Anda di halaman 1dari 4

Urus wang sekolah..

PENGENALAN Organisasi akan dilihat sebagai organisasi yang berjaya mengurus kewangan apabila membelanjakan peruntukan yang diberikan tanpa berlebihan ataupun memberikan perkhidmatan dengan melibatkan kos yang sedikit dan menghasilkan kecekapan yang tinggi akan menarik perhatian dan sumbangan pihak awam. Bagi menghasilkan peningkatan prestasi pelajar seperti peningkatan dalam peperiksaan, pengurangan kadar ponteng serta nilai tambah dalam pendidikan, sekolah harus mengenal pasti proses dalaman yang meningkatkan prestasi seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif. Kaedah inovatif ini pula dapat diperolehi melalui program latihan kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran terkini. Untuk menjayakan program latihan kemahiran dan teknik P&P ini, bantuan kewangan tambahan diperlukan contohnya untuk mendapatkan bantuan pakar dan juga tambahan alat bantu mengajar yang sesuai. Menurut Paul dalam Sharil 2005 kecekapan ialah mendapatlan output yang optimum dengan menggunakan input yang minmum. Peruntukan perlu diiurus dengan cekap dan berkesan supaya sesebuah organisasi membuat keputusan yang ekonomi. Organisasi boleh membuat keputusan samada sesuatu program perlu diteruskan atau diberhentikan. Sistem Belanja Program dan Prestasi (SBPP) bermula 1989, Sistem ini terdapat empat elemen: i. Mengenalpasti objektif. ii. Struktur program. iii. Pengukuran prestasi. iv. Penilaian program. MATLAMAT KEWANGAN Sumber-sumber ekonomi tidak dapat digerakkan tanpa pengurusan kewangan yang teratur. Kejayaan dalam peningkatan proses, beroperasi dalam mengurus kewangan dan memenuhi kehendak pelanggan bergantung kepada kebolehan pekerja dan amalan-amalan pengurusan dalam mencapai misi organisasi. Pentadbiran adalah satu aspek yang penting yang melibatkan jumlah. Setiap guru besar perlu mempunyai kreativiti tersendiri dalam mencari sumber-sumber baru bagi menambah pendapatan sekolah yang seterusnya dapat digunakan untuk memajukan sekolah masing-masing. TANGGUNGJAWAB GURU BESAR Sekolah bertaraf PTJ mempunyai beberapa kelebihan berbanding sekolah bukan bertaraf PTJ. Sekolah bertaraf PTJ mendapat pertambahan sumber peruntukan dan kuasa berbelanja yang memudahkan pengetua membu at perancangan tentang

pembangunan akademik, kokurikulum dan pengurusan sekolah. Berikut adalah beberapa kelebihan sekolah bertaraf PTJ yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berbanding dengan sekolah bukan bertaraf PTJ. Antaranya, (i) dapat mengadakan saluran bagi menyampaikan peruntukan tahunan dan tambahan terus ke sekolah mengikut keperluan sekolah , (ii) memberi tanggungjawab dan akauntabiliti kepada sekolah untuk menguruskan keperluan dan kewangan, (iii) mempercepatkan urusan perolehan dan bay aran kerana urusan tidak melalui JPN, dan (iv) kawalan belanjawan dan prestasi yang lebih teratur dari segi pembayaran gaji guru dan kakitangan sokongan lebih cepat. dan (v) pertambahan perjawatan seorang Ketua Pembantu Tadbir (KPT) Dapatan kajian ini selari dengan Murphy dan Halinger (1989), menyatakan pengetua harus mempunyai asas pengetahuan yang tinggi di dalam pentadbiran kewangan sekolah. Manakala, Tooley & Guthrie (2003) pula menyatakan pengurusan kewangan adalah salah satu tanggungjawab terpenting bagi seorang pengetua walaupun mempunyai peruntukan dan sumber yang terhad. Pengurus akan menjadi lebih dinamik, sistematik, fleksibel, cekap dan berkesan dalam menguruskan kewangan yang diperuntukkan (Roger, 1996; Xavier, 2001b). Pendapat ini disokong Noore Alam Siddiquee (2006), menyatakan bahawa pengurus agensi boleh be rtindak secara lebih berkesan dan lebih cekap dengan mengambil kira keadaan dan situasi . Ia bukan sahaja mematuhi undangundang dan peraturan tetapi juga turut bertanggungjawab dan berakauntabiliti dengan prestasi sesuatu program. Tugas dan tanggungjawab tersebut bukan semata-mata kepada guru besar. Guru besar perlu membuat pengagihan tugas secara teratur dan sistematik. Walaubagaimanapun, guru besar perlu mengawal dan menyelia kerja yang dilaksanakan oleh mrekan bagi memastikan segala prosedur dan tatacara diikuti dan tiada penyelewangan. BAGAIMANA PEMBIAYAAN MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR Peruntukan kewangan dalam pendidikan terpaksa bersaing dengan keperluan lain. Pembiayaan adalah tanggungjawab guru besar di sekolah. Tujuan sekolah di beri PTJ ialah supaya : i. Penyediaan belanja mengurus lebih cepat ii. Pihak sekolah berbelanja mengikut kepereluan sebenar. iii. Mempercepatkan proses. Audit berkenaan sumber perlu dibuat. Daftar aset disusun dan senari keperluan dibuat. Matlumat perlu dukumpulkan dengan meminta semua staf melengkapkan barang yang berformat standard yang berkaita dengan keperluan sekolah. Surat kepada ibu bapa kepada yang meminta mereka mendaftarkan sebarang kemahiran dan atau bantuan yang dapat diberikan. Selain itu guru besar juga boleh berbincang dengan guru-guru

semua aktiviti yang patut dijalankan. Ia memberi peluang kepada guru besar bertanya terus kepada guru tentang keperluan kewangan guru-guru dalam melaksanakan P&P. Mengikut pandangan ibubapa selain daripada kecemerlangan akademik, aspek keprihatinan guruterhadap pelajar, keselamatan di sekolah serta kerjasama antara ibubapa dan sekolah diberi penekanan. Bagi pelajar, sekolah yang berkesan ialah sekolah yang memberikan peluang yang sama, mempunyai persekitaran yang cantik, bersih dan harmonis serta mempunyai guru-guru yang membantu mereka meningkatkan prestasi. Perubahan persekitaran dan ekonomi pada masa kini memerlukan sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang boleh bersaing dan memenuhi kehendak dan tuntutan masyarakat apabila mereka memasuki alam pekerjaan. Kesan daripada fenomena ini sistem pengurusan sekolah mesti mempunyai organizational capacity untuk menentukan pelajar-pelajar yang dihasilkan dapat mencapai satu tahap piawaian yang tinggi selaras dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat. Sekolah harus menyediakan persekitaran yang kondusif, budaya kerja yang mantap dan amalan-amalan pengurusan yang akan membawa kepada kecemerlangan organisasi. Terdapat juga pengkaji yang berpendapat pengaruh persekitaranatau lokasi sekolah mempengaruhi pencapaian akademik murid (Ramaiah, 1995) dalam Sharil 2006. Keberkesanan sekolah juga mempunyai hubungan dengan kebolehansedia ada murid seperti sekolah-sekolah berasrama penuh yang mempunyai muridmurid yang terpilih dari segi pencapaian akademik walaupun proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan (Sharifah, 2000) dalam sharil 2006. Para pengkaji juga mendapati sumber-sumber organisasi seperti sumber kewangan, peralatan komputer serta kemudahan-kemudahan sekolah yang lain mempunyai korelasi dengan pencapaian murid (Hedges, Laine, Greenwalds, 1994; Tribus, 1996). Walaupun kecemerlangan dan keberkesanan sekolah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti faktor sosioekonomi, lokasi sekolah, sumber kewangan, peralatan yang mencukupi serta tahap kebolehan sedia ada murid namun pihak sekolah harus optimis dalam mengaplikasikan amalan-amalan pengurusan dan strategi sekolah bagi menjamin keberkesanannya. Ketidakakuran dalam pengurusan kewangan sekolah ini boleh memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran murid memandangkan kewangan sekolah adalah merupakan nadi kepada aktiviti-aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah. Walau bagaimanapun, keadaan ini bukan sahaja bergantung pada pelaksana tetapi ia juga dipengaruhi oleh kerjasama dan komitmen bahagian-bahagian lain. Sekolah berperanan sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan dan berakauntabiliti terhadap sejumlah wang yang telah diperuntukkan dan berakauntabiliti terhadap program-program yang dilaksanakan di bawahnya. Oleh itu, fokus utamanya adalah untuk memberi penekanan kepada pembentukan program, agihan peruntukan mengikut keutamaan, penghasilan output dan pencapaian impak yang dirancang (INTAN, 2006)

RUMUSAN Sistem pengurusan kewangan kerajaan adalah luas dan menyeluruh. Semua perbelanjaan, terimaan dan simpanan adalah dibuat atas kuasa undang-undang. Bermula daripada perancangan dan berakhir dengan pengauditan yang membawa kepada keperluan perubahan dasar-dasar dan pelaksanaan mengikut kepentingan dan kehendak semasa. Pemberian bantuan kepada sekolah bertujuan untuk memastikan aktiviti pendidikan yang dijalankan disekolah tercapai dan memenuhi matlamat dan aspirasi negara. Pihak sekolah hendaklah memastikan bahawa pemberian bantuan teratur dan sempurna. Ini akan dapat membantu pihak sekolah dalam merancang, mentadbir dan mengawal dan mengurus kewangan sekolah dengan lancar. BIBLIOGRAFI Abdul Rahim Abdul (2005). Pengurusan kewangan awam. Buletin Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia (INTAN). Bahagian Kewangan, KPM. (2005). Surat pekeliling kepada tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan kumpulan wang sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).(2006b). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kuala Lumpur. Brian Fidler (2007). Merancang Kemajuan Sekolah. Terjemahan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Ibrahim Tamby Chek dan Rosli Samat (2005). Perakaunan Dalam Organisasi Pendidikan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kementerian Peindidikan Malaysia (2001). Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakuanan Sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sharil @ Charil Marzuki (2005). Mengurus kewangan sekolah. Kuala Lumpur: PTS rofesional. Sonia Blandford.(2004). Mengurus sumber sekolah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Chat conversation end

Anda mungkin juga menyukai