Anda di halaman 1dari 1

Sebagai seorang bakal guru,terdapat banyak peranan yang harus dipikul bagi memastikan

kemenjadian kita sebagai seorang guru yang cemerlang. Antara peranan tersebut termasuklah
mendekatkan diri kita dengan Tuhan. Hal ini demikian kerana apabila kita mendekatkan diri kita
dengan Tuhan, secara tidak langsung ianya akan menimbulkan kesedaran dalam diri kita untuk
sentiasa bersikap baik dalam kehidupan seharian. Hal ini selaraslah dengan profesyen seorang guru
yang mesti berakhlak mulia. Secara amnya, bukan kita sebagai bakal guru sahaja yang harus
mendekatkan diri dengan Tuhan atau kepercayaan agama masing-masing namun sebaiknya semua
manusia. Kerana semua agama di dunia menggalakkan penganutnya untuk melakukan perkara-
perkara yang baik sahaja. Oleh itu, wajarlah kita sebagai manusia biasa untuk sentiasa mendekatkan
diri dengan Tuhan khususnya sebagai seorang bakal guru agar dapat dijadikan sebagai persediaan
dalam menjadi seorang pendidik kelak.

Selain itu, sebagai seorang bakal pendidik juga, kita mestilah peka terhadap akhlak dan
moral dalam diri sendiri terlebih dahulu sebelum bergelar sebagai seorang pendidik. Hal ini demikian
kerana kita tidak dapat menafikan bahawa kerjaya seorang guru sebagai cerminan kepada generasi
muda tidaklah mudah. Oleh itu, seorang siswa guru mestilah sentiasa memperbaiki kekurangan
dalam diri terlebih dahulu atau mengamalkan kegiatan yang baik-baik sahaja khususnya dalam aspek
akhlak dan moral dalam kehidupan seharian. Hal ini bagi memastikan kita dapat menjadikannya
sebagai kebiasaan dalam kehidupan seharian dan dapat dijadikan contoh kepada generasi muda.
Contohnya, seorang guru haruslah sentiasa memakai pakaian yang sopan dan tidak keterlaluan atau
menjolok mata serta sentiasa sentiasa menjaga adab dan pergaulan seharian. Dengan itu, kita bukan
sahaja dapat menjadi pendidik yang cemerlang namun dalam masa yang sama juga dapat menjadi
seorang pendidik yang bekesan dalam pendidikan selaras menjadi seorang guru yang beretika dan
tinggi akhlaknya.

Kesimpulannya, sebagai seorang bakal guru, saya mestilah sentiasa bersedia untuk
menghadapi kerjaya sebagai seorang guru yang sememangnya mencabar dalam aspek tertentu
termasuklah fizikal, mental, emosi dan rohani. Namun jika kita memang mencintai dan mendalami
profesyen kegururan tersebut, maka kita akan berkorban sepenuh tenaga dan usaha bagi
memastikan pendidikan dalam kalangan generasi muda sentiasa berkembang. Itu merupakan
kepuasan sebenar bagi seorang pendidik.

REXXX RUMIY .G

J2.5

Anda mungkin juga menyukai