Anda di halaman 1dari 24

PGT 342 KEMAHIRAN KEPEMIMPINAN GURU

GURU:

PEMIMPIN INSTRUKSIONAL DI

SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH:

SHARRONE EMMAH ANAK SARAN (141230)


SENARAI KANDUNGAN…………….............................MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN...............................................1-2

2.0 PEMIMPIN DALAM BIDANG PENDIDIKAN................3-4

3.0 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL............................5-11

4.0 CIRI-CIRI GURU SEBAGAI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL....12-13

5.0 PERANAN GURU SEBAGAI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL…14-18

6.0 KEPENTINGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH 19

7.0 KESIMPULAN...................................................20

8.0 RUJUKAN.......................................................21
1.0 PENGENALAN KEPADA

KEPIMPINAN

Penulis tersohor John Calvin Maxwell pernah

mengungkapkan bahawa “Seorang pemimpin

adalah orang yang mengetahui jalan, melalui jalan

tersebut dan menunjukkan jalan itu untuk orang lain”.

Manakala, Menurut laman web kamus Dewan Bahasa d,an Pustaka (DBP),

‘pemimpin’ ditakrifkan sebagai orang yang memimpin.

Walaupun terdapat variasi dalam pendefinisian untuk seorang pemimpin,

umum mengetahui bahawa ciri-ciri seorang pemimpin yang baik adalah

terdiri daripada keperibadian yang jujur, terbuka, berkeyakinan, positif dan

memiliki kemahiran berkomunikasi yang sangat baik. Para pemimpin yang

memiliki ciri-ciri seperti yang dinyatakan di atas mampu menggerakkan

seluruh organisasi beliau dengan berjaya. Hal ini boleh dikira sebagai

kepemimpinan yang efektif.

Kepemimpinan yang efektif dapat dilihat dan diukur dari segi pencapaian

yang telah berjaya dilakukan oleh sesebuah organisasi. Setiap organisasi

sudah semestinya mempunyai objektif tersendiri yang ingin dicapai. Oleh itu,

kepemimpinan yang efektif mampu menjamin produktiviti organisasi

masing-masing dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan. (1)


Selain itu, kepemimpinan yang efektif turut mampu menggunakan

dan memanfaatkan sumber tenaga manusia yang dimiliki. Hal ini

dikatakan demikian kerana pembahagian tugas yang sistematik mampu

menjamin kelancaran sesuatu kerja sekali gus menjimatkan kos dalam

mengupah tenaga kerja yang kurang diperlukan. Dengan ini, produktiviti

dan bajet setiap organisasi adalah terkawal.

(2)
2.0 PEMIMPIN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Secara umumnya, dalam setiap struktur organisasi sekolah, Guru

Besar ataupun Pengetua merupakan individu yang berada di dalam

kedudukan hierarki yang paling tinggi dan diikuti oleh unit pentadbiran

yang terdiri daripada beberapa orang penolong kanan yang memegang

portfolio masing-masing dalam perihal pentadbiran (Penolong Kanan

Pentadbiran), perihal hal ehwal murid (Penolong Kanan HEM, PKHEM

)dan diikuti oleh perihal kokurikulum (Penolong Kanan Kokurikulum,

PKKK) dan seterusnya turun kepada para guru di sekolah.

Jika dilihat dari segi konteks kepemimpinan di sekolah, Guru Besar

ataupun Pengetua merupakan individu yang memainkan peranan yang

dominan dalam organisasi tersebut. Antara peranan dan tanggungjawab

yang perlu dilaksanakan oleh beliau bukan sahaja tertakluk kepada

pengurusan yang berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum sahaja

malah, beliau turut terlibat dalam pengurusan kewangan sekolah dan juga

urusan dengan mana-mana pihak luar seperti menghadiri mesyuarat di

Pejabat Pendidikan, Kementerian Pendidikan atau jabatan-jabatan

Pendidikan yang lain. Peranan guru besar atau pengetua dalam sesebuah

institusi sekolah amatlah penting kerana jatuh bangunnya sesebuah sekolah

itu adalah berdasarkan kualiti kepimpinan yang dimiliki oleh mereka (Davis

& Thomas 1989). (3)


Dari segi pengurusan bilik darjah, guru-guru biasa turut memainkan

peranan yang penting dalam memastikan kemenjadian modal insan di

sekolah. Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 amatlah berbeza dengan

pengajaran dan pembelajaran pada tahun 70-an. Kini, para guru bukan

sahaja memainkan peranan sebagai penyampai ilmu semata-mata. Hal ini

dikatakan demikian kerana guru pada masa ini berperanan sebagai

pemudah cara dan juga fasilitator dalam bilik darjah. Pernyataan ini

disokong oleh Barth (2001) yang menyatakan bahawa guru bertindak

sebagai agen perubahan seperti mana yang kita perhatikan kini bagaimana

seseorang guru itu mampu menyesuaikan cara pengajaran mereka sesuai

dengan tuntutan era globalisasi.

(4)
3.0 KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Berasal daripada pinjaman Bahasa Inggeris “instruct’ yang membawa

makna memberi arahan, kepimpinan instruksional boleh disimpulkan

sebagai kepimpinan berdasarkan teladan.

Hussein (1989) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai

usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan

inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses PdP dengan

tujuan menjayakan matlamat sekolah

Richardson (1989) pula memberikan pendapat beliau mengenai

kepimpinan instruksional dengan menyatakan bahawa kepimpinan

berbentuk instruksional adalah bertujuan untuk memimpin ke arah

pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional itu sebagai

keutamaan yang membolehkan kejayaan visi sesebuah sekolah. Oleh hal

yang demikian, kepimpinan instruksional dapat didefinisikan secara umum

sebagai kepimpinan berteraskan bimbingan, seliaan dan penilaian daripada

pihak atasan kepada subordinat mereka.

Dalam kepimpinan instruksional, terdapat beberapa model yang

menjadi rujukan utama iaitu (i) Model Weber (1996); (ii) Model Hallinger

(2000); dan (iii) Model Alig-Mielcarek (2003). Model-model ini telah

dikemukakan bagi mengkaji hubungan antara kepimpinan guru dan

impaknya terhadap prestasi pelajar di sekolah. (5)


3.1 MODEL WEBER (1996)

Pengasas model ini dikenali sebagai James Weber dan model ini

membincangkan tentang tenggungjawab pemimpin instruksional sebagai

pihak berwajib yang memainkan peranan secara dominan dalam menerajui

proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam model instruksional ini, konsep

yang diketengahkan adalah konsep kolaborasi di antara pengetua dalam hal

pengurusan terutamanya yang mana melibatkan perkongsian

kepemimpinan dan pengurusan.

Model ini merangkumi 5 dimensi yang terdiri daripada (i)

Pendefinisian misi sekolah; (ii) Pengurusan Kurikulum dan Pengajaran; (iii)

Menggalakkan Iklim Pembelajaran Positif; (iv) Memerhati dan

Meningkatkan Pengajaran; (v) Menilai Program Pengajaran.

• Visi dan misi sekolah dibina secara


kolaboratif oleh pemimpin instruksional
Mendefinisikan (Guru besar/Pengetua/ Guru) dengan
Misi Sekoah pihak berkepentingan cth; ahli PIBG,
pegawai pendidikan dan pihak KPM

• Pemimpin instruksional melakukan


pemantauan bilik darjah secara
Mengurus Kurikulum konsisten dengan menyediakan
& Pengajaran sumber dan sokongan yang
diperlukan bagi memastikan teknik
pengajaran yang efisien bagi
memacu pengajaran.
(6)
• Pemimpin instruksional menggalakan
iklim pembelajaran positif dengan
Menggalakkan Iklim memastikan penyampaian maklumat
Pembelajaran Positif yang telus, penetapan jangkaan yang
realistik dan mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif serta
teratur.

• Pemimpin instruksional akan


berusaha untuk
Memerhati dan meningkatkan kualiti
Meningkatkan Pengajaran pengajaran dengan mewujudkan
ppeluang pembangunan profesional
melalui usaha pencerapan.

• Pemimpin instruksional akan menilai


program pengajaran mereka bagi
Menilai Program menganalisi keberkesanan
kokurikulum.
Pengajaran

Sebagai kesimpulan, bagi menjayakan dimensi pertama, visi dan misi

sekolah hendaklah jelas dan difahami oleh komuniti sekolah tersebut. Hal

ini penting bagi memastikan guru, ibu bapa dan pelajar bersama-sama

mengembleng tenaga dan usaha untuk merealisasikannya.

Dimensi kedua pula menuntut penyelarasan dalam bidang kurikulum

agar serasi dengan misi sekolah bagi memastikan prestasi akademik ataupun

KPI pelajar adalah cemerlang.

(7)
Selain tu, dimensi yang menggalakkan iklim pembelajaran positif pula

menitikberatkan suasana, sokongan dan jangkaan positif bagi membolehkan

para pelajar dan juga pihak pentadbir sekolah seperti para guru melaksanakan

tugas masing-masing dengan lebih efisien.

Dimensi yang berkaitan dengan memerhati dan meningkatkan

pengajaran pula memerlukan saling percaya sesama guru bagi memudahkan

proses perkongsian kemahiran dan maklumat. Pengajaran dapat

ditingkatkan melalui penyertaan para guru dalam seminar, kursus ataupun

bengkel kemahiran. Dengan adanya peluang sebegini, para guru mampu

mengasah dan meningkatkan kemahiran mereka dalam mendidik para

pelajar.

Akhir sekali, dimensi yang menilai program pengajaran merujuk

kepada kepelbagaian penilaian yang harus dilakukan oleh para guru bagi

memastikan para pelajar mampu mencapai tahap penguasaan yang telah

ditetapkan sesuai dengan kemampuan mereka. Contoh penilaian yang sering

dilakukan adalah seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif yang

berperanan untuk menilai penguasaan pelajar terhadap sesuatu topik yang

telah dipelajari.

(8)
3.2 MODEL HALLINGER (2000)

Model ini merupakan model yang telah diubah suai berdasarkan model

instruksional sedia ada yang telah dibangunkan pada tahun 1985 oleh

Halilinger dan Murphy. Model ini memiliki 3 dimensi yang menjadi tunjang

utama kepada kepimpinan instruksional iaitu (i) Mentakrifkan Misi Sekolah;

(ii) Mengurus Program Instruksional; (iii) Membentuk Iklim Sekolah.

• Merangka
• Menyelia dan • Menjaga masa
Mentakrifkan Misi Sekolah

Mengurus Program Instruksional

Membentuk Iklim Sekolah


matlamat
sekolah menilai instruksional
instruksional
• Menggalakkan
perkembangan
profesional
• Menyampaika • Menyelaras
n matlamat kurikulum
• Mengekalkan
sekolah sokongan
pembelajaran
• Memantau
perkembanga • Menyediakan
n murid insentif kepada
guru

• Menyediakan
insentif kepada
murid

(9)
Dalam model Hallinger, dimensi mentakrifkan misi sekolah

mengandungi dua sub dimensi yang penting iaitu merangka dan

menyampaikan matlamat sekolah. Setiap model instruksi akan

mengetengahkan peranan pengetua ataupun guru besar sebagai pemimpin

instruksional. Demikian juga dengan dimensi ini yang menerangkan bahawa

pemimpin instruksional perlu menentukan misi dan hala tuju sekolah bagi

memastikan pencapaian ataupun kejayaan sekolah dapat diukur. Setiap misi

yang telah dicanangkan perlulah merangkumi matlamat kurikulum,

pencapaian akademik dan kemajuan sekolah secara holistik (Synder 1983).

Dimensi yang menyentuh tentang pengurusan program instruksional

pula terdiri daripada sub dimensi yang merupakan rangkuman terhadap

penterjemahan matlamat di dalam bilik darah. Dengan itu, dimensi ini

mementinkan kerjasama yang telus daripada para guru di dalam bilik darjah

bagi memantau perkembangan akdemik murid. Oleh itu, para guru akan

bertindak dalam mengumpul data pencapaian murid bagi memudahkan

penilaian prestasi.

Akhir sekali, dimensi membentuk iklim sekolah pula bertujuan bagi

mewujudkan motivasi ekstrinsik melalui pemberian insentif seperti

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang mampu memastikan para

guru dan pelajar gigih untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan

sekali gus membantu meningkatkan prestasi sekolah secara keseluruhan.

(10)
3.3 MODEL ALIG-MIELCAREK (2003)

Model instruksional Alig-Mielcarek adalah berdasarkan adaptasi

daripada model instruksional sedia ada seperti model instruksional

Hallinger & Murphy (1985), model instruksional Weber (1996) dan

kerangka kepimpinan Murphy (1990). Rumusan bagi model ini adalah

seperti yang berikut.

Kerjasama secara kolaboratif dalam komuniti sekolah adalah diperl


Setelah itu, matlamat yang telah ditentukan akan menjadi panduan
Mengenal pasti
dan menyebar
maklumat
bersama-sama

Mengawal dan
memberi Mementingkan peranan staf akademik dalam memberikan laporan
maklum balas
terhadap proses
pengajaran dan
pembelajaran

Mewujudkan Para guru dikehendaki untuk menganalisa pencapaian murid bagi m


pembangunan
profesional
sekolah secara
meluas

(11)
4.0 CIRI-CIRI GURU SEBAGAI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL

Sentiasa Bersedia Celik ICT

Bersifat terbuka Peka

Sebagi seorang pemimpin instruksional, seorang guru perlulah

sentiasa bersedia bukan sahaja dari segi fizikal semata-mata, malah, mereka

turut perlu bersedia dari segi mental dan emosional bagi menjamin

kompentensi mereka. Kini, silibus ataupun kurikulum untuk setiap mata

pelajaran boleh digubal pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, perubahan

PMR kepada PT3 telah sedikit sebanyak mempengaruhi situasi pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, pemimpin instruksional iaitu guru

besar dan guru perlulah bersedia untuk menempuh perubahan ini bagi

memastikan mereka mampu memberikan bimbingan yang sewajarnya

kepada murid-murid. (12)


Selain itu, seseorang guru sebagai pemimpin instruksional juga

perlulah celik dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Seorang

guru yang memiliki ciri ini mampu menjalankan kerja mereka dengan lebih

efisien kerana teknologi pada masa ini sememangnya membantu

mempermudahkan kerja guru dalam mengumpul, menyusun dan

menganalisis data. Tambahan pula, kini, majoriti pelajar adalah terdiri

dalam kalangan Generasi Z dan arif perihal teknologi. Tuntasnya,

penyampaian ilmu adalah lebih mudah dilakukan.

Di samping itu, guru sebagai pemimpin instruksional juga perlu

bersifat terbuka dalam menjalankan tugas mereka. Pemimpin yang bersifat

dan berfikiran terbuka sentiasa bersedia untuk mengajar dan diajar. Sifat

terbuka ini membolehkan perkongsian ilmu antara guru dengan guru dan

guru dengan pelajar berlaku dengan lancar. Melalui perkongsian ini, kedua-

dua pihak akan mendapat manfaat daripada ilmu yang telah dipelajari.

Akhir sekali, guru sebagai pemimpin instruksional juga perlu peka

terhadap perkembangan dunia pendidikan. Hal ini dikatakan demikian

kerana pemimpin yang peka akan sentiasa mencari dan mempraktikkan

kaedah penyampaian ilmu yang pelbagai bagi memastikan kaedah mengajar

mereka memenuhi keperluan setiap pelajar. Misalnya, sesetengah guru

mempraktikkan pembelajaran akses kendiri ataupun “autonomous learning”

di dalam bilik darjah mereka. (13)


5.0 PERANAN GURU SEBAGAI PEMIMPIN INSTRUKSIONAL

5.1 Membantu pelajar mencapai matlamat pencapaian akademik

yang telah ditentukan

Melalui penganalisisan data yang telah dilakukan, para guru boleh

membuat konklusi tentang kemampuan setiap pelajar mereka. Guru sebagai

pemimpin instruksional akan berusaha untuk membantu para pelajar

mereka meningkatkan prestasi mereka dengan menggunakan kaedah

pembelajaran yang sesuai ataupun menyediakan alat bantuan mengajar

yang senang difahami dan digunakan untuk membantu mereka

mencapai objektif pembelajaran pada setiap sesi pembelajaran dan

pengajaran yang dilakukan.

Melalui kepimpinan instruksional, guru perlulah mendidik para

pelajar mereka untuk menyenaraikan matlamat mereka sendiri. Inisiatif ini

boleh dilakukan dengan menggalakkan para pelajar untuk memiliki jurnal

mereka sendiri bagi membolehkan mereka memantau perkembangan

akademik mereka dari semasa ke semasa. Inisiatif ini juga menggalakkan

pembelajaran akses kendiri yang memberi autonomi kepada pelajar untuk

menentukan gaya pembelajaran yang sesuai untuk mereka selain daripada

pembelajaran di bilik darjah.

Sebagai kesimpulan, bagi memastikan kejayaan akademik pelajar,

setiap matlamat akademik yang telah ditetapkan perlulah dicapai selaras

dengan peruntukandan daripada setiap model kepimpinan instruksional. (14)


5.2 Memberi inspirasi, sokongan dan motivasi kepada guru dan pelajar

Sebagai ketua yang menerajui pentadbiran sekolah, guru besar

bertanggungjawab sebagai pembimbing kepada para guru dengan

memberikan inspirasi kepada mereka untuk melakukan tugas dengan baik

melalui kepimpinan berasaskan teladan.

Selain itu, sebagai pemimpin instruksional, guru besar dan juga guru

biasa turut berperanan dalam mewujudkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik

dalam diri pelajar. Motivasi dapat wujud dalam bentuk pemberian kata-kata

semangat ataupun berbentuk insentif seperti yang telah dinyatakan dalam

Model Hallinger (2000). Motivasi yang tinnggi adalah penting kerana

motivasi merupakan kecenderungan daripada diri seseorang yang dapat

mempengaruhi tingkah lakunya (Kamaruddin,1997). Oleh itu, sesi

pembelajaran dan pengajaran akan berjalan dengan lebih lancar sekiranya

ada rangsangan yang berterusan.

Di samping itu, sokongan daripada para guru terhadap para pelajar

turut penting. Pemimpin instruksional akan sentiasa bersedia untuk

membantu subordinat mereka dalam halangan yang dihadapi. Misalnya,

sesetengah pelajar mungkin memerlukan sokongan berbentuk kewangan

oleh itu, pihak pengurusan bolehlah mewujudkan inisiatif seperti

mewujudkan tabung derma ataupun menyediakan biasiswa bagi pelajar

berkenaan.

(15)
5.3 Menyelia hasil kerja dan pencapaian murid secara konsisten

Setiap sekolah sudah semestinya mementingkan pencapaian

akademik dalam setiap misi dan visi yang telah dicanangkan. Oleh itus, guru

sebagai pemimpin instruksional berperanan untuk menyelia dan memantau

pencapaian para pelajar dari semasa ke semasa.

Oleh itu, beberapa pentaksiran perlu dijalankan bagi memantau

perkembangan akademik para pelajar. Sebagai contoh, pentaksiran formatif

dan sumatif. Melalui pentaksiran formatif, para guru boleh mengetahui

tahap penguasaan para pelajar terhadap subtopik yang telah dipelajari

melalui ujian topikal. Manakala, pentaksiran sumatif membolehkan para

guru untuk memberikan gred keseluruhan kepada para pelajar sekali gus

mengetahui pencapaian mereka untuk tahap persekolahan tertentu.

Dengan cara ini, para guru dapat mengesan kelemahan dan

kebolehan para pelajar dalam topik yang mereka telah pelajari. Sekiranya

kelemahan pelajar telah dikenal pasti, para guru mampu merancang aktiviti

pengajaran yang bersesuaian dengan pemahaman para pelajar bagi

mengelakkan pelakar yang tercicir dalam pembelajaran mereka.

Pentaksiran yang dilakukan bukan sahaja untuk kebaikan para

pelajar tetapi, pentaksiran ini juga penting bagi mengetahui

keberkesanan pengajaran yang dilakukan oleh para guru bagi

memudahkan tindakan susulan yang sesuai. (16)


5.4 Mewujudkan budaya sekolah yang positif

Sekiranya para guru memainkan peranan mereka sebagai pemimpin

instruksional dengan berjaya, budaya sekolah positif boleh diwujudkan

dengan mudah.

Bagi memastikan pencapaian akademik yang cemerlang,

persekitaran pembelajaran perlulah sentiasa kondusif untuk menjamin

keselesaan para pelajar dalam menimba ilmu. Oleh hal yang demikian,

kita dapat menyaksikan bahawa sekolah yang memiliki infrastruktur

yang lengkap cenderung untuk melahirkan pelajar cemerlang kerana

kemudahan- kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar seperti makmal

komputer, makmal sains dan bilik kuliah telah tersedia untuk

memudahkan sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Guru sebagai pemimpin instruksional perlulah sentiasa memaparkan

perilaku dan ketrampilan yang positif bagi mempengaruhi para pelajar

untuk bersama-sama berbuat demikian.

Budaya sekolah yang positif mampu melahirkan para pelajar yang

menepati ciri-ciri modal insan yang memenuhi aspek JERIS kerana budaya

sekolah yang positif merupakan gabungan kepada budaya-budaya sekolah

yang lain seperti budaya sekolah penyayang dan budaya sekolah berinovasi.

Oleh hal yang demikian, sekolah yang mempunyai budaya yang positif akan

lebih senang untuk meraih kepercayaan pelajar, ibu bapa dan masyarakat.

(17)
5.5 Menjadi sumber rujukan utama murid

Kewujudan internet dan dasar langit terbuka telah pun memudahkan

pencarian maklumat sedunia. Walaupun perkembangan ini memiliki seribu

satu manfaat, peranan guru sebagai sumber rujukan utama semakin

diketepikan. Oleh itu, guru sebagai pemimpin instruksional perlulah

memastikan mereka memiliki kompetensi yang tinggi bagi menjamin

keyakinan para pelajar terhadap kredibiliti mereka sebagi seorang guru.

Walaupun para pelajar digalakkan untuk berdikari dalam mencari

sumber rujukan mereka, para guru tetaplah harus memerhatikan dan

memastikan kesahihan bahan rujukan yang mereka gunakan.

Oleh hal yang demikian, seseorang guru itu perlulah menguasai

kurikulum ataupun silibus mata pelajaran yang diajar supaya para pelajar

tidak terkapai-kapai dan merujuk sumber maklumat yang salah. Dengan ini,

para guru berperanan untuk sentiasa mengembangkan ilmu dan kemahiran

mereka dengan menyertai bengkel kemahiran, kursus, ceramah dan

sebagainya bagi memastikan para pelajar memiliki sumber rujukan yang

boleh dipercayai.

Tuntasnya, ukuran kejayaan seseorang guru sebagai pemimpin

instruksional adalah berdasarkan kepercayaan yang diletakkan oleh anak

didik mereka. Oleh itu, jelaslah bahawa penguasaan guru terhadap ilmu

yang mereka ajari sangatlah penting. (18)


6.0 KEPENTINGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

Kepimpinan instruksional mampu memastikan kualiti pengajaran

dan pembelajaran adalah terjamin dan menepati piawai yang ditetapkan

oleh Kememterian Pendidikan Malaysia (KPM). Hal ini dikatakan

demikian kerana setiap perubahan dalam kurikulum, silibus dan kaedah

pentaksiran memiliki piawaian tersendiri yang perlu dipatuhi. Guru yang

memiliki kepimpinan instruksional akan berusaha untuk menyesuaikan diri

dengan apa jua perubahan dan sentiasa melakukan yang terbaik dalam tugas

mereka.

Selain itu, kepimpinan instruksional juga penting bagi mencungkil

potensi para pelajar. Melalui analisa data yang telah dilakukan, para guru

dapat mengenal pasti bakat atau kebolehan pelajar yang boleh

dikembangkan. Dengan ini, para guru mampu mendedahkan mereka dengan

mana-mana aktiviti luar yang boleh mengembangkan lagi kebolehan

tersebut. Contohnya, menggalakkan mereka menyertai perbahasan, pidato

dan acara sukan bagi melahirkan pelajar seimbang dari segi kurikulum

dan kokurikulum.

Akhir sekali, kepimpinan instruksional akan mewujudkan suri

teladan yang boleh dicontohi pelajar. Para pelajar akan menghabiskan masa

mereka di sekolah. Hal ini menjadikan para guru sebagai individu yang

membentuk perilaku mereka. Contoh yang positif mampu memberi kesan

kepada pelajar dan merangsang mereka untuk melakukan perkara yang

sama.
(19)
7.0 KESIMPULAN

Kepimpinan instruksional lebih sering dikaitkan dengan peranan

guru besar ataupun pengetua di sekolah. Sebagai ketua pentadbir,

kepimpinan instruksional yang mereka amalkan mampu mempengaruhi

budaya kerja para guru yang mana budaya ini akan diserlahkan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah.

Kelebihan kepimpinan instruksional ini adalah ianya mampu

mewujudkan satu rantaian di mana subordinat akan mencontohi dan

melakukan tugasan selaras dengan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh

orang atasan mereka. Dengan itu, sekiranya individu yang berada di posisi

teratas sesebuah organisasi berjaya menunjukkan teladan yang baik,

kesannya akan memberi impak yang positif kepada sesebuah organisasi

tersebut secara menyeluruh.

(20)
RUJUKAN

Weber, J. (1996). Leading the instructional program in Smith SC St Piele PK (eds) School

leadership: handbook for excellence. USA: ERIC Clearinghouse on Educational

Aianagement.

Snyder, K. J. (1983). Instructional Leadership For Productive Schools. Educational

Leadership.

Foong, D., & Abdullah, M. (2018). Kepemimpinan Instruksional: Konsep, Model,

Pendekatan dan Skala Pengukuran.

Http://Journal.Kuis.Edu.My/Jsass/Images/Speciallissue2018/Jsass_khas02_010_danie

lle.Pdf.

Hallinger, P. Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS). (1983).

http://philiphallinger.com/old-site/pimrs.html

(21)

Anda mungkin juga menyukai