Anda di halaman 1dari 2

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL - ISU PEDAGOGI

ISU PEDAGOGI

Aktiviti instruksional atau pengajaran dan pembelajaran perlu diterapkan
berdasarkan teori pembelajaran yang bersesuaian. Justeru, peranan Pengetua dan
Guru Besar sebagai pemimpin instruksional amat penting bagi mendorong guru
memahami teori pembelajaran dan penyesuaiannya dengan kaedah dan teknik
pengajaran terkini yang akhirnya dapat mempertingkat kualiti pengajaran dan
pembelajaran murid.

Kounzes dan Posner (1990) menyatakan bahawa pemimpin akan mencapai tahap
yang terbaik apabila mereka dapat mencabar proses, mencetuskan visi yang
dikongsi bersama, berupaya menggerakkan orang lain untuk bertindak, menjadi
model serta pemandu jalan, bahkan mampu menggerakkan hati subordinat mereka
untuk bekerja. Pada masa yang sama, mereka harus meletakkan peranan secara
seimbang, bukan sahaja di dalam mengurus sekolah yang bersifat rutin dan
administratif, malah meluangkan masa yang saksama untuk menggerakkan dirinya
sebagai pemimpin instruksional.

Pemimpin perlu bertindak secara proaktif bagi menggerak dan meransang orang lain
untuk bertindak. Pemimpin mungkin memiliki segala idea besar atau wawasan
agung tetapi jika tindakan tidak diambil atau dilaksanakan, tiada apa yang boleh
dihasilkan. Beliau tidak akan menjadi seorang pemimpin yang berkesan.

Kepimpinan instruksional sering ditakrifkan sebagai adunan daripada pelbagai tugas
seperti pencerapan di bilik darjah, pembangunan staf dan pembangunan kurikulum
(Smith & Andrews, 1989). Peranan yang penting dan bermakna Pengetua dan Guru
Besar sebagai pemimpin instruksional perlu memberi tumpuan kepada arahan dan
tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara dan
mempertahankan perkara-perkara asas (basics),memanfaat dan mengoptimumkan
masa pengajaran dan pembelajaran, menyokong perkembangan staf yang
berterusan, merancang dan menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong
program dan aktiviti sekolah dan mencipta satu iklim integriti dan penambahbaikan
secara berterusan (Brewer, 2001).

Glickman (1985) pula mengelaskan lima tugas seorang pemimpin instruksional iaitu
sebagai pembimbing dan pembantu secara langsung kepada guru,
membangunkan kelompok, menggerakkan perkembangan staf,
membangunkan kurikulum dan meng gerakkan kajian tindakan. Schon (1989)
pula menekankan kepada konsep pencerapan rakan sejawat dengan memberi
tumpuan kepada sokongan, bimbingan dan galakan melalui pengajaran
reflektif sesama rakan guru, pengetua dan guru besar. Manakala Michael E.
Doyle dan Donna M. Rice (2002) menyatakan bahawa gelaran pemimpin
instruktional harus menterjemahkan perananan utama seseorang pengetua dan guru
besar sebagai pemimpin kecemerlangan pembelajaran.

Bagi mencapai hasrat ini, pemimpin instruksional perlu memahami dan menghayati
kemahiran-kemahiran yang kait-mengait yang menyumbang kepada keberkesanan
sesebuah sekolah iaitu kepimpinan yang mantap dan positif, pengharapan yang
tinggi, pemantauan kemajuan murid, tanggungjawab dan penglibatan murid dalam
kehidupan sekolah, ganjaran dan insentif, penglibatan ibu bapa di sekolah,
perancangan bersama dan pendekatan-pendekatan yang konsisten kepada murid
dan penekanan kepada aspek pencapaian akademik melalui satu kaedah penilaian
yang berterusan. Akhirnya, keberkesanan sekolah juga ditentukan oleh faktor guru
sebagai penyelidik dan pengkaji.

Anda mungkin juga menyukai