Anda di halaman 1dari 13

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI DAN HUBUNGANNYA DENGAN

KOMITMEN GURU KOLEJ ISLAM SULTAN AHMAD SHAH, KLANG

Shabita Bt Md Hussian
Azlin Norhaini Bt Mansor
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Amalan kepimpinan dalam sesuatu organisasi merupakan asas kcpada corak scsebuah
organisasi ditadbir. Ciri-ciri yang tcrdapat pada seseorang pemimpin dalarn hal ini akan
mempcngaruhi perjalanan sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat yang
ditetapkan.Amalan kepimpinan yang berkesan kerap kali dilihat menyumbang kepada tahap
komitmen kerja yang tinggi atau sebaliknya. Selari dengan itu,.kajian deskriptif secara tinjauan
ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan lestari (sustainable leadership)
pengetua dan hubung kaitnya dengan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan guru Kolej
Islam Sultan Ahmad Shah,Klang Selangor. Sampel kajian terdiri daripada 84 orang guru Kajian
ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan soal selidik berskala likert menjadi instrumen utama
kajian ini. Instrumen sonl sclidik tclah dibina dan diubahsuai berdasarkan Teori Kepimpinan
Lestari yang diasaskan oleh Hargreaves dan Finn,(2006) dan Teori Komitmen oleh Allen dan
Meyer (1991).

Kata kunci : kepimpinan lestari pengetua, komitmen, organisasi

PENDAHULUAN
Kecekapan sekolah dan pencapaian pelajar secara langsung dipengaruhi oleh
keberkesanan pemimpin utama iaitu pengetua (Harriset al.2003). Mengkaji
tingkah laku dan gaya kepimpinan pengetua sekolah akan membolehkan
pengurusan sekolah untuk menilai dan menggunakan ciri-ciri yang berjaya ke
sekolah masing-masing.Keberkesanan sekolah adalah lebih mudah dicapai jika
guru bermotivasi dan komited, manakala guru-guru yang kurang komited boleh
membawa kesan buruk yang tidak diingini serta mengakibatkan kerugian
.Kepimpinan utama serta gaya memandu arah mereka hari ini adalah penting
dalam mempengaruhi komitmen guru.
Kepemimpinan merupakan salah satu isu dalam pengurusan yang masih lagi
menarik untuk diperbincangkan sehingga kini. Media massa, baik elektronik
mahupun cetak, sering kali memaparkan persepsi dan perdebatan yang
membincangkan isu kepemimpinan dalam organisasi (Locke, E.A, 1997). Bass
(1990) menyatakan bahawa kualiti pemimpin sering kali dianggap sebagai faktor
terpenting yang menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi. Proses untuk
melakukan perubahan organisasi dengan perubahan individu ini bukannya

1119
mudah.Perubahan harus bermula dari peringkat yang paling atas iaitu pemimpin
itu sendiri. Apabila pemimpin atasan tidak mempunyai keupayaan memimpin,
maka tugas-tugas yang sangat sukar dan kompleks tidak dapat dilakukan dengan
baik. Apabila pemimpin mampu melaksanakan peranannya dengan baik,
berkemungkinan besar organisasi tersebut dapat mencapai sasarannya.
Tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh pengetua semakin
mencabar dari sehari ke sehari kerana perkembangan pesat yang berlaku dalam
sistem pendidikan, di dalam dan di luar negara (Abdullah Sani 2004; Ayob 2005;
Cheng 2002; Hussein 1997; Omardin 1999). Menurut Cheng (2002), peranan dan
cabaran sebagai pemimpin sekolah semakin kompleks. Oleh itu, pengetua bukan
hanya perlu kepada pengetahuan profesional sahaja tetapi perlu juga memahami
kehendak pelbagai pihak yang berkepentingan terhadap sekolah.
Keupayaan kepimpinan sekolah dan keperluan dalam meniti cabaran masa
hadapan banyak diperbincangkan oleh pengkaji-pengkaji pendidikan. Sejak
kebelakangan ini, aspek keperkasaan dan kecemerlangan kepimpinan sekolah
menjadi agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Kepimpinan sekolah
perlu sentiasa dinamik dan inovatif bagi mengisi harapan masyarakat dan cabaran
negara dalam era globalisasi. Oleh itu, pemimpin utama di sekolah menengah
iaitu pengetua perlu memainkan peranan penting dalam mengharungi segala
cabaran melestarikan kecemerlangan pendidikan negara tanpa meminggirkan
kerjasama yang erat dengan semua kakitangannya. Oleh itu, tujuan utama kajian
ini adalah untuk mengkaji hubungan antara kedua-dua pembolehubah; 'gaya
kepimpinan lestari pengetua dan komitmen guru

KAJIAN LEPAS
Apakah bidang tugas pengetua di sekolah sehingga peranan mereka
bertanggungjawab secara langsung dalam melaksanakan segala program
pendidikan di sekolah. Tugas mereka meliputi tugas-tugas sebagai pentadbir,
pengurus,penyelia, pengarah, pewakil, pemudah cara, penyelaras, pemberangsang
dan penilai. Bagi melaksanakan tanggungjawab itu, mereka perlu menggerakkan
segala bentuk sumber dan modal insan di sekolah terutamanya guru supaya guru-
guru dapat berkhidmat dengan komited dan efektif (Lokman Tahir , 2008).

1120
Penyelidikan kepimpinan sekolah telah mendapati bahawa pendekatan lestari
mempunyai kesan positif keatas guru. Kajian oleh Abdul (2005), Sabariah et al.
(2008) dan Cheah (2008) terutamanya tertumpu kepada komitmen guru yang
disebabkan oleh gaya kepimpinan utama.
Kebanyakkan guru merasa lebih komited dengan tugas mereka apabila
pengetua dapat
mewujudkan komuniti saling menyokong antara satu sama lain.Pengetua dengan
pentadbiran yang lemah dan kurang berkesan dilihat mengundang ramai guru
meninggalkan profession mereka (Fiore,2004). Kebanyakkan penulis bersetuju
bahawa komitmen organisasi adalah multidimensi (Becker,Rangal & Riegel,
1995; Bateman & Strasser, 1984). Meyer dan Allen (1987) mengembangkan
Model komitmen yang terdiri dari tiga dimensi: efektif, berterusan dan normative.
McShane dan Von Glinow (2010) mendefinisikan komitmen afektif sebagai
keterikatan emosi pekerja dan keterlibatan dalam organisasi tertentu, sementara
komitmen berterusan adalah perasaan terikat pekerja untuk bertahan dalam
organisasi bagi mengelakkan kerugian besar. Selain itu, Meyerdan Allen (1991)
menyatakan bahawa komitmen normatif adalah perasaan kewajiban pekerja untuk
bertahan di organisasi berdasarkan etika peribadi seseorang dan nilai-nilai moral.
Kajian ini dijalankan bagi melihat, meneliti dan merumuskan sama ada
pengetua sekolah menengah adalah pemimpin lestari atau ‗sustainable leaders‘.
Dalam konteks kajian ini, penyelidik ingin memberi gambaran jelas tentang tahap
amalan kepimpinan yang diaplikasikan oleh pengetua khususnya dalam
membudayakan kepimpinannya di sekolah sebagaimana yang telah diasaskan oleh
Andy Hargreaves dan Dean Fink sejak tahun 2003. Teori Kepimpinan Lestari atau
Sustainable Leadership merupakan salah satu teori kepimpinan yang telah
diasaskan oleh sarjana kepimpinan pendidikan. Ini bermakna, teori ini tidak
diadaptasi dari mana-mana teori kepimpinan lain yang bersifat universal. Justeru
itu penyelidik mengambil keputusan untuk menggunakan model kepimpinan
lestari sebagai pembolehubah bebas dalam kajian ini.
Pembentukkan kepimpinan lestari pengetua yang berkualiti tinggi adalah
penting dalam kesinambungan pertumbuhan berterusan sekolah.( Owens dan
Valesky 2011,).Kepimpinan Lestari seperti yang dinyatakan oleh Hargreaves dan

1121
Finn (2003) adalah satu tanggungjawab yang dikongsi bersama dalam sesebuah
organisasi. Hargreaves dan Finn (2003) menghasilkan tujuh prinsip kepimpinan
lestari:1)kepimpinan lestari menggalakkan pembelajaran berterusan ; 2)
kepimpinan lestari mewujudkan pemimpin pelapis di sekolah; 3) kepimpinan
lestari membangunkan dan mengagihkan kepimpinan kepada lain ; 4) kepimpinan
lestari menitikberatkan kemajuan sekolah disekeliling; 5) kepimpinan lestari
menggalakkan kepelbagaian ilmu dan perkongsian pengalaman dalam kalangan
warga organisasi; 6) mengenalpasti sumber dan memanfaatkannya dalam
menjalankan tugas demi menuju kejayaan; 7) kepimpinan lestari memelihara.
Dapatan-dapatan kajian lalu menjelaskan bahawa kepimpinan di sekolah
merupakan satu proses bagaimana seseorang pengetua itu memimpin,
kepintarannya mengurus atau mentadbir sesebuah sekolah, serta mempengaruhi
dan menjalin hubungan dengan individu atau guru yang ditadbirnya. Melalui
komitmen yang tinggi itu dapat dipastikan mereka akan menyumbang kepada
kejayaan sekolah sebagaimana yang diharapkan oleh banyak pihak.. Kurang
komitmen kerja akan menyebabkan berlakunya gejala-gejala yang tidak sihat
seperti ponteng kerja, kurang kepuasan kerja, burnout, prestasi merosot dan
berlakunya permohonan pertukaran guru yang kerap. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan rangka kerja konsep yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah.

KERANGAK KONSEP KAJIAN


Pembolehubah bebas dalam kajian ini adalah gaya kepimpinan lestari
pengetua manakala pembolehubah bersandar adalah komitmen guru.Andaian
umum mengatakan bahawa gaya kepimpinan pengetua mempengaruhi komitmen
guru. Penyelidik berpendapat bahawa gaya kepimpinan lestari yang dipamerkan
oleh pengetua sekolah akan mempunyai kesan tertentu kepada dimensi komitmen
organisasi.

1122
RAJAH 1: KERANGKA KONSEP KAJIAN

PEMBOLEHUBAH
KEPIMPINAN LESTARI PEMBOLEHUBAH
BEBAS BERSANDAR
 Menggalakkan Pembelajaran Berterusan

 Mewujudkan Pemimpin Pelapis di Sekolah KOMITMEN


ORGANISASI
 Membangunkan dan mengagihkan kepimpinan
kepada lain
 Komitmen
 Menitikberatkan kemajuan sekolah disekeliling Afektif

 Menggalakkan kepelbagaian ilmu dan perkongsian


pengalaman dalam kalangan warga organisasi  Komitmen
Berterusan
 Mengenalpasti sumber dan memanfaatkannya dalam
menjalankan tugas demi menuju kejayaan
 Komitmen
 Pemuliharaan Normatif

OBJEKTIF
1. Menentukan tahap komitmen organisasi guru di SMK Kota Kemuning
2. Menentukan tahap kepimpinan lestari yang diamalkan oleh pengetua SMK
Kota Kemuning
3. Untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan lestari dengan
tahap prestasi kerja guru di sekolah rendah daerah Segamat

METODOLOGI
Kajian deskriptif ini menggunakan pendekatan kuantitatif . Objektif kajian
adalah untuk mengkaji pengaruh gaya kepimpinan lestari pengetua kepada
komitmen organisasi guru. Strategi pengumpulan data yang digunakan adalah
kajian soal selidik. Sebuah sekolah menengah dalam daerah Klang dipilih sebagai
tempat kajian..Seramai 80 orang guru telah dipilih sebagai responden kajian.
Borang soal selidik mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A (Demografi
Guru), Bahagian B (Profil Kepimpinan Lestari Pengetua) dan Bahagian C (
Komitmen Organisasi Guru). Soal selidik telah dibina oleh penyelidik
berdasarkan 2 konstruk utama: gaya kepimpinan lestari pengetua dan komitmen

1123
organisasi guru. Bahagian A mengandungi dua soalan berkaitan demografi seperti
tempoh berkhidmat bawah kepimpinan pengetua sekarang dan tahap pendidikan
tertinggi.Bahagian B mengandungi 28 item berkaitan amalan kepimpinan lestari
dan Bahagian C pula mengukur komitmen afektif guru, komitmen normatif guru
dan komitmen berterusan guru dan mengandungi 15 item yang terdiri daripada
tiga jenis komitmen organisasi guru yang diambil daripada soal selidik komitmen
organisasi guru oleh Meyer dan Allen (1997) . Skala likertn digunakaNdaripada 1
(sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju)
Analisis data dilakukan secara diskriptif dan inferensi.Profil responden
dijelaskan dengan analisis kekerapan dan peratusan.Manakala tahap amalan
kepimpinan lestari dan komitmen organisasi guru dianalisis secara min skor dan
sisihan piawai. manakala korelasi Pearson telah dilakukan untuk melihat
hubungan antara gaya kepimpinan dengan komitmen organisasi guru di sekolah.
Kesimpulan dan cadangan dibuat berdasarkan kepada hasil dapatan untuk
menjawab persoalan kajian yang telah dibina.

Jadual 1:Taburan Item Soal Selidik


Taburan Soalan
Bahagian Item Nombor Soalan Jumlah Item
A Demografi 1,2 2
B Prinsip Kepimpinan Lestari 1 Hingga 28 28
Model Meyer dan Allen (1997)

Komitmen normatif guru 6


29 Hingga 34
C
Komitmen berterusan guru 4
35 Hingga 38

39 Hingga 43
Komitmen afektif guru 5

ANALISIS PROFIL RESPONDEN


Jadual 1 menunjukkan tempoh pengalaman mengajar guru di bawah
kepimpinan pengetua semasa. Maklumat pengalaman mengajar menunjukkan
majoriti pengalaman guru mengajar di bawah kepimpinan pengetua semasa antara
4 – 6 tahun (60.0%), kurang 3 tahun (18.75%), 7 – 9 tahun (21.25%)

1124
Jadual 2: Profil Responden
Profil responden Kekerapan Peratus
(%)

Pengalaman mengajar di bawah kepimpinan pengetua semasa:

Kurang 3 tahun 15 18.75

4 – 6 tahun 48 60.0

7 – 9 tahun 17 21.25

ANALISIS TAHAP KOMITMEN ORGANISASI GURU


Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3 hingga 5, secara keseluruhan, guru-
guru mempunyai tahap sederhana komitmen afektif (min = 3,49), komitmen
berterusan (min = 3.34), dan komitmen normatif (min = 3,12). Komitmen afektif
nampaknya mempunyai min yang paling tinggi berbanding dengan komponen lain
daripada komitmen organisasi. Ini adalah petunjuk yang baik bahawa responden
komited pada sekolah mereka, walaupun mereka berada di tahap sederhana.
Komitmen berterusan perlu menjadi perhatian kepada pihak pengurusan sekolah
sejak minnya adalah yang kedua tertinggi selepas komitmen afektif (Jadual 4). Ini
adalah disebabkan oleh hakikat bahawa responden komited untuk sekolah-sekolah
mereka kerana mereka anggap kehilangan keahlian organisasi, termasuk ekonomi
akan mengakibatkan kerugian kepada mereka. Seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 5, komitmen normatif mempunyai min yang paling rendah (walaupun
masih pada tahap sederhana) berbanding dengan komitmen afektif dan berterusan.
Ini mungkin menunjukkan bahawa responden kekal dengan sekolah kerana
perasaan kewajipan. Dalam erti kata lain, responden merasakan mereka perlu
kekal di sekolah yang sama kerana mereka "harus", dan bukan kerana mereka
"mahu" atau "perlu."

1125
Jadual 3: Skor Min dan Sisihan Piawai Komitmen Afektif Guru Terhadap
Sekolah
KOMITMEN AFEKTIF Min Sisihan
Interpretasi
Skor Piawai
1, Saya akan menjadi sangat gembira untuk 3.57 .883
TS
menghabiskan sisa kerjaya saya dengan sekolah
ini
2, Saya gemar berkongsi kejayaan sekolah saya 3.85 .781
TT
dengan sekolah lain
3, Saya merasakan seolah-olah masalah sekolah 3.45 .761
TS
ini ialah masalah saya sendiri
4, Sekolah ini adalah sebahagian daripada hidup 3.54 .913
TS
saya
5, Sekolah ini mempunyai banyak makna peribadi 3.47 .968
TS
bagi saya
6, Saya telah memberi terlalu banyak sumbangan 3.11 1.006
TS
di sekolah ini untuk menimbangkan sebarang
perpindahan ke tempat lain
JUMLAH MIN SKOR 3.49
TS

Jadual 4: Skor Min dan Sisihan Piawai Komitmen Berterusan Guru


Terhadap Sekolah

KOMITMEN BERTERUSAN Min Sisihan


Interpretasi
Skor Piawai
1, Saya risau apa yang mungkin berlaku 3.28 .900
TS
sekiranya saya meninggalkan sekolah ini.

2, Ia akan menjadi sangat sukar bagi saya


untuk meninggalkan sekolah saya sekarang, 3.19 1.092
TS
walaupun saya mempunyai keinginan tersebut

3,Terlalu banyak dalam hidup saya akan 3.38 1.011


TS
terganggu jika saya mengambil keputusan
untuk meninggalkan organisasi saya kini

1126
4, Sebab utama saya terus bertahan dalam 3.54 .980
TS
sekolah ini kerana dengan meninggalkan
sekolah ini memerlukan perngorbanan peribadi
dan melibatkan kerugian yang besar dalam hidup
JUMLAH MIN SKOR 3.34
TS

Jadual 5: Skor Min dan Sisihan Piawai Komitmen Normatif Guru Terhadap
Sekolah
---------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------
KOMITMEN NORMATIF Min Sisihan
Interpretasi
Skor Piawai
---------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------
1,Melompat dari satu sekolah ke sekolah lain 3.21 .951
TS
tidak kelihatan beretika untuk saya

2,Salah satu sebab utama saya terus bekerja 3.33 1.220


TS
dalam sekolah ini adalah bahawa saya percaya
kesetiaan adalah penting dan merasa
tanggungjawab untuk kekal dalam sekolah ini

3,Jika saya mendapat tawaran lain yang lebih 2.99 1.142


TS
Bai kdi tempat lain saya tidak akan berasa ia
adalah perlu untuk saya meninggalkan sekolah
ini

4,Saya telah diajar untuk mempercayai nilai 2.98 1.190


TS
tetap setia kepada satu sekolah

5,Perkara yang baik ialah apabila seseorang 3.08 .911


TS
bertahan dalam satu sekolah bagi kebanyakan
kerjaya mereka

JUMLAH MIN SKOR 3.12


TS

Nota: TT (tahap tinggi), TS (tahap sederhana) dan TR (tahap rendah.

1127
ANALISIS TAHAP AMALAN KEPIMPINAN LESTARI PENGETUA
Bahagian ini menjelaskan tahap amalan kepimpinan lestari pengetua
mengikut tujuh prinsip amalan kepimpinan lestari oleh Hargreaves dan Finn
(2002) .Jadual 6 menunjukkan min skor bagi kesemua tujuh prinsip kepimpinan
lestari yang diamalkan oleh pengetua SMK Kota Kemuning .Secara keseluruhan
kesemua prinsip berada pada tahap sederhana. Analisis terhadap ketujuh-tujuh
prinsip tersebut adalah antara 2.95 (TS) hingga 3.63 (TS) dengan
nilai skor min bagi prinsip menggalakkan pembelajaran berterusan berapa pada
tahap yang tertinggi (3.63) dan nilai skor min prinsip mengenalpasti sumber dan
memanfaatkannyadalam menjalankan tugas demi menuju kejayaan berapa pada
tahap paling rendah (2.95)
Jadual 6 : Amalan Kepimpinan Lestari Pengetua
PRINSIP KEPIMPINAN LESTARI Min
Interpretasi
Skor
1. Menggalakkan Pembelajaran Berterusan 3.63
TS

2. Mewujudkan Pemimpin Pelapis Di Sekolah 3.44


TS

3. Membangunkan Dan Mengagihkan Kepimpinan 3.36


TS
Kepada Lain

4. Menitikberatkan Kemajuan Sekolah Disekeliling 3.26


TS

5. Menggalakkan Kepelbagaian Ilmu Dan Perkongsian 3.46


TS
Pengalaman Dalam Kalangan Warga Organisasi

6. Mengenalpasti Sumber Dan Memanfaatkannya 2.95


TS
Dalam Menjalankan Tugas Demi Menuju Kejayaan

7. Pemuliharaan 3.28
TS

JUMLAH SKOR MIN 3.34


TS

1128
ANALISIS KORELASI
Dalam mencari jawapan kepada persoalan kajian ketiga, iaitu, hubungan
antara amalan kepimpinan pengetua dan komitmen organisasi guru, analisis ke
atas pembolehubah tersebut telah dijalankan dan diringkaskan seperti di Jadual 7
di bawah.

Jadual 7. Korelasi pearson hubungan antara kepimpinan lestari pengetua dan


komitmen organisasi guru

KEPIMPINANL KOMITMENGU
ESTARI RU
*
KEPIMPINANLESTARI Pearson Correlation 1 .272
Sig. (2-tailed) .015
N 80 80
*
KOMITMENGURU Pearson Correlation .272 1
Sig. (2-tailed) .015
N 80 80
*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

Jadual 7 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan amalan


kepimpinan lestari pengetua dengan komitmen organisasi pengetua dengan nilai r
= -0.272 dan sig = 0.015 (p<0.05). Ini membuktikan bahawa pembolehubah
kepimpinan lestari dan tahap komitmen organisasi guru mempunyai perhubungan
yang lemah memandangkan nilai pekali kolerasi jauh dari nilai 1 (nilai maksimum
bagi sesuatu pekali kolerasi)

RUMUSAN
Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa amalan kepimpinan
lestari pengetua berada pada tahap sederhana. Kajian ini juga mendapati bahawa
guru-guru mempunyai tahap komitmen afektif, penerusan, dan normative yang
sederhana. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara kepimpinan
lestari pengetua dengan komitmen organisasi, di SMK Kota Kemuning. Setelah
ujian korelasi dijalankan terhadap hipotetsis, ternyata kedua-dua aspek ini
mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi.

1129
Segala kekuatan dalam dapatan kajian ini hendaklah dijadikan panduan
manakala kelemahan yang diperoleh dijadikan sempadan untuk tidak diulangai
oleh pemimpin organisasi khususnya pengetua di sekolah pada masa hadapan.
Model kepimpinan lestari yang dijadikan rujukan penting dalam kajian ini
merupakan satu alternatif amalan kepimpinan yang boleh diimpilentasikan oleh
pemimpin sekolah bagi tujuan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
malah menjadi pemangkin pencapaian matlamat sekolah. Dengan adanya gaya
kepimpinan yang baik, komitmen organisasi akan meningkat dan seterusnya akan
meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dalam kerja secara tidak langsung.
Hasil kajian dan literatur kajian yang terdapat dalam kajian ini boleh digunakan
sebagai bukti di mana gaya kepimpinan lestari menjadi faktor positif kepada
komitmen organisasi.

RUJUKAN
Abdul Shukor Abdullah. (2004). Kepimpinan unggul tonggak pengurusan
pendidikancemerlang.Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 14,
18-32

Abdul Shukor Abdullah. 2004. Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan


Pendidikan Cemerlang. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan ke 12. Institut Aminudin Baki

Atan Long, Ishak Rejab, Abdul Aziz Sultan, Mohd Nor Long, Mohd Sahari
Nordin, Nik Ahmad Hisham Ismail, Ratnawati Ashraf & Rosnani
Hashim(1991). Faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan
kemajuan sekolah.Kertas Kerja Seminar Latihan Mengajar antara
Universiti Kali Ke-7. Kula Lumpur : Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.

Azlin Norhaini Mansor. 2006. Amalan bidang pengetua: satu kajian kes. Tesis
Sarjana Falsafah, Jabatan Asas Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Bass, B. (1990). Bass & Stogdill’s Handbook of Leadership (3rd ed.) New York:
The

Bass, B. M. & Avolio, B. J. (1990). Transformational leadership development:


Manual for the Multifactor Leadership Questionnaire. Palo Alto, CA:
Consulting Psychologist Press.

Bennis, W. (1995). Nanus (1985) Leaders: The Strategies for Taking Charge.

1130
Fiore, D. J. 2004. An introduction to educational administration: Standards,
theories, and practice. Larchmont, N.Y.: Eye on Education.

Harris, A. (2003). Teacher leadership as distributed leadership: heresy, fantasy or


possibility?. School leadership & management, 23(3), 313-324.

Hargreaves, A. dan Fink, D. (2006).“Sustainable Leadership”. USA: Jossey-Bass

Hussein Mahmood. (1997). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah.Kuala


Lumpur.

Leithwood, K. (1994). Leadership for school restructuring. Educational


administration quarterly, 30(4), 498-518.

Lokman Mohd Tahir (2008). Analisis Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah


di Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Meyer, J. P. and Allen, N. J. (2004). TCM Employee Commitment Survey


Academic
Users Guide 2004. The University of Western Ontario.

Meyer, J. P., & Allen, N. J. (1991). A three-component conceptualization of


organizational commitment. Human resource management review, 1(1), 61-
89.

Mohd Najib abdul Ghafar (2004).Amalan Kepimpinaan Pengajaran Pengetua


Sekolah Menengah Luar Bandar. Serdang : UPM

Norlia Goolamally dan Dr. jamil Ahmad (2005). ―Pemilihan Pengetua Sekolah
Ke Arah Kelestarian Kepimpinan: Satu Pemikiran Semula‖

Owens, R. G., & Valesky, T. C. (2011). Organizational behavior in education:


Leadership and school reform. Boston, MA: Pearson.

Sipon, S. (2007). Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi.

Starratt, R. J. (1993). The drama of leadership. Psychology Press.

Sulehan, F. (2013). Amalan kepimpinan lestari pengetua sekolah agama bantuan


kerajaan (SABK) di daerah Pontian (Doctoral dissertation, Universiti
Teknologi Malaysia, Faculty of Education).

Stogdill, R.M. 1974. Hand book of leadership and research. New York: The Free
Press: A Division of Mac Millan Publishing Co. Inc

1131

Anda mungkin juga menyukai