Anda di halaman 1dari 46

SOLAR ENERGY

M02 ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK


PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN
KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

KENDALIAN:

EXCELLENCE SKILLS AND ENTREPRENEURSHIP CENTER


PUSAT LATIHAN BERTAULIAH HRDF (1314867A)

NOTA DISEDIAKAN OLEH/PENGAJAR:


SIR. SUHARDI KADIR
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

1. SISTEM PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN

1) Sistem pendawaian elektrik terdiri dari 2 sistem bekalan iaitu bekalan


Satu Fasa 240 Volt dan bekalan Tiga Fasa 415 Volt.
2) Sistem bekalan Satu Fasa pada lazimnya dipasang pada premis-premis
kecil seperti rumah kediaman, kedai kecil dan sebagainya yang mana
beban yang terdapat pada premis tersebut bilangannya adalah kecil.
Jumlah arus beban pada keseluruhannya tidak melebihi 60 Amp.
3) Untuk sistem bekalan Tiga Fasa pula pada lazimnya dipasang pada
premis-premis sederhana besar seperti rumah kediaman dua tingkat
(Banglo), pejabat, restoran dan bengkel yang mana arus beban
penuhnya melebihi 60 Amp. Ia juga dipasang pada premis-premis besar
seperti kilang-kilang, bangunan-bangunan dan sebagainya.
4) Bagi sistem bekalan Satu Fasa ianya terdiri daripada tiga pengalir iaitu
Pengalir Hidup, Pengalir Neutral dan Pengalir Perlindungan. Pengalir
hidup membawa bekalan sebanyak 240Volt.
I. Bagi sistem bekalan Tiga Fasa pula ianya terdiri daripada lima
pengalir iaitu tiga Pengalir Hidup (Merah, Kuning dan Biru) / (Red,
Yellow, Blue) , satu Pengalir Neutral dan satu Pengalir
Perlindungan. Ketiga-tiga Pengalir Hidup tersebut mambawa
bekalan sebanyak 415Volt. Sistem bekalan Tiga Fasa ini boleh
diagihkan kepada sistem Satu Fasa 240Volt.
II. Pada amnya sistem bekalan Satu Fasa adalah diambil dari
sistem bekalan Tiga Fasa dari sistem pencawang pihak
pembekal.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 1 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Transmission (Penghantaran)

Gambar rajah 1: PENJANAAN DAN PEMBAHAGIAN

2. ASAS PENDAWAIAN - SATU FASA

1) Bekalan elektrik pada sesuatu beban atau peralatan elektrik dialirkan


melalui punca-punca di dalam pemasangan elektrik.
2) Seperti mana yang telah dinyatakan sistem bekalan Satu Fasa terdiri
daripada tiga pengalir iaitu Pengalir Hidup, Neutral dan Pengalir
Perlindungan.
3) Pengalir Hidup berfungsi mengalirkan elektrik ke beban manakala
pengalir Neutral mengalirkan bekalan elektrik yang telah digunakan
oleh beban ke punca bekalan (Kotak Fius Agihan) seterusnya kembali
ke sistem pencawang pihak pembekal.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 2 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

4) Pengalir Perlindungan pula berfungsi sebagai pengalir kepada arus


bocor pada beban yang mana arus ini akan di alirkan ke bumi.

3. SISTEM PENDAWAIAN DOMESTIK

A. Terdapat beberapa jenis pendawaian domestik bergantung kepada


kesesuaian premis dan kehendak pengguna.
B. Jenis sistem pendawaian bergantung kepada cara bagaimana kabel
pendawaian itu dilakukan.

3.1 PENDAWAIAN PERMUKAAN ( SURFACE WIRING )

A. Satu sistem pendawaian yang dipasang dipermukaan yang mana


kabel pendawaian tersebut dipasang terus ke dinding atau siling
bangunan.
B. Menggunakan kabel tembaga bersalut PVK dua lapisan ( PVK / PVK ).
C. Klip timah digunakan bagi mencengkam kabel-kabel yang disusun
pada permukaan dinding atau siling.
D. Sistem pendawaian ini memerlukan perhatian yang tinggi ketika kerja-
kerja menyusun kabel- kabel pada permukaan dinding atau siling
dilakukan.

Gambar rajah 2: Pendawaian Permukaan

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 3 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Proses Pendawaian Permukaan

A. Sistem ini tidak banyak lagi digunakan pada masa kini.


B. Kabel-kabel yang digunakan dalam pendawaian ini akan dipasang
pada permukaan dinding atau siling.
C. Ia dibentuk mengikut jumlah dan saiz kabel yang hendak dipasang.
D. Kerja-kerja pendawaian ini biasanya dimulakan dari poin-poin dan
berakhir di kotak agihan.
E. Jenis kabel yang digunakan ialah kebel tembaga bersalut PVK dua
lapisan ( PVK / PVK )

Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan

Antara amalan-amalan yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja


mendawai dan menjamin mutu pendawaian adalah seperti berikut :

1) Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaian yang


menembusi dinding.
2) Bilangan kabel yang dipasang sebaiknya tidak melebihi 12 kabel bagi
satu larian. Bilangan kabel yang bnyak boleh mengurangkan
cengkaman pencenggkam.
3) Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku
tindihan. Jika tidak dapat dielakkan lapik dengan sebarang penebat
di antara laluan kabel itu.
4) Tandakan di bahagian hujung kabel bagi memudahkan kerja-kerja
tamatan.
5) Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas
siling.
6) Semasa memasang pencengkam, elakkan daripada mencederakan
kabel.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 4 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Kebaikan dan kelemahan pendawaian permukaan

Kebaikan :

i. Kemas
ii. Kos murah
iii. Kerosakan mudah di kesan
iv. Penambahan tidak melibatkan keseluruhan pendawaian

Kelemahan:

i. Tidak mempunyai perlindungan mekanikal


ii. Tidak tahan lama
iii. Terdedah kepada bahaya kimia, gigitan serangga dan haiwan

3.2 ) PENDAWAIAN KABEL TERSEMBUNYI ( CONCEALED WIRING )

Satu sistem pendawaian yang mana kabel dipasang terus ke dinding atau
siling batu dan kemudian dilepa dengan simen.

Pendawaian jenis ini menggunakan kabel jenis tembaga bersalut PVK dua
lapisan ( PVK / PVK ).

Klip timah digunakan bagi mencengkam kabel-kabel yang dibentuk.

Gambar rajah 3: Pendawaian Tersembunyi

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 5 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Proses Pendawaian Tersembunyi

1. Sistem pendawaian ini boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu Kabel
Bertebat Tersembunyi atau Pembuluh Tersembunyi.
2. Dalam sistem pendawaian ini, kabel atau pembuluh akan ditanam di
dalam dinding atau siling konkrit.
3. Hujung kabel akan di keluarkan untuk kerja tamatan pada aksesori.
4. Kerja-kerja pendawaian sistem ini akan dilakukan semasa bangunan
tersebut dalam proses pembinaan. Manakala kerja-keja tamatan akan
dilakukan selepas semua kerja pembinaan bangunan siap.
5. Kerja-kerja pendawaian ini akan dimulakan dengan mendawai di
permukaan dinding atau siling dengan menggunakan pencengkam.
6. Kabel hendaklah dicengkam dengan kemas bagi mengelakkan
kerosakan mekanikal ketika kerja-kerja pelepaan simen.
7. Setelah selesai kerja-keja pendawain, kerja-kerja pelepaan simen akan
diakukan di atas kabel yang meuutupi semua kabel tersebut.
8. Bahagian hujung dimana alat tambah diletakkan akan ditebuk sedikit
demi sedikit.
9. Bagi mengelakkan kerosakan kabel, laluan kabel hendaklah dihindari
dari:

a ) Ruang untuk menggantung gambar, jam dan hiasan rumah

b ) Di atas bahagian tingkap dan pintu.

c ) Tiang sokongan.

Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Tersembunyi.

Antara amalan baik semasa melakukan pendawaian ini adalah seperti


berikut :

i. Rancangkan laluan kabel


ii. Semua kabel pemasangan mestilah dicengkam seberapa tegang
yang noleh dan kemas.
iii. Sebarang sambungan kabel tidak boleh dilakukan kecuali pada kotak
tamatan.
iv. Semua hujung kabel hendaklah ditandakan bagi memudahkan kerja-
kerja tamatan.
v. Semua hujung kabel di kotak agihan hendaklah diikat bersama.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 6 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

vi. Hujung kabel hendaklah ditanda supaya tidak tersilap semasa


membuat kerja-kerja tamatan.

Gambar rajah 4: Proses Pendawaian Tersembunyi

Kebaikan dan kelemahan pendawaian tersembunyi

Kebaikan:

i. Kemas dan cantik


ii. Selamat, tidak terdedah pada kerosakan mekanikal, bahan kimia dan
haba.

Kelemahan :

i. Kerja tambahan akan menjejaskan bangunan.


ii. Punca kerosakan sukar di kesan.
iii. Bahaya terkena paku akibat ketukan pengguna.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 7 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

3.3 ) PENDAWAIAN SELONGSONG PVK ( PVC CASING WIRING )

Satu sistem pendawaian yang mana kabel pendawaiannya dimuatkan ke


dalam selongsong PVK.

Sistem ini biasanya digunakan pada permukaan dinding rumah yang telah
siap.

Pendawaian jenis ini mempunyai persamaan dengan pendawaian


permukaan. Perbezaannya hanya kabel disalurkan menggunakan selongsong
PVK.

Biasanya tapak selongsong PVK dipasang terlebih dahulu dengan memaku


ke dinding atau siling sebelum kerja pemasangan kabel dilakukan.

Kabel-kabel akan dimasukkan ke dalam selongsong secara beransur-ansur,


setelah siap barulah ditutup dengan penutup selongsong.

Gambar rajah 5: Pendawaian Selonsong

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 8 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Selongsong PVK

i. Amalan kerja yang baik semasa mendawai adalah seperti berikut :


ii. Rancang laluan selongsong terlebih dahulu.
iii. Pasang selongsong dengan teguh dan kuat.
iv. Hujung selongsong yang dipotong hendaklah diratakan atau
dikemaskan bagi mengelakkan kecederaan kabel.

Kebaikan dan kelemahan pendawaian Selongsong PVK

Kebaikan:

i. Kemas dan cantik.


ii. Selamat, tidak terdedah pada kerosakan mekanikal, bahan kimia dan
haba.

Kelemahan:

i. Kerja tambahan akan menjejaskan bangunan.


ii. Punca kerosakan sukar dikesan.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 9 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

ALAT TANGAN YANG DIGUNAKAN DALAM PENDAWAIAN DOMESTIK

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 10 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Peralatan Kegunaan

Memotong kabel dan membuang


penebat pada kabel

Pemotong Kabel

Digunakan bersama-sama
Pemotong Kabel bagi membuang
penebat pada kabel
Playar

Memaku paku pada klip timah


semasa membuat pendawaian

Penukul

Alat untuk membentuk klip


timah sebelum dipaku pada
dinding.

Pembentuk Klip Pendawaian

Mengukur panjang kabel dan


jarak pendawaian

Pita ukur

Mengetat skru ketika membuat


tamatan dan memasang aksesori

Skru Driver

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 11 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Menguji pendawaian ketika


litar hidup
Pena penguji

Menguji keterusan dan


penebatan setelah pendawaian t

Multimeter penguji

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 12 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

4. PENDAWAIAN INDUSTRI

A. Sistem pendawaian industri biasanya melibatkan pemasangan yang


perlu dilindungi daripada kerosakan mekanikal.
B. Pendawaian ini dilakukan di dalam dan juga di luar bangunan.
C. Di antara sistem pendawaian industri yang sering di gunakan ialah :

a ) Pembuluh logam ( conduit )

b ) Sesalur ( trunking )

c ) Dulang Kabel ( cable tray )

Faktor Pemilihan

i. Pemilihan pendawian industri ditentukan oleh beberapa faktor,


antaranya :
a) Jenis premis
b) Kos
c) Tempoh menyiapkan
d) Lokasi
e) Keselamatan
f) Penambahan
g) Jenis litar
Ciri-ciri Pemilihan

Ciri-ciri pemilihan pendawaian adalah seperti berikut :

a) Penggunaan jenis voltan bekalan sama ada voltan Satu Fasa


240V/50Hz atau voltan Tiga Fasa 415V/50Hz.
b) Struktur binaan keseluruhan bangunan.
c) Perlindungan daripada kerosakan mekanikal .
d) Voltan punca.
e) Jangka penggunaan ( tetap atau sementara )

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 13 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

4.1) PENDAWAIAN PEMBULUH

I. Sistem pendawaian pembuluh banyak digunakan dalam sektor industri


dan bangunan-bangunan.
II. Sistem pendawaian ini lebih selamat berbanding dengan sistem
pendawaian lain kerana ianya dapat memberikan perlindungan
mekanikal yang baik dan tahan lasak.
III. Tedapat dua jenis pembuluh iaitu jenis PVK dan logam ( GI ).
IV. Ianya juga terdiri daripada beberapa saiz antaranya 16mm, 20mm,
25mm dan 32mm.
V. Untuk melengkapkan pemasangan pendawaian jenis ini beberapa alat
tambah di perlukan.
VI. Dalam kerja-kerja pemasangan pembuluh beberapa alat khas
digunakan.

Proses Pendawaian Pembuluh Logam

I. Sistem pendawaian pembuluh logam merupakan satu pemasangan


saluran atau paip dimana kabel pendawaian dimasukkan ke
dalamnya.
II. Pembuluh akan memberikan perlindungan mekanikal pada kabel
pendawaian disamping sebagai kabel keselanjaran bumi bagi sistem
pembumian.
III. Kerja-kerja pemasangan dan penyambungan pembuluh logam
dilakukan dengan membuat bebenang dan bengkokan dengan
peralatan khas.
IV. Pemasangan sistem pembuluh logam mestilah dijalankan mengikut
kaedah-kaedah tertentu supaya kerja-kerja penarikan kabel mudah
dilakukan.
V. Pembuluh akan dipotong mengikut jarak-jarak yang dikehendaki
dengan menggunakan sama ada gergaji besi atau pemotong
pembuluh.
VI. Hujung pembuluh yang telah siap dipotong akan diratakan dengan
kikir sebelum dan selepas kerja-kerja membenang dilakukan. Ini akan
memastikan semua gerigis telah dibersihkan dengan menggunakan
pelulas atau kikir bentuk bulat.
VII. Penarikan kabel di dalam pembuluh hendaklah dimulakan dari
tengah-tengah sistem tersebut.
VIII. 'Fish Tape' digunakan bagi tujuan menarik kabel ke dalam pembuluh.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 14 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

IX. Jenis kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut PVC
satu lapisan.

Gambar rajah 6: Pendawaian Pembuluh Logam

ALAT TAMBAH / AKSESORI PEMBULUH

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 15 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PENDAWAIAN INDUSTRI

Gergaji Besi : Memotong


Pembuluh

Conduit Dies : Membenang /


membuat benang pada hujung
pembuluh logam.

Kikir : Membersihkan gerigis pada


hujung pembuluh yang dipotong.
Meratakan bahagian hujung
pembeluh.

Pelentur Pembuluh (Conduit Bender):


Membengkok / membentuk
pembuluh.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 16 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Ragum Pembuluh (Condiut Wise):


Memegang pembuluh ketika kerja-
kerja membenang dilakukan.

Fish Tape (Cable Puller): Menarik


kabel ke dalam pembuluh.

Peraturan Pemasangan Pendawaian Pembuluh

I. Semua pemasangan mestilah siap sebelum kerja-kerja menarik kabel


dilakukan.
II. Muatan kabel tidak boleh melebihi 40% dari luas muka keratan sesalur.
Selebihnya 60% adalah ruang udara.

Ruang udara 60 %

Ruang Kabel 40 %

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 17 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

III. Semua gerigis dan lebihan potongan di dalam atau di luar sesalur
mestilah dibersihkan dengan menggunakan pelulas atau kikir.
IV. Kabel Hidup dan Neutral mestilah dimasukkan ke sesalur yang sama.
V. Semua pemasangan sesalur mestilah mempunyai keselanjaran bumi
yang baik.

Cara Memilih Saiz Pembuluh Yang Sesuai Dengan Muatan Kabel Yang
Diperlukan

I. Bagi memilih saiz pembuluh yang sesuai bagi sesuatu pemasangan


pembuluh dengan muatan kabel yang diperlukan faktor-faktor seperti
laluan pembuluh tersebut dan jaraknya mestilah diambil kira.
II. Peraturan IEE berkaitan dengan faktor ruangan membahagikan
pemilihan pembuluh kepada cara berikut :
a) Jarak pemasangan pembuluh yang tidak melebihi 3 meter
panjang tanpa sebarang bengkokan atau 'Off set'.
b) Jarak pemasangan pembuluh yang melebihi 3 meter panjang
dengan bilangan bengkokan atau 'Off set' tertentu.
III. Bagi cara pertama ( a ) jadual faktor kabel 12A dan Faktor konduit
12B mestilah dirujuk bagi menentukan saiz pembuluh yang sesuai.
IV. Bagi cara ke dua ( b ) jadual faktor kabel 12C dan Faktor konduit 12D
mestilah dirujuk bagi menentukan saiz pembuluh yang sesuai.

Faktor kabel untuk larian lurus pendek

Jenis Luas keratan rentas


Faktor
Konduktor konduktor mm2
1 22
Pepejal 1.5 27
2.5 39
1.5 31
2.5 43
Terpintal 4 58
6 88
10 146
Jadual A: Faktor Kabel

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 18 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Faktor pembuluh untuk larian lurus pendek

Diameter Pembuluh ( mm ) Faktor

16 290
20 460
25 800
32 1400

Jadual B: Faktor Pembuluh

Contoh:

Satu larian pembuluh yang lurus sepanjang 3 meter diperlukan bagi


membekalkan satu beban. Bilangan kabel yang hendak dimuatkan ke dalam
pembuluh tersebut adalah seperti berikut:

a) 6 x 1.5mm2 kabel PVC

b) 4 x 2.5mm2 kabel PVC

Penyelesaian:

Tentukan faktor kabel melalui Jadual A

1.5mm2 - 31 x 6 = 186
2.5mm2 - 43 x 4 = 172
Jumlah = 358

Saiz pembuluh yang sesuai ialah angka faktor konduit yang berhapiran
dengan jumlah Faktor Kabel 358 ~ 460 iaitu saiz 20mm

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 19 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Faktor kabel untuk larian lurus panjang, atau larian termasuk lentur

Jenis Luas keratan rentas


Faktor
Konduktor konduktor mm2
1 16
1.5 22
Pepejal atau 2.5 30
Terpintal 4 43
6 58
10 105
Jadual C: Faktor Kabel Larian Lurus Panjang

Diameter Pembuluh ( mm )
Panjang 16 20 25 32 16 20 25 32 16 20 25 32 16 20 25 32
larian ( mt. ) Lurus Satu lentur Dua lentur Tiga lentur
1 188 303 543 947 177 286 514 900 158 256 463 818
1.5 182 294 528 923 167 270 487 857 143 233 422 750
Diliputi oleh
2 Jadual 4b 177 286 514 900 158 256 463 818 130 213 388 692
2.5
dan 4C 171 278 500 878 150 244 422 783 120 196 358 643
3 167 270 487 857 143 233 422 750 111 182 333 600
3.5 179 290 521 911 162 263 475 837 136 222 404 720 103 169 311 563
4 177 286 514 900 158 256 463 818 130 213 388 692 97 159 292 529
4.5 174 282 507 889 154 250 452 800 125 204 373 667 91 149 275 500
5 171 278 500 878 150 244 442 783 120 196 358 643 86 141 260 474
6 167 270 487 857 143 233 422 750 111 182 333 600
7 162 263 475 837 136 222 404 720 103 169 311 563
8 158 256 463 818 130 213 388 692 97 159 292 529
9 154 250 452 800 125 204 373 667 91 149 275 500
10 150 244 442 783 120 196 358 643 86 141 260 474

Jadual D: Diameter Pembuluh

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 20 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Contoh 2:

Satu pembuluh 20mm adalah 4 meter panjang dan mempunyai dua


lenturan. Berapa banyak kabel PVC tunggal 1.5mm2 boleh dipasang dalam
konduit ini ?

Penyelesaian :

Panjang Larian 16 20 25
(meter)

Faktor pembuluh : 213


3.5 136 222 404

4 130 213 388

4.5 125 204 373

Saiz mm² Faktor

1 16
Faktor kabel : 22

1.5 22 Bilangan kabel = 213/22 = 9 kabel

2.5 30

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 21 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Bentuk-bentuk sudut bengkokan pembuluh

Sudut 90° Off-Set

Kebaikan Dan Kelemahan Sistem Pendawaian Pembuluh

Kebaikan:

i. Pemasangan tahan lasak.


ii. Memberi perlindungan mekanikal yang baik.
iii. Memberi keselanjaran bumi tambahan.
iv. Boleh digunakan di tempat yang terdedah pada air, bahan kimia,
kelembapan dan kepanasan.
v. Boleh membuat penambahan pemasangan dengan tidak perlu
mengubah kedudukan pemasangan lama.

Kelemahan:

i. Kerja membenang, membengkok dan membuat 'off set' memerlukan


alat khas.
ii. Harga pemasangan lebih mahal.
iii. Tempoh menyiapkan pemasangan lebih lama.
iv. Tidak kemas
v. Memerlukan bahan penyokong.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 22 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

5.2 ) LITAR AKHIR

Pemasangan Alat Perlindungan Untuk Litar Akhir

( Digabung dalam satu Kotak Agihan )

Gambarajah : Skematik Litar Akhir

Gambarajah: Distribution Board (DB)

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 23 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Gambarajah : Pendawaian DB

Litar Lampu

I. Peraturan IEE telah menetapkan bahawa bagi satu litar yang dikawal
oleh satu alat pelindung mestilah tidak melebihi 1000 Watt. Pada
amnya satu lampu berkadar 100 Watt setiap satu dengan litar lampu
tidak melebihi 10 poin.
II. Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut PVK.
III. Saiz minima kabel yang digunakan mestilah tidak kurang 1.5mm².
IV. Kadaran alat pelindung yang digunakan mestilah tidak melebihi 6
Amp. (sama ada fius atau MCB)
V. Walau bagaimanapun untuk pemasangan litar lampu adalah
digalakkan menggunakan lebih dari satu litar akhir kerana sekiranya
salah satu litar mengalami kerosakan litar yang lain masih boleh
digunakan.
VI. Bagi pemasangan lampu dalam industri biasanya kuasa sesebuah
lampu mungkin berbeza, contohnya 300 Watt, 500 Watt atau 1000 Watt,
dengan itu litar ini boleh dikawal oleh fius berkadar 15 Amp. dan saiz
kabel yang digunakan mestilah tidak kurang dari 2.5mm².

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 24 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Pendawaian lampu kawalan satu hala

Pendawaian lampu kawalan dua hala

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 25 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Pendawaian Lampu Kawalan 3 Hala

Gambarajah: Pendawaian Lampu Kawalan 3 Hala

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 26 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Litar kawalan Kipas Siling

Gambarajah : Litar Kipas Siling

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 27 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Litar Soket Alir Keluar

Litar Soket Alir Keluar BS 1363 terdiri daripada dua jenis litar iaitu :

a) Litar Jejari
b) Litar Gegelang

Litar Jejari

i. Peraturan IEE telah menetapkan bahawa satu litar jejari untuk Soket
Alir Keluar tidak melebihi dua poin.
ii. Litar ini mestilah dikawal oleh alat pelindungan sama ada fius atau
MCB berkadar 15 Amp. / 16 Amp.
iii. Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut PVC dan
saiz kabel mestilah tidak kuramg daripada 2.5mm².

Gambarajah: Pendawaian Litar Jejari

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 28 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 29 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Litar Gelang
i. Peraturan IEE telah menetapkan Litar Gelang hanya boleh di pasang
pada kawasan yang tidak melebihi 100 meter persegi.
ii. Jumlah bilangan soket yang boleh di pasang pada satu Litar Gelang
tidak terhad.
iii. Walau bagaimanapun jumlah arus yang digunakan mestilah tidak
melebihi kadaran arus fius yang mengawal litar berkenaan.
iv. Jumlah 'spur' atau sulur bagi satu Litar Gelang terhad kepada dua
poin sahaja.
v. Kadaran alat perlindungan arus lebih ialah 30 Amp. / 32 Amp.
vi. Saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang daripada 2.5mm².
vii. Konduktor litar membentuk suatu gelang berterusan bermula dari
punca bekalan ( litar akhir ) ke beberapa poin soket alir keluar dan
balik semula ke punca bekalan.

Gambarajah: Pendawaian Litar Gelang

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 30 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 31 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

6. ALAT PERLINDUNGAN
6.1) PERLINDUNGAN ARUS LEBIHAN
I. Kesemua pemasangan pengguna mestilah mempunyai perlindungan
arus lebihan.
II. Arus lebihan ialah suatu nilai arus yang tinggi mengalir dalam sesuatu
litar dan lebih daipada kadar maksimum yang dibenarkan.
III. Arus lebihan mungkin disebabkan oleh salah satu diantara berikut :
a) Lebihan arus beban
b) Litar pintas

Lebihan Arus Beban

Beban Lampau Arus Permulaan Tinggi

Disebabkan oleh penambahan Disebabkan oleh arus beban


beban daripada yang dibenarkan meningkat secara mendadak
pada peringkat permulaan
penghidupan.

Kesannya boleh mengakibatkan Kesannya kurang merbahaya


kepanasan ke atas kabel pengalir kerana ianya berlaku dalam
jangka masa yang singkat

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 32 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Peraturan IEE Bagi Perlindungan Arus Beban Lampau


I. Alat perlindungan mestilah mampu memutuskan sebarang arus beban
lampau yang mengalir dalam pengalir litar sebelum ia mengakibatkan
suhu tinggi pada penebat, sambungan tamatan atau sekeliling
pengalir.
II. Alat perlindungan beban lampau mestilah mempunyai ciri-ciri berikut :
a) Arus nominal atau arus setan ( setting in ) mestilah tidak kurang
daripada arus reka bentuk bagi litar.
b) Arus nominal atau arus setan ( setting in ) mestilah tidak melebihi
kapasiti membawa arus yang terkecil sekali bagi sebarang pengalir
dalam litar.
c) Arus berkesan yang mengendalikan alat perlindungan mestilah tidak
lebih 1.45 kali daripada kapasiti membawa arus yang terkecil sekali
bagi pengalir kabel dalan litar :
i) di mana alat perlindungan iaitu fius atau pemutus litar kenit
mematuhi ciri-ciri dalam ( a ) dan ( b ).
ii) di mana alat perlindungan iaitu fius mematuhi ciri-ciri ( c ), arus
nominal mestilah tidak melebihi 0.725 kali daripada kapasiti
membawa arus bagi pengalir kabel yang terkecil dalam litar
yang dilindungi.

Litar Pintas

Akan berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir


neutral bersentuh antara satu sama lain

Mengakibatkan terhasilnya arus yang terlalu tinggi

Kesannya pengalir kabel panas dan seterusnya


terbakar

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 33 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Peraturan IEE bagi Perlindungan Arus Litar Pintas


I. Alat perlindunagn mestilah mampu memutuskan sebarang arus litar
pintas di dalam setiap litar sebelum arus tersebut boleh mengakibatkan
kesan kepanasan dan kerosakan mekanikal ke atas pengalir dan
sambungan kabel.
II. Kadar kapasiti pemutusan mestilah tidak boleh kurang daripada arus
litar pintas yang berkemungkinan akan berlaku.
III. Dimana alat perlindungan untuk arus untuk beban lampau yang
mematuhi ciri-ciri dan mempunyai kapasiti pemutusan tidak kurang
daripada nilai arus litar pintas boleh digunakan untuk melindungi arus
litar pintas.
IV. Masa jangkauan bagi arus litar pintas ialah setinggi 5 saat, oleh itu
bagi pengalir kabel yang luas keratan rentas 10 mm2 atau lebih, masa
bagi pengaliran arus litar pintas boleh meninggikan suhu pengalir ke
tahap yang dihadkan.
Faktor Pemilihan Jenis-Jenis Perlindungan Arus Beban / Lebihan
Bagi pemilihan sesuatu jenis perlindungan arus lebihan selain yang
dinyatakan oleh peraturan IEE di atas terdapat beberapa faktor yang perlu
dipertimbangkan iaitu :
a) Jenis beban
b) Keupayaan unit perlindungan
c) Suhu sekeliling
d) Alat khas
e) Harga

Jenis-jenis Fius
Terdapat 3 jenis fius yang biasa digunakan sebagai alat perlindungan arus
lebihan mengikut piawaian British ( British Standard ) iaitu :
a ) Fius yang boleh didawai semula ( BS 3036 )
b ) Fius Katij ( BS 1362 )
c ) Fius Kapasiti Pemutus Tinggi ( BS 1361 & BS 88 )

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 34 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

a ) Fius yang boleh didawai semula

Fius yang boleh di dawai semula biasanya digunakan dipemasangan


pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah di sektor
perindustrian.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 35 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Ciri – Ciri
I. Terdiri daripada dawai elemen yang disambung dalam satu
penghubung fius yang boleh dikeluarkan daripada tapak fius.
II. Dawai elemen diperbuat daripada aloi iaitu campuran timah dan
plumbum atau daripada jenis kuprum tulen. Boleh ditukar ganti
sekiranya elemen putus.
III. Arus nominal bergantung pada saiz kabel elemen fius dan boleh
ditentukan dengan menggunakan jadual A
IV. Faktor fiusan adalah dalam kelas R iaitu di antara 1.75 hingga 2.5 kali.

Arus nominal fius Garis pusat nominal dawai

3 Amp. 0.15 mm
5 Amp. 0.20 mm
10 Amp. 0.35 mm
15 Amp. 0.50 mm
20 Amp. 0.60 mm
25 Amp. 0.75 mm
30 Amp. 0.85 mm
45 Amp. 1.25 mm
60 Amp. 1.53 mm
80 Amp. 1.80 mm
100 Amp. 2.00 mm

Jadual A
Kebaikan fius dawai semula
i. Dawai elemen fiusnya paling murah jika dibandingkan dengan alat
pelindung lain.
ii. Senang ditukar ganti.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 36 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Kekurangan
i. Menghasilkan arka dan bunyi yang kuat.
ii. Mungkin digantikan dengan saiz elemen fius yang salah.
iii. Kapasiti pemutusan rendah dan akan merosot.

b) Fius Katrij
i. Biasa digunakan di dalam palam ( plug ) 13 Amp. bagi alat perkakas
elektrik.
ii. Ia juga boleh dianggap sebagai fius tambahan daripada fius dalam
papan agihan.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 37 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Ciri-ciri
i. Terdiri daripda satu tiub yang diperbuat daripada seramik atau kaca.
ii. Arus nominal fius ialah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A, 1A, 2A, 3A, 5A dan 13A.
iii. Faktor fiusan adalah dalam kelas Q1 dan Q2.
➢ Q1 iaitu diantara 1.25 hingga 1.5 kali ( jenis enclose )
➢ Q2 iaitu diantara 1.5 hingga 1.75 kali ( jenis semi enclose )
Kebaikan.
i. Kadar arus nominalnya diketahui dengan tepat.
ii. Kapasiti pemutusannya tidak merosot.
iii. Dapat mengelakkan arka dan bunyi yang kuat.
iv. Mempunyai kod warna untuk kadaran saiz yang tertentu.

c) Fius Kapasiti Pemutus Tinggi ( High Rapturing Capacity Fuse )


i. Fius Kapasiti Pemuuts Tinggi ( BS 1361 & BS 88 ) digunakan pada tempat
atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan yang tinggi.
ii. Fius ini mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung
arus beban yang tinggi.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 38 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Ciri-ciri
i. Terdiri daripada satu tiub seramik dengan penutup hujungnya
diperbuat daripada logam.
ii. Bagi fius jenis BS 88 ia mempunyai tapak penyambung.
iii. Dawai elemen fius diperbuat daripada jalur perak dan disokong oleh
silikon serta diselaputi oleh serbuk miniral.
iv. Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.
v. Arus nominal fius iaitu BS 1361 ialah 5A, 15A, 20A, 30A, 45A, 60A, 80A
dan 100A.
vi. Arus nominal fius iaitu BS 88 ialah 6A, 16A, 25A, 40A, 63A, 100A, 160A,
250A, 400A dan 630A.
Pemutus Litar Kenit ( Miniature Circuit Breaker )
I. Pemutus Litar Kenit ( MCB ) adalah merupakan sebuah alat mekanikal
yang padu, digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar
dalam keadaan biasa dan juga luar biasa seperti ketika keadaan
arus lampau dan litar pintas. Dalam keadaan luar biasa litar terputus
secara automatik.
II. Pemutus Litar Kenit ( MCB ) ditentukan di dalam BS 3871 yang
mengaitkan tentang pemutus litar yang mempunyai bekas tertutup
rapat bagi tujuan perlindungan mekanisma dan ciri-ciri masa / arus
yang tidak boleh diubah-ubah.
III. Ianya khusus untuk digunakan bagi perlindungan pepasangan elektrik
perusahaan, perdagangan dan kediaman.
IV. Piawaian ini bersabit dengan pemutus litar yang mempunyai kadaran
voltan hingga ke 415 Volt, kadaran arus hingga ke 100Amp. dan
kapasiti litar pintas hingga ke 9000 Amp.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 39 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Binaan MCB
Komponen utama bagi Pemutus Litar Kenit ( MCB ) ialah :
i. Sebuah mekanisma penyuisan
ii. Sebuah alat pelantikan automatic
iii. Sebuah alat pemadam arka.
iv. Sesentuh tetap dan bergerak.

Prinsip Kendalian
A. Terdapat 2 jenis pelantikan iaitu :
i. Pelantikan jangka masa ketika
ii. Pelantikan jangka masa lama
B. Sesebuah MCB yang terpelantik secara automatik dengan masa
kendaliannya tidak melebihi 0 ~ 1 saat diistilahkan sebagai pelantikan
jangkamasa ketika.
C. Pelantikan jangka masa lama :
i. Piawaian British ( British Standard ) menghendaki MCB dari jenis
BS 3871 seharusnya tidak berkendali ketika membawa arus
kadarannya secara berterusan.
ii. Ia juga dikehendaki supaya terpelantik dalam masa 1 jam
sekiranya arus ialah 1.5 kali dari arus kadaran ( bagi MCB arus
kadaran hingga 10 Amp. ) atau 1.35 kali dari arus kadaran (bagi
MCB arus kadaran lebih daripada 10 Amp).
Mekanisma Pelantikan
Terdapat 2 jenis mekanisma pelantikan bagi sebuah Pemutus Litar Kenit (
MCB ) iaitu :
i. Jenis Termal - berkendali ketika berlaku arus beban lampau ( jangka
masa lama )
ii. Jenis magnetic - berkendali ketika berlaku litar pintas ( serta merta )

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 40 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Jenis Termal

Jenis Magnetik

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 41 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Gambarajah : BAHAGIAN DALAM SEBUAH MCB

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 42 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

6.2 ) PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI ( KENDALIAN ARUS )

I. Pemutus Litar Bocor ke Bumi kendalian arus digunakan bagi melindungi


pengguna dari renjatan elektrik apabila berlaku arus bocor ke bumi
di dalam sistem bekalan pengguna.
II. Ianya digunakan jika rintangan bumi melebihi keperluan perlindungan
menggunakan fius.
III. Pemutus litar jenis ini berkendali apabila berlaku ketidak seimbangan
arus diantara pengalir hidup dan neutral.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 43 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Kendalian / operasi
I. Dalam operasi PLBB kendalian arus, pengalir hidup dan neutral
bertindak sebagai dua gelong primary dan teras besi sebagai
secondary. Bahagian secondary disambung pada elemen sensitif.
II. Dalam keadaan normal arus yang mengalir malalui pengalir hidup
dan neutral adalah seimbang. Medan magnet yang terhasil di sekeliling
pengalir akan menghapuskan diantara satu sama lain. Tiada arus yang
terhasil dalam gelung.
III. Apabila berlaku ketidak seimbangan dalam pengaliran arus pada
pengalir hidup dan neutral ( disebabkan berlaku kebocoran ) arus
akan terhasil pada gelung pengesan dan menghasilkan daya gerak
elektrik.
IV. Daya gerak elektrik ini pula akan mengalir ke gelung pelantik untuk
memberikan ianya tenaga memutuskan bekalan.

Keadaan normal Keadaan tidak seimbang


L N L N

BEBAN
BEBAN

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 44 of 45
PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI DAN KAPABILITI KUMPULAN KHUSUS (PPKKKK) SARAWAK

Ujian yang perlu dijalankan pada Pemutus Litar Bocor ke Bumi


Beberapa ujian perlu dijalankan ke atas sebuah Pemutus Litar Bocor ke Bumi
bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan baik. Antaranya
ialah :
i. Ujian melalui punatekan uji.
ii. Ujian menggunakan pengubah dua belitan.
iii. Ujian menggunakan Penguji RCCB.

Nota disediakan oleh/Pengajar: Sir.Suhardi Kadir


Page 45 of 45

Anda mungkin juga menyukai