Anda di halaman 1dari 23

OBJEKTIF UMUM

 Memahami ciri, fungsi dan penggunaan alat kelengkapan, alat pengukuran dan alat
pengujian elektronik.
 Memahami kendalian litar penerima radio AM dan FM.
 Mengesan dan membaiki kerosakan litar penerima radio AM dan FM.

OBJEKTIF KHUSUS
Diakhir modul ini murid akan dapat :

 Melukis dan menerangkan fungsi setiap blok penerima radio AM dan FM.
 Mengesan kerosakan penerima radio dengan menggunakan alat ujian yang sesuai.
 Membaikpulih kerosakan penerima radio.
 Mengamalkan langkah keselamatan.

PENCAPAIAN KOMPETENSI
 Menerangkan pemodulatan amplitud dan pemodulatan frekuensi.
 Melakarkan gambarajah blok penerima radio AM dan FM.
 Menerangkan fungsi setiap blok penerima radio AM dan FM.
 Mengenalpasti litar dan komponen setiap peringkat penerima radio AM dan FM.
 Mengesan kerosakan dengan menggunakan alat ujian yang sesuai.

1
 Mengenalpasti dan membaikpulih kerosakan.
 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

1. PENERIMA RADIO

Penerima radio adalah satu alat perhubungan yang berupaya untuk menerima
gelombang electromagnet dan menukar isyarat itu kepada isyarat audio pada
keluarannya. Penerima radio pertama mengandungi antenna, pengesan dan fon kepala
atau fontelinga. Kepemilihan dan kepekaannya adalah terhad. Kemudian, tercipta litar
penguat dan litar tertala yang mana ia dapat memperbaiki kepemilihan dan kepekaan
penerima radio dengan lebih baik. Terdapat tiga ciri utama pada setiap penerima radio
yang baik ialah :

i. Kepekaan tinggi (High sensitivity).


ii. Kepemilihan tinggi (Hihg selectivity).
iii. Kesetiaan tinggi (High fidelity atau Hi-Fi).

- Semua penerima radio dikendalikan berdasarkan prinsip


penghiterodinan, penerima radio juga dipanggil sebagai penerima radio
superhetrodin.
- Prinsip heterodin ialah pencampuran dua isyarat yang berlainan frekuensi
untuk menghasilkan satu frekuensi dari perbezaan dua frekuensi
itu.Isyarat itu adalah isyarat pembawa RF dan isyarat pengayun
tempatan.
- Proses heterodin berlaku di peringkat pencampur.

2
i. PEMODULATAN AMPLITUD (AM)

Pemodulatan amplitud (AM) adalah sejenis pemodulatan dimana amplitud


pembawa berubah mengikut isyarat atau maklumat, rujuk Rajah 1

Rajah 1 Pemodulatan amplitud

3
ii) PEMODULATAN FREKUENSI (FM)

Pemodulatan frekuensi (FM) adalah sejenis pemodulatan dimana mplitude


pembawa adalah tetap manakala frekuensi berubah mengikut isyarat atau
maklumat, rujuk Rajah 2.

Frequensi Modulation (FM)

4
RAJAH 2 : PEMODULATAN FREKUENSI (FM)

2. PENERIMA RADIO AM

Sesebuah penerima radio diperlukan bagi pengendalian satu julat frekuensi-


frekuensi pembawa (contohnya jalur-jalur gelombang sederhana dan gelombang
pendek) , dan boleh menghasilkan sesuatu keluaran frekuensi audio yang dapat
mengeluarkan semula dengan lengkap (setia) isyarat bermodulatan asal. Penerima
juga mesti berkebolehan memilih frekuensi pembawa yang dikehendaki (iaitu stesen
yang dipilih ) dan terasing daripada yang lain.

5
a. Jalur frekuensi penerima radio AM iaitu bagi gelombang sederhana (MW)
ialah 535KHz – 1605KHz.
b. Frekuensi penguat IF adalah tetap 455KHz.
c. Rajah 3 adalah gambarajah blok penerima radio AM.

Gambarajah blok radio AM

RAJAH 3 : RAJAH BLOK PENERIMA RADIO AM

3. PENERIMA RADIO FM

a. Jalur frekuensi penerima radio FM ialah 88MHz – 108MHz.


b. Frekuensi penguat IF adalah tetap 10.7MHz.
c. Rajah 4 adalah gambarajah blok penerima radio FM

6
Rajah 4 (a)

Rajah 4 (b)

4 (a) gambarajah blok FM : menggunakan pengesan nisbah.

4 (b) gambarajah blok FM : menggunakan penghad dan pembezalayan.

4. FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA RADIO AM DAN RADIO FM

FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA RADIO AM

a) Antena - Memintas semua isyarat yang dipancarkan oleh pemancar.

7
b) Penguat frekuensi Radio (RF) – Memilih satu sahaja isyarat yang
diperlukan dan menguatkan isyarat tersebut. Peringkat ini mengandungi
litar tala. Peringkat ini memperbaiki kepemilihan dan nisbah isyarat
kebisingan penerima radio.

c) Pengayun tempatan - Menjana frekuensi 455KHz lebih tinggi daripada


frekuensi penguat frekuensi radio (RF). Peringkat ini juga mempunyai litar
tala dimana ia diregukan (gang) dengan litar tala di peringkat penguat RF,
perubahan frekuensi di peringkat penguat RF dan pengayun tempatan
adalah berkadar seturut.
Contoh :

1. Jika peringkat penguat RF ditala kepada 600KHz, maka pengayun


tempatan akan menjana frekuensi sebanyak 600KHz + 455KHz =
1055KHz.

2. Jika peringkat penguat RF ditala kepada 1000KHz, maka pengayun


tempatan akan menjana frekuensi sebanyak 1000KHz + 455KHz =
1455KHz.

d) Pencampur – Menerima isyarat dari penguat RF dan pengayun tempatan,


empat frekuensi akan terhasil pada keluaran pencampur. Empat
frekuensi tersebut ialah:
1. Isyarat RF yang asal, contoh : 1000KHz
2. Frekuensi pengayun tempatan yang asal 1455KHz (1000KHz +
455KHz).
3. Frekuensi jumlah : RF + pengayun tempatan (1000KHz +
1455KHz = 2455KHz).
4. Frekuensi beza : RF – pengayun tempatan (1455KHz –
1000KHz = 455KHz).

Peringkat Pencampur dan Pengayun Tempatan juga dipanggil


sebagai peringkat
e) Penguat frekuensiPenukar
perantaraan (IF) – Hanya meluluskan frekuensi IF iaitu
455KHz sahaja dan menguatkannya, iaitu ia memilih salah satu daripada
empat frekuensi yang dihasilkan oleh peringkat pencampur.

Peringkat Penguat Frekuensi Perantaraan (IF) biasanya


mengandungi lebih dari satu peringkat

8
f) Pengesan - merupakan penerus setengah gelombang dan penapis lulus
rendah dimana ia menapis atau mengenepikan komponen frekuensi
tinggi dan meluluskan frekuensi rendah iaitu frekuensi audio.

g) Penguat frekuensi audio - Menguatkan frekuensi audio untuk memacu


pembesar suara.

Peringkat Penguat Audio mengandungi peringkat :

i. Penguat Pemacu atau voltan

h) Pembesar suara – menukarkan tenaga elektrik kepada bunyi.

i) Kawalan gandaan automatic (AGC) – mengawal gandaan penguat RF dan


IF secara automatik supaya isyarat pada keluaran sentiasa setabil walau
pun kekuatan isyarat yang diterima berubah. Jika kekuatan isyarat
berkurang, KGA akan memaksa peringkat penguat RF dan IF menaikan
gandaan.
j) Bekalan kuasa dc – membekalkan voltan dc kepada semua peringkat.

Keburukan pengendalian superheterodin adalah kewujudan Frekuensi


Bayangan ( frekuensi bayangan = frekuensi RF + 2IF)

Contoh : frekuensi RF = 700KHz, frekuensi pengayun tempatan = 1155KHz,

Frekuensi bayangan = 1610KHz.

Apa yang berlaku adalah : ????????????


iii) FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA RADIO FM
1. perbezaan frekuensi RF dan pengayun tempatan = 455KHz.
a. Pada umumnya fungsi setiap blok dalam penerima radio FM adalah sama dengan
penerima radio AM.

b. Perbezaan blok antara penerima radio AM dan FM adalah:

Penerima radio AM Penerima radio FM

9
1. Pengesan 1. Pengesan FM : Pengesan Nisbah.

Atau

Pengesan FM :

i. penghad

ii. pembizalayan

2. Kawalan Gandaan Automatik 2. Kawalan Frekuensi Automatik

(KGA) (KFA)

c. Kawalan Frekuensi Automatik (KFA) – Mengawal frekuensi pengayun tempatan


supaya pengayun tempatan menjana frekuensi yang betul, dimana pengesan
sentiasa tertala kepada frekuensi pertengahan FM 10.7MHz.
Contoh :

Jika peringkat RF ditala kepada 90MHz, maka frekuensi pengayun


tempatan mesti menjana frekuensi sebanyak 100.7MHz (90MHz +
10.7MHz). Tetapi jika dalam keadaan ini peringkat pengayun tempatan
menjana frekuensi sebanyak 101.7MHz maka frekuensi penguat IF FM
akan menjadi 11.7MHz (101.7MHz – 90MHz). Dengan adanya peringkat
KFA maka frekuensi yang tidak tepat itu akan diperbetulkan.

d. Untuk memastikan pengayun tempatan menjana frekuensi yang betul, voltan dc


akan disuapbalik dari peringkat keluaran pengesan FM ke peringkat pengayun
tempatan.

5. CONTOH GAMBARAJAH BLOK LENGKAP SEBUAH


PENERIMA RADIO AM/FM

a. Kita telah didedahkan dengan penerima radio AM dan FM yang berasingan.


Bagaimana pula dengan penerima radio yang anda biasa gunakan yang mana ia
mengandungi gabungan radio AM dan FM?
b. Rajah 5 adalah satu rajah blok asas penerima radio AM/FM.

10
c. Peringkat penguat RF, pencampur dan penguat IF 1 berfungsi untuk kedua-dua
saluran AM dan FM.

Rajah 5 : Rajah blok penerima radio AM/FM

d. Dalam zaman sekarang ini, peringkat-peringkat yang ada dalam setiap penerima
radio tidak lagi berada berasingan iaitu satu peringkat diwakili oleh satu
komponen utama atau transistor.
e. Litar bersepadu (I.C) adalah merupakan satu peranti elektronik yang komplek
yang mana ia mengandungi semua komponen elektronik yang berkaitan.
f. Dalam satu penerima radio AM/FM mungkin hanya menggunakan dua I.C
sebagai komponen utamanya dimana bahagian penguat frekuensi audio
menggunakan satu I.C dan peringkat lain satu lagi I.C.

6. PENGUJIAN DAN KESELAMATAN

1 MENGESAN KEROSAKAN

a) Peralatan dan alat ujian mesti mengikut kesesuaian.

b) Terdapat dua jenis isyarat pada penerima radio:


11
i. isyarat RF
ii. isyarat audio

c) Penjana isyarat RF adalah digunakan untuk menguji peringkat :


i. Penguat frekuensi radio
ii. Peringkat penukar
iii. Peringkat penguat IF dan masukan pengesan.

d) Penjana isyarat audio digunakan untuk menguji peringkat keluaran pengesan


dan penguat frekuensi audio.

e) Kaedah mengesan kerosakan.

i. Pemerhatian dengan pancaindera – melihat fizikal komponen jika ada yang


hangus atau sebagainya dan menghidu jika ada komponen yang terbakar.
ii. Suntikan isyarat – menggunakan penjana isyarat yang betul mengikut litar
atau peringkat yang diuji rajah 6.1. Bunyi nada (tone) 1KHz akan berbunyi di
pembesar suara jika peringkat yang diuji dalam keadaan normal.
iii. Surihan isyarat – menggunakan osiloskop untuk melihat kehadiran isyarat
rajah 6.2
iv. Sukatan voltan – menganalisa voltan dan membandingkan voltan sebenar
dan voltan ketika litar dalam keadaan rosak.
v. Sukatan rintangan – menentukan komponen dan jenis kerosakan.

KAEDAH MENGESAN KEROSAKAN.

12
RAJAH 6.1 : KAEDAH SUNTIKAN ISYARAT

RAJAH 6.2 : KAEDAH SURIHAN ISYARAT.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
a) Keselamatan diri

13
Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan
kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi
peraturan keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri
daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan
diamalkan adalah :
 Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas
- Tidak memakai tali leher
 Sikap
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
 Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan

b) Keselamatan Radio dan alat ujian

Peralatan pengujian hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan dilengkapi


dengan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan.

 Penebatan
- Semua alat dan perkakasan elektrik hendaklah mempunyai
penebat yang baik dan sempurna.
 Penggunaan alat ujian
- Gunakan julat dan kekutuban yang betul.

c) Lain-lain
Bekalan kuasa hendaklan dibuka (off) apabila membuat pengukuran rintangan.

7. Kaedah Mengesan Kerosakan Radio

14
Walaupun pada masa sekarang banyak perubahan berlaku dalam alat teriam radio.
Sebagai contoh penggunaan komponen IC menggantikan transistor yang beroperasi
lebih dari satu fungsinya dalam blok radio. Ini adalah menghasilakn mutu penerimaan
yang baik. Ini tidaklah bermakna system lama dilupakan malahan ia amat berkait rapat
dengan system yang baru ini. Kaedah untuk kefahaman kerosakan radio akan mudah
difahami dengan penggunaan radio bertransistor. Kertas penerangan ini akan
menerangkan berbagai-bagai kaedah dalam proses mencari kerosakan radio.

Terapat dua kaedah pengujian yang amat berkesan dalam proses pengesanan
kerosakan ini :-

1. Kaedah Ujian Statik


2. Kaedah Ujian Dinamik

Kaedah Ujian Statik

Proses ini banyak dilakukan dengan cara penyukatan voltan dan gelombang dalam litar
dan komponen . Instrument yang sesuai dalam kerja ini ialah oscilloscope dan
multimeter.

Berikut adalah proses mengesan kerosakan dalam blok radio secara berperingkat-
peringkat dengan menggunakan kaedah ujian di atas.

a. Kerosakan peringkat Audio


Sukat jumlah arus yang mengalir pada radio dengan multimeter dalam keadaan
paras rendah volume dan paras tinggi volume. Lihat gambarajah dibawah.

MENGGUNAKAN MULTIMETER UNTUK MENYUKAT VOLTAN

b. Jika jangka arus tidak menunjukkan bacaan arus yang sepatutnya ini bermakna
bekalan voltan di radio berlakunya litar terbuka. Berkemungkinan seperti berikut :

15
b.1 Bekalan voltan masukakan tidak mencukupi.
b.2 Wayar bekalan voltan terputus
b.3 Line bekalan voltan terputus
b.4 Suis ON/OFF rosak dan sebagainya

Peringatan :
Pastikan perkara diatas dalam keadaan baik dengan alatuji multimeter. Jika
terdapat. Kerosakan perlu baiki.

c. Jika didapati arus/voltan yang mengalir mencukupi tetapi radio tiada


menghasilkan bunyi , tindakan yang perlu anda lakukan ialah gunakan signal
generator (1khz) sebagai injector dan oscilloscope untuk melihat keadaan bentuk
gelombang di loud speaker. Lakukan seperti dalam gambarajah dibawah.
Sekiranya litar audio Amp dalam keadan baik ia sepatutnya dapat menghasilkan
keluaran gelombang sin yang normal.

d. PENYAMBUNGAN UNTUK MENGUJI AUDIO YANG BAIK

e. Jika litar Audio Amp dalam keadaan tidak normal berlakunya :


e.1 Tiada keluaran
e.2 Keluarannya herotan dan gandaan kecil
16
Oleh kerana di dalam litar audio terdapat empat blok dan untuk mempastikan
blok yang mana mengalami dua kaedah ujian boleh dilakukan.

Kaedah Ujian Dinamik

Adalah satu cara untuk mengesan kerosakan dalam blok. Bagi mempastikan samada
setiap blok dalam keadaan baik atau sebaliknya. Untuk tujuan itu penggunaan
Instrument Elektronik amat bersesuaian seperti Audio Generator, RF Genrator dan
Signal Generator dan Signal Generator & Tracer. Ini adalah untuk membekalkan signal
yang bersesuaian dengan fungsi blok radio sebagai pengganti signal asal.

KAEDAH UJIAN DINAMIK

PERINGATAN :
1. Letakkan secara tetap Injector di Volume dan anjakkan Tracer di input dan output
pada setiap peringkat. Kaedah ini dipanggil Tracing Signal.
2. Atau boleh juga diletakkan secara tetap Tracer di output (speaker) dan anjakkan
17
injector di input dan output pada setiap peringkat. Kaedah ini dipanggil Injecting
Signal.

CARA-CARA PENYAMBUNGAN MENGESAN KEROSAKAN

1.Tiada Bunyi Tone

Kaedah Tracing Signal dibahagian Split

1.Ada Bunyi Tone

KAEDAH TRACING SIGNAL DIBAHAGIAN SPLITTE

1. Kaedah Tracing Signal dibahagian Splitter


Mengesan kerosakan dengan blok diagram iaitu bermula dari :-

1. Ada bunyi tone.


18
2. Tiada bunyi tone.

CARA-CARA PENYAMBUNGAN MENGESAN KEROSAKAN

Kaedah Injecting Signal di bahagian Splitter


2. Kaedah Injecting Signal di bahagian Splitter

1. Tiada bunyi tone


2.
3. Tiada bunyi tone

Ujian Secara Static.

Gunakan multimeter dan CRO untum menyukat voltan atau arus di litar. Ada dua cara
penyukatan voltan yang mesti dilakukan :-

i) Sukat voltan kemasukan dan laluan bekalan voltan di laluan negatif dan laluan

19
positif, susur sehingga setiap peringkat litar audio.
*Sukat voltan sambil menyusur laluan bekalan positif. Bacaan voltan sepatutnya
sama
*Sukat voltan mengikut laluan bekalan negatif. Bacaan voltan mestilah kosong,
jika ada bacaan yang ditunjukkan oleh jarum meter, ini menunjukkan ada
berlakunya litar terbuka di laluan negatif.

(ii) Menyukat voltan pincang atau operating voltage pada transistor:


- Sukat voltan di base dan ambil bacaannya.
- Sukat voltan di emitter dan ambil bacaannya.
- Tolak nilai voltan bacaan di Base dan Emitter.
- Hasil tolakan mestilah lebih kurang sama dengan voltan pincang
transistor.

Transisor jenis silicon = 0.3-0.7 v


Transistor jenis germinium = 0.1 – 0.4v

Jika bacaan voltan berlebihan dari kadar voltan transistor tersebut telah berlakunay litar
terbuka.
(i) Transistor telah rosak
(ii) Kebucuran pada transistor
(iii) Komponen yang berkaitan dengan litar transistor berkemungkinan
tersebut telah berlakunya litar terbuka.

Jika voltan berkurangan dari kadar voltan pincang berkemungkinan telah berlakunya :-
(i) Litar pintas di transistor
(ii) Kebucuran pada transistor
(iii) Komponen yang berkaitan dengan litar transistor tersebut telah
berlakunya litar terbuka atau litar pintas.

Kerosakan diperingkat RF,IF dan Detector(Bahagian IF)

Teknik mengesan di bahagian RF adalah sama dengan teknik di bahagian AF.


Walaubagaimanapun penggunaan RF generator sangat diperlukan untuk mengganti
Audio Gen. Nilai ulangan AM yang biasa digunakan ialah

20
455khz,600khz,900khz,1000khz dan 1600khz. Ulangan FM pula ialah 10.7mhz,88mhz,
100mhz dan 108mhz.

PERINGKAT IF DAN DETECTOR

Kaedah Injecting Signal

Rujuk rajah dibawah. Instrument yang digunakan masih lagi sama seperti di peringkat
IF. Bezanya ialah ulangan kemasukan di RF AMP melalui antenna adalah banyak tetapi

21
keluaran di bahagian Mixer adalah satu nilai ulangan sahaja iaitu 455khz atau FM
10.7mhz.

Apabila dibekalkan ullangan yang berkaitan yang berlaiana seperti 600khz, 1000khz
dan sebagainya di bahagian tunning hendaklah dilaraskan bagi menghasilkan keluaran
ulangan di mixer 455khz. Jika ada keluaran semasa berlainan ulangan dibekalkan ini
bermakna local oscillator berlaku biasanya ia tidak boleh menghasilkan keluaran di
Mixer apabila selain daripada 455khz yang dibekalkan.

Walaubagaimanapun sukar untuk menentukan komponen mana yang rosak kerana ia


menggunakan satu transistor yang berfungsi bagi keseluruhan peringkat Converter.

LITAR CONVERTER

Kaedah Ujian Static

Seperti dibahagian lain sukat laluan positif dan negatif untuk mempastikan bahawa ada

CONTOH BORANG LAPORAN KEROSAKAN (RADIO)


NAMA:…………………………………………………………………..

KURSUS:………………………………………………………………..
22
SIMPTOM

BIL PEMERIKSAAN YANG DIBUAT PEMERHATIAN/ KESIMPULAN

Komponen yang rosak:………………………………………………………………

Jenis kerosakan komponen.:……………………………………………………..

23

Anda mungkin juga menyukai