Anda di halaman 1dari 18

MODUL 7 RADIO

Modul ini mendedahkan teori-teori penerima radio AM dan FM, mengesan kerosakan dan mengganti komponen
rosak dalam penerima radio AM dan FM

OBJEKTIF UMUM

 Memahami ciri, fungsi dan penggunaan alat kelengkapan, alat pengukuran dan alat pengujian elektronik.
 Memahami kendalian litar penerima radio AM dan FM.
 Mengesan dan membaiki kerosakan litar penerima radio AM dan FM.

OBJEKTIF KHUSUS

Diakhir modul ini murid akan dapat :

 Melukis dan menerangkan fungsi setiap blok penerima radio AM dan FM.
 Mengesan kerosakan penerima radio dengan menggunakan alat ujian yang sesuai.
 Membaikpulih kerosakan penerima radio.
 Mengamalkan langkah keselamatan.

PENCAPAIAN KOMPETENSI

 Menerangkan pemodulatan amplitud dan pemodulatan frekuensi.


 Melakarkan gambarajah blok penerima radio AM dan FM.
 Menerangkan fungsi setiap blok penerima radio AM dan FM.
 Mengenalpasti litar dan komponen setiap peringkat penerima radio AM dan FM.
 Mengesan kerosakan dengan menggunakan alat ujian yang sesuai.
 Mengenalpasti dan membaikpulih kerosakan.
 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

7.1 PENERIMA RADIO

Penerima radio adalah satu alat perhubungan yang berupaya untuk menerima gelombang electromagnet
dan menukar isyarat itu kepada isyarat audio pada keluarannya. Penerima radio pertama mengandungi
antenna, pengesan dan fonkepala atau fontelinga. Kepemilihan dan kepekaannya adalah terhad.
Kemudian, tercipta litar penguat dan litar tertala yang mana ia dapat memperbaiki kepemilihan dan
kepekaan penerima radio dengan lebih baik. Terdapat tiga ciri utama pada setiap penerima radio yang
baik ialah :
i. Kepekaan tinggi (High sensitivity).
ii. Kepemilihan tinggi (Hihg selectivity).
iii. Kesetiaan tinggi (High fidelity atau Hi-Fi).

1
- Semua penerima radio dikendalikan berdasarkan prinsip penghiterodinan, penerima
radio juga dipanggil sebagai penerima radio superhetrodin.
- Prinsip heterodin ialah pencampuran dua isyarat yang berlainan frekuensi untuk
menghasilkan satu frekuensi dari perbezaan dua frekuensi itu.Isyarat itu adalah isyarat
pembawa RF dan isyarat pengayun tempatan.
- Proses heterodin berlaku di peringkat pencampur.

7.1.1 RAJAH BLOK PENERIMA RADIO AM DAN FM

i. PEMODULATAN AMPLITUD

Pemodulatan amplitud (AM) adalah sejenis pemodulatan dimana amplitud pembawa berubah
mengikut isyarat atau maklumat, rujuk Rajah 7.1.

Teknologi Elektronik 4 : m/s 109 rajah 13.2

Rajah 7.1 : Pemodulatan Amplitud (AM)

 Penerima Radio AM

- Jalur frekuensi penerima radio AM iaitu bagi gelombang sederhana (MW) ialah
535KHz – 1605KHz.
- Frekuensi penguat IF adalah tetap 455KHz.
- Rajah 7.2 adalah gambarajah blok penerima radio AM.
-

Rajah 7.2 : Rajah blok penerima radio AM

2
ii. PEMODULATAN FREKUENSI

Pemodulatan frekuensi (FM) adalah sejenis pemodulatan dimana 3mplitude pembawa adalah
tetap manakala frekuensi berubah mengikut isyarat atau maklumat, rujuk Rajah 7.3.

Teknologi 5 m/s 1

Rajah 7.3 : Pemodulatan Frekuensi (FM)

 Penerima Radio FM

- Jalur frekuensi penerima radio FM ialah 88MHz – 108MHz.


- Frekuensi penguat IF adalah tetap 10.7MHz.
- Rajah 7.4 adalah gambarajah blok penerima radio FM

(a)

3
(b)

Rajah 7.4 : Rajah blok penerima radio AM (a) pengesan FM : menggunakan pengesan nisbah
(b) pengesan FM : menggunakan penghad dan pembezalayan

7.1.2 FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA RADIO AM DAN FM

 Fungsi setiap blok penerima radio AM

- Antena - Memintas semua isyarat yang dipancarkan oleh pemancar.

- Penguat frekuensi Radio (RF) – Memilih satu sahaja isyarat yang diperlukan dan
menguatkan isyarat tersebut. Peringkat ini mengandungi litar tala. Peringkat ini
memperbaiki kepemilihan dan nisbah isyarat kebisingan penerima radio.

- Pengayun tempatan - Menjana frekuensi 455KHz lebih tinggi daripada frekuensi


penguat frekuensi radio (RF). Peringkat ini juga mempunyai litar tala dimana ia
diregukan (gang) dengan litar tala di peringkat penguat RF, perubahan frekuensi di
peringkat penguat RF dan pengayun tempatan adalah berkadar seturut.

Contoh :
1. Jika peringkat penguat RF ditala kepada 600KHz, maka pengayun tempatan akan
menjana frekuensi sebanyak 600KHz + 455KHz = 1055KHz.

2. Jika peringkat penguat RF ditala kepada 1000KHz, maka pengayun tempatan akan
menjana frekuensi sebanyak 1000KHz + 455KHz = 1455KHz.

- Pencampur – Menerima isyarat dari penguat RF dan pengayun tempatan, empat


frekuensi akan terhasil pada keluaran pencampur. Empat frekuensi tersebut ialah:
1. Isyarat RF yang asal, contoh : 1000KHz
2. Frekuensi pengayun tempatan yang asal 1455KHz (1000KHz + 455KHz).
3. Frekuensi jumlah : RF + pengayun tempatan (1000KHz + 1455KHz =
2455KHz).
4. Frekuensi beza : RF – pengayun tempatan (1455KHz – 1000KHz =
455KHz).

Peringkat Pencampur dan Pengayun Tempatan juga dipanggil


sebagai peringkat Penukar

4
- Penguat frekuensi perantaraan (IF) – Hanya meluluskan frekuensi IF iaitu 455KHz
sahaja dan menguatkannya, iaitu ia memilih salah satu daripada empat frekuensi yang
dihasilkan oleh peringkat pencampur.

Peringkat Penguat Frekuensi Perantaraan (IF) biasanya


mengandungi lebih dari satu peringkat

- Pengesan - merupakan penerus setengah gelombang dan penapis lulus rendah dimana
ia menapis atau mengenepikan komponen frekuensi tinggi dan meluluskan frekuensi
rendah iaitu frekuensi audio.

- Penguat frekuensi audio - Menguatkan frekuensi audio untuk memacu pembesar


suara.

Peringkat Penguat Audio mengandungi peringkat :


i. Penguat Pemacu atau voltan
ii. Penguat Audio Kuasa.

- Pembesar suara – menukarkan tenaga elektrik kepada bunyi.

- Kawalan gandaan automatic (AGC) – mengawal gandaan penguat RF dan IF secara


automatik supaya isyarat pada keluaran sentiasa setabil walau pun kekuatan isyarat yang
diterima berubah. Jika kekuatan isyarat berkurang, KGA akan memaksa peringkat
penguat RF dan IF menaikan gandaan.

- Bekalan kuasa dc – membekalkan voltan dc kepada semua peringkat.

Keburukan pengendalian superheterodin adalah kewujudan Frekuensi


Bayangan ( frekuensi bayangan = frekuensi RF + 2IF)

Contoh : frekuensi RF = 700KHz, frekuensi pengayun tempatan = 1155KHz,


Frekuensi bayangan = 1610KHz.

Apa yang berlaku adalah :


1. perbezaan frekuensi RF dan pengayun tempatan = 455KHz.
2. perbezaan frekuensi bayangan dan pengayun tempatan = 455KHz.
Dimana 455KHz adalah frekuensi IF, ini bermakna penguat IF boleh
menguatkan kedua-dua frekuensi (frekuensi RF yang sebenar dan frekuensi
bayangan) dalam satu masa. Maka isyarat yang kedua ini yang mungkin kurang
jelas akan mengganggu isyarat yang dikehendaki.

 Fungsi setiap blok penerima radio FM

- Pada umumnya fungsi setiap blok dalam penerima radio FM adalah sama dengan
penerima radio AM.
- Perbezaan blok antara penerima radio AM dan FM adalah:

5
Penerima radio AM Penerima radio FM

1. Pengesan 1. Pengesan FM : Pengesan Nisbah.

Atau

Pengesan FM :
i. penghad
ii. pembizalayan

2. Kawalan Gandaan Automatik 2. Kawalan Frekuensi Automatik


(KGA) (KFA)

- Kawalan Frekuensi Automatik (KFA) – Mengawal frekuensi pengayun tempatan


supaya pengayun tempatan menjana frekuensi yang betul, dimana pengesan sentiasa
tertala kepada frekuensi pertengahan FM 10.7MHz.

Contoh :
Jika peringkat RF ditala kepada 90MHz, maka frekuensi pengayun tempatan
mesti menjana frekuensi sebanyak 100.7MHz (90MHz + 10.7MHz). Tetapi jika dalam
keadaan ini peringkat pengayun tempatan menjana frekuensi sebanyak 101.7MHz maka
frekuensi penguat IF FM akan menjadi 11.7MHz (101.7MHz – 90MHz). Dengan
adanya peringkat KFA maka frekuensi yang tidak tepat itu akan diperbetulkan.

- Untuk memastikan pengayun tempatan menjana frekuensi yang betul, voltan dc akan
disuapbalik dari peringkat keluaran pengesan FM ke peringkat pengayun tempatan.

 PENERIMA RADIO AM/FM

o Kita telah didedahkan dengan penerima radio AM dan FM yang


berasingan. Bagaimana pula dengan penerima radio yang anda biasa gunakan yang mana ia
mengandungi gabungan radio AM dan FM?
o Rajah 7.5 adalah satu rajah blok asas penerima radio AM/FM.
o Peringkat penguat RF, pencampur dan penguat IF 1 berfungsi
untuk kedua-dua saluran AM dan FM.

6
Rajah 7.5 : Rajah blok penerima radio AM/FM

o Dalam zaman sekarang ini, peringkat-peringkat yang ada dalam


setiap penerima radio tidak lagi berada berasingan iaitu satu peringkat diwakili oleh satu
komponen utama atau transistor.
o Litar bersepadu (I.C) adalah merupakan satu peranti elektronik
yang komplek yang mana ia mengandungi semua komponen elektronik yang berkaitan.
o Dalam satu penerima radio AM/FM mungkin hanya
menggunakan dua I.C sebagai komponen utamanya dimana bahagian penguat frekuensi audio
menggunakan satu I.C dan peringkat lain satu lagi I.C.

 LITAR PENERIMA RADIO AM DAN FM

1. Litar penerima radio AM.

Modern electronic comm.. m/s 126

7.2 PENGUJIAN DAN KESELAMATAN

7
7.2.1 Mengesan kerosakan
Peralatan dan alat ujian mesti mengikut kesesuaian.
Terdapat dua jenis isyarat pada penerima radio:
i. isyarat RF
ii. isyarat audio
Penjana isyarat RF adalah digunakan untuk menguji peringkat :
i. Penguat frekuensi radio
ii. Peringkat penukar
iii. Peringkat penguat IF dan masukan pengesan.
Penjana isyarat audio digunakan untuk menguji peringkat keluaran pengesan dan penguat
frekuensi audio.
Kaedah mengesan kerosakan.
i. Pemerhatian dengan pancaindera – melihat fizikal komponen jika ada yang hangus atau
sebagainya dan menghidu jika ada komponen yang terbakar.
ii. Suntikan isyarat – menggunakan penjana isyarat yang betul mengikut litar atau peringkat
yang diuji rajah 7.6. Bunyi nada (tone) 1KHz akan berbunyi di pembesar suara jika
peringkat yang diuji dalam keadaan normal.
iii. Surihan isyarat – menggunakan osiloskop untuk melihat kehadiran isyarat rajah 7.7.
iv. Sukatan voltan – menganalisa voltan dan membandingkan voltan sebenar dan voltan ketika
litar dalam keadaan rosak.
v. Sukatan rintangan – menentukan komponen dan jenis kerosakan.

Rajah 7.6 : Kaedah suntikan isyarat

8
Rajah 7.7 : Kaedah surihan isyarat

7.2.2 Langkah-langkah keselamatan

i. Keselamatan diri

Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja boleh
mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan keselamatan
dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang
kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :

 Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas
- Tidak memakai tali leher
 Sikap
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
 Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan
ii. Keselamatan Radio dan alat ujian

Peralatan pengujian hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan dilengkapi dengan ciri-ciri
keselamatan yang ditetapkan.

 Penebatan
- Semua alat dan perkakasan elektrik hendaklah mempunyai penebat
yang baik dan sempurna.

9
 Penggunaan alat ujian
- Gunakan julat dan kekutuban yang betul.

iii. Lain-lain

Bekalan kuasa hendaklan dibuka (off) apabila membuat pengukuran rintangan.

7.3

AKTIVITI 1

7.1 PENERIMA RADIO AM/FM

TUGASAN

Memahami kendalian penerima radio AM dan FM.

PENCAPAIAN KEKOMPITENAN

 Mengenal peringkat dalam radio yang dibekalkan.


 Mengenal komponen utama merujuk kepada litar skematik.
 Membuat sukatan voltan dc pada komponen utama.
 Menguji kefungsian litar setiap peringkat dengan menggunakan alat ujian yang betul.
 Mengamalkan langkah keselamatan diri dan alat.

BAHAN / PERALATAN:

BAHAN/PERALATAN KUANTITI BAHAN/PERALATAN KUANTITI


Set penerima radio AM/FM 1 set
Osiloskop dan alat tambah 1 set
Meterpelbagai dan alat tambah 1 set
Penjana isyarat audio dan alat 1 set
tambah
Penjana isyarat RF dan alat tambah 1 set

LANGKAH KERJA

1. Onkan penerima radio AM/FM yang diberi dan pastikan ia berfungsi dengan baik.
2. Offkan penerima radio. Tentukan kedudukan komponen dan peringkat penerima radio dengan merujuk
kepada litar skematik yang dibekalkan.
3. Lukiskan rajah blok penerima radio itu.
4. Onkan semula penerima radio. Ukur voltan dc pada setiap kaki IC dan transistor.

10
5. Catatkan semua dapatan dalam jadual 7.1 untuk transistor dan jadual 7.2 untuk IC.
6.

TRANSISTOR TITIK UJIAN VOLTAN DC

Tapak

Pengeluar

Pemungut

Tapak

Pengeluar

Pemungut

Tapak

Pengeluar

Pemungut

Jadual 7.1

IC IC
VOLTAN DC VOLTAN DC
NO. PIN NO.PIN

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

6 6

7 7

11
8 8

9 9

10 10

11 11

12 12

13 13

14 14
Jadual 7.2

AKTIVITI 2

MENGESAN KEROSAKAN DAN MEMBAIKPULIH

TUGASAN

Pelajar mengesan kerosakan penerima radio AM/FM

ARAHAN KEPADA GURU :

Guru dikehendaki membuat kerosakan pada peringkat penguat frekuensi IF.

ARAHAN DAN TUGASAN PELAJAR:

1. Dengan menggunakan alat ujian yang disediakan, kesan kerosakan secara teratur.

2. Dengan menggunakan Borang A


a) Nyatakan simptom kerosakan.
b) Tuliskan langkah-langkah mengesan kerosakan.
c) Tuliskan kesimpulan bagi setiap langkah-langkah yang
dibuat.
d) Nyatakan komponen yang rosak dan jenis kerosakan serta
kesimpulannya.

12
BORANG A
NAMA PELAJAR
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TARIKH

SIMPTOM

Bil Langkah-langkah kerja Keputusan / Kesimpulan

13
Komponen rosak dan jenis kerosakan Kesimpulan

Disemak oleh
NAMA GURU

TARIKH
TANDATANGAN

KOMPETEN * BELUM *
KOMPETEN
* Tandakan √ pada petak yang berkenaan

LATIHAN.

Jawab semua soalan

1 Nyatakan definasi pemodulatan amplitud?


………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

2 Nyatakan definasi pemodulatan frekuensi?


………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

3 Lakarkan bentuk isyarat :

a) pemodulatan amplitud

b) pemodulatan frekuensi

4 Terangkan mengapa peringkat kawalan gandaan


automatic (KGA) diperlukan dalam penerima radio AM?
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

14
5 Terangkan mengapa peringkat kawalan frekiensi
automatic (KFA) diperlukan dalam penerima radio FM?
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

6 Lukiskan gambarajah blok sebuah penerima radio AM


yang menggunakan 2 peringkat IF dan 2 peringkat penguat frekuensi audio.

7 Nyatakan julat frekuensi penerima bagi :

a) radio AM : …………... ……………………………………………………………….


b) radio FM : …………………………………………………………………………….

8 Penguat RF sebuah penerima radio FM ditala kepada


98.3MHz. Hitungkan nilai frekuensi pengayun tempatan radio itu.
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

9 Nyatakan nilai frekuensi bayangan bagi sebuah


penerima radio AM apabila peringkat penguat RF ditala kepada 630KHz.
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

10 Nyatakan peringkat yang ada di penerima radio FM


tetapi tiada di penerima radio AM.
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

11 Nyatakan peringkat yang rosak bagi sebuah penerima


radio AM/FM apabila :

a) Radio mati :
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………
b) Keluaran lemah bagi radio AM:
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………
c) Radio AM dan FM keluaran ‘motoboating’ :
……………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………….
d) Radio FM ada keluaran tetapi radio AM tiada keluaran :
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………
e) Keluaran perlahan bagi radio AM dan FM :
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………

12 Merujuk kepada rajah 7.5. Nyatakan kesan keluaran


penerima radio AM/FM itu apabila :

a) Penguat IF 1 rosak :

15
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………
b) Penguat pemacu rosak :
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………
c) Penguat IF 2 rosak :
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………
d) Litar tala FM rosak :
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………
e) Bekalan kuasa rosak :
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………

13

PENILAIAN Lampiran
NAMA PELAJAR
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TARIKH

AKTIVITI 1 LITAR PENGUAT AUDIO


Perkara yang
Bil Pertama Kedua Ketiga Catatan
dinilai
Belum Belum Belum
Kompeten Kompeten Kompeten
kompeten kompeten kompeten
Mengukur
voltan dc
1 pada setiap
transistor

Mengukur
voltan dc
pada setiap
2
kaki IC.

7
KOMPETEN * * *

16
BELUM KOMPETEN * * *
T/TANGAN
NAMA PENILAI 1
TARIKH
T/TANGAN
NAMA PENILAI 2
TARIKH

* Tandakan √ pada petak yang berkenaan

Lampiran
PENILAIAN
NAMA PELAJAR
NO. KAD PENGENALAN
NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TARIKH

AKTIVITI 2 MENGESAN KEROSAKAN BEKALAN KUASA PENGATUR VOLTAN


BOLEH LARAS
Perkara yang
Bil Pertama Kedua Ketiga Catatan
dinilai
Kompete Belum Belum Belum
Kompeten Kompeten
n kompeten kompeten kompeten
Mengenal
Simptom
1 kerosakan

Langkah
mengesan
2 kerosakan

3 Menetukan
komponen &
jenis
kerosakan

17
Menulis
lapuran
mengesan
4
kerosakan
dengan
teratur
* * *
KOMPETEN

* * *
BELUM KOMPETEN

NAMA PENILAI 1

T/TANGAN
TARIKH
NAMA PENILAI 2

T/TANGAN
TARIKH

* Tandakan √ pada petak yang berkenaan

GLOSARI

Fonkepala - headphone
Fontelinga - earphone
Frekuensi bayangan - frekuensi imej : satu keburukan dalam penerima
Radio superheterodin AM.

18

Anda mungkin juga menyukai