Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA Semester 1/ Tahun 2011 Ambilan Mac KURSUS:

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah


GROUP: EL-J 05
PENSYARAH: CIK AMELIA BINTI MOHD NOOR TAJUK TUGASAN 2:

Huraikan lima (5) aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai bitara

NO. MATRIK PELAJAR NAMA NO. KAD PENGNEALAN

: : :

D20102041492 LAI KIM LEE 800417-01-5300

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan..................................................................... 2

2.0

Ciri-ciri Guru Berkesan........................................................................................3

3.0

Ciri-Ciri Guru Berkesan Dalam Pengajaran Berdasarkan Nilai-Nilai Bitara

3.1 KECEMERLANGAN PERIBADI...................................................................3 3.2 KECEMERLANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN....................6 3.3 KECEMERLANGAN KOMUNIKASI...........................................................7 3.4 KECEMERLANGAN POTENSI.....................................................................9 3.5 PERSONALITI UNGGUL.............................................................................12

4.0

Rumusan ......14

Senarai rujukan ............................................................................................................. 15

1.0 Pengenalan Nliai Bitara


Bitara bermaksud unik, unggul, tiada tolok bandingnya dan lain dari yang lain. Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) telah menggariskan 6 nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh staf dan juga para pelajarnya. Jadual di bawah menyatakan 6 nilai bitara: NILAI BITARA PETUNJUK BITARA Amanah Telus Akauntabiliti Adil Iltizam Cinta Ilmu Kompeten Beretika Muafakat Fokus Matlamat Hormat-menghormati Bangga UPSI Responsif Proaktif Mesra Berkualiti Empati Penghargaan Keselesaan Persekitaran Peluang Untuk maju Penambahbaikan Berterusan Nilai Tambah Rebut Peluang Berdaya Cipta

BERINTEGRITI

PROFESIONAL

SEMANGAT BERPASUKAN

BERORIENTASIKAN PELANGGAN

PERIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA

KREATIF DAN INOVATIF

2.0 Ciri-ciri guru yang berkesan


Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178) . Kecemerlangan Peribadi Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Kecemerlangan Komunikasi Kecemerlangan Potensi Personaliti Unggul

3.0 Ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara


Aspek ciri-ciri guru yang berkesan akan dikaitkan nilai-nilai bitara seperti di bawah:

3.1 Kecemerlangan Peribadi

(A) Nilai-nilai Bitara UPSI 1---Intergriti Petunjuk Adil : Guru harus menjalankan Pengajaran dan pembelajaran pada masa yang telah ditetapkan. Permulaan dan penamatan pengajaran perlu dalam tempoh masa. Semasa pengajaran, guru perlu tumpuan dengan aktiviti pengajaran, tidak sepatutnya mencuri tulang dan membuat aktiviti yang tidak berkaitan. Misalnya, guru perlu masuk ke kelas pada masa yang ditetapkan dan menghabiskan masa pengajaran dan pembelajaran dengan rancangan haran yang telah ditetapkan. Penggunaan masa pangajaran dan pembelajaran tidak boleh digunakan menguruskan hal peribadi.

Petunjuk Amanah: Guru berkesan yang bernilai amanah akan menyampaikan fakta yang benar dalam pengajaran supaya murid-murid tidak menerima fakta pembelajaran yang salah. Fakta pembelajaran yang kurang tepat akan menjejaskan pembelajaran murid. Selain itu, perundingan antara guru dan murid juga digalakkan mengikut jadual waktu mengandungi masa konsultasi supaya sistem perundingan diaturkan dengan lebih berkesan.

(B) Nilai-nilai Bitara UPSI 3---Semangat berpasukan Petunjuk muafakat: Sikap bermuafakat bermakna menyelesaikan masalah secara bersama dalam kerja berkumpulan. Ini biasanya berlaku di pentadbiran, panitia kurikulum dan kumpula ko-kurikulum sekolah. Misalnya, mesyuarat panitia kurikulum dijalankan berkali-kali dalam setahun demi membincangkan masalah pengajaran yang dihadapi dan mencari kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Guru-guru mahupun senior yang berpengalaman ataupun guru-guru junior yang baru memasuki bidang pendidikan harus mempunyai sikap sedia berkongsi maklumat demi mempertingkatkan kaedah pengajaran dan menangani masalah. Setiap guru digalakkan bersikap terbuka menerima pengongsian maklumat atau kaedah baru. Selain itu, guru juga boleh menyatukan murid-murid yang berlainan bangsa, agama dan budaya supaya saling belajar antara satu sama lain. Sikap mementingkan diri sendiri tidak dibenarkan wujud dalam kumpulan pembelajaran. Amalan pembelajaran murid yang bermuafakat juga mendorong pengajaran guru. Oleh itu, sebagai guru yang berkesan, sikap muafakat pembelajaran antara murid juga perlu memberikan tumpuan. Petunjuk focus matlamat: Biasanya, setiap sekolah mempunyai Visi dan Misi masing-masing. Ahli kumpulan guru sekolah harus dengan sedaya upaya

membantu sekolah mencapai matlamat ini. Sebelum persekolahan, pihak sekolah telah menetapkan target ETR dan pelan operasi program. Matlamat menentukan target ini bukan menimbulkan beban kepada guru malahan merupakan satu cabaran dan matlamat kepada guru supaya menentukan rancangan pengajaran atau program yang sewajarnya bagai mencapai kemajuan ini. (C) Nilai-nilai Bitara UPSI 6---Kreatif dan inovatif Petunjuk Berdaya Cipta: Guru perlu meneroka ilmu baru dari semasa ke semasa supaya menghasilkan daya cipta yang kreatif dan inovatif. Sebagai seorang guru jangan selesa dengan ilmu yang diajar atau beranggap ilmu yang ada pada diri sendiri sudah mencukupi. Ilmu perlu kita meneroka sepanjang hayat. Penerokaan ilmu yang baru dan maklumat terkini, membantu pengajaran guru dalam menyampaikan maklumat adalah lebih betul, terkini dan mantap. Penyediaan pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih kreatif dan inovatif, maka murid-murid lebih minat dan suka dalam keadaan pembelajaran ini. Guru juga digalakkan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan, peraduan dan sebagainya khususnya dalam bidang pendidikan bagi merangsang penemuan baru dan kretiviti supaya mempertingkatkan pengajaran kendiri. Petunjuk rebut peluang: Merebut peluang bukan bermakna sikap tamak merebutkan sesuatu malahan sebagai guru yang berkesan, kita perlu mengambil peluang yang tidak semestinya timbul. Kalau peluang dibiarkan, mungkin tidak akan diwujudkan lagi. Guru perlu bijak merebut peluang yang berkaitan meningkatan bidang pendidikan atau kaedah pengajaran. Misalnya, bengkel atau seminar pendidikan diadakan , guru perlu merebut peluang ini

untuk menimpa ilmu yang baru. Di samping itu, pihak sekolah perlu menugaskan guru dalam melatihkan murid wakil sekolah. Guru harus merebut peluang ini melatihkan murid wakil sekolah. Guru akan mendapat teknik melatih murid. Secara tidak langsung, guru menggunankan kreatif dan inovatif kendiri semasa melatihkan murid.

3.2 Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran (A) Nilai-nilai Bitara UPSI 2---Profesional Petunjuk Cinta Ilmu: Ilmu adalah satu pengetahuan yang meningkatkan minda kendiri. Pada era globalisasi ini, kita perlu mencari ilmu pengetahuan sepanjang hayat demi pelajar ataupun sendiri. Kita boleh mendapatkan ilmu dari pelbagai cara. Kita boleh selalu membaca buku, majalah, artikel atau suratkhabar untuk maklumat yang baru. Kini , penggunaan internet semakin luas dan canggih. Oleh itu, guru boleh melayari internet, seperti membaca blog bidang pendidikan, berkongsi maklumat dengan guru lain melalui forum dan sebagainya. Berdasarkan pelbagai ilmu dan maklumat, kita dapat meningkatkan kualiti pencapaian harian. Di samping itu, LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) juga dijalankan. Guru digalakkan menghadiri latihan ini kerana aktiviti ini biasanya berkaitan dengan tugasan guru atau kaedah peningkatan pengajaran, Setelah melibatkan latihan ini , guru boleh melaksanakan strategi dan meningkatkan pengajaran. Secara tidak langsung, ilmu yang telah diperolehi oleh guru akan guru sampaikan kepada murid-murid satu demi satu. Justeru itu, murid-murid dapat membangunkan minda dan memupuk amalan meneroka ilmu.

Petunjuk Iltizam : Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan dengan penuh semangat dan dedikasi. Sebagai seorang guru, pengajaran dan pembelajaran merupakan tugasan harian mereka. Justeru itu, sebelum menjalankan tugasan harian ini, guru perlu merancang dengan teliti dan terperinci supaya pengajaran dan pembelajaran boleh disampaikan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan gangguan. Selain itu, langkah menyemak kandungan pengajaran sebelum memasuki kelas penting untuk mengelakkan dari mengajar topik yang sama berulang kali.

Petunjuk Kompeten : Sikap kompeten adalah menyiapkan tugasan yang berkualiti dan efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan. Apabila menerima tugasan yang diagihkan, guru perlu dalam keadaan bersedia dan merancang supaya tugasan boleh disiapkan dalam tempoh masa dengan mencapai tahap kecekapan. Misalnya, guru harus menyampaikan pengajaran harian mengikuti Sukatan Pelajaran. Namun begitu, guru yang berkompeten akan menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada murid-murid semasa pengajaran harian. Lantaran itu, murid-murid berminat pengajaran guru dan menanti-nanti kehadiran guru. Bersedia menjadi seorang guru kompeten dengan selalu bersedia menghadapi cabaran yang baru.

3.3 Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah niai-nilai bitara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru yang berkesan berkaitan dengan komunikasi:

(A) Nilai-nilai Bitara UPSI 2---Profesional Petunjuk Beretika : Kita perlu beringat bahawa kita merupakan seorang guru sekolah, maka kita juga adalah sebagai warga sekolah. Lantaran itu, guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan sekolah. Kita perlu menyumbangkan masa supaya merancang, menyediakan , menjalankan dan menyiapkan tugasan dan pengajaran. Selain itu, nama baik sekolah dan rakan sejawat perlu kami jaga dan hargai supaya memupuk amalan yang baik di sekolah. Melalui beretika, kita perlu menjaga maruah murid. Contohnya, seseorang guru tidak boleh memarahi bodoh, walaupun keputusan murid kurang memuaskan dan pembelajaran murid lemah. Ini mungkin menyebabkan murid itu malu dan kurang minat dalam pembelajaran. Kesimpulannya, bosan pembelajaran murid berlaku berkemungkinan besar adalah berpunca daripada guru yang tidak beretika. Justeru itu, kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan adalah penting. (B) Nilai-nilai Bitara UPSI 3---Semangat berpasukan Petunjuk Hormat-menghormati : Guru perlu menanam hormat-menghormati pada semua warga sekolah, iaitu guru dan murid. Guru dan murid perlu memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai di antara satu sama lain. Menghormati hak dan keistimewaan orang lain adalah sikap utama yang dapat menangani masalah konflik dan salah fahamdi dalam kumpulan. Misalnya, semasa penyampaian maklumat pengajaran, guru perlu teliti supaya menjaga maruah pelajar. Selain itu, guru juga boleh mengucapkan maaf ketika kesalahan yang tidak sengaja berlaku. Sikap guru ini mendatangkan teladan yang baik kepada pelajar, pelajar akan lebih menghormati guru yang

mengakui kesalahan. Oleh itu, guru berkeupayaan memelihara hubungan mesra bersama murid, maka pengajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar. (C) Nilai-nilai Bitara UPSI 5---Prihatin Kebajikan Anggota Petunjuk Penghargaan : Kadang-kadang berkomunikasi, tidak semestinya perlu dalam perbualan atau penulisan. Ekspresi wajah seperti anggukan dan senyuman, dapat menunjukkan prihatin anda terhadap seseorang. Walaupun murid masih bermuda, malahan murid-murid juga berperasaan prihatin guru. Apabila pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru harus menunjukkan penghargaan dengan mmengucapkan tahniah jika murid menjawab dengan betul atau mendapat markah yang tinggi dalam ujian. Di samping itu, guru mengucapkan terima kasih atas murid yang membantu dan sering memberi senyuman semasa perlu. Penghargaan kepada murid juga penting bagi mewujudkan rasa ambil berat guru kepada murid.

3.4 Kecemerlangan Potensi (A) Nilai-nilai Bitara UPSI 4---Berorientasikan Pelanggan Pelanggan guru yang dimaksudkan adalah murid di sekolah tempat seseorang guru berkhidmat. Petunjuk responsif : Responsif bermakna menjalankan tindakan dengan cepat dan segera. Guru yang responsif adalah guru yang cepat mencari maklumat, segera bertindak dan tidak menunggu arahan. Sebagai contoh, guru mencari maklumat dan alat membantu mengajar sebelum pengajaran dan bersedia tugasan dan ujian bagi pembelajaran murid yang intensif. Guru juga cepat menyemak tugasan dan ujian murid supaya menjalankan refleksi pengajaran

10

demi memperbaiki pengajaran dan menentukan pengajaran yang sesuai pada kemudian hari. Petunjuk Proaktif : Guru yang proaktif akan sentiasa berjaga-jaga, menyediakan strategi atau perancangan bagi menghindari sebarang halangan dalam setiap tindakan dan tugas yang dilakukan. Misalnya, sebagai guru, kita telah merancang rancangan tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran yang ditentukan sebelum persekolahan. Setiap minggu, guru akan mengikuti rancangan tahunan merangka rancangan harian pengajaran . Semasa pengajaran dan pembelajaran harian, isi pengajaran adalah berikut dengan Rancangan Pelajaran Harian yang telah ditentukan. Lantaran itu, Pengajaran dapat dijalankan dengan lebib berkesan. Petunjuk Berkualiti : Kerja yang berkualiti merupakan kerja yang telah dilakukan dan memberi kepuasan kepada pelanggan dan menepati kehendak pelanggan. Ia bermakna guru perlu menyampaikan maklumat dengan tepat, sumber yang betul dan cekap ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang tidak betul dan kurang tepat akan memberikan kesan buruk kepada murid kerana menyerap ilmu yang tidak tepat dan mendatangkan salah fahan kepada murid terhadap maklumat tersebut. Justeru itu, guru perlu menepati criteria pangajaran atau standard tertentu. Pada era globilasasi kini, teknologi semakin canggih, seperti internet, telefon bimbit dan media massa yang pelbagai. Sebagai seorang guru, kita perlu mempelajari dan mengambil tahu perkembangan ini supaya menggunakan teknologi kini dalam pengajaran supaya mempertingkatkan pengajaran.

11

(B) Nilai-nilai Bitara UPSI 5---Prihatin Kebajikan Petunjuk Keselesaan Persekitaran : Keselesaan terhadap persekitaraan sangat penting kerana suasana persekitaran yang selesa boleh memberi motivasi kepada guru dan murid menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Guru sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus professional, seminar, benglkel dan sebagainya. Guru akan mendapat maklumat yang baru dan kaedah pengajaran yang lebih menarik daripada aktiviti tersebut. Di samping itu, guru juga digalakkan sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan. Misalnya menuntut pelajaran di university supaya mempertingkatkan minda kendiri dan menjalankan penyelidikan dalam bidang pendidikan. Secara tidak langsung, ia akan menyumbangkan keberkesanan terhadap pengajaran yang berjaya. (C) Nilai-nilai Bitara UPSI 6---Kreatif dan Inovatif

Petunjuk Penambahbaikan Berterusan : Bagi murid tidak berasa jemu terhadap pengajaran dan pembelajran kita, maka kita perlu melakukan secara berterusan. Penambabaikan berterusan bagi

penambahbaikan

seseorang guru merangkumi cara mengajar, pendekatan baru untuk mengajar, campuran pelbagai teknik pengajaran, latihan dan kerja secara kumpulan. Pada waktu kini, kita mengetahui bahawa seantero dunia sedang mengharungi arus globalisasi dunia tanpa sempadan yang begitu

menyesakkan dada insan bergelar guru. Kadang-kala kemajuan teknologi yang sedang ditempuhi dunia tidak mampu diikuti oleh guru terutama guru lama. Namun salah satu nilai professional yang wajar dihayati oleh guru ialah memanfaatkan kemajuan teknologi maklumat sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, penggunaan teknologi maklumat akan mengakibatkan sesi pembelajaran lebih interaktif dan menarik kepada murid. Melalui penggunaan perisian yang sesuai untuk pembelajaran, paparan yang

12

dihasilkan juga akan lebih menarik dan mampu menarik perhatian dan minat murid-murid. Terutama murid dari sekolah rendah kerana sememangnya lumrah kehidupan kanak-kanak meminati sesuatu yang berwarna-warni dan kelihatan menyeronokkan. Penggunaan TMK dalam pengajaran juga akan menjimatkan masa kerana guru tidak perlu lagi menulis perkataan satu persatu di papan putih kerana segalanya sudah terpapar di skrin putih. Dengan ini masa pembelajaran dapat dioptimumkan dan ilmu dapat disampaikan pembelajaran. 3.5 Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cyang berkesan perlu mempunyai nilai-nilai Bitara yang seperti berikut: (A) Nilai-nilai Bitara UPSI 1---Intergriti Petunjuk Akauntabiliti : Guru harus bersikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi yang ditetapkan. Semasa proses pengajaran dijalankan, kualiti isi perlu ditentukan dan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan dalam rancangan harian. Maka, Pengajaran dan pembelajaran tidak akan ditangguhkan dan menjejaskan pengajaran topik lain. (B) Nilai-nilai Bitara UPSI 4---Berorientasikan Pelanggan Petunjuk mesra : Kemesraan merupakan satu aspek penting dalam menjadi seorang guru. Guru yang mesra akan menimbulkan keselesaan dan menimbulkan suasana yang gembira sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, murid akan gembira datang ke sekolah dan berjumpa guru. Sentiasa mengamalkan senyuman, mengangguk kepala apabila berjumpa dengan murid, seperti yang telah dirancang berdasarkan rancangan

13

murid akan berasa anda seorang guru yang mesra. Personaliti guru yang mesra dapat diwujudkan. (C) Nilai-nilai Bitara UPSI 6---Kreatif dan Inovatif Petunjuk Nilai Tambah : Nilai tambah dalam petunjuk Bitara kreatif dan inovatif bermaksud guru menggunakan kemudahan media dan teknologi seperti kemudahan internet tanpa wayar, kemudahan blog, kemudahan I pad, perbincangan dari forum, penggunaan webcam dan sebagainya. Sebagai seorang guru, kita perlu bersikap bersedia menerima maklumat dan merangsang peka terhadap alat-alat teknologi baru. Ini adalah kerana malumat ini dapat digunakan ,manakala alat-alat teknologi baru berkemungkinan besar akan menjadi alat bantu mengajar pada masa kelak.

14

4.0 RUMUSAN
Sebagai seorang guru, guru perlu mempunyai kemahuan ,kemampuan dan semangat yang seperti mengariskan di nilai bitara bagi mengubah persepsi diri dan pemikiran diri. Oleh yang demikian, barulah kita bersedia menghadapi cabaran yang menanti-nanti.

Setelah mengenali nilai bitara, guru-guru UPSI akan boleh menerapkan nilai-nilai ini dalam kehidupan, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, nilai bitara telah mendorong guru menjadi seorang guru yang berkesan.

Guru pembina guru bangsa.

15

Senarai Rujukan
1. KKD 2063 Pembangunan Sahsiah, Modul Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), (2011), Tanjung Malim. 2. Ainon Mohd, Abdulah Hasan (2002), Guru sebagai pendorong dalam darjah, PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd,Bentong, Pahang. 3. http://www.angelfire.com/journal2/fakir zamani/ceramah8.htm 4. Hussein Mahmood (1993) Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 5. _____________(1993), Cabaran,falsafah dan strategi dalam pembentukan guru yang unggul. Kumpulan Kertas Kerja Seminar JKLKAU ke 9, Universiti Kebangsaan Malaysia,Selangor. 6. Abdul Rahim Abdul Rashid (2000). Panduan Latihan Mengajar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai