Anda di halaman 1dari 8

MASYARAKAT SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Yang saya hormati, tuan pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi saksama,
barisan guru , rakan-rakan serta para hadirin sekalian.
Rakan-rakan, berdirinya saya, di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan
yang bertajuk 'masyarakat sepakat membawa berkat'.
Hadirin sekalian,
Masyarakat ialah komuniti terbesar di dalam kumpulan etnik yang berbagai-bagai
kaum di negera kita yang tercinta ini. menurut kamus dewan bahasa dan pustaka
edisi keenam, sepakat membawa maksud hidup bersatu padu dengan cara
muafakat dan bersatu hati membuat sebarang keputusan di dalam masyarakat.
berkat pula membawa maksud setiap usaha dan persetujuan yang dicapai akan
membawa kepada hasil yang baik dan memberi manfaat kepada masyarakat itu
sendiri.
Rakan-rakan,
"masyarakat sepakat membawa berkat" tidak dapat dipisahkan dengan peribahasa
yang berbunyi berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yang bererti sebagai
masyarakat yang bersatu padu mestilah sentiasa bersedia menolong jiran tetangga
serta komuniti di tempat tinggal kita yang dalam kesusahan. masyarakat yang
prihatin tidak mengira pangkat dan kedudukan akan sentiasa bersama-sama
membantu jirannya yang miskin dan susah, bagaikan aur dengan tebing yang saling
memerlukan. justeru itu, kehidupan juga akan lebih tenang dan dihargai oleh
masyarakat pada setiap masa.
Hadirin sekalian,
tahukah anda bahawa sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita juga
mestilah menghormati, memahami adat dan kebudayaan jiran serta rakan-rakan kita
yang berbilang kaum. apabila tiba musim perayaan, kunjung-mengunjung hendaklah
kita jadikan amalan. saling bermaafan sesama jiran dan rakan akan melahirkan
masyarakat yang harmoni dan tenteram sepanjang masa.
Penubuhan jawatan kebajikan dan keselamatan kampung atau jkk kampung amat
berguna untuk menjaga dan mengawal keselamatan kampung serta tempat tinggal.
kita juga seharusnya berterima kasih dengan adanya jkk kampung yang meronda
dan mengawal keselamatan di tempat tinggal kita pada setiap malam. amalan
sebegini adalah sikap terpuji masyarakat kita yang mempunyai rasa tanggungjawab
kepada komunitinya. hasilnya, keadaan dan keselamatan di tempat tinggal kita akan
terjamin dari anasir-anasir jahat yang cuba menceroboh tempat tinggal kita.

Kawan-kawan,
sukacitanya saya menyimpulkan di sini bahawa masyarakat muafakat membawa
berkat ialah masyarakat yang hidup bersatu padu, harmoni dan bertanggungjawab
akan melahirkan masyarakat yang aman, makmur dan sentosa setiap masa.
sekian terima kasih

KEBERSIHAN ASAS KEBAHAGIAN

Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan


Seri Indah, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan. Tajuk
syarahan saya pada pagi ini ialah "Kebersihan Asas Kebahagian".
Hadirin yang dihormati,
Kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan kita. Kita haruslah
menjaga kebersihan diri supaya kesihatan kita terjamin. Kita mestilah memberus gigi
dan mandi untuk membersihkan badan pada setiap hari. Selain itu, kuku yang
panjang hendaklah di potong. Kotoran dan penyakit tidak akan hinggap kepada diri
kita sekiranya kita sentiasa mengamalkan kebersihan diri.
Kita juga hendaklah sentiasa mandi apabila badan berpeluh dan kotor.
Contohnya setelah pulang dari sekolah, bermain dan sebagainya. Kuman yang
membawa penyakit mudah hinggap di badan kita jika badan kita kotor.
Di samping itu, kebersihan pakaian jangan kita abaikan . Baju dan seluar atau
kain yang dipakai hendaklah dibasuh dan dijemur. Badan kita tentu akan berasa
selesa jika memakai pakaian yang bersih. Orang lain juga suka bergaul dengan kita.
Kebersihan tempat tinggal juga hendaklah dititikberatkan. Apabila bangun
daripada tiidur, selimut hendaklah kita lipat. Bantal pula hendaklah disusun dengan
kemas di atas katil. Tingkap hendaklah dibuka supaya udara yang bersih dapat
masuk. Peralatan bilik dan bilik mandi janganlah dibiarkan bersepah.
Kesimpulan, sebagai seorang murid, kita haruslah menjaga kebersihan setiap
hari dan di mana-mana sahaja. Ingatlah, kebersihan bukan sahaja asas kebahagian
setiap orang dan keluarga, bahkan juga masyarakat. Sekian, terima kasih.

MENGISI MASA LAPANG DENGAN PERKARA YANG BERFAEDAH

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan pelajar serta
hadirin sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana memberi
peluang kepada saya untuk memberi syarahan pada hari ini.
Hadirin yang saya hormati sekalian
Tajuk syarahan saya ialah Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang
Berfaedah. Masa lapang tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ia perlu
diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Ada berbagai-bagai cara untuk mengisi masa lapang. Di antaranya ialah
melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum. Dengan cara itu ia dapat
menambahkan pengalaman serta ilmu pengetahuan.
Ada juga orang yang memilih membaca untuk mengisi masa lapang. Banyak
bahan bacaan yang dapat dibaca. Ia merupakan satu aktiviti yang paling berfaedah
untuk mengisi masa lapang.
Hadirin sekalian,
Contoh-contoh yang saya telah sebutkan tadi, mendatangkan faedah serta
keuntungan. Itulah antara beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai mengisi
masa lapang.
Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Saya sudahi dengan ucapan
terima kasih dan assalamualaikum.

MEMBAZIR ADALAH AMALAN YANG TIDAK BAIK

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru, rakanrakan dan hadirin sekalian. selamat sejahtera.Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah
Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik.
Hadirin sekalian,
Kata membazir bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu hingga
ada yang terbuang. Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan keburukan.
Misalnya jika kita terlalu boros berbelanja,kita tidak akan mempunyai wang ketika
kita benar-benar memerlukannya. Makanan yang dibeli secara berlebihan mungkin
tidak termakan dan akan dibuang.
Selain dari itu, membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah
satu pembaziran. Bagi seorang murid, masa itu adalah emas. Oleh sebab itu ,kita
hendaklah membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan perkaraperkara yang berfaedah.
Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik. Jika kita
membazir air dan elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk
membayar bil-bil berkenaan.
Pada musim kemarau pula,kita akan menghadapi masalah kekurangan air dan
terpaksa dicatu.
Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan
saya ini. Sebagai kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa membazir adalah
amalan yang tidak baik dan banyak mendatangkan keburukan kepada kita.
Sekian,terima kasih.

KEPENTINGAN MEMBACA

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru, rakanrakan dan hadirin sekalian. selamat sejahtera.
Tajuk syarahan saya ialah Kepentingan Membaca. Membaca adalah satu
amalan yang mulia. Membaca boleh memberi manfaat kepada kita semua. Melalui
pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai perkara. Contohnya melalui surat
khabar. Akhbar merupakan sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa
yang berlaku di seluruh dunia.
Saudara dan saudari sekalian,
Selain mendapat maklumat, membaca juga boleh mengisi masa lapang kita. Jika
kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak
terbuang begitu sahaja. Jadi, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan
perkara yang tidak berfaedah seperti bermain-main dan merayau-rayau di kedaikedai dan sebagainya.
Di samping itu, membaca boleh membaiki penguasaan bahasa kita.
Melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata.
Oleh itu, kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai amalan
hidup. Manusia yang suka membaca adalah manusia yang mempunyai banyak ilmu.
Sekian , saya sudahi syarahan saya dengan ucapan terima kasih.

MENJAGA ALAM SEKITAR

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana , guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya ialah Menjaga Alam Sekitar.
Hadirin hadirat sekalian,
Alam sekitar adalah suasana yang wujud di sekeliling kita. Ini termasuk bumi
yang kita pijak dan udara yang kita sedut. Semakin hari alam sekitar kita semakin
tercemar.
Antara faktor-faktor pencemaran ialah pengeluaran asap-asap kotor daripada
kenderaan dan kilang-kilang, sampah sarap yang sukar dihapuskan seperti
longgokkan besi buruk , sungai yang dipenuhi sampah dan bangkai binatang.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Hal, ini jelas membuktikan bahawa hidupan kita adalah terdedah kepada
bahaya pencemaran alam sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar
dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkannya. Sebagai
pengguna, kita hendaklah sama-sama mendisiplinkan diri dan menjaga kebersihan
alam sekitar.
Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan bahawa langkah serius
perlu diambil dengan segera dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap individu
perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih
menjamin kesihatan kita.
Sekian, terima kasih

PENTINGNYA ANAK-ANAK MENGHORMATI IBU BAPA

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, barisan hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat
sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah
syarahan yang bertajuk "Pentingnya anak-anak menghormati ibu bapa".
Hadirin sekalian,
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Merekalah orang yang
banyak berjasa kepada kita. Mereka mencurahkan kasih sayang sejak kita di dalam
kandungan lagi. Oleh itu, menghormati mereka dengan sepenuh hati merupakan
salah satu cara kita membalas jasa-jasa mereka.
Anak-anak perlu sedar bahawa ibu bapa banyak berkorban wang ringgit untuk
menyara dan memenuhi keperluan kita. Namun, mereka sekali-kali tidak pernah
merungut tentang kos untuk membesarkan kita selama ini. Betapa zalimnya jika kita
tidak menghargai jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh mereka kepada kita.
Hadirin sekalian,
Ibu bapa telah memberikan pendidikan agama, akhlak dan sahsiah kepada kita.
Mereka juga menjalankan tanggungjawab mereka dengan memberikan kita
pendidikan yang sempurna. Balaslah jasa mereka, apatah lagi apabila kita sudah
berjaya menggapai cita-cita.
Selain itu, ibu bapa juga merupakan insan yang paling rapat dengan kita. Sekiranya
kita mempunyai masalah, mereka akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya.
Oleh itu, sayangilah mereka kerana ibu bapa tiada galang gantinya di dunia ini.
Oleh yang demikian, kita perlulah sentiasa menghormati ibu bapa. Sebagai anak,
kita perlu mencari keberkatan di dunia dan akhirat. Semuanya dapat diperoleh
apabila kita mendapat restu daripada ibu bapa kita. Marilah kita bersama-sama
menghormati ibu bapa kita.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai