Anda di halaman 1dari 7

ANGSA YANG PINTAR

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengacara majlis, barisan
hakim yang arif lagi bijaksana, yang dihormati guru-guru dan rakan-rakan yang
dikasihi sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk ANGSA YANG PINTAR
Pada zaman dahulu, tinggal sekawan angsa putih yang besar. Setiap hari, angsaangsa ini akan mengikut tuan mereka ke sebatang sungai untuk berenang dan
bermain.
Pada suatu hari, tuan angsa terpaksa meninggalkan angsa-angsa di sungai itu
kerana perlu pulang ke rumah untuk menyelesaikan suatu perkara yang penting.
Sebaik sahaja tuan angsa meninggalkan tempat itu, datang pula seekor
serigala. Serigala itu berasa sungguh gembira apabila melihat begitu banyak angsa.
Serigala itu mendekati sungai itu sambil berfikir : aku boleh makan sepuas-puasnya
hari ini.
itu

"Tuan kita tiada di sini. Kita perlu mencari jalan untuk menghubungi tuan kita
dengan segera", kata angsa-angsa itu dengan perasaan cemas.

Pada masa itu, seekor angsa yang pintar berjalan di tebing sungai lalu
berkata, "Encik serigala,aku pernah terdengar khabar mengatakan kamu memiliki
suara yang sangat merdu. Sebelum aku menjadi makanan kamu, bolehkah aku
mendengar nyanyian kamu?".
Selepas mendengar kata-kata angsa itu, serigala berasa gembira lalu
berkata, "Tentulah boleh". Serigala itu terus menyanyi dengan kuat. Tuan angsa
yang mendengar jeritan serigala itu, bergegas lari ke sungai itu dengan membawa
sebatang kayu. Serigala itu segera memberhentikan nyanyiannya lalu melarikan diri
dari situ. Sekian, Terima Kasih.

SANG KAMBING YANG BIJAK

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengacara majlis, barisan
hakim yang arif lagi bijaksana, yang dihormati guru-guru dan rakan-rakan yang
dikasihi sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk SANG KAMBING YANG BIJAK

Seekor serigala yang kelaparan sedang mencari makanan di sebidang


padang yang luas. Tiba-tiba, Sang Serigala ternampak sekawan kambing
sedang meragut rumput di tepi padang. Sang Serigala segera menerkam
kawanan kambing tanpa ragu-ragu kerana terlalu lapar.
Anjing ternakan menyedari kawanan kambing diserang oleh Sang
Serigala dan mempertahankan keselamatan kambing-kambing tersebut. Sang
Serigala terpaksa melarikan diri demi keselamatannya. Dia meninggalkan tempat itu
dengan kecewa.
Sang Serigala terlantar di tepi sungai kerana mengalami cedera parah. Ia
berasa dahaga dan teringin sekali minum air. Tetapi Sang Serigala tidak
bermaya bangun untuk mendapatkan air. Pada ketika itu, seekor kambing
mendekati Sang Serigala yang sedang nyawa-nyawa ikan. Sang Serigala yang licik
segera mendapat akal.
Sang Serigala menunjukkan wajah hiba-hiba untuk mendapatkan bantuan
kambing itu. Hai, Sang Kambing yang dihormati, tolong dapatkan air untuk
saya, saya amat dahaga. Dengan bantuan kamu, barulah saya bermaya untuk
mencari makanan dan tidak mati kebuluran di sini, Sang Serigala meminta bantuan
daripada Sang Kambing.
Sang Kambing meninjau Sang Serigala dari jauh. Sang Kambing
menyedari
Sang
Serigala
itu
mengancam
nyawa
mereka
selama
ini. Kebanyakan ahli keluarganya terkorban dimakannya. Kalau saya membantu
kamu, maka saya akan jadi buruan kamu nanti. ujar Sang Kambing kepada Sang
Serigala lalu meninggalkan tempat itu. Sekian, Terima Kasih.

ANAI-ANAI DENGAN GERGASI

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengacara majlis, barisan
hakim yang arif lagi bijaksana, yang dihormati guru-guru dan rakan-rakan yang
dikasihi sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk ANAI-ANAI DENGAN GERGASI
Di sebuah busut, tinggal beribu-ribu ekor anai-anai. Anai-anai itu dipimpin oleh Raja
Anai-anai. Raja Anai-anai sangat adil. Baginda disayangi oleh rakyatnya.
Suatu hari, Raja Anai-anai ditangkap oleh gergasi. Ratu Anai-anai sangat sedih.
Beberapa
ekor
anai-anai
berusaha
menyelamatkan
raja
mereka.
" Aku akan membebaskan raja kamu jika kamu dapat membina sebuah istana.
Istana itu mesti disiapkan dalam masa sepuluh hari," kata gergasi itu.
Anai-anai itu pun pulang. Mereka memberitahukan permintaan tersebut kepada Ratu
Anai-anai.
"Sanggupkah
kalian
membina
istana
itu?"
tanya
Ratu
Anai-anai.
"Kami sanggup, tuanku," jawab semua anai-anai. Sejak hari itu, anai-anai mula
bekerja.
Mereka
memeras
keringat
siang
dan
malam.
Gergasi datang melihat anai-anai bekerja. Gergasi memandang rendah terhadap
mereka.
"Jangan melakukan kerja yang sia-sia. Tidak mungkin kamu dapat menyiapkan
istana
itu
dalam
masa
sepuluh
hari,"
katanya
sambil
ketawa.
Anai-anai tidak menghiraukan kata-kata gergasi itu. Mereka terus bekerja.
Pada hari kesepuluh, gergasi datang menemui Ratu Anai-anai. Alangkah terkejutnya
gergasi apabila melihat sebuah istana tersergam indah. Gergasi pun membebaskan
Raja Anai-anai seperti yang dijanjikan. Semua anai-anai berbesar hati. Berkat
kerajinan, mereka dapat menyelamatkan Raja Anai-anai. Sekian, Terima Kasih.

HARIMAU GUNUNG LEDANG

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengacara majlis, barisan
hakim yang arif lagi bijaksana, yang dihormati guru-guru dan rakan-rakan yang
dikasihi sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk HARIMAU GUNUNG LEDANG

Pada zaman dahulu, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika
harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya. Pada suatu
hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau yang dijaga
oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu
sangat marah.
Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang
telah dibaham itu, kata orang kaya itu dengan marah. Budak itu sangat susah hati.
Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini malang pula menimpa. Dia
bermenung di bawah sepohon pokok.
Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti,
kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba.
Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah
menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya,
seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau
itu.
Kamu pencuri bedebah mesti diajar! kata budak itu dengan berani. Harimau yang
besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.
Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau
tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat
mengeluarkan kukunya.
Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh
membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat
mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua
orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak

itu.
Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, Mulai
malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.
Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari
memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu
tiada lagi harimau datang membaham binatang ternakan di kawasan itu. Sekian,
Terima Kasih.

BERUK TUNGGAL
Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengacara majlis, barisan
hakim yang arif lagi bijaksana, yang dihormati guru-guru dan rakan-rakan yang
dikasihi sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk BERUK TUNGGAL
Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya
mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu. Di
tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan
setengah umur. Kerjanya bertani. Perempuan itu sangat inginkan seorang anak.
Pada suatu hari, dia minum air di sebuah tempurung. Selepas itu dia mengandung
lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan Beruk Tunggal.
Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi
tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang
padinya. Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi
amaran. Raja Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak
raja kayangan. Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku, kata Raja Tikus.
Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu? Tanya Beruk Tunggal. Hamba
akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas, kata Raja Tikus. Baiklah,
aku terima pemberian itu! kata Beruk Tunggal. Kemudian, segala tikus itu datang
membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal.
Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke
istana. Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja
menyampaikan juga permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya. Kahwin
dengan beruk? Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan. Hanya Puteri
Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal.
Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran
sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak
berdaya menyediakannya.
Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam itu,
ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal
pun mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana. Dia meminta
baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat mengelak. Puteri
Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal. Selepas itu baginda tidak mahu
mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu mengikut Beruk Tunggal tinggal
dipondoknya. Pada malam pertama, Puteri Bongsu menemui sarung beruk.
Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi seorang pemuda
yang kacak.
Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan
sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda, kata putera Raja
Kayangan. Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga

pondoknya bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah. Sekian,
Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai