Anda di halaman 1dari 12

Tajuk Projek

Sistem Kawalan Lampu Isyarat


Senarai nama ahli kumpulan
i.
ii.

Mazni Bin Malihan


970303-23-5219
Mohamad Hakem Bin Mohamad
971030-01-6591

Nama Penyelia Projek

1. Sinopsis Projek

PLC atau dikenali sebagai Programmable Logic Controller adalah satu sistem
kawalan yang boleh diprogram yang diperkenalkan untuk melaksanakan kerja-kerja
automasi menggantikan geganti (relays) dan sistem sambungan wayar (hard wire)
yang berkonsepkan elektrik. Plc juga bukan sahaja digunakan di kawasan industri
malah ia juga digunakan untuk mengawal sistem lampu isyarat. Pemasangan lampu
isyarat pada jalan yang bersimpang di negara ini amat kurang kerana tiada pihak
yang mengambil inisiatif untuk membangunkannya. Terdapat beberapa kesan negatif
yang berlaku ke atas pengguna jalan raya di negara ini antaranya adalah kemalangan,
kesesakan lalu lintas, dan sebagainya. Tambahan pula, ketiadaan lampu isyarat
bersimpang juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan. Hal ini disebabkan
oleh sikap segelintir pengguna jalan raya yang kurang sabar dan menimbulkan
kekecohan. Di sini juga kami menerangkan kebaikan menggunakan sistem kawalan
lampu isyarat ini. Salah satunya, dapat membantu masyarakat menggunakan jalan
yang bersimpang seperti simpang tiga, simpang empat dan sebagainya. Hal yang
demikian memudahkan seseorang itu menjangka kenderaan yang keluar dari arah
lain. Seterusnya, dapat mengurangkan kemalangan yang boleh mengakibatkan
kehilangan nyawa dan juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini.

2. Pernyataan Masalah

Kesesakan lalu lintas merupakan satu fenomena yang memberi impak yang besar
terhadap sistem pengangkutan negara kita. Hal ini menyebabkan pelbagai masalah
timbul terutama apabila berlakunya hal-hal kecemasan di kawasan simpang tiga yang
sentiasa sibuk dan padat dengan kenderaan. Tambah merumitkan apabila laluan khas
tidak disediakan untuk kenderaan kecemasan seperti ambulans, polis dan bomba
untuk tujuan kecemasan ketika lampu isyarat merah (berhenti). Dengan ketiadaan
lampu isyarat, ia akan menyebabkan sesuatu kawasan itu menjadi sesak dan
menimbulkan emosi yang tidak stabil. Selain itu, adanya kecuaian pemandu yang
tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan menyebabkan risiko untuk berlaku
kemalangan itu tinggi. Statistik telah menunjukkan bahawa kemalangan yang berlaku
banyak terjadi di persimpangan jalan. Oleh itu, kami merancang untuk mereka litar
kawalan lampu isyarat untuk simpang tiga. Dengan ini, kes kemalangan di negara ini
akan berkurangan serta pemandu dapat membawa kenderaan dengan berhemah.

3. Objektif Projek

Objektif laporan ini adalah untuk :


i.

Merekabentuk sistem litar kawalan lampu isyarat simpang 3 untuk

ii.

mengurangkan kadar kemalangan.


Untuk memberikan pengawalan lalu lintas yang cekap dan
keselamatan yang maksimum kepada pengguna jalan raya di
persimpangan tersebut.

4. Tujuan Projek
Tujuan kami membuat litar kawalan lampu isyarat ini adalah :
i.

Untuk memudahkan pemandu-pemandu menggunakan jalan raya


untuk memastikan kadar kemalangan di sesuatu persimpangan dapat

ii.
iii.

dikurangkan.
Memastikan keselamatan pengguna jalan raya lebih terjamin.
Membenarkan sebilangan kenderaan sahaja memasuki atau melalui
persimpangan pada suatu masa supaya pelanggaraan antara kenderaan
dapat dielakkan.

5. Skop Projek
Secara umumnya, setiap projek mempunyai skop atau had yang tersendiri sebagai
petunjuk. Oleh itu, kami merancang melaksanakan projek ini di kawasan pusat

bandar kerana kawasan tersebut sering mengalami kesesakan lalu lintas yang agak
serius dan padat dengan kenderaan. Kawasan tersebut juga mempunyai risiko yang
tinggi untuk berlaku kemalangan. Jadi kami cuba untuk mengelakkan berlakunya
kesesakan lalu lintas, kemalangan dan lain lain.

6. Spesifikasi Jangkaan Projek


Sistem lampu isyarat ini amat sesuai digunakan di mana-mana kawasan yang
mempunyai bilangan kenderaan yang banyak. Hal ini kerana, apabila ketiadaan

lampu isyarat, mereka mempunyai kesukaran dan berasa was was untuk memasuki
simpang. Projek ini mempunyai kelebihannya tersendiri kerana sistem ini direka bagi
memudahkan pengguna jalan raya menggunakan jalan raya dengan sebaiknya.
Dengan adanya sistem ini, kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Hal ini
kerana pemandu akan mengurangkan kelajuannya pada setiap persimpangan yang
mempunyai lampu isyarat. Selain itu, kelebihan yang lain adalah kawalan lampu
isyarat ini dapat memudahkan pengguna jalan raya. Sebagai contoh, seseorang
pemandu itu dapat menjangka kenderaan yang akan keluar dari arah yang berbeza.
Sistem lampu isyarat ini menggunakan sistem PLC iaitu Programmable Logic
Controller. PLC yang digunakan adalah jenis Omron CPM2A. Kendalian secara
ringkas tentang sistem lampu isyarat ini, sebagai contoh di persimpangan tiga.
Lampu isyarat pertama mempunya dua arah petunjuk untuk terus dan untuk
membelok. Lampu isyarat kedua mempuyai satu arah petunjuk sahaja iaitu untuk
terus sahaja. Lampu isyarat yang ketiga juga mempunyai satu arah petunjuk iaitu
untuk membelok sahaja. Lampu isyarat pertama akan menunjukkan lampu hujau
iaitu tanda jalan. Dalam masa yang sama ia membuat kiraan masa untuk lampu hijau
itu menyala. Apabila mencapai masa yang ditetapkan, lampu hijau lampu isyarat
pertama untuk arah petunjuk membelok akan bertukar kepada lampu kuning dan
selepas dua saat ia kan bertukar menjadi merah. Arah petunjuk terus pada lampu
isyarat pertama akan terus menyala. Dalam masa yang sama, lampu hijau pada lampu
isyarat kedua akan menyala. Apabila mencapai masa yang ditetapkan, hijau pada
lampu isyarat pertama dan kedua kan bertukar menjadi kuning, selepas dua saat ia
bertukar menjadi merah. Selepas dua saat, lampu hijau pada lampu isyarat ketiga
akan menyala. Apabila mencapai masa yang ditetapkan, lampu hijau akan bertukar
menjadi kuning dan selepas dua saat ia bertukar menjadi merah. Kendalian ini akan
berterusan dan berulang-ulang seperti permulaan kendaliannya.

7. Keputusan dan Perbincangan


Berdasarkan keputusan dan perbincangan yang diperoleh, kami dapati bahawa
sistem kawalan lampu isyarat ini sangatlah penting pada sesuatu persimpangan

kerana ia melibatkan nyawa semua pihak dan diri sendiri. Dengan ada nya sistem
kawalan lampu isyarat ini, ia boleh menghasilkan aliran atau pergerakan lalu lintas
yang teratur dan lancar. Hal yang demikian dapat mengurangkan kesesakan lalu
lintas. Selain itu, ia boleh memaksimumkan kapasiti pengambilan lalu lintas oleh
sesuatu jalan raya sekiranya langkah langkah kawalan yang betul dilakukan. Dalam
keadaan normal, lampu isyarat boleh membantu menghasilkan aliran yang berterusan
dengan kelajuan tertentu di sepanjang jalan yang dikehendaki. Selanjutnya, ia boleh
mengurangkan kadar kemalangan terutamanya pada persimpangan jalan raya dan
pejalan kaki. Seterusnya, memberikan keyakinan kepada pemandu mengenai hak
pergerakannya dan boleh dikoordinasikan dengan persimpangan lain.

8. Penutup / Kesimpulan
Tuntasnya, kami membuat projek ini adalah kerana kemalangan yang berlaku di
jalan raya semakin meningkat sejak akhir akhir ini. Sistem lampu isyarat ini bukan

sahaja khusus untuk persimpangan jalan, malah ia juga khusus kepada lintasan
pejalan kaki atau lokasi lokasi lain yang mana memberikan atau menunjukkan
pergerakan khusus bagi setiap sekumpulan pengguna jalan raya dengan masa yang
ditetapkan. Melalui projek ini, bilangan kesesakan dan kemalangan yang sering
berlaku di simpang tiga terutama di kawasan pusat bandar dapat dikurangkan. Selain
itu, dapat memudahkan dan melancarkan lagi perjalanan pengguna jalan raya sekali
gus dapat menjamin keselamatan semua pihak yang menggunakan jalan tersebut.
Seterusnya, dengan adanya sistem kawalan lampu isyarat ini dapat memberi
kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya lebih berhati hati ketika
menggunakan jalan raya. Di harap sistem ini mampu mengawal keadaan lalulintas di
sesebuah negara dengan lebih baik malah meningkatkan teknologi sistem lampu
isyarat yang sedia ada.

9. Lampiran

Rajah di atas menunjukkan satu contoh simpang tiga yang menggunakan


sistem lampu isyarat.

Rajah di atas menunjukkan satu simpang tiga yang perlu menggunakan sistem
lampu isyarat.

KOD MNEMONIK

ADDRESS

INSTRUCTION

DATA

00000

LD NOT TIM

009

00001

TIM 000

#0010

00002

LD TIM

000

00003

ANDNOT

01002

00004

ANDNOT TIM

005

00005

OUT

01004

00006

LD TIM

000

00007

ANDNOT TIM

001

00008

OUT

01005

00009

LD TIM

001

00010

TIM 001

#0100

00011

LD TIM

001

00012

ANDNOT TIM

002

00013

OUT

01003

00014

LD TIM

001

00015

TIM 002

#0030

00016

LD TIM

002

00017

OUT

01001

00018

LD

01001

00019

TIM 003

#0020

00020

LD TIM

003

00021

ANDNOT TIM

004

00022

OUT

01102

00023

LD TIM

003

00024

TIM 004

#0100

00025

LD TIM

004

00026

ANDNOT TIM

005

00027

OUT

01002

00028

LD TIM

004

00029

ANDNOT TIM

005

00030

OUT

01100

00031

LD TIM

004

00032

TIM 005

#0030

00033

LD TIM

005

00034

OUT

01000

00035

LD TIM

005

00036

ORNOT TIM

003

00037

OUT

01006

00038

LD TIM

005

00039

TIM 006

#0020

00040

LD TIM

006

00041

ANDNOT TIM

007

00042

OUT

01103

00043

LD TIM

006

00044

TIM 007

#0100

00045

LD TIM

007

00046

ANDNOT TIM

008

00047

OUT

01101

00048

LD TIM

007

00049

TIM 008

#0020

00050

LD TIM

008

00051

ORNOT TIM

006

00052

OUT

01007

00053

LD TIM

008

00054

TIM 009

#0010

00055

END

Anda mungkin juga menyukai