Anda di halaman 1dari 10

MAINTENANCE TECHNOLOGY / NOTA KURSUS CCTV - K5 2019

Pengenalan

Televisyen Litar Tertutup atau nama bahasa inggerisnya Closed Circuit Television (CCTV)
adalah satu sistem litar tertutup dan kesemua elemen-elemennya adalah disambung secara
terus di antara satu sama lain . CCTV tidak seperti televisyen siaran yang memerlukan
penerima (receiver) tertentu yang perlu dilaras dengan betul untuk mendapatkan isyarat
daripada gelombang udara.

Aplikasi CCTV

CCTV digunakan secara meluas dalam sistem keselamatan seperti di kedai runcit, bank,
bangunan kerajaan dan lain-lain. Walau bagaimanapun, sebenarnya skop penggunanya
adalah tidak terhad. Antara contoh-contoh penggunaan yang lain adalah seperti berikut.

 Memerhatikan lalulintas atas jambatan.


 Merakam keadaan di dalam oven untuk mengenalpasti masalah.
 Sebagai satu sistem sementara untuk menjalankan penyelidikan di sesuatu pusat
bandar.
 Penggunaan di stadium bola sepak.
 Tersembunyi di dalam bus untuk mengawal vandalisme.
 Merakamkan proses kelahiran anak gorilla di zoo.
 Menghasilkan satu program hidupan liar menggunakan model helikopter besar.
 Untuk tujuan fotografi aerial dari belon udara panas.
 Kawalan produktiviti di kilang.

Komponen/Aksesori CCTV

Sesuatu set CCTV terdiri daripada beberapa komponen atau aksesori seperti senarai berikut:

1. Kamera
2. Monitor
3. Perakam DVR /DVR Recorder
4. Bekalan Kuasa
5. Kabel penyambungan
6. Tetikus ( Jika perlu)

Kamera

Titik permulaan bagi suatu sistem CCTV adalah kamera. Kamera akan membentuk gambar
yang akan dihantar ke kedudukan kawalan. Kamera CCTV kebiasaanya tidak disertakan
dengan kanta. Kanta dibekalkan secara berasingan dan diskrukan pada bahagian hadapan
kamera.

Rajah 1 Kamera dan Kanta

1
MAINTENANCE TECHNOLOGY / NOTA KURSUS CCTV - K5 2019

Tidak kesemua kanta mempunyai pelarasan focus dan iris. Kebanyakannya mempunyai
perlarasan iris. 'BNC' plug adalah untuk disambungkan ke kabel sepaksi video. Bekalan
kuasa dibekalkan melalui kabel sepaksi tersebut.

Monitor

Gambar yang dibentuk di kamera perlu dihasilkan semula di bahagian kedudukan kawalan.
Monitor CCTV kelihatan sama dengan televisyen penerima yang biasa melainkan ia tidak
mempunyai litar pelarasan (Tuning Circuit).

Rajah 2: Monitor CCTV

Sistem CCTV Asas

Dalam suatu sistem CCTV yang paling ringkas, kamera disambung secara terus ke monitor
melalui kabel sepaksi dengan kuasa kamera dibekalkan daripada monitor. Ia dikenali
sebagai sistem Line Powered. Rajah 3 menunjukkan sistem CCTV asas tersebut. Ia banyak
digunakan di bangunan kedai runcit kerana ia adalah lebih murah dan cara pemasangan
adalah mudah .

Rajah 3: Sistem CCTV Line Powered yang asas

Sambungan yang seterusnya menunjukkan empat kamera sebagai output/keluaran ke


monitor. Keadaan ini boleh disetkan mengikut urutan secara otomatik melalui kamera-
kamera atau mana-mana kamera boleh dipilih. Rajah 4 menunjukkan susunan sistem
tersebut. Sambungan jenis ini juga boleh dipasang dengan mikrofon pada kamera untuk
membawa bunyi dan speaker di monitor.

Walau bagaimanapun, speaker tersebut hanya akan mengeluarkan bunyi daripada kamera
yang dipilih. Mikrofon yang dipasang pada kamera hanya akan mengesan bunyi yang
terdekat dengannya dan bukan kawasan yang dikehendaki.

Namun, sistem ini adalah lebih murah dan mudah dipasang. Satu set yang lengkap
merangkumi kamera, kanta 16mm, braket, monitor serta kabel sepaksi yang telah siap
dipasang dengan soket.

2
MAINTENANCE TECHNOLOGY / NOTA KURSUS CCTV - K5 2019

Rajah 4: Sistem CCTV Line Powered dengan Empat Kamera.

Sistem CCTV Main Powered

Pemasangan bagi CCTV asas ditunjukkan pada Rajah 5. Kamera mendapat bekalan kuasa
daripada bekalan kuasa utama seperti monitor. Suatu kabel sepaksi menghantar isyarat
video daripada kamera ke monitor. Walaupun sistem ini mudah dipasang, tetapi ia masih
terikat dengan peraturan yang berkaitan seperti The Institute of Electrical Engineers. (Kini
telah digabungkan dalam British Standard BS7671). Kegagalan mematuhi peraturan boleh
mendatangkan bahaya dan menimbulkan banyak masalah.

Susunan sedemikian membenarkan sistem pemasangan yang lebih rumit . Apabila lebih
daripada satu kamera diperlukan, maka satu video switcher perlu dimasukkan dalam Rajah
6. Dengan menggunakan switcher tersebut, kamera boleh dipilih atau ia boleh disetkan
supaya semua kamera memaparkan gambar mengikut urutan. Kebiasaanya, tempoh masa
untuk setiap kamera boleh dilaraskan pada tombol kawalan atau pemutar skru.

Rajah 5: Sistem CCTV Main Powered Asas

3
MAINTENANCE TECHNOLOGY / NOTA KURSUS CCTV - K5 2019

Rajah 6: Sistem dengan 4 Kamera dengan Video Switcher

Sistem dengan Rakaman Video

Perkembangan pemasangan yang seterusnya melibatkan perakam video (Video


Recorder) yang ditunjukkan pada Rajah 7.

Rajah 7: Sistem Pelbagai Kamera dengan Perakam Video

4
MAINTENANCE TECHNOLOGY / NOTA KURSUS CCTV - K5 2019

Kamera Boleh Gerak (Movable Cameras)

Dalam banyak penggunaan, kawasan yang perlu diliputi memerlukan banyak kamera tetap.
Cara penyelesaiannya ialah menggunakan kamera yang dipasang pada platform bergerak.
Platform ini boleh dikawal dengan menggunakan remote control. Platform tersebut boleh
berpusing secara mengufuk yang kebiasaanya dikenali sebagai pengimbas. Bagi alternatif
lain pula, platform tersebut boleh dikawal pergerakannya secara mengufuk dan menegak
yang dikenali sebagai pan, tilt unit. Satu sistem asas ditunjukkan pada Rajah 8.

Rajah 8 Sistem Kamera Boleh Gerak Asas

Kamera boleh digunakan di dalam dan di luar bangunan.Apabila digunakan di luar


bangunan, ia memerlukan kotak perlindungan. Manakala bagi kegunaan dalam bangunan ia
bergantng kepada persekitaran dalam bangunan sama ada kotak perlindungan diperlukan
atau sebaliknya. Sesuatu sistem CCTV juga boleh menggabungkan kamera boleh gerak dan
kamera tetap.

Rajah 9: Sistem Kamera Pelbagai

Bentuk-bentuk kamera CCTV

Rupabentuk Alatan Nama Alatan Fungsi Alatan

Doom Camera Dipasang di siling atau


( Siling CCTV bahagian bumbung.
Camera ) Sesuai untuk bahagian dalam
bangunan.
Fokus dan kawalan jarak telah
ditetapkan.

5
MAINTENANCE TECHNOLOGY / NOTA KURSUS CCTV - K5 2019

Boleh dipasang disemua


bahagian luar bangunan atau
Infrared Outdoor dalam bangunan.
Camera Berupaya mengambil gambar di
dalam gelap.
Fokus dan kawalan jarak telah
ditetapkan.

Boleh dipasang disemua


PTZ Camera bahagian bangunan.
Disambungkan ke alat kawalan.
Fokus dan jarak boleh
dilaraskan.

Signal Balun Peranti perantara yang boleh


menguatkan lagi isyarat video.
Dipasang secara berpasangan
di antara kamera ke perakam
atau alat kawalan.
Penyambungan menggunakan
kabel ethernet.

6
MAINTENANCE TECHNOLOGY / NOTA KURSUS CCTV - K5 2019

AC / DC Adaptor Kabel bekalan kuasa bagi


240V / 12V 500mA kamera dan juga alat perakam
digital.
Ianya sesuai hanya untuk satu
alat sahaja.

AC / DC multi output. Mempunyai banyak keluaran AT


240V / 12V 500mA 12V.
Sesuai digunakan bagi bilangan
kamera yang banyak.
Kos lebih jimat.

Perakam Video Digital Mempunyai masukan yang


berbilang.
Keupayaan rakaman
bergantung kepada besar hard
disc nya.
Terdapat model yang
menggunakan rakaman pada
DVD.
Disertakan kawalan jauh dan
tetikus sebagai tambahan.

RG Coaxial Cabel Menggunakan kabel RG59 dan


& RG68 jenis sepaksi.
BNC to BNC Nilai galangan 75 ohm.
connector
RCA male to RCA
female connector

7
MAINTENANCE TECHNOLOGY / NOTA KURSUS CCTV - K5 2019

Monitor Sebarang monitor sama ada


( CCTV Screen ) tiub atau LCD.
Fungsi untuk memaparkan hasil
video dari kamera.
Menggunakan kabel RCA ke
perakam video digital.

Kekunci Kawalan Disambungkan ke kamera jenis


Camera PTZ. PTZ yang boleh mengawal
fokus, jarak dan putarannya.
Menggunakan kabel isyarat
sebagai penyambungnya.

Kategori Kamera CCTV

Kamera jenis Dalam dan Luar Bangunan (Indoor vs Outdoor Cameras)

Kamera dalam dan luar bangunan adalah sama dari segi bentuk dan saiz.
Perbezaannya hanya kamera outdoor adalah tahan lasak terhadap perubahan cuaca.

Selain isu hujan, perkara-perkara lain yang perlu dipertimbangkan termasuklah dari segi
kelembapan udara, debu, pasir, salji, kabus dan sebagainya. Maka, sesetangah kamera
dilengkapi dengan pemanas dan pengering bagi melindunginya.

Kamera Outdoor juga perlu mengambil kira masalah tahap kecerahan pada waktu malam.
Maka, ia perlu dilengkapi dengan infra-red atau teknologi siang/malam yang lain.

Night Vision and Day/Night Cameras

Untuk keadaan yang gelap, terdapat dua jalan penyelesaiannya. Jika kawasan yang teramat
gelap, maka infra-red atau night vision harus digunakan.

Sinaran Infrared (IR) — Panjang gelombang suatu sinaran elektromagnet adalah lebih
panjang daripada cahaya penglihatan tetapi lebih pendek daripada gelombang radio.

Infrared digunakan dalam kamera night-vision apabila kekurangan cahaya penglihatan untuk
melihat sesuatu objek dengan jelas. Kamera menggunakan bahagian infra red pada
spektrum elektromagnet. Sinaran tersebut dikesan dan ditukar ke bentuk imej.

8
MAINTENANCE TECHNOLOGY / NOTA KURSUS CCTV - K5 2019

Day/Night — Suatu teknologi memantapkan sensitiviti yang meningkatkan sensitiviti


cahaya kamera dengan faktor gandaan 2 cahaya penglihatan.

9
MAINTENANCE TECHNOLOGY / NOTA KURSUS CCTV - K5 2019

Monitor To main supply 240Vac

To main supply

Vout
Vin- CH2

Vin- CH1

Digital Video Recorder


(DVR)

DOM Camera Infrared Camera

To main supply 240Vac

Power Supply 12V

10

Anda mungkin juga menyukai