Anda di halaman 1dari 46

KOLEJ VOKASIONAL BETONG

95700 BETONG
SARAWAK

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


EE-320-3:2012
PROGRAM /
THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION &
PROGRAM’S CODE &
MAINTENANCE
NAME
TAHAP / LEVEL 3(THREE)

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
CO2 THREE PHASE WIRING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
1. MENGENAL PASTI PENDAWAIAN TIGA FASA
SPESIFIKASI DAN PROSEDUR
2. MENGENALPASTI KELENGKAPAN, PERALATAN
DAN BAHAN PENDAWAIAN TIGA FASA
3. MENJALANKAN AKTIVITI PENDAWAIAN
4. MENJALANKAN PEMASANGAN SISTEM
NO. DAN PENYATAAN PEMBUMIAN TIGA FASA
AKTIVITI KERJA / WORK 5. MENJALANKAN PEMASANGAN PAPAN AGIHAN
ACTIVITIES NO. AND TIGA FASA (DB) (BESI ATAU PVK)
STATEMENT 6. MENJALANKAN PENYAMBUNGAN DAN
PEMASANGAN AKSESORI
7. MENJALANKAN PEMERIKSAAN SISTEM
PENDAWAIAN SECARA VISUAL
8. MENJALANKAN PENGUJIAN LITAR MATI
9. MENJALANKAN PENGUJIAN LITAR HIDUP
10. SEDIAKAN LAPORAN AKTIVITI KERJA TIGA FASA
Muka Surat / Page : 1
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drp / of : 46

TAJUK/TITLE :
SISTEM PENDAWAIAN TIGA FASA

TUJUAN/PURPOSE :
 Kertas penerangan ini menerangkan apakah jenis –jenis sistem pendawaian yang digunakan
di Malaysia dan bagaimanakah cara-cara pemasangannya serta aksesori peralatan
pendawaian.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

PENERANGAN/INFORMATION :
Sistem pendawaian adalah sistem pemasangan litar-litar elektrik ,termasuklah pengalir
penebat dan perlindungan mekanik bagi sesuatu jenis kabel dan juga aksesori –
aksesori elektrik .

Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis-jenis


perlindungan mekanikal ,keadaan pemasangan dan jenis – jenis penebat kabel yang
digunakan.

Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada


kaedah- kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel. Tetapi tiada
satu sistem pun yang boleh dianggap sebagai unggul dibawah semua keadaan.

Faktor Pemilihan

Untuk memilih sesuatu sistem pendawaian ia perlu dirancang dahulu agar tidak
merugikan. Sebaliknya sistem ini mengawal kecekapan dan selamat. Diantara pekara –
pekara yang perlu diperhatikan adalah seperti berikut

1. Jenis-jenis beban yang hendak dipasang.


i. Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil, berubah atau
tetap pada tempatnya ( pegun ), beban kapasitor, beban aruhan dan
sebagainya.

2. Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.


i. Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah, dalam
dinding dan sebagainya.

3. Harga pendawaian.
i. Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk
mencapai sesuatu matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan
tentulah akan lebih menguntungkan. Perkara ini termasuklah
mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti yang
mudah diperolehi.

4. Tempoh ketahanan pemasangan.


i. Ini bererti pemasangan yang hendak dibuat itu untuk tempoh yang
lama atau pendek. Perbezaan tempoh boleh memberikan perbezaan
penggunaan kabel dan sistem pendawaian.

5. Keadah khusus .
i. Keadah khusus ialah keadaan tertentu yang dihadapi ditempat
pemasangan itu seperti keadan berasap, lembap, panas, berminyak,
bahaya mekanikal dan sebagainya. Pemilihan yang salah boleh
membawa akibat yang buruk pada kabel, pemasangan dan pengguna.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46
6. Masa menyiapkan.
i. Jika pendawaian itu perlu disiapkan dengan segera, adalah merugikan
jika disiapkan lewat daripada masa yang ditetapkan. Oleh itu
penentuan yang tepat masa menyiapkan perlu diambil kira.

7. Tambahan litar atau perubahan litar.


i. Jika pemasangan ini berkehendakan perubahan yang kerap, pemilihan
sesuatu jenis sistem pendawaian yang mudah ditambah atau diubah
bagi litar itu perlulah diteliti.

8. Kekemasan dan kecantikan.


i. Jika pengguna memerlukan ppendawaian yang tidak menjejaskan
kecantikan bangunan, pemasangan sistem pendawaian yang kemas
perlulah dilakukan.

9. Voltan bekalan .
i. Voltan bekalan yang berbeza misalnya 1 fasa, 3 fasa 3 dawai,
A.T.,A.U. dan besar atau kecil voltannya, boleh memberikan perbezaan
cara pendawaian. Sebagai contoh pendawaian bagi voltan lampau
rendah tidak boleh disatukan dengan pendawaian voltan rendah. Oleh
kerana itu pemilihan sesuatu jenis pendawaian mestilah sesuai dengan
voltan bekalan.

Standard Operational Procedure

Sebelum Pendawaian

1. Minta kebenaran daripada pengajar yang bertugas.


2. Pakai Pakaian keselamatan (PPE).
3. Pastikan peralatan pertukangan disediakan.
4. Pastikan litar skematik disediakan.
5. Pastikan tikar getah (rubber mate) tersedia.
6. Pastikan alatan pemadam api disediakan.

Semasa Pendawaian

1. Pastikan sambungan beban telah diputuskan (OFF)


2. Semua alat perlindungan telah direset.
Perhatian :
a) Pastikan punat reset ditekan sepenuhnya supaya peralatan perlindung reset
sepenunya.
b) Pastikan tiada kabel yang longgar.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

3. Hidupkan pemutus litar utama.


Perhatian :
a) Hendaklah dipastikan pemutus litar utama dihidupkan sepenuhnya.

Selepas Pendawaian

1. OFF bekalan.
2. Pastikan peralatan disimpan ditempat yang telah disediakan.
3. Pastikan bilik papan suiz dibersihkan setelah kerja-kerja amali dilakukan
4. Beritahu pengajar yang bertugas kerja amali telah selesai dan bengkel
berada di dalam keadaan baik.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46
Jenis-jenis sistem pendawaian

Jenis-jenis sistem pendawaian yang disenarai dibawah ini seperti yang dinyatakan ,ia
bergantung kepada jenis kabel atau kaedah pemasangan kabel atau perlindungan
mekanikal yang diberi .berikut ialah senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang umum
digunakan

1 Sistem Pendawaian Permukaan.


2 Sistem Pendawaian Penyokong Katenari.
3 Sistem Pendawaian Konduit.
4 Sistem Pendawaian Tersembunyi.
5 Sistem Pendawaian Sesalur.
6 Sistem Pendawaian Salur.
7 Sistem Pendawaian Kabel Penebatan Mineral Pelapik Kuprum.
8 Sistem Pendawaian Kabel Penebatan Kertas Pelapik Plumbum.

SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN .

Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem dimana kabel-kabel di gunakan


dalam satu pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa
sebarang perlindungan tambahan .

Ciri-ciri pemilihan

Berikut adalah beberapa cirri yang dianggap sesuai bagi sistem pendawaian
permukaan

1) Bekalan voltan voltan jenis satu fasa tunggal


2) Banggunan diperbuat daripada kayu atau batu
3) Kos perbelanjaan murah
4) Bilangan kabel atau litar yang perlu dipasang adalah sikit
5) Kerosakan mekanikal kemungkinan amat kurang
6) Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian
7) Kadar kuasa beban yang dipasang kecil

Jenis-jenis kabel yang digunakan

Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut ini adalah kerana kabel
yang dipasang secara sistem permukaan akan terdedah kepada keadaan sekeliling
dan kerosakan mekanikal .Jenis kabel yang sesuai digunakan di banggunan rumah
kediaman adalah kabel bersalut pvk atau getah.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46
Kaedah pemasangan kabel

Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh klip
kepermukaan dinding atau siling .Sebelum sistem ini dijalankan pastikan permukaan
pendawaian bukan daripada jenis logam. Bagi pendawaian permukaan yang dibuat
dibanggunan batu atau simen kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden
batten) yang sebelum itu dipakukan kedinding atau siling

Terdapat dua jenis klip yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan plumbum.

Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang
perlu disokong.

Pendawaian klip plumbum

Jarak maksimum bagi klip


Garis
pusat Kabel getah tanpa perisai pvk atau plumbum Kabel penebat
Keseluruhan - bersalut mineral salut kuprum
Kabel beperisai
atau salut aluminium
Kabel umum Dalam kawalan
1
Mendatar Memugak Mendatar Memugak Mendatar Memugak Mendatar Memugak
2 3 4 5 6 7 8 9
Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm
9 250 400 600 800
9 15 300 400 350 450 900 1200
15 20 350 450 150 250 400 550 500 2000
20 40 400 550 450 600

Jadual 1 Jarak maksimum di antara klip yang menyokong kabel bolehlah merujuk
jadual di atas

Sistem pendawaian penyokong katenari adalah satu sistem yang jarang digunakan
dewasa ini. Tetapi pada sesuatu keadaan sistem ini masih diperlukan.

Ciri-ciri pemilihan

i. Bangunan atau dewan yang silingnya terlalu tinggi.


ii. Pendawaian di pusat atau kandang ternakan.
iii. Penyambungan kabel bekalan diantara dua bangunan.
iv. Kawasan luar bangunan yang mempunyai halangan.
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46
Jenis kabel yang digunakan

Kabel yang sesuai digunakan adalah daripada jenis kabel penebat bersalut pvk
atau getah kuat serta mempunyai penahan minyak dan penghalang api.

Kaedah pemasangan kabel

Kabel akan dimasukkan ke lubang yang terdapat di penyokong katenari, dengan


diikuti oleh dawai pengikat. Setelah kerja memasukkan kabel dan dawai pengikat
selesai, barulah disangkutkan kedua-dua penghujung dawai pengikat ke dinding
atau tiang bangunan. Ikatan dawai pengikat di dinding atau tiang mestilah kuat dan
kemas. Pada kebiasaanya hanya dua kabel sahaja bolah disokong oleh penyokong
katenari.

SISTEM PENDAWAIAN PENYOKONG KATENARI

Sistem pendawaian konduit

Dalam sistem pendawaian konduit ialah suatu sistem yang menggunakan konduit-
konduit dan akan dipasang ke dinding atau sebagainya dan di dalamnya akan di
salurkan kabel.

Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian konduit

i. Sekiranya punca kerosakan mekanikal pada sesuatu bangunan terlalu


banyak.
ii. Memerlukan satu sistem pembumian yang baik.
iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.
iv. Boleh digunakan bagi sistem dwifungsi iaitu bekalan voltan satu fasa
atau tiga fasa.
v. Kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar.

Jenis-jenis kabel yang digunakan

Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada bersalut satu lapis atau dua lapis.

Kebaikan dan keburukan pemasangan konduit

Kebaikan :-
i. Pembuluh/konduit boleh dijadikan pengalir pelindung litar.
ii. Mudah untuk di ubahsuai bentuk permukaan atau di buat tambahan.
iii. Tahan lama:dapat mengelakkan daripada kebakaran.
iv. Kabel tidak mudah cacat.
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46
Kelemahan :-
i. Perbelanjaan yang mahal berbanding pendawaian permukaan.
ii. Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
iii. Bentuk tidak kemas (cantik).
iv. Memerlukan pekerja mahir.
v. Memerlukan alat-alat dan alat tambahan khas.
vi. Akan merosakkkan bangunan jika pemasangan ini di buat sesudah bangunan
disiapkkan.

Jenis-jenis konduit

Terdapat tiga jenis konduit yang biasa digunakan iaitu :

1. Konduit logam tolok berat – digunakan sebagai sistem pendawaian.


2. Konduit bukan logam – diperbuat daripada polivivinil klorid dan
digunakan di luar bangunan seperti gerai-gerai makanan dan rumah
kediaman.
3. Konduit boleh lentur - digunakan sebagai konduit penyambung di
antara konduit tetap atau pengasing ke motor-motor elektrik.

1. Konduit logam tolok berat

Terdapat berbagai-bagai jenis logam yang dijadikan konduit anatarnya termasuklah


keluli tolok ringan,keluli mudah lentur,aluminium dan kuprum.

Konduit Keluli Tolok Berat (kelas B)


Konduit jenis ini mampu menahan bahaya kerosakan mekanik yang lebih kuat,ia
tidak mudah kemik,pecah atau bengkok. Sambungan konduit ini sesamanya atau
pada suatu alat dibuat secara cantuman berpateri,memejal terus atau skru
bebenang.Saiz piawai garis pusat adalah 16mm(1/2 inci),20mm(3/4 inci) serta
25mm(1 inci) dan panjang secara rawak 4-80 meter (12 kaki).

Saiz nominal konduit ialah 16mm, 20mm, 25mm dan 32mm.

Kebaikan dan kelemahan conduit tolok berat

Kelebihan konduit jenis ini:


i. Tahan lasak.
ii. Memberikan perlindungan mekanik yang berkesan.
iii. Alat-alat pelengkapnya tahan lasak.
iv. Dapat digunakan ditempat berair atau mudah
meletup,terbakar,berkimia,berhabuk serta lembab.
v. Dapat ditanam secara terus ke bumi.

Kelemahan konduit jenis ini:

i. Sukar untuk memperolehi keterusan bumi yang berkesan sekiranya


sambungan itu di buat secara skru bebenang.
ii. Hanya dapat dibengkokkan dengan menggunakan alat khas.
iii. Bilangan pelana(Saddle) penyokong dan pekerja perlu ditambah kerana
konduit ini berat.
iv. Harganya lebih mahal.
v. Tempoh menyiapkkannya lebih lama.
vi. Tidak cantik jika dipasang di permukaan.
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

2. Konduit Boleh Lentur (Flexible Conduit)

Pada keselurujannya konduit ini dibuat daripada logam tetapi ada juga yang
bersarungkan PVC bagi kegunaan ditempat-tempat yang berminyak.

Kegunaan
i. Sambungan bagi penghujung beban-beban yang bergerak atau ditempat-
ditempat yang bebannya selalu diubah suai
ii. Untuk pemsangan konduit yang sukar dibuat dengan menggunakan
konduit biasa.
iii. Mudah dibentuk bergantung kepada penggunaannya.

Kelemahan
i. Tidak sesuai bagi pemsangan yang memerlukan perlindungan mekanikal
yang baik.
ii. Boleh melebihi 1 meter (mengikut peraturan yang ditetapkan)

Material
i. Keluli galvani bertolok ringan.
ii. Bergelung pilin dan berkait punca antaranya
iii. Kalis air
iv. Bahan PVC

Sambungan konduit ini kepada konduit biasa dibuat melalui penyesuai(Adaptor)

Kebaikan
i. Tidak perlu mengadakan pengalir pelindung litar bagi kondiut kerana ia
tidak dianggap logam keseluruhannya.
ii. Dapat mengelakkan daripada merebaknya kebakaran kerana ia
merupakan sambungan yang putus-putus.
iii. Pemasangan yang cepat,tidak perlu bengkokkan dan bebenang.
iv. Mudah digayakan mengikut bentuk yang dikehendaki tanpa alat
khas(aksesori)
v. Konduit kecil boleh disambungkan dengan melalui pengganding teles.Jika
hendak menyambungkan ke konduit bersaiz besar,boleh menggunakan
kelongsing.

Pemilihan saiz nominal konduit bergantung kepada bilangan kabel yang perlu
dipasang dan rujuk pada jadual yang diberi di bawah.

Garispusat
konduit Faktor
mm
16 290
20 460
25 800
32 1400

Jadual 12A : Faktor konduit dilarian lurus pendek


Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Faktor kabel dilarian


Faktor kabel dilarian
Jenis Luas muka keratan panjang atau larian
lurus pendek
pengalir rentas pengalir mm² yang mengandungi
bengkok
Faktor Faktor
1 22 16
1.5 27 22
2.5 39 30
Pejal
4 43
6 58
10 105
1.5 31
2.5 41
Lembar 4 58
6 88
10 146

Jadual 12 B : Faktor kabel larian lurus pendek dan faktor kabel dilarian lurus panjang atau larian yang
mengandungi bengkok

Jenis Luas Keratan Rentas


Faktor
Pengalir Pengalir mm2
1 16
1.5 22
2.5 30
Pejal
4 43
6 58
10 105

Jadual 12C : Faktor kabel di larian lurus panjang atau larian yang mengandungi bengkok
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Jadual 12D : Faktor konduit di larian yang mengandungi bengkok

Cara-cara pemilihan saiz nominal konduit

i. Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan
panjangnya tidak lebih 3 meter, perlu rujuk jadual yang diberi .
a. Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12A
yang diberi.
b. Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan
faktor konduit pada jadual faktor konduit 12B yang diberi.
c. Saiz nominal konduit yang sesuai, sekiranya faktor konduit sama
atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

ii. Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan
panjangnya lebih 3 meter atau sebarang panjang larian yang
mengandungi bengkok atau OFFSET.
a. Pastikan faktor kabel yang diperlukan daripada jadual 12 C.
b. Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan
faktor konduit di jadual 12D mengikut panjang larian dan jumlah
bengkok serta OFFSET dalam larian.
c. Saiz nominal konduit yang sesuai sekiranya faktor konduit sama
atau lebih daripada jumlah faktor kabel.
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46
Contoh soalan

1. Suatu konduit lurus 2 meter panjang diperlukan menyalur 6 x 2.5mm²


kabel pvk teras tunggal berlembar. Buatkan satu anggaran bagi saiz
nominal konduit yang sesuai digunakan.

Faktor kabel bagi kabel 2.5mm² ialah 43, oleh itu sekiranya 6 kabel
faktornya ialah 43 x 6 = 258. Dengan berpandukan kepada jadual faktor
konduit yang diberi konduit yang sesuai ialah faktornya 290 iaitu saiz
nominal konduit adalah 16mm.

2. Sesuatu konduit dengan panjang lariannya 7 meter mengandungi 1


bengkokan 90º dan satu offset kembar. Konduit tersebut perlu membawa
7 x 1.5mm² dan 4 x 2.5mm² kabel pvk teras tunggal. Tentukan saiz
nominal konduit yang sesuai digunakan.

Faktor kabel 1.5mm² ialah 22 dan kabel 2.5mm² ialah 30.


Jumlah faktor kabel ialah ( 7 x 22 ) + ( 4 x 30 ) = 274.

Dengan berpandukan kepada jadual faktor konduit yang diberi konduit


yang sesuai ialah faktornya 311 iaitu saiz nominal konduit adalah 25mm.

Kaedah pemasangan kabel

Konduit-konduit yang telah ditentukan saiz dan panjangnya akan dibebenangkan di


kedua-dua penghujung. Apabila kerja-kerja bebenang siap pada kesemua konduit
yang diperlukan, sambungkan konduit-konduit tersebut mengikut keperluan dengan
mengunakan aksesori-aksesori tertentu (sesiku, tee dan sebagainya) dan
pasangkan ke permukaan dinding atau siling dengan disokong oleh pelana dan
bar. Jarak maksimum di antara pelana dan bar yang menyokong konduit bolehlah
merujuk jadual di bawah. Setelah kesemua kerja pemasangan siap barulah kerja
menyalurkan kabel dijalankan. Pastikan kabel-kabel daripada satu litar akhir
dimasukkan atau disalurkan ke dalam konduit yang sama adalah bertujuan
untuk mengelakkan daripada terhasilnya aruhan disekeliling konduit.
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Rajah 1: Pendawaian konduit tolok berat

Jadual 11 C: Jarak penyokong konduit


Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46
Peralatan –Peralatan Untuk Kerja-Kerja Pemasangan Kondiut

Perengkuh Paip Playar Pam Air


( Pipe Wrench ) ( Water Pump Plier )

Grip Perengkuh Bolehlaras


Perengkuh Jenis Stillson
( Adjustable Wrench Gripe )

Gergaji Besi Jejari Lengkungan 90  Bagi Konduit Keluli

Acuan Dan Panduan


Alat Melentur Konduit ( Conduit Bender )
(Stock & Dies)

Sepana Sesendal Pelulas Konduit


Ragum Paip Berkaki Tiga
(Conduit Reamer)
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Aksesori-aksesori untuk kerja pemasangan konduit.

Siku Pemeriksaan Lentur Pemeriksaan


(Elbow) (Long Bend)

saiz yang disebut


adalah diluar
diamater

Tee Pemeriksaan Ukuran Saiz


(Inspection Tee) Konduit Keluli

Pelana Bar Beruang Saddle & Bar


Pelana Hospital Pelana Jarak
Pelana Terbuka (Saddle)

Kotak Keluli Knockout Kotak Keluli Knockout


Segiempat Bolehsuai
Alat Tambah Konduit
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

KOTAK BULAT PEMERIKSAAN KONDUIT KELULI


RAJAH 10B

A) Kotak Akhir
(End Box)
C) Kotak Tangen L) Sesendal
Terminal Betina

B) Kotak Berlompang
(Through Box)

D) Kotak Sesiku
( L – Box)

E) KotakTee
(Tee Box)

Pandangan
F) Kotak
Silang Atas Kotak -H
(Four Way Box)

Pandangan
H) Masukan Atas Kotak -U
I) Kotak
Belakang
-U

Pandangan
J) Kotak K) Kotak – Y Atas Kotak -Y
Pemanjangan ( Y – Box)
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Peraturan elektrik dan keselamatan dalam pendawaian konduit.

1. Semua konduit mestilah disiapkan sepenuhnya sebelum dimasukkan kabel ke


dalamnya dengan ini masalah kesukaran pendawaian ini dapat diatasi.

2. Semua alat kelengkapan jenis pemeriksa seperti sambungan tee , sesiku dan
kotak simpang mestilah dipasang pada kedudukan yang mudah dicapai bagi
tujuan pemeriksaan atau pendawaian semula.

3. Bilangan kabel maksimum yang dimuatkan ke dalam konduit boleh ditentukan


daripada pemilihan saiz nominal konduit dengan merujuk kepada jadual 12A , 12B
, 12C dan 12D .

4. Faktor ruangnya hendaklah tidak lebih daripada 40% dan dapat dikira dengan
formula ini :

Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas kabel pemasangan


Luas keratan rentas dalam conduit

5. Jejari dalam bagi setiap selekoh konduit mestilah tidak kurang daripada 2.5 kali
garis pusat luar conduit dan tidak kurang daripada 4 x garis pusat kabel yang
terbesar dalam pemasangan itu.Ini berdasarkan kehendak Jadual 12A hingga 12D
dan 52C.

6. Hujung konduit yang tajam mestilah dibersihkan dan gunakan pvc bush untuk
menggelakkan daripada kabel rosak.

7. Bagi kondiut jenis logam , mestilah dibumikan dan setiap sambungan samada jenis
skru atau clamp mestilah mempunyai keselanjaran elektrik yang baik

8. Kabel dalam konduit yang membawa arus ulang alik mestilah dipasang supaya
semua fasa bagi satu litar masuk ke dalam konduit yang sama

9. Konduit bukan logam boleh digunakan jika konduit itu boleh tahan suhu sekeliling
( Ambient Temperature )

10. Apabila lampu dipasang pada konduit bukan logam ia mestilah ditentukan bahawa
suhu ambiennya tidak melebihi 60 0 C dan beratnya tidak lebih 3 kg.

11. Apabila pemasangan konduit terdedah kepada bahaya kerosakan mekanikal yang
terlalu banyak perlindungan tambahan perlu diadakan.

12. Apabila konduit boleh lentur digunakan untuk sambungan peralatan elektrik , ia
mestilah mempunyai satu kabel tambahan untuk pengalir kelanjaran pembumian
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46
Pendawaian Tersembunyi

Bagi sistem pendawaian tersembunyi, kabel-kabel litar dipasang didalam dinding atau
siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk
sambungan ke terminal aksesori-aksesori.

Ciri-ciri pemilihan sistem tersembuyi

1. Bekalan voltan jenis 1 atau 3 fasa;


2. Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu dan simen;
3. Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik;
4. Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan;
5. Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak;
6. Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama;
7. Kadar kuasa beban yang dipasang kecil.

Jenis-jenis kabel yang digunakan

Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan
berkantung kepada kaedah pendawaian dan perlindungan mekanikal yang dibuat:
- pendawaian tersembunyi menggunakan konduit : kabel pvk
- pendawaian tersembunyi tanpa konduit : kabel pvk/pvk

Kaedah pemasangan kabel

 Pendawaian tersembunyi boleh dibuat samada semasa bangunan sedang di


bangunkan atau bangunan sudah siap.

 Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan kondiut hendaklah diletakkan


sebelum dinding di “plaster”. Ini memudahkan dan melancarkan kerja-kerja
pendawaian di lakukan .

 Jika bangunan itu telah siap proses memecah dinding konkrit hendaklah
dilakukan mengikut saiz dan ukuran kondiut dan ketebalan kabel yang hendak
ditanam.

 Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz 1 inci
ialah kedalamannya 1 ½ inci dan bagi kandiut berukuran ¾ inci kedalaman
lurah dinding ialah 1 ¼ inci.

 Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel ia biasanya berukuran


antara ½ inci hingga ¾ inci juga mengikut ketebalan kabel yang hendak
ditanam.
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Terdapat dua jenis pendawaian tersembunyi

1. Pendawaian tersembunyi kabel bertebat dua lapis

Pendawaian dilakukan sewaktu bangunan masih lagi didalam pembinaan, pada dinding
simen atau konkrit dibuatkan lurah atau saluran bagi laluan kabel. Kabel bertebat dua
lapis (pvk/pvk) digunakan. Klip plumbum dipakukan (dengan paku konkrit) dahulu
didalam lurah dan dilipat dari dua arah serta kedua-dua hujung klip bertindihan diatas
kabel. Setelah kabel dilalukan dan diklipkan, baki kedalaman lurah atau saluran tadi
akan dilepa dengan simen mestilah lebih kurang 25mm dari permukaan simen. Lurah
atau saluran tadi akan dilepa dengan simen (kebiasaannya dilakukan oleh kontraktor
binaan). Pada punca alat tambah atau punca beban, kabel dibiarkan terkeluar.

Rajah 1 : Pendawaian tersembunyi kabel bertebat dua lapis


Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Rajah 2 : Pendawaian yang bertebat tersembunyi

Kebaikan pendawaian tersembunyi kabel bertebat dua lapis

i. Kemas cantik dan tidak mencacatkan pemandangan. Sesuai dipejabat,hotel,


rumah batu dan sebagainya.
ii. Kosnya murah
iii. Selamat, tidak terdedah kepada kerosakan mekanik, tindakan kimia dan haba.
iv. Tidak memerlukan alat tangan yang banyak.

Keburukannya pendawaian tersembunyi kabel bertebat dua lapis

i. Kerja-kerja penambahan sukar dilakukan.


ii. Sukar mencari punca kerosakan.
iii. Bahaya terkena ketukan atau tebukan pengguna pada dinding simen.
iv. Kerja-kerja menebuk simen atau batu terpaksa dilakukan bagi membuat lurah
atau saluran kabel.
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

2. Pendawaian pembuluh tersembunyi

Pendawaian jenis ini biasanya dipasangkan dikaki lima bangunan, ditempat


berkemungkinan berlaku kerosakan mekanik adalah tinggi seperti ditempat letak kereta
bawah bangunan, tempat pameran perdagangan, dibengkel-bengkel kejuruteraan dan
sebagainya.

Pembuluh dipasangkan terlebih dahulu beserta dengan kabel sebelum kerja-kerja


mengikat besi dilakukan dan simen atau konkrit dituangkan diatas papan sokongan
atau rangka bangunan. Semua sambungan pembuluh mestilah kuat tidak tertanggal
semasa simen atau konkrit dituangkan. Semua kotak alat tambah akan ditutup atau
disumbat dengan kertas supaya simen atau konkrit tidak memasuki kedalam kotak
tersebut.

Rajah 3 : Pendawaian tersembunyi menggunakan pembuluh


Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Konduit

Suis jenis
metal
clad atau
flush

Metal clad
flush box
(spuare)

Konduit

Suis jenis
metal clad
atau flush

Iron box
(circular)

Rajah 4 : Pendawaian tersembunyi menggunakan kondiut


Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46
Kebaikan pendawaian tersembunyi:

i. Pemasangan alatambah kelihatan kemas, teratur serta mempunyai perlindungan


tambahan.
ii. Kerja-kerja pemasangannya mudah.
iii. Tidak memerlukan penjarak atau pelana untuk menyokong pemasangan.
iv. Tidak perlu menebuk simen atau konkrit.

Keburukan pendawaian tersembunyi

i. Apabila ada kerosakan sukar untuk di perbaiki


ii. Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kabel
iii. Sukar untuk dikesan apabila berlakunya kerosakan.
iv. Kerja-kerja penambahan sukar dilakukan.
v. Sambungan pada pembuluh berkemungkinan patah semasa kerja-kerja
mengikat besi tetulang atau semasa simen dan konkrit dituang.
vi. Kemungkinan terkena ketukan atau penebukan daripada pemasangan sistem
saluran gas, paip air, penyaman udara dan sebagainya.

Larian Kabel

 Dimana kabel perlu melepasi siling melalui lubang yang dibuat menggunakan
bahan tahan api (fire barier) untuk mengelak kemerebakan kebakaran.
 Hujung konduit dipasang dengan sesendal getah / pvc bagi mengelakkan
kabel luka semasa kerja penarikan kabel dilakukan.
 Larian kabel diatas kayu lantai atau siling mestilah bersesuaian bagi
mengelakan kerosakan kabel disebabkan sentuhan lantai atau siling.
Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Kabel yang menerusi sambungan kayu mestilah melalui lubang sekurang-kurangnya


50mm dari atas atau bawah sambungan kayu.

Peralatan-peralatan untuk membuat alur atau lurah adalah seperti berikut :-

1. Tukul ( Club Hammer )


 Ianya juga dikenali sebagai tukul ‘lump’ atau ‘mesh’ dan digunakan untuk
mengetuk bantalan atau pahat sejuk untuk memotong bata .
 Hujung kepala tukul direncongkan dan mempunyai berat di antara 1.13 kg
hingga 1.36 kg .

Hujung
Rencong

Pemegang

TUKUL (CLUB HAMMER)

2. Pahat Besi ( Cold Chisel )


 Ianya digunakan untuk memotong batu dan bahan-bahan sepertinya ,
memotong dan memangkas paip saliran , genting lantai atau dinding .
 Ia diperbuat daripada besi tempa , berbentuk bulat atau lapan segi dengan
satu hujung sebagai matanya dimana bentuk dan ukurannya mengikut kerja
yang dilakukan.
 Jangan biarkan kepala pahat menjadi kembang kerana ini boleh
menyebabkan berlakunya kecederaan kepada diri sendiri dan untuk
keselamatan asah semula mengikut bentuk cendawan sehingga rata semula
.

Kepala
Kepala Pahat Besi
Berbentuk Cendawan

Badan

Mata

Pahat Besi (Cold Chisel)


Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Teknik Melepa Alur Pendawaian Tersembunyi

Setelah kerja-kerja pendawaian dipasang secara tersembunyi ini siap


dilaksanakan, kerja-kerja penyudah mestilah dilakukan. Ini bertujuan untuk
menutup semua lurah-lurah yang dibuat dengan menggunakan lepaan motar
kompo. Dalam melaksanakan kerja melepa alur pendawaian
tersembunyi,pengetahuan dan ketelitian semasa membancuh adalah penting
untuk menjamin kekuatan serta mutu hasil kerja yang diperlukan . Oleh itu
nisbah bancuhan perlu ditentukan untuk kesesuai dalam melepa alur
pendawaian konduit tersembunyi.

1. Penyediaan Bahan Lepaan

Kerja-kerja melepa alur pendawaian tersembunyi ini merupakan satu kerja


yang paling mustahak. Salah satu cara membancuh motar ini ialah dengan
menggunakan tangan. Penggunaan mesin pembancuh hanya untuk kerja-
kerja pembinaan besar, sedang kerja-kerja lepaan alur ini adalah kerja kecil
sahaja. Bahan-bahan yang digunakan untuk lepaan ini ialah simen Portland,
kapur dan pasir

Membancuh bahan lepaan (motar) boleh dilakukan disuatu permukaan rata


samaada diatas lantai, atau permukaan tanah yang bersih, atau diatas
platform dari papan lapis dan sebagainya. Kadar nisbah bancuhan motar
ini ialah 1:1:4 (1 simen: 1kapur : 4 pasir halus) Gaulkan kesemua bahan
ini dengan menggunakan sekop (showel) sehingga betul-betul sebati.
Setelah itu masukkan air secukupnya dan bersesuaian dengan keadaan
motar yang diperlukan. Seterusnya kerja-kerja “Plaster” boleh dilakukan.

2. Sekop ( Showel )

Diperbuat daripada logam dengan pemegang kayu dan digunakan untuk


mencedok bahan-bahan seperti pasir , simen , tanah dan lain-lain.

Sekop Hujung Tajam

Sekop Pesegi
Muka Surat / Page : 26
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

3. Teknik Melepa & Peralatan

Kemahiran kerja-kerja melepa amatlah perlu. Disamping teknik-tenik kerja


yang betul, penggunaan peralatan yang sesuai perlulah diketahui. Peralatan
lepaan yang biasa diguna ialah seperti iron float (perata logam) wood float
(perata kayu) Hawk (samaada jenis kayu, plastik atau logam) dan trowel
(sudip). Kegunaan peralatan tersebut adalah seperti berikut:

i. Hok ( Hawk )
Diperbuat daripada papan berukuran 230 mm x 230 mm dengan satu
pemegang dilekatkan bersudut tepat sama ada di bawah atau di tepinya
dan digunakan untuk meletak motar semasa membuat lipaan.

HOK KAYU HOK LOGAM/PELASTIK HOK KAYU

ii. Sudip Bata


Sudip bata digunakan untuk menerap bata . Ukurannya adalah di antara
229mm hingga 356 mm panjang . Cara kegunaannya :
i) Mengambil motar dari papan motar meletakkan pada hawk.
ii) Melepa pada lurah yang hendak dilepa.

Panjang Mata
Pemegang

Temin

Mata

SUDIP
Muka Surat / Page : 27
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

i. Kayu Perata ( Floats )

Diperbuat daripada kayu atau logam dan ianya digunakan dalam kerja-
kerja kemasan untuk menghasilkan permukaan yang rata tetapi tidak licin
kepada lepa .

Perata Kayu

ii. Perata Logam

Perata Logam digunakan untuk kerja-kerja lepaan yang besar. Bagi kerja-
kerja lepaan lurah, iron float ini sekada untuk kerja-kerja melicin
permukaan lepaan.

Perata Logam
Muka Surat / Page : 28
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Sistem Pendawaian Sesalur

Dalam sistem pendawaian sesalur, kabel dimuatkan ke dalam sesalur tersebut. Dalam
sistem palang bas sesalur memanjat, sesalur diisikan dengan palang bas.

Biasanya, sistem pendawaian sesalur ini tidak boleh bersendirian tetapi perlu dibantu
oleh sistem – sistem pendawaian yang lain bersama – samanya untuk membekalkan
arus ke beban yang diperlukan, kecuali jika sistem ini dipasang di tempat yang sesuai
dengan kedudukan beban.

Sistem pendawaian sesalur boleh digunakan pada sebarang kedudukan yang sesuai
seperti sesalur atas, menegak, mengufuk dan sebagainya. Terdapat juga sesalur yang
dibuat khas untuk pemasangan di bucu dinding dan sesalur yang demikian dinamakan
sesalur bucu dinding.

Sistem sesalur ini dapat menampung kabel yang banyak di sesuatu pemasangan yang
besar. Di samping itu sistem ini juga dapat memberikan perlindungan mekanik yang
baik.

CABANG TEE
OFFSET

SUDUT 90°
Rajah 1 : Alat tambah pendawaian sesalur
Muka Surat / Page : 29
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Rajah 2 : Pendawaian sesalur

Sistem pendawaian ini biasa digunakan apabila saiz kabel yang hendak dibawanya
melebihi 10 mm² dan bilangannya banyak.

Oleh sebab sukar membengkokkannya, perancangan yang teliti perlu dibuat agar
perjalanan pemasangan sesalur itu berada pada jalan yang selurus – lurusnya.
Beberapa alat tambah pemasangan sesalur hendaklah disediakan bagi memudahkan
kerja – kerja pemasangan, antaranya termasuklah offset, selekoh bengkokkan sudut
tepat, cabang tee dan sebagainya. Dengan adanya alat tambah ini kerja – kerja
pemasangan akan menjadi lebih mudah.

Sekarang sistem sesalur atas amat popular digunakan di bangunan bengkel, makmal
atau kilang kerana mudah membuat pindaan pendawaian ke peralatan dan
kelengkapan. Jarak penyokong kabel sesalur hendaklah mematuhi Jadual dibawah.

Ruang di antara penyokong untuk sesalur kabel

Jarak Maksimum Di Antara Penyokong


Luas Keratan
Logam Penebat
Rentas Sesalur
Mendatar Menegak Mendatar Menegak
mm² m m m m
> 300 , ≤ 700 0.75 1.0 0.5 0.5
> 700 , ≤ 1500 1.25 1.5 0.5 0.5
> 1500 , ≤ 2500 1.75 2.0 1.25 1.25
> 2500 , ≤ 5000 3.0 3.0 1.75 2.0
> 5000 3.0 3.0 1.75 2.0

Saiz biasa sesalur ini ialah di antara 38 X 38 mm hingga ke 300 X 150 mm.
Panjangnya pula ialah di antara 2 meter hingga 4 meter.
Muka Surat / Page : 30
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46
Ciri-ciri Pemilihan Sistem Pendawaian Sesalur

1. Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa


2. Bangunan besar dan bertingkat
3. Memerlukan pemasangan kabel yang banyak
4. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang
5. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih
6. Memerlukan keselamatan ke atas kabel atau pengguna yang lebih

Jenis-jenis kabel
Semua jenis kabel boleh dipasang di dalam sistem ini.

Kaedah Pemasangan Sesalur

Sesalur dibahagikan kepada bahagian kotak saluran dan penutup.

 Sistem pemasangan dibuat dengan memasang terlebih dahulu bahagian kotak


penyaluran di permukaan dinding atau gantungan mengikut penghalaan
pendawaian.
 Setelah kotak penyaluran siap dipasang, barulah kerja – kerja meletakkan kabel
ke dalamnya dilakukan.
 Apabila kabel telah siap diletakkan dan segala ikatan serta tamatan punca –
punca dilakukan, kemudiannya barulah penutup dipasangkan.
 Peraturan Elektrik telah menetapkan faktor ruang sebanyak 45 %.
 Memilih saiz nominal sesalur supaya tidak melebihi had pemasangan boleh
dirujuk kepada jadual faktor sesalur dan faktor kabel.

Faktor kabel bagi sesalur


Luas muka
Jenis
keratan rentas Faktor
pengalir
pengalir mm²
1.5 7.4
Pejal
2.5 10.2
1.5 8.1
2.5 11.4
Lembar 4 15.2
6 22.9
10 36.3

Jadual 1 : Faktor kabel bagi sesalur


Muka Surat / Page : 31
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Faktor bagi sesalur


Dimensi
sesalur Faktor
(mm x mm)
50 x 37.5 767
50 x 50 1037
75 x 25 738
75 x 37.5 1146
75 x 50 1555
75 x 75 2371
100 x 25 993
100 x 37.5 1542
100 x 50 2091
100 x 75 3189
100 x 100 4252
Jadual 2 : Faktor untuk sesalur

 Apabila penyaluran pada ruang sisi, kabel – kabel hendaklah diikat bagi
mengelakkan daripada terkeluar ketika penutup sesalur dibuka.
 Pemasangan sesalur secara menegak, ikatan hendaklah dibuat pada setiap
penyangga kabel bagi mengelakkan berat kabel memusat pada satu tempat
sahaja.
 Dengan sistem penyaluran, kabel – kabel disusun dengan kemas seperti mana
dalam Jadual di bawah.

Cara pemilihan saiz nominal sesalur

i. Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual faktor


kabel.
ii. Jumlahkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan
faktor sesalur daripada jadual faktor sesalur.
iii. Saiz nominal sesalur yang sesuai sekiranya faktor sesalur sama atau
lebih daripada jumlah faktor kabel.
Bagi saiz kabel dan jenis kabel atau saiz sesalur selain daripada yang diberi,
jumlah kabel yang perlu dipasang faktor ruangnya haruslah tidak melebihi 45%.
Muka Surat / Page : 32
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46
Contoh soalan

Suatu sesalur diperlukan membawa 50 x 25mm², 10 x 4mm² dan 10 x 6mm²


kabel teras tunggal berlembar.
Faktor kabel dari jadual : 2.5mm² ialah 11.4
4mm² ialah 15.2
6mm² ialah 22.9

Dengan ini jumlah faktor kabel : 50 x 11.4 = 570


10 x 15.2 = 152
10 x 22.9 = 229
Jumlah = 981

Bandingkan faktor sesalur dengan jumlah faktor kabel, faktor sesalur yang
sesuai ialah 993. Dengan ini saiz nominal sesalur yang sesuai ialah 100mm x
25mm.

Kebaikan Sistem Pemasangan Sesalur.

i. Dapat menampung kabel litar yang banyak dan besar.


ii. Tambahan, perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan.
iii. Kerja pemasangannya cepat.
iv. Perlindungan mekaniknya baik.
v. Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu.
vi. Pemeriksaan sesuatu litar mudah dilakukan iaitu dengan membuka
penutupnya.

Keburukan Sistem Pemasangan Sesalur.

i. Memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk membelinya.


ii. Ramai pekerja mahir diperlukan.
iii. Mudah dimasuki habuk dan kotoran.
iv. Sukar dibawa dan dipasang.
v. Kelihatan tidak ekmas kerana sesalur terjojol keluar seperti beroti.
vi. Tempat sesalur ini hendak dipasang, hendaklah dirancang dengan teliti.
vii. Untuk perjalanan pendawaian yang searah sahaja iaitu tidak berliku – liku.

Sistem sesalur ini biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunan –


bangunan yang besar seperti kilang, sekolah, bengkel, pejabat dan tempat yang
melibatkan banyak kabel litar akhir dan banyak bahaya mekanik.
Muka Surat / Page : 33
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Sistem pendawaian sesalur ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

1. Sistem palang bas sesalur atas


2. Sistem palang bas sesalur memanjat

1. Sistem Palang Bas Sesalur Atas.

Sistem ini serupa dengan sistem palang bas sesalur memanjat; bezanya hanyalah dari
segi kedudukan. Sistem ini ditempatkan dalam keadaan mendatar di ruang atas.
Biasanya sistem ini mempunyai ruang untuk kabel sistem pendawaian sesalur. Sistem
ini kerap kali diletakkan di tempat yang bersesuaian dengan titik lampu agar
pemasangan lampu itu dapat dipasang terus ke sistem palang bas sesalur atas ini.
Sebagaimana sistem yang telah disebutkan terdahulu, sistem ini juga memerlukan
bantuan sistem pendawaian lain untuk pemasangan beban yang tidak berada pada
perjalanannya. Sistem pendawaian yang biasa berganding dengan sistem ini ialah
sistem pendawaian pembuluh.
Muka Surat / Page : 34
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Rajah 3: Sistem pendawaian palang bas sesalur atas

1. Sistem Palang Bas Sesalur Memanjat.

Sistem ini dipasang pada tempat yang menegak. Ia kerap digunakan di rumah
bertingkat – tingkat sebagai pendawaian bekalan masuk ke setiap tingkat. Kadar
kemampuan arus sistem ini ialah kira – kira 300 A. Panjang setiap sesalur memanjat ini
ialah kira – kira 4 – 5 meter. Apabila sesalur ini dilalukan melalui lantai setiap tingkat,
dalam sesalur itu hendaklah diadang pada setiap aras lantai dengan bahan tahan
kebakaran seperti serabut kaca. Tebal serabut ini kira – kira 5 – 8 cm. Palang bas yang
terdapat di dalam sesalur ini disokong oleh asbestos. Palang bas yang berada pada
pengadang di setiap aras lantai hendaklah dimasukkan ke dalam kelongsong penebat
bagi memberikan ruang untuk palang bas itu dapat mengembang dan mengecut.
Pengadang ini disediakan bagi tujuan mengelakkan kebakaran yang berlaku di sesuatu
tingkat daripada merebak ke tingkat lain.
Sistem pendawaian palang bas sesalur memanjat tidak boleh berdiri
dengan sendiri ( digunakan terus ) untuk membekalkan arus ke beban. Sistem ini
memerlukan bantuan sistem – sistem pendawaian lain seperti sistem pendawaian
pembuluh sebelum ia dapat membekalkan bekalan ke beban – beban yang
dikehendaki.
Muka Surat / Page : 35
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Rajah 4 : Sistem pendawaian palang bas sesalur memanjat

Peraturan Dan Keselamatan Dalam Sistem Pendawaian Sesalur Mengikut


Peraturan Elektrik

1. Logam salur atau bahan penebat dan sesalur hendaklah dipasang dengan
kemas dan jika terdapat kemungkinan kerosakan mekanikal , perlindungan
secukupnya perlu dibuat .

2. Pembinaan sesalur hendaklah daripada logam atau bahan yang tidak boleh
terbakar yang mengandungi unsur-unsur penebat.

3. Kabel A.U yang diletakkan ke dalam salur keluli atau sesalur hendaklah
dikumpulkan mengikut fasa bersama-sama dawai neutral jika ada , di dalam
satu salur atau sesalur yang sama.

4. Dari pangkal hingga ke hujung sesuatu atau sesalur hendaklah bebas daripada
menyerapi air atau mestilah dilindungi daripada kemasukan air . Semua penutup
hendaklah dikemaskan selepas pendawaian dibuat .

5. Semua punca kabel yang dikeluarkan daripada sistem salur , setiap sambungan
dalam sistem ini dan setiap sambungan antara sistem dengan salur konduit ,
hendaklah dibuat dengan kemas dan kuat supaya kabel tidak tercalar semasa ia
ditarik nanti .
Muka Surat / Page : 36
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

1. Setiap sudut pada logam salur tertutup atau bahan penebat hendaklah
mempunyai jejari dalam mengikut peraturan hendaklah tidak kurang daripada
2.5 x paksi kecil bagi salur segiempat . Setiap selekoh dalam salur konkrit (
sama ada dibuat dengan menggunakan saluran atau ditempat yang asal selepas
konkrit dibuat) hendaklah mempunyai jejari dalam yang ukurannya tidak kurang
daripada 4 x diameter salur yang telah siap .

2. Salur hendaklah diletakkan di dalam konkrit dalam keadaan baik sebelum


ditutup dengan bahan konkrit di tempat penarikan kabel . Ketebalan jejari di
sekeliling salur yang sudah siap hendaklah tidak melebihi 15 mm pada setiap
punca . Pada salur , yang diperbuat daripada konkrit , kabel bertebatkan getah ,
beranyam atau kabel sebatian atau yang mempunyai salutan p.v.k. yang tidak
boleh dimasukkan ke dalam salur ini .jika kabel p.v.k. berperisai digunakan untuk
salur jenis ini , di tempat yang berkemungkinan berlakunya lembapan , kabel itu
hendaklah mempunyai lapisan luar yang bertebatkan p.v.k.

3. Jumlah kabel yang boleh dimasukkan dalam salur hendaklah mempunyai ruang
kelegaan bagi memudahkan kabel ditarik dan menggelakkan kerosakkan kabel .
faktor ruang bagi sesalur hendaklah tidak melebihi 35% . Ini hanya dipakai jika
lebih bilangan kabelnya perlu dikurangkan .Pengecualian untuk larian yang
pendek dan lurus seperti kotak agihan , faktor ruang bolehlah ditingkatkan.

4. Jumlah kabel yang boleh dimasukkan ke dalam salur atau sesalur hendaklah
mempunyai faktor ruang yang tidak melebihi 45% .

Sistem Pendawaian Salur

Sistem pendawaian salur merupakan suatu sistem yang menggunakan salur


logam atau bahan penebat dan dipasang di bawah lantai ketika peringkat
pembinaan bangunan.

Ciri-Ciri Pemilihan
a) Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa.
b) Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak.
c) Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.
d) Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada masa akan
datang.
e) Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris.
f) Memerlukan kekemasan dan kecantikan.
g) Memerlukan perlindungan yang lebih.

Jenis-Jenis Kabel Yang Digunakan

Semua jenis kabel boleh digunakan dalam sistem pendawaian salur.


Muka Surat / Page : 37
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Kaedah Pemasangan Kabel

Kerja pemasangan biasanya dijalankan ketika peringkat pembinaan bangunan


sebelum bahan pelapik lantai dipasang. Kerja-kerja memasang kotan salur
didahului kemudian diikuti oleh penyaluran kabel di dalamnya. Pelapik lantai
biasanya boleh dibuka bagi tujuan pemasangan semula atau penambahan kabel
atau sebagainya.

Peraturan IEE Bagi Sistem Pendawaian Sesalur Dan Salur

i. Sesalur atau salur mesti dipasang dengan teguh dan dilindungi daripada
sebarang kerosakan mekanikal.
ii. Sesalur atau salur mesti diperbuat daripada bahan yang tidak mudah
terbakar.
iii. Semua kabel hidup dan neutral untuk bekalan a.u bagi setiap litar mestilah
dipasang dalam sesalur atau salur yang sama.
iv. Semua sesalur atau salur mestilah dilindungi daripada kemasukan air dan
kerosakan kabel.
v. Faktor ruang bagi sesalur tidak melebihi 45%.

Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel . x 100


Jumlah luas keratan rentas dalam salur / sesalur

Sistem Pendawaian Kabel Penebatan Mineral Pelapik Kuprum

Sistem ini dinamakan seperti itu kerana keseluruhan sistem pendawaian dibuat
dengan menggunakan kabel jenis tersebut.

Ciri-Ciri Pemilihan

Sistem ini biasanya digunakan pada tempat yang terlalu banyak kerosakan
mekanikal seperti
berikut :

 Suhu sekeliling terlalu panas.


 Kawasan berminyak.
 Tindakan kesan kimia.
 Kawasan yang mudah terbakar.

Kaedah Pemasangan Kabel

Kaedah pemasangan kabel bagi sistem pendawaian penebatan mineral pelapik


kuprum boleh dilakukan dengan pelbagai cara, di antaranya ialah :

 Secara diklip ke permukaan dinding atau siling


 Secara sistem konduit.
 Secara sistem sesalur.
 Secara sistem salur.
Muka Surat / Page : 38
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Sistem Pendawaian Kabel Penebatan Kertas Pelapik Plumbum

Pemberian nama sistem ini adalah sama dengan sistem penebatan mineral
iaitu disebabkan keseluruhan sistem pendawaian dibuat dengan menggunakan
kabel penebatan kertas pelapik plumbum.

Ciri-Ciri Pemilihan

 Untuk pemasangan di dalam tanah.


 Untuk beban yang mengalir arus tinggi.
 Memerlukan perlindungan mekanikal yang tinggi.

Kaedah Pemasangan

 Dengan menggunakan sistem salur atau konduit atau saluran.


 Dengan ditanam terus kabel di dalam tanah.

Sistem Pendawaian Sementara

Sistem pendawaian sementara biasanya pada pemasangan yang digunakan dalam


jangka masa yang pendek seperti pesta keramaian, tapak pembinaan bangunan
dan sebagainya.

Kaedah pemasangan dan jenis-jenis kabel yang digunakan adalah sama dengan
sistem pendawaian tetap.

Peraturan IEE Khas Sistem Pendawaian Sementara

a) Pemasangan mesti diperiksa semula jika tempohnya lebih daripada 3 bulan.


b) Mesti mengadakan perlindungan lebihan arus dan suis utama yang
boleh memutuskan semua kutub hidup dan neutral.
c) Jumlah beban untuk pemegang lampu jenis bayonet mestilah tidak
melebihi 1000 watt
d) Mesti ada pengawasan yang rapi serta orang yang bertanggungjawab
sepenuh masa ke atas keselamatan pemasangan.
e) Semua kabel yang digunakan dalam pemasangan ini mestilah berlapik
dan tahan daripada kerosakan mekanikal.
f) Kabel berlapikkan logam tidak dibenarkan dalam pemasangan ini
kecuali berperisai.
g) Jika pemasangannya menggunakan konduit logam ia mestilah
mematuhi peraturan IEE bagi sistem konduit
h) Ujian pemasangan hendaklah dijalankan seperti ujian pemasangan
tetap.
Muka Surat / Page : 39
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Sistem Pendawaian Tidak Bertebat

Pemasangan kabel tidak bertebat adalah tidak dibenarkan untuk dijadikan sistem
pendawaian di rumah kediaman. Ini adalah kerana keselamatan pengguna tidak
terjamin. Sistem pendawaian tidak bertebat hanya dibenarkan untuk pemasangan
yang berikut sahaja dan dilindungi sepenuhnya daripada kerosakan mekanikal.

a) Sebagai pengalir perlindungan litar, pengalir bumi dan dawai pengikat.


b) Sebagai dawai luar bagi pengalir sepusat
c) Sebagai pengalir untuk litar voltan lampu rendah.
d) Sebagai pengalir dalam sistem sesalur
e) Sebagai dawai pemungut untuk kren bergerak atau troli.
Muka Surat / Page : 40
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Kotak Agihan Tiga Fasa

Papan agihan (Distribution Board) ialah satu tempat pengagihan bagi kabel litar
akhir.
- Binaan papan agihan dibuat daripada pvc atau logam.
- Perkara yang perlu diambilkira semasa membeli sebuah papan agihan ialah :-
a) Bilangan hala
b) Jenis binaan (logam atau pvc)
c) Jenis MCB, ELCB dan suis fius
d) Jenis bekalan (1fasa dan 3 fasa)

Rajah Kotak Agihan Tiga Fasa

1. Pengasing yang diperlukan hendaklah mempunyai suis berangkai yang sesuai untuk
kendalian atau menggunakan pemutus litar yang disusun agar ia dapat memutuskan
semua pengalir litar bekalan di pemasangan itu

2. Perlindungan lebihan arus yang hendak di buat hendaklah dengan menggunakan fius
atau pemutus litar yang dipasang pada setiap dawai hidup pengalir bekalan itu

3. Setiap perlindungan lebihan arus hendaklah sesuai untuk menahan arus litar pintas
yang berlaku

Pemutus Litar Bocor Kebumi ( ELCB )

Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar. Pemutus litar
dibuat dalam berbagai bentuk dan jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak, jenis
hembusan gas, jenis hembusan udara (angin), jenis vakum dan jenis miniatur.

RCCB boleh didapati dalam 2 versi iaitu 2 Pole dan 4 Pole dengan Kadaaran arus ialah 25A,
40A, 63A and 80A . serta arus kendalian 30mA, 100mA and 300mA
Muka Surat / Page : 41
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Rajah. Pemutus Litar Bocor Kebumi

Pengasing litar/Main switch

Berfungsi sebagai alat yang boleh memutuskan bekalan agihan kepada pengguna
dengan membuka sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu kutub
bekalan itu tdak dibumikan dengan menggunakan suis dua kutub berangkai. Bagi bekalan 3-
fasa berbumi tidak perlu membuka dawai neutral kerana ianya dipasang dengan suis tiga kutub
berangkai

Tujuan mengadakan pengasing ialah untuk melindungi pengguna daripada mendapat


renjatan elektrik yang berterusan. Oleh itu pengasing hendaklah dipasang pada permulaan litar
pendawaian bagi setiap pemasangan sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan elektrik.

Terdapat dalam 2 versi iaitu 2 pole dan 4 Pole dengan kadaan arus antara 43A -100A

.
Rajah. Suis Utama/Pengasing

A. Pemutus Litar Jenis Miniatur

Disebabkan jenis ini berukuran kecil, maka ianya dipanggil sebagai pemutus litar
miniatur. Bentuknya seakan-akan suis tumbler biasa, bezanya cuma dari segi ukuran
dan bentuknya sahaja (4 segi panjang). Tahan lama dan ia tidak dipengaruhi oleh suhu
sekitaran untuk beroperasi dan kadar perlindungan yang diberikannya adalah dalam
kelas halus.

Pemutus litar ini terbahagi kepada dua iaitu :

a) Tetap kadarannya di mana digunakan untuk menggantikan tempat fius dan

b) Boleh dilaraskan kadaran arus kendaliannya pula digunakan untuk perlindungan


beban yang sentiasa berubah atau tidak menentu nilai kadarannya seperti motor
dan sebagainya.
Muka Surat / Page : 42
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Selain sebagai pelindung lebihan arus ianya juga berfunsi sebagai pelindung lebihan
kepanasan supaya belitan motor dengan mengawal kepanasan suhu yang tertentu pada
sesebuah motor dan sebagai pengasing daripada kebocoran arus ke bumi pada
sesebuah pemasangan

Kadaran arus dari 2-63A,

Kelengkapan lain yang terdapat pada kotak agihan terdiri daripada Bus Bar, Neutral Link,
Earth Bar and Din Rail

Bus bar
Rajah Bus bar

Rajah Terminal Bumi


Muka Surat / Page : 43
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Rajah Terminal Neutral

Rajah Din Rail

Reka bentuk kotak agihan tiga fasa

Sistem-sistem pengagihan tiga fasa dibuat dari Keluli Keping (sheet steel), menumbuk
bersalut (powder coated) dengan berwarna Kelabu/Bingkai putih dan penutup lutsinar
(Transparent), serta bersama-sama itu dipasang dengan Palang Bas (Bus Bar), link
Neutral (Neutral link), punca bumi (Earth Bar) dan landasan (Din Rail).
Muka Surat / Page : 44
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

Rajah Kotak Agihan


Muka Surat / Page : 45
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

SOALAN/QUESTION :

1. Terangkan keadah pemasangan sistem pendawaian salur?

2. Nyatakan 4 ciri-ciri pemilihan untuk membuat sistem pendawaian salur?

3. Terangkan jenis-jenis pendawaian tersembunyi yang anda tahu.

………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………….

4. Terangkan kaedah yang patut dilakukan bagi pendawaian tersembunyi tanam


kondiut.

…………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………….
5. Nyatakan nisbah yang diperlukan bagi kerja-kerja plaster?
………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………..

6. Apakah kegunaan Hawk dalam kerja-kerja plaster?


………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………..
7. Nyatakan jenis-jenis kondiut?
………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………..

8. Nyatakan kebaikan pemasangan kondiut?


………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………..

9. Nyatakan kadaran MCB bagi litar cahaya?


………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………..

10. Apakah kegunaan Earth Leakage Circuit Braker?


………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………..
Muka Surat / Page : 46
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C02/P(1/3)
Drpd / of : 46

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik
1994, Pindaan sehingga 2005. MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of
Buildings - MS IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan Elektrik, Edisi
16. Golden Books Centre Sdn Bhd
4. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth Edition)
Institution of Electrical Engineers
5. Asas pendawaian oleh Mohd. Isa Idris dan Ramli Harun.

6. Pemasangan dan penyelenggaran elektrik edisi kedua. Oleh Abd. Samad Hanif

7. Penerap Bata Dan Pekerja Batu ,


Lembaga Latihan Perindustrian Dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan ,
Firmasa Sdn.Bhd , Kuala Lumpur .
8. Giesecke, F. E. Et. Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall

Anda mungkin juga menyukai