Anda di halaman 1dari 3

Peraturan IEE Pemasangan Pembuluh :

1) Semua pemasangan pembuluh hendaklah disiapkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja


menarik kabel dilakukan.
2) Faktor Ruang mestilah tidak melebihi 40% dari luas muka keratan pembuluh.
3) Satu pemasangan pembuluh mestilah mempunyai tidak lebih daripada 2 sesiku pejal,
atau 2 selekoh bengkokkan 90 darjah.
4) Jejari dalam selekoh bengkokan pembuluh mestilah tidak kurang dari 2.5 kali ganda dari
ukuran garis pusat luar pembuluh itu.
5) Sambungan kabel mestilah dilakukan dalam kotak sambungan atau kotak-kotak alatambah.
6) Semua pemasangan pembuluh mestilah dielakkan dari terkena air atau dipasang di tempattempat yang terdedah kepada air.
7) Kabel-kabel litar Kuasa dan litar lampu perlu diletakkan di dalam pembuluh yang
berasingan.
8) Jika pemasangan pembuluh terpaksa melalui / menembusi lantai / dinding lubang khas
perlu diadakan.
9) Semua kesan-kesan kelembapan di dalam pemasangan pembuluh mestilah dibersihkan
terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menarik kabel dilakukan.
10) Penarikan kabel-kabel ke dalam pemasangan pembuluh yang panjang dimulakan dari
tengah-tengah sistem tersebut.
Sistem Pendawaian Tersembunyi.
Sistem pendawaian ini dipasang di dalam dinding / siling konkrit dan tidak kelihatan
langsung kecuali pada penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal
aksesori pendawaian. Pada kebiasaanya pendawaian ini dibuat ketika peringkat pembinaan
bangunan. (sebelum kerja-kerja menurap simen dilakukan ). Sistem pendawaian ini hanya
dibenarkan membawa voltan rendah sahaja.
Sistem pendawaian tersembunyi ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
1) Sistem pendawaian tersembunyi kabel bertebat.
2) Sistem pendawaian tersembunyi pembuluh.
Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Tersembunyi
Kebaikan:
1) Kemas dan cantik. Contohnya pepasangan di dalam pejabat.
2) Selamat tidak terdedah kepada kerosakkan mekanikal dan perubahan cuaca.
3) Tidak memerlukan alat-alat tambahan khas.
4) Tahan lama.
Kelemahan:
1) Kerja-kerja tambahan susah dilakukan.
2) Sukar menentukan punca kerosakan - pembaikan.
3) Bahaya terkena paku atau ketukan daripada pemasangan lain- gas,air.
4) Pemasangan perlu dilakukan semasa bangunan dibina.
Sistem pendawaian yang menggunakan pembuluh yang di dalamnya akan disalurkan kabel.
1) Dipasang di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik, terdedah kepada tindakan
kimia, cecair dan di luar bangunan. ( Kilang-kilang perusahaan, makmal, bengkel dan
sebagainya).

2) Sistem pendawaian ini boleh dipasang sama ada secara permukaan atau tersembunyi.
3) Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu pembuluh hendaklah mengikut faktor ruang
iaitu tidak melebihi 40%.
4) Dawai pancing ( fish tape ) digunakan untuk menarik kabel ke dalam pembuluh.
5) Pembuluh yang digunakan dalam sistem pendawaian ini boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis, iaitu:
(a) Pembuluh Logam
(b) Pembuluh bukan logam ( PVK ).
(c) Pembuluh mudah Lentur ( Logam & PVK).
Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian Pembuluh:
a) Beban / kuasa yang digunakan besar.
b) Memerlukan voltan bekalan 1 fasa & 3 Fasa.
c) Bangunan kilang, bengkel, bangunan komersial dan gerai-gerai.
d) Sistem pendawaian terdedah kepada bahaya kerosakkan mekanikal.
Pembuluh Bukan Logam.
Terdapat pembuluh bukan logam yang biasanya diperbuat dari bahan plastik ( PVK ) yang
tahan dan sesuai digunakan pada suhu 60 C.
Pembuluh PVK ini tahan dari kakisan (karat) dan dapat mengelakkan sebarang kebocoran
aliran arus jika menyentuh bahagian-bahagian yang boleh menjadi pengalir.
Pembuluh PVk juga boleh didapati dalam dua jenis, iaitu pembuluh tegar dan pembuluh
boleh lentur.
Bagi tujuan membuat ofset atau bengkokan, pembuluh boleh dipanaskan terlebih dahulu atau
menggunakan pegas ( spring ) yang khas.
Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Pembuluh Bukan Logam (PVK)
Kebaikan:
1) Tahan kakisan (karat ).
2) Selamat dari kejutan elektrik (PVK-penebat)
3) Kos murah.
Kelemahan:
1) Tidak memberikan perlindungan mekanik.
3) Mudah rosak jika sering terkena matahari / hujan

Pembuluh Boleh Lentur ( Logam / PVK ).


Pembuluh ini sangat berguna untuk menyambung pemasangan ke punca-punca beban yang
bergetar, bergerak, selalu diubahsuai dan pada kedudukan
yang sempit dan tidak rata.
Tidak sesuai untuk memberikan perlindungan mekanik yang baik.
Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Pembuluh Boleh Lentur
Kebaikan:
1) Pemasangan cepat tidak perlu benang.
2) Mudah digayakan mengikut bentuk yang dikehendaki (tiada alat khas).
3) Dapat elakkan merebaknya kebakaran putus.
Kelemahan:
1) Mudah terlucut / tercabut
2) Tidak boleh dipasang pada jarak jauh.
3) Mudah patah.
4) Bukan pengalir keselanjaran bumi tambahan (PVK)

Anda mungkin juga menyukai