampiri loceng dan cuba memeluk loceng tersebut
dengan kedua-dua tangannya. Namun begitu, loceng itu terlalu besar dan
berat. Dia tidak berdaya mengangkat loceng itu walaupun dia menggunakan
seluruh tenaganya.
Tiba-tiba dia mendapat satu akal. Si pencuri itu mengeluarkan tukul
besar dari dalam begnya. Dia mahu memecahkan loceng itu dengan tukul
besar. Si pencuri itu mengangkat tukul lalu memukul loceng dengan kuat.
Tenggggggggggg…… Dia terkejut mendengar bunyi loceng itu lalu cepat-cepat
menyembunyikan diri. Dia takut penduduk Bandar Suria akan terjaga dari tidur.
Selepas agak lama menunggu, suasana di halaman rumah masih sunyi. Dia
berasa lega. “Nasib baik tidak ada orang yang terjaga,” fikirnya.
Hari sudah hampir subuh. Semua orang akan bangun daripada tidur. Si
pencuri berasa takut dan gelisah.
Tanpa berfikir panjang, dia memukul loceng berkali-kali tanpa henti. Si
pencuri tidak dapat menahan bunyi loceng yang sangat kuat itu. Dia pun
menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangannya. “Eh, bunyi loceng itu
tidak kedengaran lagi!” Si Pencuri itu berfikir bunyi loceng itu tidak akan
kedengaran jika dia menutup telinganya. Dia pun mengeluarkan dua helai kain
perca dari dalam begnya. Kain perca itu dibulat lalu disumbat ke dalam lubang
telinganya.
“Ha..ha.. sekarang dapatlah saya memukul loceng itu dengan senyap.” Si
pencuri itu terus memukul loceng. Tanpa disedari, loceng itu tidak pecah.
Tetapi bunyinya telah tersebar hingga mengejutkan penduduk sekitar Bandar
Suria. Akhirnya, beberapa orang jiran Encik Kamal terjaga daripada tidur dan
bergegas pergi ke rumah Encik Kamal. Mereka melihat seorang pencuri sedang
berusaha untuk mencuri loceng itu. Mereka pun terus menangkap pencuri itu.
Si pencuri amat terkejut dan berasa sangat takut. Dia menanggalkan kain
perca daripada lubang telinganya. Dia pun berkata tanpa bersalah,
“bagaimanakah kamu semua terjaga? Saya telah pun menyumbat telinga
saya.” Salah seorang jiran itu berkata, “wahai si pencuri, tidak ada orang
sebodoh kamu yang menggunakan cara begini untuk mencuri loceng!
Perbuatan kamu ini hanyalah menipu diri sendiri.” Si pencuri itu tunduk
dengan berasa kesal.
Rakan-rakan, pengajaran daripada cerita ini ialah, pertama, janganlah
kita melakukan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu amat keji. Kedua, kita
perlu merancang sesuatu perkara dengan teliti supaya mendapat hasil Sekian
sahaja, cerita daripada saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai