Anda di halaman 1dari 20

KAEDAH PENDAWAIAN

PENDAWAIAN SELONGSONG PVK, PEMBULUH, SESALUR


PVK
PENERANGAN
Sistem pendawaian selongsong PVK digunakan pada permukaan dinding rumah yang telah siap. Ianya
bersaiz kecil dan nipis. Pendawaian jenis ini hanya dapat menampung kabel yang terhad.Pendawaian
jenis ini mempunyai persamaan dengan pendawaian permukaan. Perbezaannya hanya kabel disalurkan
menggunakan selongsong PVK. Kerja pendawaian ini dilakukan dengan memasang selongsong PVK di
permukaan dinding terlebih dahulu.Kabel-kabel akan dimasukkan ke dalam selongsong secara beransuransur, setelah siap barulah ditutup dengan penutup selongsong. Berikut adalah senarai saiz selongsong
PVK dan kegunaannya.

Jadual 1 : Saiz dan kegunaan selongsong PVK

Gambar 1: Pendawaian selongsong PVK


Sistem pendawaian pembuluh PVK pula digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanikal
yang minima. Sistem ini boleh dipasang di permukaan atau tersembunyi.
Sistem pendawaian sesalur PVK mampu menampung kabel yang banyak. Ianya sesuai digunakan
kerana lebih selamat dan apabila ianya dipasang di dalam sesebuah bangunan, ia biasanya dipasang
bergabung dengan sistem pendawaian lain.
Kebaikan
1.
Kemas dan cantik
2.
Selamat, tidak terdedah pada kerosakan mekanikal bahan kimia dan haba
Kelemahan
1.
Kerja tambahan akan menjejaskan bangunan.
2.
Punca kerosakan sukar dikesan
Langkah-langkah membuat pendawaian selongsong, pembuluh dan sesalur PVK berdasarkan
Rajah Bentangan dan Rajah Pendawaian:
1.
Lukis rajah bentangan dan rajah pendawaian pada kertas A4.
2.
Senaraikan bahan dan peralatan tangan yang hendak digunakan.
3.
Sediakan bahan dan peralatan tangan.

4.
Ambil ukuran dan potong selongsong, pembuluh dan sesalur mengikut rajah bentangan.
5.
Pasang alat tambah pada pendawaian selongsong, pembuluh dan sesalur.
6.
Buat pendawaian mengikut gambarajah pendawaian.
7.
Buat tamatan kabel
8.
Uji kefungsian litar.
Peralatan tangan dan kegunaanya

Jadual: Alatangan
Alat Tambah Pendawaian

Jadual: Alatambah
Peraturan elektrik dan keselamatan dalam pendawaian selongsong PVK.
1.
Rancang laluan selongsong terlebih dahulu.
2.
Pendawaian selongsong hendaklah dipasang ditempat yang tidak dimasuki air seperti: (Air hujan,
Wap atau air memeluwap, Air terkumpul dan Air yang menitis).

3.
Pastikan setiap sambungan kabel pada setiap alur keluar pada selongsong mestilah baik dari
aspek mekanikal dan elektrikal.
4.
Pastikan selongsong yang dipasang pada struktur rintangan api seperti lantai atau dinding tahan
kebakaran mestilah ditutup rapi.
5.
Hujung selongsong yang dipotong hendaklah diratakan atau dikemaskan bagi mengelakkan
kecederaan kabel.
6.
Jumlah kabel yang boleh dimasukkan ke dalam selongsong PVK hendaklah
mempunyaifaktor ruang yang tidak melebihi 45%.
Memeriksa kekemasan sistem pendawaian berdasarkan pemeriksaan visual.
1.
Pemeriksaan visual ialah pemerhatian melalui deria mata, sentuhan dan pendengaran. Biasanya
ia dilakukan di peringkat awal selepas kerja-kerja pemasangan siap. Antara perkara yang diperhatikan:
2.
Laluan kabel yang betul dan sempurna.
3.
Jenis kod warna dan saiz kabel yang betul.
4.
Alat yang betul bagi tujuan pengasingan atau penyuisan litar.
5.
Mengguna kadaran alat perlindungan yang betul.
6.
Semua tamatan kabel ditandakan.
7.
Notis merbahaya dan amaran dipasang pada bahagian tertentu.
8.
Semua rajah dan arahan boleh dilihat dengan jelas.

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI
Pemasangan Pendawaian Tersembunyi
Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara permukaan atau tersembunyi. Pendawaian
tersembunyi biasanya dilakukan ketika kaperingkat pembinaanpbangunan. Dalam sistem ini, kabel atau
pembuluh dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel
yang digunakan untuk sambungan keterminal aksesori-aksesori. Dimana kita boleh tengok sistem ini?
Contoh paling mudah ialah di rumah kita sendiri (rumah batu). Kita boleh nampak kotak soket, kotak suis,
lampu dan juga kipas dekat dinding atau siling, tetapi kita tak nampak sebarang kabel diluar dinding dan
siling. Inilah dinamakan sistem pendawaian tersembunyi untuk tujuan kekemasan dan memberi
perlindungan kepada kabel untuk tempoh yang lebih lama
Jenis Pendawaian Tersembunyi

Pendawaian Tersembunyi menggunakan pembuluh

Pendawaian Tersembunyi menggunakan kabel bertebat


Kaedah pemasangan kabel

Pendawaian tersembunyi boleh dibuat samada semasa bangunan sedang dibangunkan atau
bangunan sudah siap. Jika bangunan itu telah siap, proses memecah dinding konkrit untuk menebuk alur
hendaklah dilakukan mengikut saiz dan ukuran kondiut serta ketebalan kabel yang hendak ditanam

Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan, kondiut atau kabel hendaklah diletakkan sebelum
dinding di lepa (plaster). Ini memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pendawaian dilakukan.

Saiz lurah akan ditandakan terlebih dahulu pada dinding atau lantai. Bahagian yang ditanda itu
kemudiannya akan dipotong dengan menggunakan mesin pencanai dan dibuang atau dipecahkan dengan
menggunakan tukul dan pahat

Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz 25mm kedalamannya
ialah 40mm dan bagi kondiut berukuran 19mm kedalaman lurah dinding ialah 30mm.

Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel biasanya berukuran antara 12mm hingga
20mm juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam.

Kabel boleh dibentangkan terus pada lurah dan diklip pada bahagian batu supaya tidak terkeluar
daripada laluannya ketika kerja-kerja melepa dilakukan.

Ketika menebuk lurah, elakkan membina laluan kabel di tempat-tempat berikut untuk
mengelakkan kerosakan kabel:
a) Ruang untuk menggantung gambar, jam dan hiasan rumah
b) Di atas bahagian tingkap dan pintu
c) Tiang sokongan

Pendawaian Tersembunyi yang telah siap dipasang


Kebaikan pendawaian tersembunyi:
Pendawaian jenis ini lebih kemas / cantik.

Selamat kerana tidak terdedah kepada kerosakan mekanikal, bahan kimia dan haba.

Tahan lama

Kelemahan pendawaian jenis ini:


Apabila ada kerosakan sukar untuk diperbaiki

Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kabel

Punca kerosakan sukar dikesan

Kebarangkalian terkena paku akibat ketukan pengguna.

Ciri-ciri pemilihan sistem tersembunyi


Bekalan voltan jenis 1 atau 3 fasa;

Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu dan simen;

Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik;

Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan;

Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak;

Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama;

Kadar kuasa beban yang dipasang kecil

Jenis-Jenis Kabel
Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan bergantung kepada
kaedah pendawaian dan perlindungan mekanikal yang dibuat:
Pendawaian tersembunyi menggunakan pembuluh : kabel PVK

Pendawaian tersembunyi tanpa pembuluh : kabel PVK/PVK


Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Tersembunyi
Rajah di bawah menunjukkan gambar foto langkah-langkah untuk melakukan pemasangan pendawaian
tersembunyi yang akan membantu anda memahami bagaimana membuat pendawaian tersembunyi
nanti.

Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan pendawaian tersembunyi


Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Tersembunyi
Bagi memastikan penghasilan kerja-kerja pendawaian yang baik, kemas dan selamat,amalan-amalan
kerja berikut mestilah dilakukan:
Semua kabel pemasangan hendaklah dicengkam dengan timah seberapa tegang yang boleh

Sambungan kabel hanya boleh dilakukan di tamatan alat tambah.

Laluan pemasangan kabel mestilah dirancangkan terlebih dahulu bagi mengelakkan litar
daripada bertindih.

Punca-punca bagi kabel hidup, neutral dan suis mestilah ditandakan terlebih dahulu sebelum
kerja-kerja pemasangan kabel dijalankan.

Semua pemasangan kabel atau alat tambah mestilah mengikut peraturan IEE/STM yang telah
ditetapkan.
Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat Pendawaian Tersembunyi
Semasa melakukan kerja pendawaian, peralatan asas yang diperlukan adalah sama bagi semua jenis
pendawaian seperti pemotong kabel, playar, tukul, pemutar skru dan pena penguji. Walaupun begitu

terdapat peralatan khusus yang diperlukan bergantung kepada jenis pendawaian yang hendak dilakukan.
Dalam kerja pendawaian tersembunyi ini peralatan yang anda gunakan perlulah dalam keadaan yang
baik dan boleh berfungis sepenuhnya. Bagi mesin dan peralatan elektrik yang digunakan perlulah
dipastikan peralatan tersebut menepati spesifikasi keselamatan yang diperlukan bagi mengelakkan
sebarangan kemalangan yang berpunca dari penggunaan peralatan yang tidak menepati piawai.
Setelah selesai melakukan pendawaian peralatan yang anda gunakan mestilah disusun dengan kemas
dan diletakan ke tempat asal berdasarkan 5S. Begitu juga juga baki bahan yang digunakan seperti kabel,
dan klip timah mestilah disimpan semula. Amalkan sikap jimat cermat dan menjaga kebersihan.
Rajah di bawah menunjukkan peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurah bagi laluan kabel
dalam melakukan pendawaian tersembunyi.

Peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurah


Teknik Melepa Alur Pendawaian Tersembunyi
Setelah lurah laluan kabel disediakan, anda perlu masukkan kabel atau paip dalam lurah tersebut
bergantung kepada kaedah yang hendak anda gunakan. Setelah itu anda perlu menutup kabel dan lurah
tersebut dengan menggunakan mortar. Ini bertujuan untuk menutup semua lurah-lurah yang dibuat
dengan menggunakan lepaan mortar. Dalam melaksanakan kerja melepa alur pendawaian tersembunyi,
pengetahuan dan ketelitian semasa membancuh adalah penting untuk menjamin kekuatan serta mutu
hasil kerja yang diperlukan.
Lepaan simen terdiri daripada campuran simen pasir dan air bagi menghasilkan mortar. Nisbah bancuhan
antara simen dan pasir yang digunakan adalah 1: 3, iaitu nisbah 1 untuk simen dan nisbah 3 untuk pasir.

Peralatan dan kegunaannya bagi kerja melepa lurah laluan kabel


Pengujian Pendawaian
Setiap pendawaian yang telah siap perlu dilakukan pengujian bagi memastikan semua pemasangan litar
adalah dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Pengujian yang perlu dilakukan adalah:
1.
Ujian keterusan
2.

Ujian rintangan penebatan

3.

Ujian kekutuban

4.

Ujian rintangan elektrod bumi

5.

Ujian peranti arus baki

Ujian Keterusan

Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama


1.
Ujian keterusan pengalir pelindung
2.

Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang

3.

Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral

Semua pengujian yang dinyatakan di atas perlu dilakukan pada semua pendawaian yang telah siap
melainkan ujian keterusan pengalir litar gelang. Ujian ini hanya perlu dilakukan pada pada litar soket alir
keluar litar gelang sahaja.
Ujian Keterusan Pengalir Litar Gelang
Ujian ini dilakukan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan disepanjang litar gelang..Alat
pengujian yang digunakan ialah Meter Pelbagai (Julat Ohm) atau Meter Ohm. Kaedah Ujian Keterusan
pengalir litar gelang dilakukan seperti berikut:
1.
Tanggalkan kedua-dua punca pengalir hidup dari PLM , pengalir neutral dari terminal neutral dan
pengalir bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan.
2.

Sambungkan prob penguji seperti rajah xxx ( contoh yang diberi antara punca E-E).

3.

Ulang tatacara bagi punca (L-L) dan (N-N).

4.

Nilai bacaan meter bagi keterusan yang baik hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Kaedah pengujian keterusan pengalir litar gelang

PENDAWAIAN PERMUKAAN
1. Pemasangan Pendawaian Permukaan.
Pemasangan pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding dan siling kayu atau di
atas lapik kayu bagi dinding konkrit. Pemasangan permukaan pendawaian tidak sesuai pada permukaan
yang terdiri daripada bahan jenis logam. Sekiranya pendawaian permukaan dibuat pada bangunan batu
atau simen, manakala kabel akan diklipkan atas satu bilah papan yang telah dipasang pada dinding atau
siling bangunan tersebut.

Rajah 1: Gambar Foto Pendawaian Permukaan


Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang mempunyai tebatan berlapis (PVK/PVK). Kerana terdedah
kepada kerosakkan mekanikal. Sistem pendawaian ini sesuai di tempat yang mana suhu disekelilingnya
tidak melebihi 65 C.
2 Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Permukaan.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Sebelum kita mengetahui lebih mendalam tentang langkah-langkah membuat pendawaian, berikut ialah
langkah-langkah asas membuat pendawaian permukaan bagi membantu anda memahami bagaimana
membuat pendawaian permukaan nanti. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan pemasangan
Pendawaian Permukaan;
Melakar litar pendawaian berdasar litar skematik yang dibekalkan.
Menyediakan peralatan dan bahan yang digunakan berdasarkan litar skematik.
Mengira panjang kabel berdasarkan lakaran litar pendawaian dan litar skematik.
Membuat pendawaian berdasarkan peraturan IEE.
Membuat pengujian visual.
Membuat pengujian kekutuban, keterusan dan penebatan pada litar mati.
Membuat pengujian litar hidup di bawah pengawasan guru.

Rajah 2: Proses mendawai Pendawaian Permukaan


2.1. Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Antara pekara yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja mendawai dan menjaga standard
pendawaian adalah seperti berikut :
Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaian yang menembusi dinding
Pastikan bilangan kabel yang dipasang tidak melebihi 12 kabel bagi satu larian. jumlah kabel
yang banyak boleh mengurangkancengkaman pencengkam.
Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku tindihan. Jika tidak dapat
dielakkan lapik dengan sebarang penebatdi antara laluan kabel itu.
Pastikan di bahagian hujung kabel ditandakan bagi memudahkan kerja-kerja tamatan.
Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas siling.
Semasa memasang pencengkam pastikan kabel tidak cedera.
3. Perbezaan Litar Skematik dan Litar Pendawaian.
Untuk membantu anda memulakan pendawaian permukaan anda perlu mengenalpasti Litar Skematik
dan lakaran Litar Pendawaian. Litar skematik digunakan sebagai panduan untuk melakar litar panduan, ia
merupakan gambaran ringkas tentang pendawaian yang akan dilakukan termasuk aksesori saiz kabel
dan saiz fius yang akan digunakan. Lakaran gambarajah pendawaian digunakan sebagai panduan
semasa melakukan pendawai. Rajah 3 adalah Litar Skematik dan Rajah 4 adalah Litar Pendawaian.

Rajah 3: Litar Skematik dua Suis Dua Hala kawal satu Lampu

Rajah 4: Gambarajah Pendawaian


4. Peralatan dan bahan yang diperlukan
Untuk melakukan sesuatu anda perlu mangetahui peralatan dan bahan diperlukan mengikut jenis
pendawai yang hendak dilaksanakan. Oleh kerana jenis pendawai yang hendak dilakukan adalah jenis
pendawaian permukaan anda perlu tahu peralatan dan bahan yang diperlukan dalam pendawaian
tersebut. Berikut adalah senarai peralatan dan bahan yang diperlukan, sila rujuk pada Jadual 1 dan
Jadual 2 di bawah. Ada juga peralatan lain digunakan untuk membuat pendawaian bagi tujuan
memudahkan kerja pendawaian. Setelah selesai melakukan pendawaian peralatan yang anda digunakan
mestilah disusun dengan kemas dan diletakan ke tempat asal berdasarkan 5S. Begitu juga bahan baki
bahan yang digunakan seperti kabel, paku dan klip timah mestilah disimpan semula. Amalkan sikap jimat
cermat dan menjaga kebersihan.

Peralatan

Kegunaan

Memotong kabel dan


membuang penebat pada kabel
Pemotong Kabel

Digunakan bersama-sama
Pemotong Kabel bagi
membuang penebat pada kabel
Playar

Memaku paku pada klip timah


semasa membuat pendawaian
Penukul

Alat untuk membentuk klip


timah sebelum dipaku pada
dinding.
Pembentuk Klip Pendawaian

Mengukur panjang kabel dan


jarak pendawaian
Pita ukur

Mengetat skru ketika membuat


tamatan dan memasang
aksesori
Skru Driver

Pena penguji

Menguji pendawaian ketika


litar hidup

Menguji keterusan dan


penebatan setelah pendawaian
telah siap

Multimeter penguji
Jadual 1: Peralatan untuk medawai Pendawaian Permukaan

Bahan

Pemegang Lampu

Suis Dua Hala

Kabel
Klip Plumbum
Paku Wiring

Kegunaan

Jadual 2: Bahan untuk medawai Pendawaian Permukaan


5. Kaedah Mengira Panjang Kabel
Untuk mengelak pembaziran dan menjimatkan kos anda perlu mengenal pasti panjang kabel yang
diperlukan ketika membuat pendawaian tersebut. Sebelum mengira panjang kabel anda perlulah
menentukan jenis kabel yang akan digunakan dahulu iaitu Hidup, Neutral dan Bumi. Semasa hendak
menentukan kabel tersebut anda perlu melakar litar pendawaian dahulu dengan merujuk kepada litar
skematik yang akan dibekalkan. Litar skematik juga boleh digunakan sebagai panduan untuk mengira
panjang kabel-kabel tersebut. Ingat! Anda juga mengenalpasti bilang tamatan kabel pada setiap aksesori.
Setiap tamatan kabel ditambah sebanyak 50mm bagi memudahkan kerja pendawaian. Bagi saiz kabel
pula anda perlulah merujuk sama ada litar lampu atau litar kuasa. Oleh kerana litar yang hendak
dilakukan pendawaian ialah litar lampu, maka saiz kabel yang digunakan ialah 1.5mm. Jadual 3 di
bawah merupakan kaedah mengira panjang tiap-tiap kabel.

Kabel

Panjang

Panjang sebenar

(1 x 100) + (1 x 200) + (1 x
450mm + 1 tamatan = 450
150) 100 + 200 150 =
+ 50 = 500mm
450mm
(1 x 100) + (3 x 200) + (2 x
200) + (2 x 200) + (3 x 200) 2150 + 7 tamatan = 2150
+ (1 x 200) + (1 x 150) =
+ (7 x 50) = 2150 + 350 =
100 + 600 + 400 + 400 +
2500mm
600 + 150 = 2150mm
(1 x 100) + (1 x 200) + (1 x
450mm + 1 tamatan = 450
150) 100 + 200 150 =
+ 50 = 500mm
450mm

Hidup

Neutral

Bumi

Jadual 3: Pengiraan Panjang Kabel


6. Pemasangan Selamat dan Kelihatan Kemas.
Sekiranya pemasangan yang dilakukan mengikut peraturan sudah pasti pemasangan selamat dan
kemas. Peraturan yang dimaksudkan ialah Peraturan IEE, peraturan ini digunakan untuk kerja-kerja
pemasangan elektrik. Berikut, iaitu Jadual 4 merupakan Peraturan IEE bagi jarak maksimum antara klip
pada pendawaian.
Jarak maksimum bagi klip
Garis
pusat

Kabel getah tanpa perisai pvk


atau plumbum bersalut

Keseluruhan
Kabel
1
Mm
9
9
15
15 20
20 40

umum
Mendatar
2
Mm
250
300
350
400

Kabel beperisai

Dalam kawalan

Memugak
3

Mendatar
4

Memugak
5

Mendatar
6

Mm
Mm
400
Mm
Mm
350
400
150
250
400
450
450
550
Jadual 4: Peraturan IEE (Jadual 11A)

Kabel penebat mineral


salut kuprum atau salut
aluminium

Memugak
7

Mendatar
8

Memugak
9

Mm
450
550
600

Mm
600
900
500

Mm
800
1200
2000

Rajah 5: Kaedah pemasangan kabel mengikut peraturan IEE

Rajah 6: Kedudukan Klip yang betul dan kemas


6.1 kelengkapan elektrik perlu disambung ke wayar bumi?
Kelengkapan elektrik yang disambung ke wayar bumi adalah juga dipanggil kelengkapan Kelas 1. Semua
kelengkapan elektrik yang mempunyai badan berlogam adalah perlu disambung ke wayar bumi dan
menggunakan palam tiga pin.Kelengkapan elektrik yang tidak disambung ke wayar bumi dipanggil
kelengkapan Kelas 2. Semua kelengkapan elektrik yang tidak mempunyai badan berlogam tidak perlu
membuat sambungan wayar ke bumi dan boleh menggunakan palam dua pin.Walaubagaimanapun
kelengkapan tersebut direkabentuk supaya mempunyai dua sistem penebat agar kemungkinan untuk
mendapat renjatan elektrik dapat dielakkan.Adalah menjadi asas dalam keselamatan elektrik bahawa
setiap kerosakan yang terjadi tidak mendatangkan keadaan yang membahayakan. Adalah sangat penting
setiap kelengkapan elektrik memenuhi kehendak-kehendak standard keselamatan yang ditetapkan bagi
mengelakkan keadaan yang tidak selamat. Setiap kelengkapanyang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga
adalah diuji untuk memenuhi keperluan standard-standard keselamatan yang telah ditetapkan.
7. Peraturan IEE membuat tamatan kabel pada alat tambah.
Berikut merupakan beberapa peraturan untuk melakukan tamatan kabel terhadap alat tamabah

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Ikatan mestilah kuat. Jika longgar boleh menyebabkan spark yang akan
mengakibatkankebakaran.
Semasa ikatan jangan masukkan kabel terlampau ke dalam sehingga ikatan skru berlaku
penebat.
Jangan biarkan pengalir pada kabel terdedah, pastikan panjangnya betul-betul sepada dengan
ikatan.
Pastikan ada kabel bumi
Mengikut peraturan IEE, setiap badan (rangka) logam perlu dibumikan
Lebihkan 12 inci pada kotak agihan
Lebihkan 4 inci pada soket
8. Untuk Keselamatan Setiap Pemasangan harus diuji. Apakah Pengujian yang dijalankan?
Menurut Peraturan IEE, pemasangan, tambahan atau perubahan bagi suatu pemasangan yang telah
siap hendaklah diperiksa dan diuji bagi memastikan peraturan dan keperluan-keperluan tertentu dipatuhi
(413-20). Ini bermaksud ialah untuk memastikan pemasangan tersebut benar-benar selamat dan
memenuhi kehendak peraturan-peraturan pemasangan.

1.
2.
3.

1.
2.
3.
4.

1.
2.
3.

Setelah pendawaian siap dilakukan langkah pertama yang anda perlu dijalankan ialah dengan melakukan
pengujian secara visual (penglihatan mata kasar). Berdasarkan peraturan IEE pemeriksaan secara mata
kasar perlulah memastikan perlatan elektrik yang dipasang itu dalam keadaan betul. Iaitu;
Lengkap dan memenuhi kehendak piawaian British (ini dapat dipastikan melalui cop atau sijil
yang dikeluarkan oleh pembuat alat-alat itu).
Pemilhan yang betul dan dipasang di tempat dan cara yang betul mengikut kehendak Peraturan
IEE.
Tidak kelihatan tanda-tanda akan rosak atau pecah, dengan itu ia sentiasa selamat digunakan
Senarai pemeriksaan penglihatan yang dicadangkan melalui Peraturan IEE untuk memastikan
keselamatan pengguna dan pemasangan adalah seperti berikut;
Sambungan pengalir.
Pengenal tugas pengalir
Pemilihan pengalir berdasarkan keupayaan membawa arus dan susutan voltan
Sambungan peranti satu kutub sebagai pelindung atau suis yang berada di pemasangan pengalir
hidup.
Pemasangan belum benar-benar selamat sekiranya pengujian berikut tidak dilakukan lagi. Pengujian
yang dimaksudkan ialah Ujian Kekutuban, Ujian Keterusan dan Ujian Penebatan.
8.1. Ujian Keterusan
Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama
Ujian keterusan pengalir pelindung
Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral
Dalam tajuk ini kita hanya belajar Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral. Ujian ini perlu untuk
memastikan bahawa litar akhir fasa dan neutral mempunyai keselenjaran yang sempurna dan litar
pintas.dengan menggunakan alat uji loceng atau multimeter (range ohm) pengujian dilakukan bagi
memastikan kabel hidup, neutral dan bumi tidak disentuh diantara satu dengan lain atau litar pintas
Menurut Peraturan IEE alat-alat pengujian mestilah sentiasa diperiksa dan diselaraskan mana-mana
pelu bagi mendapatkan bacaan tepat. Nombor siri alat-alat ujian yang digunakan mestilah dicatat
bersama-sama dengan keputusan ujian. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan pengujian
semula jika bacaan salah satu peralatan ujian tidak tepat.
8.2. Ujian Rintangan Penebatan

1.
2.
3.
4.
5.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Ujian rintangan penebatan mestilah dijalankan sebelum disambungkan kepada bekalan. Ia dibuat untuk
memastikan supaya tidak ada arus bocoran di antara pengalir-pengalir bertebat dan juga supaya tidak
ada berlaku bocoran ke bumi. Semasa ujian rintangan penebatan dilakukan voltan yang digunakan
hendaklah merupakan satu voltan arus terus yang tidak kurang daripada dua kali voltan arus terus normal
atau dalam kes voltan arus ulang-alik ia tidak kurang dua kali voltan normal. Oleh itu penguji rintangan
penebatan 500 volt adalah cukup untuk tujuan umum. Berikut ialah langkah-langkah menjalankan ujian
tersebut
Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)
Semua beban hendaklah ditanggalkan
Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)
Jalankan ujian
Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 Megaohm
8.3. Ujian Kekutuban
Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut memuaskan. Ujian
kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Berikut ialah langkah-langkah menjalankan
ujian tersebut
Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off)
Semua beban hendaklah ditanggalkan
Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on)
Jalankan ujian
Menguji suis pada alat kawalan kutub tunggal pada pengalir fasa
Menguji punca sambungan soket keluaran
Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru
Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm
9. Peraturan IEE Aksesori
Aksesori pendawaian permukaan juga mempunyai Peraturan IEE. Berikut ialah Peraturan IEE bagi
aksesori tersebut;
9.1. Peraturan IEE bagi pemegang lampu

1.
2.

3.
4.
5.
6.

Pemegang lampu berfilamen hanya digunakan untuk litar yang dibekalkan oleh voltan tidak
melebihi 250 volt.
Semua jenis pemegang lampu pangkal kilas yang digunakan di tempat lembab atau boleh
dicapai semasa berdiri dari atas logam hendaklah di bumikan; dibekalkan atau di dalam pemegang lampu
itu, atau diliputi dengan penebat sepenuhnya
Pemegang lampu pangkal kilas jenis acuan penebat mestilah daripada jenis tahan panas
(perintang haba) apabila digunakan pada suhu lebih daripada 135C.
Pemegang lampu yang mempunyai sentuhan luar atau berskru, punca sentuhan luar itu
hendaklah disambungkan ke punca neutral.
Pemegang lampu tidak boleh dipasang pada litar yang mempunyai lebihan arus dengan kadaran
yang lebih daripada yang ditetapkan dalam jadual 55B.
Pemegang lampu jenis pendant mestilah mengadakan cengkaman atau sebarang cara
pelepasan ketegangan bagi kord boleh lentur.

Rajah 7: Jenis-jenis Pemegang Lampu

Kadaran maksimum alat perlindungan


arus lebihan yang melindungi litar

Jenis pemegang lampu

Pangkal kilas
Pangkal kilas
Skru Edison
Skru Edison
Skru Edison

B 15
B 22
B 14
B 27
B 14

6 amp
16 amp
6 amp
16 amp
16 amp

Jadual 5: Peraturan IEE ( Jadual 55B )- Perlindungan arus lebihan bagi pemegang lampu
8.2. Peraturan IEE bagi ros siling
Tidak dibenarkan untuk kegunaan di pemasangan yang lebih daripada 250 V
Tidak boleh dipasang bersama-sama lebih dari satu keluaran kord kabel boleh lentur kecuali ia
dibuat khas bagi berbilang keluaran .
3.
Punca bumi ros siling mestilah disambungkan kepada pengalir perlindungan litar pada setiap litar
akhir
1.
2.

Rajah 8: Ros Siling


8.3 Peraturan IEE Suis

1.
2.
3.

Setiap suis satu kutub mestilah disambung kepada dawai hidup.


Setiap suis atau pemutus litar yang tidak diketahui tugasnya mestilah ditandakan.
Suis yang digunakan untuk mengawal peralatan lampu dan peralatan elektrik mestilah diasingkan
daripada peralatan tersebut.
4.
Setiap suis yang digunakan untuk bilik mandi mestilah diletakan di tempat yang tidak mudah
dicapai oleh pengguna
5.
Arus nominal bagi setiap suis yang mengawal litar lampu discas mestilah tidak boleh kurang
daripada dua kali ganda jumlah arus tetap yang mengalir didalam litar
6.
Sekiranya suis tersebut digunakan untuk mengawal lampu filamen dan discas , arus nominalnya
mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah arus lampu filamen dan dua kali ganda jumlah arus tetap bagi
lampu discas.

Anda mungkin juga menyukai