Anda di halaman 1dari 24

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

KEMENTERIAN TEKNIKAL VOKASIONAL,


PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 2
KOD DAN NAMA
EE-320-3:2012
PROGRAM / PROGRAM’S
THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
CODE & NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 3

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
EE-320-3:2012-C 03 THREE PHASE WIRING MAINTENANCE
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING MAINTENANCE
REQUIREMENT
NO. DAN PERNYATAAN 2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOL, EQUIPMENT AND
AKTIVITI KERJA / WORK MATERIAL
ACTIVITIES NO. AND 3. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING INSPECTION
STATEMENT 4. CARRY OUT ELECTRICAL WIRING MAINTENANCE
5. INSPECT ELECTRICAL WIRING FUNCTIONALIT
6. RECORD WIRING SYSTEM MAINTENANCE ACTIVITIES
Muka Surat / Page : 1
NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C03/P(2/6)
Drp / of : 24

TAJUK/TITLE :
MENGENALPASTI PERALATAN DAN BAHAN PENDAWAIAN TIGA FASA

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan keperluan pendawaian tiga fasa dari segi peralatan
dan bahan pendawaian mengikut spesifikasi dan prosedur untuk membantu melaksanakan kerja-
kerja pemasangan pendawaian elektrik supaya kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna, cepat
dan mematuhi standard kerja yang dikehendaki .
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 2 /24

PENERANGAN:

2.0 Alatan Dan Kelengkapan Pendawaian

Senarai Peralatan tangan mengikut kategori kumpulan sepertI


memotong,melelas,mengukur,menanda dan lain-lain.

Kerja-kerja pendawaian elektrik memerlukan beberapa alatan tangan khas disamping


perkakas kerja berkuasa elektrik/bateri.Dengan menggunakan perkakas yang betul dan
sesuai akan membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan pantas.Di antara
perkakas kerja yang perlu ada pada setiap pendawaian adalah seperti berikut:

 Pemutar skru
 Playar gabung
 Playar pemotong sisi
 Pisau kecil
 Meter pelbagai(Multimeter)
 Tukul pendawai(wiring hammer)
 Gergaji besi(Haksaw blade)
 Pita pengukur
 Beg galas
 Gerimit(Gimlet)
 Pena ujian(Test pen)
 Playar muncung tirus
 Penjerut Kabel(Wire Stripper)
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 3 /24

Perkakas asas perlu dimiliki oleh seorang Juruelektrik untuk kerja pendawaian.Keyakinan
pengguna terhadap Juruelektrik ketika membuat kerja pendawaian juga bergantung kepada alat
kelengkapan perkakas kerja yang dimilikinya. Berikut adalah perkakas dan keterangan ringkas
mengenai penggunaanya.
Jadual 1: Alatan Tangan

 Juruelektrik memerlukan sekurang-kurangnya tiga


saiz pemulas skru yang berbeza seperti
kecil,sederhana dan besar.Selain daripada saiz dan
panjang yang berlainan,perlu juga memilih hujung
skru philip dan flat.
Pemutar Skru
 Playar Lazimnya digunakan untuk memegang
alatan dan membengkok wayar dan juga untuk
memegang nat kecil serta washer.Player tambahan
daripada jenis pemotong sisi dan muncung panjang
juga diperlukan.Pelbagai jenis playar mestilah
Playar gabung
mempunyai penebat pada bahagian pemegangnya.

 Pemotong Sisi digunakan untuk memotong hujung


wayar dan meratakan hujung kabel pada sesuatu
tamatan.manakal pelucut penebat dari jenis yang
boleh dilaras mengikut saiz kabel berkeupayaan
Playar Pemotong Sisi melucut penebat dengan baik tanpa merosakkan
wayar pengalir.

 Membuang penebat juga boleh dilakukan dengan


menggunakan pisau kecil.Segala kerja yang
dilakukan hendaklah dengan berhati-hati supaya
tidak merosakkan bahagian wayar pengalir.

Pisau
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 4 /24

 Alat ini digunakan untuk mengukur Voltan,Arus dan


juga Rintangan dengan melaraskan julat.

Meter Pelbagai(Multimeter)

 Sebaik-baiknya seorang Juruelektrik mempunyai tiga


jenis tukul, jenis clawa yang digunakan untuk kerja
am,jenis pin untuk memasang klip kabel dan jenis
club untuk digunakan dengan pahat

Tukul pendawai(Wiring
Hammer)
 Pelbagai jenis gergaji digunakan untuk kerja
pendawaian yang berkaitan dengan kayu,logam dan
plastic.bagi melakukan pemotongan sesalur PVC
kecil dan kayu perlu menggunakan gergaji jenis
tenon.Gergaji ini sesuai digunakan untuk memotong
logam dan kabel besar.Untuk memotong skru dan
bol sesuai menggunakan gergaji logam yang kecil
Gergaji Besi(Hacksaw Blade) dengan bilah boleh ganti semula.

 Pita digunakan untuk mengukur penempatan


aksesori dengan tepat.Terdapat pelbagai saiz pita
pengukur.Dalam kerja-kerja pendawaian lazimnya
menggunakan pita bersaiz 12 kaki atau 3 meter.Pita
ini juga digunakan untuk membuat anggaran
Pita Pengukur
panjang kabel bagi sesuatu pendawaian.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 5 /24

 Seseorang juruelektrik melakukan kerja pendawaian


di pelbagai tempat seperti di atas siling,tingkat satu
dan tingkat bawah.Perkakas kerja asas seperti
tukul,playar,pemulas skru lazimnya dalam keadaan
sentiasa digunakan dalam apa jua kerja yang
dilakukan.
 Selain itu bahan keperluan seperti paku,skru dan klip

Beg Galas kabel boleh ditempatkan pada ruang khas di beg


tersebut.Perkakas kerja yang tajam tidak sesuai
disimpan didalam saku baju atau seluar kerana
boleh mendatangkan bahaya.Oleh itu,perkakas kerja
tersebut boleh disimpan pada beg galas pendawaian
seperti yang ditunjukkan pada rajah sebelah.beg ini
boleh digantung pada bahagian hadapan supaya
perkakas mudah diambil apabila diperlukan.Beg
galas kerja ini boleh didapati dari bahan kanvas,kain
tebal atau kulit asli.

 Digunakan untuk membuat lubang permulaan bagi


skru papan (wood screw)mudah dipasang dan
diletak.

Gerimit(Gimlet)

 Kegunaannya adalah untuk mengesan kebocoran


arus elektrik atau kabel hidup.Selain itu juga boleh
digunakan untuk kerja ringan seperti mengetat skru
kecil.Pena ujian ini sesuai dan selamat digunakan
untuk mengesan voltan 50v-500v.

Pena Ujian (Test Pen)


ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 6 /24

 Kegunaannya adalah untuk memegang benda yang


kecil,memotong,membentuk dan mencapai sesuatu
di ruang yang sempit dan rumit.

Playar muncung tirus

 Kegunaannya adalah untuk membuang penebat


kabel.

Penjerut Kabel(Wire Stripper)

2.1 Mesin Elektrik (Power Tools)

Senarai “Power Tools” mengikut kategori kumpulan seperti menebuk, memotong,


mencanai dan lain-lain.
Untuk melaksanakan kerja-kerja pendawaian elektrik sekurang-kurangnya memerlukan
beberapa perkakas kerja berkuasa elektrik/bateri.Dengan menggunakan perkakas yang betul
dan sesuai akan membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan pantas.Di antara
perkakas kerja berkuasa elektrik yang perlu ada pada setiap pendawai adalah seperti berikut:

 Gerudi tangan mudah alih


 Pemulas/gerudi mudah alih
 Gergaji jig (Jig Saw)
 Gerudi impak(Demolition Hammer)
 Mesin Pencanai (Grind)
 Pemulas skru bateri(cordless drill)
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 7 /24

Jadual 2: Mesin Elektrik

Hand Drill
Alat ini digunakan untuk kerja-kerja menebuk
dipermukaan kayu,simen dan logam.Operasi kendalian
menggunakan kuasa elektrik 240V dan juga boleh laras
samada untuk menebuk kayu,simen atau logam.
Peralatan ini amat penting dan luas penggunaannya
serta perlu ada bagi seorang setiap pendawai.

Batery Drill
Alat ini juga sama fungsinya dengan Hand Drill dan tidak
berapa sesuai untuk melakukan penebukan pada
permukaan yang agak keras. Alat gerudi tangan jenis
bateri memberi banyak kemudahan dalam melakukan
tugas-tugas penebukan yang kecil dan operasi kendalian
menggunakan kuasa bateri 12V atau 24V. Peralatan ini
amat penting dan luas penggunaannya serta perlu ada
bagi seorang setiap pendawai.

Demolition Hammer
Alat ini kebiasaannya untuk menebuk lubang pada
dinding konkrit dan untuk kerja-kerja yang agak besar
permukaan konkrit yang perlu dipecahkan.Alat ini sesuai
untuk kerja-kerja yang melibatkan permukaan konkrit.

Jig Saw
Alat untuk memotong kayu,plywood dan lain-lain benda
yang agak lembut.Tidak sesuai untuk memotong benda-
benda logam.Alat ini banyak juga penggunaannya dalam
kerja-kerja pendawaian elektrik.

Grinder
Alat ini digunakan untuk kerja-kerja permotongan
trunking pvcdan meratakan permukaan logam atau lain-
lain benda yang agak keras fizikalnya.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 8 /24

2.2 Jenis Kabel Elektrik Tiga Fasa


2.2.1 Jenis-Jenis Kabel

i. XLPE/SCT/PVC 11KV

No. Description Material

Phase Conductor

Conductor Hard Drawn Aluminium Wires

Conducor Semi-conductive Compound


Screen

Insulation Cross-Linked Polyethylene

Insulation
Semi-conductive Compound
Screen

Metallic Screen Copper Tape

Binder Polyester Non-Woven Tape

Outer Sheath Black PVC (ST2) + Ultra Violet


Resistant

Messenger

Bare Stranded Galvanized Steel


Conductor
Wire

Rajah 1. 1

Rajah 1. 2
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 9 /24

ii. PVC/PVC SINGLE CORE PVC INSULATED

Fungsi:

 Untuk penyambungan di antara alatubah & Papan Pembahagian Voltan


Rendah. (Low Voltage Distribution Board)
 Untuk penyambungan di antara alatubah & Papan Agihan Voltan
Rendah. (Low Voltage Feeder Piller)
 Untuk penyambungan di antara alatubah & Papan Suis Utama Pengguna
(Main Switch Board).
 Untuk sistem pembahagian pelbagai pengguna.

Penebatan:

 Penebatan PVC yang digunakan adalah teguh & boleh tahan panas sehingga
85% Celsius.

Pengalir:

 Pengalir biasanya dibuat dari Aluminium atau Tembaga.

Pemilihan Kabel PVC/PVC

KVA Rating Jenis kabel PVC/PVC yang digunakan


300 KVA dan ke bawah 1 x 300mm² per fasa (Al)
(417 Amp)
300 KVA hingga 500KVA 2 x 300mm² per fasa (Al)
(695 Amp)
500 KVA hingga 750 KVA 2 x 500mm² per fasa (Al)
(1043 Amp)
750 KVA hingga 1000 KVA 2 x 500mm² per fasa (Cu)
(1391 Amp)
1000 KVA hingga 1125 KVA 1.0 x 630mm² per fasa (Cu)
(1565 Amp)
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 10 /24

iii. PVC/SWA/PVC Multi cores Pilot Cable

Angka tanda teras (Core Identification):

 Teras pengalir adalah diangkakan dengan nombor 1, 2, 3 atau 0, 1, 2, 3 di atas


penebat tiap-tiap teras untuk kabel 3 atau 4 teras.
 Pengalir
- 7/029 Kuprum – 2.5mm²
 Nombor teras, penandaan dan kegunaan.

No Teras Penanda Kegunaan


4 1,2,3,4, Battery charge ke O.C.B.

7 1,2,3,4,5,6,7 Tran slays

12 1,2,3,…….,12 Bekalan utama dari


Substation
19 1,2,3,…….,19 Bekalan utama dari
Substation

iv. Kabel Yang Mempunyai Tekanan Minyak Dan Gas


 Digunakan di darat dan dalam laut.#
 Contoh:
o Darat – penghantaran bekalan dari kuala Lumpur ke Syah Alam.
o Laut–penghantaran bekalan dari Seberang Prai Ke Pulau Pinang
 Kadar Voltan adalah HV iaitu 33KV, 66KV, dan 132KV
 Jenis yang biasa di gunakan:
o Salut Timah Hitam ( Lead Alloy E )
o Salut Aluminium Ombak.
 Selalu berada berhampiran dengan kabel tekanan penggera (Alarm).
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 11 /24

2.2.2 Gambarajah Kabel Bawah Tanah:

i. PVC/PVC Single cores

Rajah 1.3 Gambarajah Kabel PVC/PVC

ii. PVC/SWA/PVC Two Cores kabel lampu jalan.

Rajah 1.4 Gambarajah Kabel PVC/SWA/PVC Two Cores


ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 12 /24

iii. PVC/SWA/PVC Multi cores Pilot Cable

Rajah 1.5 Gambarajah Kabel PVC/SWA/PVC

2.2.3 Pengenalan Bagi Kord Dan Kabel Boleh Lentur.

Bagi kord dan kabel boleh lentur mestilah dibuat pengenalan pada keseluruhan kabel
mengikut jadual dibawah :

Bilangan teras Fungsi teras kabel Pengenalan warna

Pengalir fasa Coklat


1, 2 atau 3 Pengalir neutral Biru
Pengalir perlindungan Hijau kuning

Pengalir fasa Coklat atau hitam


4 atau 5 Pengalir neutral Biru
Pengalir perlindungan Hijau dan kuning.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 13 /24

2.3 Jenis Peralatan Dan Aksesori Elektrik


2.3.1 Aksesori Elektrik

Kerja pemasangan dan pendawaian elektrik memerlukan aksesori seperti pemegang lampu, ros
siling, soket keluaran, fius, suis palam, pemutuslitar, kotak agihan pengguna, pemutus litar
bocor ke bumi dan lain-lain sebagai melengkapkan satu sistem pendawaian.

Cuba perhatikan disekeliling anda.Tentu anda telah dapat menyenaraikan beberapa aksesori
yang telah dikenal pasti.Aksesori digunakan mengikut kesesuaian dan keperluannya
dipadankan dengan fungsi kegunaannya.Binaan dan kendalian setiap aksesori tertakluk kepada
peraturan I.E.E dan dalam peraturan ini menekankan kadaran voltan dan arus bagi setiap alat
kelengkapan yang dipasang

Rajah 1.6: Pelbagai Aksesori Pepasangan Elektrik


ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 14 /24

Jadual 3: Aksesori Elektrik

Pemegang lampu pendaflour dari jenis skru pemasangan tekan


masuk pemasangan bawah dan tekan masuk pemasangan tepi.

Pemegang lampu pendaflour(lamp holder


pendaflour
Lampu Pendaflour memerlukan ‘Starter’ atau disebut suis pemula tiub
pendaflour

- Suis Bara 2 pin berkualiti tinggi


- Kelongsong dibuat dari bahan’polycarbonate’ tahan hentakan
- Dipasang dengan kapasitor penindasan gangguan isyarat radio
- Terdapat juga starter jenis denyut elektronik

Starter

Pemegang Starter tiub pendaflour boleh didapati daripada jenis tekan


masuk dan jenis skru.Kedua-duanya mempunyai punca tamatan
kabel jenis tekan

Pemegang Starter (Starter Holder)

Lampu pendaflour jenis compact digunakan kerana ia boleh


menjimatkan tenaga dengan pencahayaan yang sama dengan lampu
biasa berkadaran tinggi
- Boleh menjimatkan tenaga sehingga 80 % dibandingkan dengan
lampu biasa
- Memberi jangka hayat ketahanan sehingga lapan kali ganda
- Disahkan dari ujian gangguan electromagnet
- Boleh diganti terus dengan lampu biasa

Lampu Pendaflour ‘Compact’(PLC lamp)


ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 15 /24

Merupakan aksesori yang menyediakan bekalan kuasa dari kotak


agihan
Kegunaannya adalah mendapatkan punca bekalan kuasa dengan
menyambungkan kepada alat kelengkapan elektrik mudah alih
seperti televisyen, seterika, peti sejuk, radio, komputer dan lain-lain

Soket alir keluar

Palam digunakan untuk menyambungkan kelengkapan elektrik


dengan soket alir keluar melalui kord atau kabel boleh lentur.

Palam/plug

- Kotak ini adalah tempat untuk pengagihan tenaga elektrik utama


kepada litar-litar kecil akhir ataupun ke kotak fius agihan sub.
- Ia mengandungi peralatan perlindungan seperti suis
utama,pemutus litar bocor ke bumi (RCCB,RCD) dan fius

Kotak Fius Agihan


Suis ialah suatu alat mekanikal yang boleh memutus, membawa
dan menyambungkan arus litar secara manual dalam keadaan
normal. Terdapat berbagai-bagai jenis suis kutub tunggal yang
digunakan pada masa ini yang berbeza dari segi bentuk,kawalan
Suis 1 gang dan sebagainya.Di antaranya adalah seperti berikut
i) Suis Sehala
ii) Suis Dua hala
iii) Suis Perantaraan

Suis 2 gang

Suis 3 gang
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 16 /24

Photo cell merupakan sejenis pengesan cahaya. Ia digunakan


untuk menggantikan suis dan bertindak secara automatik apabila
mengesan cahaya

Photo cell

Sebagai pengehad arus yang masuk dalam rumah. Ia


jugabertindak sebagai penyambung dan pemutus bekalan dari
pihak pembekal.

Pepotong

Perangkai Neutral

Digunakan oleh pembekal untuk menyukat jumlah tenaga yang


digunakan oleh pengguna.

Meter Kilowatt Jam

Berfungsi sebagai alat menyukat masa

Timer delay relay


ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 17 /24

Digunakan untuk memegang lampu. Terdapat pelbagai jenis


pemengang lampu untuk lampu yang berlainan seperti:
 Pemengang lampu jenis pangkal kilas
 Pemengang lampu jenis skru Edison
 Pemengang lampu jenis pin

Pemegang lampu

2.3.2 Aksesori Pvc Konduit


Jadual 4: Aksesori PVC Konduit
Jenis Aksessori Kegunaannya

Mempunyai bebenang di sebelah dalam dan


disediakan mengikut saiz-saiz ukuran
conduit.Coupler digunakan untuk menyambung
antara dua conduit pada larian
Coupler (Pengganding)

Digunakan pada pemasangan conduit


yang ada penukaran hala bersudut
tepat,selalunya dipasang pada bengkokan
biasa
Long Bend
Digunakan untuk bengkokan akhir yang
memerlukan sudut dekat

Elbow(Sesiku)

Digunakan di tempat yang perlu dibuka bagi


membolehkan kabel ditarik tanpa
ketegangan.Penggunaan conduit box adalah lebig
selesa dibandingkan dengan bend atau inspection
tee kerana ruangnya luas.Disamping itu
penggunaan kotak penyambungan banyak
faedahnya seperti untuk terminasi suis,soket out let
dan lencongan arah larian konduit yang banyak
simpang.Conduit boxes terdapat dalam berbagai
Conduit Boxes (Kotak
hala
Penyambungan)
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 18 /24

Ia digunakan untuk menyambung conduit dengan


trunking atau pada aksessori lain seperti kotak
suis.Ia terdiri kepada dua jenis iaitu sesendal
Bush sesendal
jantan dan sesendal betina.
Ia digunakan untuk menyambung conduit
dengan trunking atau pada aksessori lain
seperti kotak suis dan sebagainya, tetapi
Penyuai Konduit
ianya biasa digunakan pada conduit
Berombak atau reducer
mudah lentur.

2.3.3 Jenis-Jenis Penyokong Konduit

Clip(Klip)

Multiple Saddle
(Pelana Berbilang) Saddle and Back Plate
(Pelana dan Plet Tapak)

Spacing Saddle
(Pelana Penjarak) Conduit Run Along Girder
(Konduit Lalu Sepanjang Gelegar)

Conduit Run Across Girde


(Konduit Lalu Merentasi Gelegar)
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 19 /24

2.4 Alat uji elektrik


2.4.1 Jenis-Jenis Alat Uji
i. Mega Insulation Tester (penguji rintangan penebatan)
ii. Earth Tester (penguji rintangan bumi)
iii. Multi Meter – Jangka Ohm, Jangka Volt
iv. RCCB Tester
v. Clamp Meter
vi. Tacho Meter
vii. Ring Main Tester
viii. AVO Meter
ix. Loceng Elektrik
x. Test Lamp (lampu penguji)

i. Mega Insulation Tester (Penguji Rintangan Penebatan)


 Diguna untuk menguji rintangan penebatan & keterusan.
 Alat ini mengeluarkan voltan 500 volt DC ( ujian pemasangan satu fasa)1000 volt DC
(ujian pada pemasangan 3 fasa
 Terdapat 2 jenis
o Mega Insulation Tester jenis manual
(memerlukan pusingan sebanyak 120 pusingan seminit)
o Mega Insulation Tester jenis bateri.
(digital & analog)
 Meggar Insulation Tester - Bateri
o Periksa bateri dengan berpandukan kepada lampu LED
o Pastikan selepas menggunakan MIT, alat uji mesti di’OFF’kan
 Meggar Insulation Tester - Manual
o Pemutar hendaklah hendaklah diputarkan dengan kelajuan 120 pusingan
seminit.
o Terminal Line (L) & Earth (E) digunakan untuk sambungan kabel penguji.

ii. Earth Tester (Jangka Penguji Bumi)


Ia digunakan untuk menguji rintangan elektrod bumi. Ujian ini diperlukan sekiranya
nilai bacaan galangan gelung bumi tinggi daripada yang ditetapkan.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 20 /24

iii. Multi Meter


 Ia digunakan untuk menyukat voltan a.c, voltan d.c (Jangka Volt), arus d.c (Jangka
Ampere) & rintangan (Jangka Ohm)
 Ia juga digunakan untuk menguji keterusan alat-alat elektrik dan pendawaian elektrik.Ia
mestilah dilaraskan pada kedudukan ohm ( Ω )
 Selepas Multimeter digunakan ia mestilah di’OFF’kan @ pada kedudukan voltan a.c,
jangan sesekali pada kedudukan ohm sekiranya Multimeter itu tidak digunakan.
 Multimeter boleh digunakan untuk menguji keterusan, ia hendaklah dilaraskan pada
kedudukan ohm.
Contoh :
Ada keterusan : Jarum pada Multimeter akan bergerak
ke kanan meter (bacaan sifar ‘0’)
Tiada keterusan : Jarum pada Multimeter tidak bergerak
(tetap pada kedudukan infiniti)

iv. Rccb Tester


 Ia digunakan untuk menguji kepantasan @ keberkesanan pemutus litar bocor kebumi
pada sesuatu pemasangan supaya ia sentiasa boleh berkendali.

v. Clamp Meter
 Ia digunakan untuk menguji a.c volt, ohm dan ammeter (voltan, arus & rintangan)

vi. Tacho Meter


 Ia digunakan untuk menyukat kelajuan motor elektrik berputar dalam masa satu minit.

vii. Ring Main Tester


 Ia digunakan untuk menguji kekutuban soket keluaran bagi pengalir fasa,neutral
dan earth.
 Kendalian :

- kekutuban betul - pengalir fasa dan


neutral terbalik
- Tiada neutral - tiada bumi

- Pengalir fasa dan - tiada bekalan


bumi terbalik
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 21 /24

viii. Avo Meter


 Ia digunakan untuk menguji atau menyukat Arus,Voltan dan Rintangan
 Ia boleh sebagai Jangka Volt, Jangka Ampere dan Jangka Ohm

xi. Loceng Elektrik

 Ia digunakan untuk menguji keterusan

o Ada keterusan : Berbunyi

o Tiada keterusan : Tiada berbunyi


 Ia digunakan dalam keadaan litar mati sahaja

xii. Lampu Penguji


 Ia digunakan untuk menguji keterusan dalam litar hidup
o Ada keterusan : Lampu menyala
o Tiada keterusan : Lampu tidak menyala

2.5 Keperluan kalibrasi untuk peralatan ujian elektrik

Kalibarasi (Penentukuran) adalah proses membandingkan dan membetulkan keluaran


sesuatu instrumen dengan nilai piawai. Kalibarasi (Penentukuran) juga suatu proses
pembandingan antara nilai keluaran peralatan yang hendak diuji dengan peralatan yang telah
diketahui ketepatannya menggunakan nilai masukan yang sama dibekalkan kepada kedua-
dua peralatan tersebut . Prosedur ini dilakukan untuk julat masukan yang mencakupi semua
julat ukuran yang boleh diukur oleh peralatan terbabit.

2.5.1 Kepentingan Kalibrasi


Antara kepentingan kalibrasi adalah :-
i. Menjamin mutu, dalam pengertian setiap produk memerlukan bukti bahwa hasil ukur
telah mampu telusur (traceable) pada standard kebangsaan mahu pun antarabangsa.
ii. Tidak terdapat cacat/kesalahan hasil pengukuran.
iii. Menjamin Kepentingan Keselamatan Manusia.
iv. Menjamin Keadaan alat pengukuran tetap terjaga sesuai spesifikasinya.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 22 /24

2.5.2 Proses Kalibrasi


Semasa proses penentukuran, peralatan akan diuji dengan mengulangi proses perbandingan
untuk semua julat yang boleh diukurnya. Apa yang paling penting ialah sekiranya berlaku kerosakan
kepada sesebuah peralatan yang sedang digunakan untuk kerja-kerja pengukuran, peralatan piawai
ini sama sekali tidak boleh dijadikan sebagai peralatan pengganti.Peralatan yang dikhaskan untuk
kerja penentukuran perlu diasingkan daripada peralatan yang lain.Penentuan frekuensi
penentukuran bergantung kepada beberapa faktor.

Jika peralatan diperlukan untuk mengukur kuantiti tertentu yang mempunyai ketepatan
±2%,maka pengurangan pelaksanaan tertentu boleh dibenarkan sekiranya ketepatan ketika
pengulangan tetukur ialah ±1%.Apa yang penting ialah bentuk pengurangan pelaksanaan mestilah
dapat dinyatakan dengan jelas.Pengulangan penentukuran boleh dilakukan sebelum ketepatan
peralatan menjadi semakin kurang dibahagikan dengan had penggunaannya. Tindakan yang sesuai
hendaklah dikenalpasti bagi memastikan langkah-langkah yang perlu diambil apabila terdapat
peralatan yang terkeluar dari daripada spesifikasi yang sebenar. Contohnye jika masukan yang
sama diberikan dan didapati keluaranya berbeza daripada tentukuran peralatan, tindakan yang perlu
diambil bergantung kepada jumlah perbezaan dan jenis peralatan yang tertelibat. Dalam
kebanyakan kes, perbezaan yang sedikit boleh diperbetulkan dengan membuat sedikit
pengubahsuaian pada peralatan.
Frekuansi tentukuran dan juga proses penetukuran yang dijalankan perlu dikaji dari masa
kesemasa agar kualitinya dapat dipertingkatkan.Perkara yang utama yamg perlu diperiksa rapi
semasa pengulangan penentukuran ini ialah samaada jarak masa penentukuran tersebut masih
bersesuaian. Catatan sejarah penentukuran sesebuah peralatan akan menjadi rujukan utama
apabila pengulangan penentukuran dibuat.Sejarah ini membolehkan seseorang mengetahui jika
peralatan tersebut terkeluar dari tentukuran sebenar dalam jangkamasa yang begitu cepat, sama
ada disebabkan oleh faktor usia peralatan ataupun perubahan operasi persekitaran.Keadaan atau
cara pengguanaan peralatan juga mungkin berubah mengikut keadaan.Setiap syarikat adalah perlu
memilih satu bahagian atau badan tentukur yang berkemampuan untuk menentukur peralatan
berdasarkan stadard/piawai nasional dan antarabangsa. Kegagalan berbuat demikian,
membolehkan produk yang dihasilkan tidak berkualiti dan tidak mengikut standard. Ia berfungsi
menyenaraikan sejumlah besar peralatan yang hendak dilakukan penentukuran, merangkumi
sebuah syarikat yang besar.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 23 /24

2.5.3 Jenis-Jenis Ralat


Ralat ditakrifkan sebagai perbezaan antara bacaan yang diberikan oleh
instrumen/meter dibandingkan dengan nilai sebenar parameter yang diukur. Ralat terjadi akibat
daripada beberapasebab dan boleh dikategorikan kepada 3 iaitu ralat pengguna (ralat kasar), ralat
sistematik danralat rawak.

a) Ralat Kasar/Pengguna
Ralat kasar biasanya disebabkan oleh manusia/pengguna sendiri kerana kesilapan memilih
instrumen yang tidak sesuai, salah mengambil bacaan, salah mengendalikan instrumen,
terlupa set zero, kesan beban dilupakan dll. Ralat ini boleh dikurangkan dan dihapuskan
dengan memberi perhatian yang sepenuhnya semasa membuat pemilihan instrumen
pengukuran, semasa membuat pengukuran dan kiraan. Berjaga-jaga dengan had keupayaan
instrumen, ambil bacaan sekurang-kurangnya 3 kali untuk mengelakkan ralat kasar,
membaca manual instrumen, baca penunjuk dengan tepat, tiada zero offset dan ralat
parallax.2.

b) Ralat Sistematik
Ralat sistematik akan berulang jika beberapa pengukuran dilakukan dalam keadaan dan
menggunakan instrumen yang sama. Ralat sistematik boleh disebabkan oleh 2 punca utama
iaitu :
a. ralat instrumen
b. ralat sekitaran.

c) Ralat Instrument
Ralat instrument terjadi akibat ketidak sempurnaan instrumen itu sendiri seperti kesan dari
geseran penunjuk, komponen tidak linear, ralat tentukuran alat, alat rosak. Ralat boleh
ditentukan dengan membandingkan bacaan yang diberikan dengan nilai piawai dan boleh
tentukan samada ralat adalah tetap atau berkadaran. Ralat instrumen boleh dikurangkan
dengan melakukan penentukuran alat, dapatkan faktor pembetulan daripada ralat yang
didapati, lakukan lebih dari satu cara pengukuran. Seelok-eloknya selalu lakukan
pemeriksaan alatan untuk memastikan bacaan adalah tepat seperti yangdikehendaki.

d) Ralat Sekitaran
Ralat sekitaran adalah akibat dari pengaruh keadaan sekitaran seperti suhu, kelembapan,
medan magnet, elektrik/elektrostatik. Untuk mengelakkan berlakunya ralat jenis ini lakukan
eksperimen/tempatkan instrumen pada suhu/kelembapan sekitaran yang dibenarkan,
hindarkan dari kesan medan magnet dll. Seeloknya gunakan instrumen yang tahan
terhadap perubahan keadaan sekitaran/tahan lasak.
ID UNIT KOMPETENSI / NIT ID EE-320-3:2012-CO3/P(2/6) Muka 24 /24

e) Ralat Rawak
Ralat yang selain dari ralat kasar/pengguna dan sistematik yang telah dipertimbangkan
dalam pengukuran. Ralat rawak boleh dikenalpasti jika bacaan berubah dengan tidak
menentu,walaupun pengukuran dilakukan berulangkali. Ralat jenis ini tidak diketahui
puncanya dan selalunya kurang diambil kira melainkan pengukuran memerlukan kejituan
yang tinggi. Analisis secara statistik terhadap data yang diperolehi boleh dilakukan untuk
melihat ketepatan pengukuran, dengan mendapatkan min dan sisihan piawainya.

SOALAN :
1. Mengapakah peralatan penting dalam kerja - kerja pendawaian eletrik
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
____________________________________________

2. Bagaimanakah menjaga peralatan supaya ia tidak mudah rosak


__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
____________________________________________

3. Berikan 2 keburukan jika pengguna menggunakan peralatan yang sudah rosak


__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
____________________________________________

RUJUKAN :

1. Teori Pemasangan Elektrik oleh T. G Francis


2. ISRIHERWAN BIN SENAIN oleh Pemasangan Dan Penyelenggaraan

Anda mungkin juga menyukai