Anda di halaman 1dari 7

Perspektif Bakal Guru Dalam Meningkatkan Keseimbangan Elemen

Jasmani,Rohani,Emosi dan Intelektual Untuk Melahirkan Guru Berkualiti.

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara pekerjaan yang penting dalam proses
pembangunan manusia,masyarakat dan negara. Guru merupakan “role model” kepada pelajar yang mampu
untuk memberi pengaruh yang besar kepada seseorang pelajar bukan hanya dalam bidang akademik malahan
dalam seluruh aspek kehidupan termasuk menjadi insan yang berketrampilan, sihat dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Namun pada era yang canggih dan serba moden ini, terdapat pelbagai isu yang berkaitan
dengan sahsiah seorang yang bergelar guru.Terdapat segelintir guru mencerminkan sahsiah yang tidak baik
yang meninggalkan impak yang negatif terhadap profesion perguruan melalui tindakan dan pemikiran yang
tidak selaras dengan harapan masyarakat dan negara. Bukan sahaja menyebabkan maruah diri tercemar malah
menyebabkan nama baik negara tercemar disebabkan tindakan seorang guru sahaja. Walaupun hanya seorang
guru yang terpesong sahsiahnya namun guru –guru lain juga berasa turut malu. Peribahasa “kerana setitik nila,
rosak susu sebelanga”, adalah sangat sesuai dengan sesetengah sahsiah guru yang keterlaluan . Hal ini sudah
terbukti di muka-muka akhbar tentang perkara negatif di mana seorang guru tidak profesional dalam
menjalankan amanah dan menjaga nama baik profesion perguruan. Antara kes yang melibatkan keruntuhan
moral membabitkan guru adalah khalwat, cabul pelajar , hubungan sulit dengan pelajar, tidak berpakaian kemas,
tidak menghormati masa, memukul pelajar , guru ponteng sekolah, merokok dikawasan sekolah dan beberapa
tindakan atau perbuatan negatif yang tidak melambangkan ciri-ciri seseorang guru .
Terdapat beberapa aspek untuk membentuk kembali keseimbangan guru dari segi jasmani, emosi
,rohani, intelek seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya dapat melahirkan
seorang guru yang cemerlang dan berkualiti. Antara aspeknya, guru mestilah mempunyai keperibadian mulia.
Keperibadian mulia adalah sifat yang meliputi ciri-ciri seperti berpegang teguh pada etika perguruan, berakhlak
mulia, mempunyai kendiri positif, adil, sabar, tegas , bersikap terbuka , berminda positif dan segala sifat-sifat
yang mulia. Guru yang memiliki keperibadian yang mulia mampu menjadi ‘role model’ atau contoh kepada
pelajar dan masyarakat kerana status seseorang guru dipandang sangat mulia dan tinggi oleh mereka. Menurut
Ee Ah Meng(2003),guru yang beriltizam akan menjadi ‘role model’ kepada pelajarnya.Keperibadian yang
dimiliki oleh guru seperti di atas juga membolehkan pelajar lebih mudah dan selesa menerima guru. Hasilnya,
dapat memudahkan proses pengajaran guru di sekolah atau bilik darjah jika semua pelajar menerima guru dan
selesa dengan keperibadiannya. Menurut Raghbir Kour(2007),guru mesti membentuk pelajar untuk memiliki
akhlak yang mulia dan nilai –nilai murni yang tinggi. Oleh itu, sebelum membentuk pelajar, guru terlebih
dahulu perlu membentuk nilai-nilai murni di dalam diri. Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat
dalamFalsafah Pendidikan Kebangsaan akan dapat dicapai jika nilai-nilai murni ini direalisasikan melalui
kurikulum supaya ilmu pengetahuan dapat diperkembangkan. Oleh itu, guru mestilah mempunyai nilai –nilai
murni yang tinggi supaya dapat dicontohi dan disemai dalam jiwa pelajar sejak awal lagi. Bak kata pepatah
Melayu,’’melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Contohnya nilai bertanggungjawab, bertolak ansur,
bertimbang rasa, memahami antara satu sama lain ,sedia memaafkan dan nilai-nilai yang melambangkan
kebaikan.
Merujuk kepada pembentukkan Falsafah Pendidikan Negara, keagamaan diletakkan pada tempat yang
paling tinggi. Untuk meningkatkan sahsiah seseorang guru dari melakukan perkara yang tidak baik, kekuatan
pegangan agama adalah perkara yang paling utama. Tanpa pegangan agama yang teguh boleh menyebabkan
terpesongnya akidah . Oleh yang demikian, guru mestilah berpegang teguh pada agama . Terdapat pelbagai
kelebihan jika seseorang guru mempunyai pegangan agama yang teguh.Antaranya, guru akan memiliki sikap
betanggungjawab, berprinsip dan beramanah jika pegangan agamanya teguh. Amanah sangat penting kepada
seseorang guru apabila menyampaikan ilmu. Hal ini kerana amanah dapat membantu guru untuk menyampaikan
pengajaran dengan baik tanpa melakukan penipuan dari segi masa dan sebagainya. Amanah juga mampu
membantu guru untuk mengajar murid bercakap benar. Selain itu, pegangan agama yang teguh juga mampu
membuatkan guru berpenampilan dan berimej baik. Hal ini dapat dilihat melalui pemakaian guru, tingkahlaku
guru dan cara percakapan seseorang guru. Penampilan guru juga banyak memainkan peranan kehidupan sebagai
pendidik. Guru harus berperwatakan tampan, kemas dan bersih. Penampilan guru yang kemas dan bersih
melambangkan mereka yang telah menitikberatkn kebersihan dan keselesaan .Selain itu, ia juga menunjukkan
sifat penyayang yang ada dalam diri guru kerana mereka menunjukkan imej yang baik kepada pelajar . Secara
tidak langsung,budaya penyanyang dapat diserapkan kepada diri pelajar.
Dalam membentuk keseimbangan untuk melahirkan guru cemerlang, sabar itu merupakan kunci utama
Setiap guru mestilah mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menempuh cabaran sebagai pendidik anak bangsa
.Tugas guru pada era globalisasi ini menjadi lebih rumit dan kompleks kerana bukan hanya mengajar dan guru
juga perlu melibatkan diri dalam mentadbir apa jua aktiviti yang dinjurkan oleh pihak sekolah atau
kerajaan.Rasulullah (s.a.w) telah bersabda bhawa ‘sabar itu adalah satu cabang daripada iman’. Oleh itu, guru
yang berpegang teguh pada agama mestilah sentiasa bersemangat,cekal , tabah dan tidak mudah berputus asa
walaupun pelbagai rintangan dan halangan yang dihadapi dari pelbagai sudut demi mendidik dan mengajar anak
bangsa supaya menjadi insan yang cemerlang dan berguna .
Untuk menjadi seorang guru yang berkualiti pastinya mempunyai tahap kesihatan dan personaliti yang
tinggi. Seseorang itu tidak akan dapat berfikir dengan baik jika dirinya berada dalam keadaan tidak sihat. Kata
orang; ”Otak yang cergas bermula daripada badan yang sihat”. Orang yang berpenyakit darah tinggi biasanya
bersifat panas barang manakala orang mengidap kencing manis biasanya fikiran tidak menentu. Sifat atau gejala
penyakit seperti ini tentunya akan merendahkan kualiti diri guru. Oleh itu, guru mestilah sedar dan sentiasa
berusaha untuk untuk menjaga kesihatan diri termasuk kesihtan fizikal dan kesihatan rohani. Oleh hal demikian,
guru mestilah memperuntukan masa dalam melakukan aktiviti yang boleh memberi impak positif
terhadapkesiahatan.Sebagai contoh, guru mestilah beriadah dengan cara bersukan atau menghadiri ceramah dan
program yang berkaitan dengan kesiahatan supada dapat memberikan kesedaran tentang pentingnya kesihatan
fizikal dan rohani dalam kehidupan terutamanya untuk menjadi guru yang cemerlang dan berkualtiti.Melibatkan
diri dalam sebarang aktiviti yang bermoral akan menyebabkan sesorang guru lebih sihat dari mental dan fizikal
Aspek pemulihan juga penting kerana dapat membantu memulihkan guru daripada menghadapi masalah
yang berterusan. Emosi juga merupakan perkara yang penting dalam bidang perguruan . Penjagaan emosi yang
sempurna dapat menghindarkan guru daripada menghadapi masalah luaran dan melakukan perkara di luar
jangkaan seperti memukul pelajar, merotan pelajar dan perbuatan yang akan mendatangkan kecederaan kepada
pelajar. Sebagai contoh,jika pelajar melakukan kesalahan atau kesilapan, guru perlu membuat keputusan ,
menasihati, membimbing dan menjaga emosi supaya kemarahan tidak dilepaskan kepada pelajar.Oleh itu, guru
hendaklah mengawal emosi dengan baik dan perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa. Antara
pendekatan yang boleh diambil oleh para guru untuk menstabilkan emosi yang telah terganggu adalah dengan
cara mendapatkan khidmat kaunseling supaya dapat meluahkan segala apa yang dirasai dialami dan difikirkan.
Tanpa perkongsian, masalah yang dipendam oleh guru akan meburukkan lagi emosi . Perkhidmatan kaunseling
merupakan perkhidmatan yang paling sesuai untuk mengatasi masalah yang melibatkan psikososial seperti
tekanan dalam kehidupan , permasalahan dalam keluarga dan di sekolah . Selain itu guru perlu bermusabah diri
agar dapat merenung kembali apa yang telah dilakukan dan bertaubat untuk meninggalkan perkara yang tidak
baik. Muhasabah diri sangat penting kerana dapat membantu guru memperbaiki kelemhan diri dari semasa ke
semasa dan bersikap terbuka untuk menerima teguran daripada pelbagai pihak agar tidak mengulangi kesilapan
lalu yang telah dikenalpasti.
Aspek seterusnya yang perlu dititikberatkan ialah kecemerlangan pengetahun dan kemahiran. Ciri-ciri
seperti mengamalkan budaya ilmu, bijak menguruskan masa , mampu mengenalpasti keperluan dan masalah
pembelajaran pelajar ,membuat keputusan rasional , menjadi pakar rujuk dalam bidang masing-masing adalah
ciri yang perlu ada dan dimiliki oleh sesorang guru yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Menurut
Mok Soon Sang (2007), Profesor Syed Muhammad al-Atas menyatakan ilmu itu merupakan sesuatu yang
bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Guru juga berperanan dan
bertanggungjawab sebagai pengamal ilmu. Dalam erti kata lain guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia
dalam memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid serta memberi petunjuk kearah jalan yang benar
sebagai pengamal ilmu. Sebagai seorang guru,budaya ilmu mestilah dipupuk dan menjadi kriteria utama dalam
diri supaya para pelajar dapat mencontohinya. Contohnya, untuk melahirkan pelajar yang mempunyai modal
intelektual yang tinggi untuk menghadapi era revolusi industri, guru mestilah bertanggungjawab untuk
mendidik pelajar menggunakan daya fikir yang tinggi dengan mempraktikkn pemikiran konstruktif yang terarah
kepada berpndangan jauh.
Guru mestilah menghadiri latihan dalam perkhidmatan. Latihan dalam perkhidmatan merupakan satu
proses yang sangat penting kerana dapat membantu guru untuk membaiki diri bagi pembinaan sahsiah
cemerlang. Selain itu, dapat memberi kesedaran kepada guru bahawa menuntut ilmu itu penting. Antara latihan
yang wajib guru melibatkan diri adalah termasuk bengkel kaedah pengajaran terkini, bengkel komunikasi yang
efektif, bengkel mengakses maklumat daripada internet dan bengkel pengurusan stress di tempat kerja. Hasil
daripada penglibatan guru dalam aktiviti yang diaanjurkan dapat memberi impak yang positif dalam diri para
guru termasuk boleh belajar cara menangani stress ditempat kerja,berkomunikasi dengan baik dan sebagainya.
Kecemerlangan komunikasi merupakan ciri kualiti guru yang baik. Komunikasi juga merupakan senjata utama
dalam melaksanakan tugas untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada para pelajar.
Seterusnya, guru perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan mempunyai cara
pengendalian kelas yang baik . Menurut Sue Leach(2006), cara pengendalian kelas juga boleh mencerminkan
keperibadian seorang guru. Sebagai penggerak pembelajaran dengan membimbing murid-murid supaya mereka
berusaha belajar secara individu ataupun secara kumpulan,guru mestilah bijak dalam menguruskan seperti
menentukan corak penyusunan meja, kerusi dan peralatan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai. Oleh itu, guru mestilah belajar dari pengalaman yang sedia ada sewaktu bergelar,
menggunakan dan memikirkan segala pengetahuan ,konsep, teknik ,cara untuk mengendalikan kelas .
Pengendalian kelas yang baik mampu membantu guru dalam kelancaran sesi pengajaran dan pembelajarn di
bilik darjah . Selain itu, sentiasa bergaul dengan guru-guru lain dan tidak hanya dengan membuat hal sendiri.
Hal ini kerana jika terdapat masalah yang timbul atau perkara yang perlu perbincangan, guru boleh berbincang
dengan guru-guru lain supaya dapat mencari jalan penyelesaian.
Tanggungjawab guru kepada masyarakat dan negara iaitu tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
mencemarkan nama baik negara ataupun ajaran yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Perkara ini sering berlaku dalam kalangan guru zaman sekarang kerana sesetengah guru banyak terlibat dengan
perkara-perkara yang membatalkan akidah iaitu memberi tunjuk ajar yang berlawanan dengan agama. Perkara
yang khurafat dianggap perkara biasa malah perkara-perkara syirik juga turut diamalkan sehingga
mempengaruhi murid-murid. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. Guru sering menjadi tumpuan masyarakat walau di mana juga
kerana profesion perguruan itu dipandang tinggi tetapi jika sahsiah guru itu dicemari dengan tingkah laku
negatif, secara tidak langsung kepercayaan masyarakat terhadap profesion perguruan ini tiada nilai-nilai murni
seperti mana yang diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, walau di mana juga individu yang
bergelar guru haruslah mengutamakan sahsiah murni yang mencerminkan keperibadian guru tersebut.Guru juga
mestilah sentiasa menyertai aktiviti dan aktif dalam kegiatan masyarakat.Antaranya menyertai aktiviti
pergerakan belia dan sukan ,badan kebajikan ,kebudayaan dan sebagainya. Hasilnya, imej guru dapat
dipertingkatkan jika aktif dari semasa ke semasa kerana hubungan guru dengan masyarakat boleh diibaratkan
seperti “ isi dengan kuku”. Oleh itu,penilaian guru yang berjaya sekarang bukan hanya dinilai dari segi sifat
,keperibadian dan professional sahaja tetapi juga dari segi sosial. Antara sifat dan kualiti sosial yang mesti ada
pada guru ialah ramah mesra. Sifat ini perlu ada pada seseorang guru kerana ia merupakan satu kualiti yang
perlu untukmendapatkan kerjasama darioranglain.Kesannya, anggota masyarakat seperti pelajar dan ibu bapa
lebih selesa berdamping dengan guru tersebut.

Sebagai penutup bicara, sahsiah merupakan satu paparan sebenar tentang corak peribadi atau personaliti
seseorang yang dapat dilihat dari semua aspek iaitu aspek fizikal,kognitif,emosi,sosial dan rohani yang mana
kesemua aspek ini dapat mempengaruhi sikap atau perwatakan seseorang. Menurut Imam Al-Ghazali(1989),
pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pengetahuan agama,
akidah,penghayatan Al-Quran ,adab kehidupan berkeluarga,mencari rezeki, perhubungan sesame manusia
,budipekerti, pembangunan jiwa serta hati. Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting
terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik.Pembangunan sahsiah sempurna adalah
seperti yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan
intelektual. Sebagai contoh, bukan sekadar berpegang teguh pada agama namun seorang guru perlu seimbang
dari aspek emosi,rohani,intelek dan sosial supaya personaliti atau sahsiah guru dapat dikekalkan selama
lamanya. Antara keseimbangan yang ditunjukkan oleh seorang guru adalah seperti sentiasa berpegang teguh
pada agama, berpakaian kemas ,bersopan-santun,rendah diri,ikhlas ,penyayang dan berpengetahuan luas sudah
tentu akan menjadi tumpuan atau idola pelajar-pelajar dan mungkin juga dikalangan guru-guru. Kebolehan
berinteraksi dan berkomunikasi serta menyesuaikan diri dengan semua lapisan masyarakat dapat membuktikan
bahawa guru itu adalah seorang mempunyai ciri-ciri sahsiah positif. Walaupun perubahan juga boleh berlaku
pada sahsiah seseorang mengikut masa dan keadaan. Namun sahsiah mempunyai keunikan iaitu satu unsur
stabil yang membolehkan kita membuat ramalan terhadap sikap dan tingkahlaku para pelajar atau para guru.
Konsep pembangunan dan isu yang berkaitan dengan sahsiah para guru ini tidak boleh dipandang enteng kerana
dapat memastikan guru-guru sentiasa berada dilandasan yang betul ,tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai
pendidik serta menjadi role-model yang bersahsiah unggul yang mana dapat mempengaruhi perkembangan anak
didiknya menjadi warganegara yang berguna di masa hadapan.Kesimpulannya, untuk membentuk
keseimbangan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkankan insan yang
harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani,emosi,rohani,intelek maka aspek-aspek yang
dibincangkan ini perlu dititikberatkan oleh para guru supaya dapat melahirkan guru yang cemerlang dan
berkualiti sepanjang zaman.
Rujukan
1. Don Yahaya(2007).Kepimpinan Pedidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia : PTS Publishing
Sdn Bhd. Dimuat turun daripada laman web
https://books.google.com.my/books?id=8trcvLzhuLwC&pg=PA59&dq=sahsiah+guru&hl=en&sa=X&
ved=0ahUKEwirmf_78c_XAhXDpo8KHUZiBPgQ6AEIJTAA#v=onepage&q=sahsiah%20guru&f=fa
lse

2. Mustapai, WMA(2012,Oktober).Sahsiah .Ciri-Ciri Guru Positif dan Negatif. Dimuat turun daripada
laman web: http://wanmohdaffendy.blogspot.my/2012/10/sahsiah-ciri-ciri-guru-positif-dan.html

3. Kumar &Thielalai Amaall (2009, May).Peranan dan Tugas Guru Sebagai Profesional. Dimuat turun
daripada laman web:
http://amallku.blogspot.my/

4. Konsep Nilai Murni Dalam Falsafah Pendidikan Negara. Dimuat turun daripada laman web :
http://sarjana.tripod.com/nilai3.html

5. Mustapha, Hayatun(n.d).Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dimuat turun daripada laman web :


https://www.slideshare.net/HayatuNMustapHa/falsafah-pendidikan-kebangsaan-28333510

6. Arethief(2014,May).Definisi Pembangunan Sahsiah.Dimuat turun daripada laman web :


https://sahsiahcikgu.wordpress.com/2014/05/06/definisi-pembangunan-sahsiah/

7. Imam Al-Ghazali (1989)-Sahsiah. Dimuat turun daripada laman web :


https://www.slideshare.net/kakrose2/sahsiah-guru

8. Ee Ah Meng (2003)& Raghbir Kour (2007) – Guru beriltizam & Nilai murni .Dimuat turun daripada
laman web:
https://www.slideshare.net/AmirNazif/guru-yang-berkesan

9. Muslimah(2012,April).Melahirkan Guru Berketerampilan.Dimuat turun daripada laman web :


http://ana-muslimahsolehah.blogspot.my/2012/04/melahirkan-guru-berketerampilan.html
Lampiran
Isu sahsiah yang melibatkan warga pendidik

Anda mungkin juga menyukai