Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Pada zaman kini, terdapat banyak jenis profesion yang ada di negara kita untuk
membantu masyarakat di negara kita agar dapat menyara kehidupan diri sendiri dan keluarga.
Hal ini dapat membantu negara kita menyaingi negara maju yang lain. Diantara semua
kerjaya yang efektif, saya telah memilih menceburi profesion yang mempunyai kemahiran
elektrik iaitu kejuruteraan elektrik.
Antara tugas profesion yang akan saya pertanggungjawabkan ketika melakukan tugas sebagai
jurutera elektrik ialah terlibat dalam menghidupkan janakuasa yang besar. Seterusnya,
sebagai jurutera elektrik juga perlu merekacipta dan membuat pelbagai jenis peralatan
elektrik. Selain itu, seorang jurutera elektrik perlulah memeriksa semua peralatan sebelum
membuat pepasangan agar barang yang digunakan dalam keadaan baik. Seterusnya, seorang
jurutera elektrik hendaklah menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan
yang akan dilaksanakan. Akhir sekali, seorang jurutera elektrik mestilah menjaga pekerja
bawahan berkaitan elektrik dan mengawal serta membimbing mereka agar tidak membuat
kesalahan.

1
10 CIRI ETIKA PROFESION JURUTERA
ELEKTRIK

1. KEHADIRAN
Jurutera mestilah datang ke tempat kerja tepat pada masanya dan bersedia untuk datang ke
tempat kerja jika terdapat kecemasan di tempat kerja. Jika tidak dapat hadir, berikan
makluman kepada pihak atasan untuk pengurusan yang seterusnya.Perkara ini perlu
dilakukan untuk mengelakkan kecelaruan ditempat kerja.
2. KEPERIBADIAN
Jurutera mestilah berdisiplin dan mempunyai keperibadian yang mulia agar menjadi contoh
kepada orang-orang bawahannya.contohnya menjalankan tugas dengan amanah.
3. KERJA PERPASUKAN
Jurutera haruslah boleh bekerja dalam pasukan kerana pekerjaan ini memerlukan satu
kumpulan untuk memastikan mesin berjalan lancar.selain itu,ia juga perlu agar dapat
mengingatkan satu sama lain jika terlupa untuk menjaga keselamatan semasa bekerja.
4. PENAMPILAN
Jurutera juga perlulah menjaga imej dirinya dan juga kebersihan diri untuk memastikan
dirinya sentiasa sihat supaya dapat hadir ke tempat kerja tepat pada masanya.selain
itu,sebagai orang berpangkat,mesti kelihatan kemas agar terlihat lebih profesionsal dalam
melaksanakan tugas.
5. SIKAP
Jurutera juga haruslah mengamalkan sikap yang positif supaya suasana kerja menjadi lebih
positif.contohnya,sentiasa bercakap dalam nada yang baik dan memberi arahan dengan sopan
agar pasukan sentiasa harmoni dan tidak mengambil hati justeru lebih rasa hormat.
6. PRODUKTIF
Jurutera haruslah memastikan penggunaan mesin secara optimum dan mencari jalan untuk
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.contohnya membina satu peralatan yang boleh
menjimatkan tenaga kerja sekaligus menjimatkan penggunaan elektrik.
7. KEMAHIRAN ORGANISASI
Jurutera perlulah menguasai kemahiran mengurus diri, masa dan tekanan agar dapat
menangani masalah yang mendatang.contohnya dapat membina jadual kerja yang efektif
untuk menjalankan tugas dengan baik.

2
8. KOMUNIKASI
Jurutera haruslah menguasai kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai pihak kerana ia akan
terlibat dengan pelbagai pihak untuk berurusan.contohnya ,mempunyai kemahiran untuk
menarik minat pelanggan agar tertarik dengan produk yang ingin dipasarkan.
9. KERJASAMA
Jurutera juga mestilah memberikan kerjasama dengan semua pihak dan juga mencuba
memastikan kerja dilakukan tanpa bertangguh untuk memudahkan kerja orang lain.
10. HORMAT
Jurutera haruslah sentiasa menghormati setiap golongan pekerja dan hak orang lain dan
sentiasa menjaga tingkah laku di hadapan pihak atasan mahupun bawahan.perkara ini juga
penting kerana ia dapat mengelakkan pergaduhan dalam tempat kerja kerana ia
berhubungkait dengan teori etika bekerja.

3
KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA KERJA

Terdapat pelbagai kebaikan jika seorang pekerja itu mengamalkan sifat


budaya tempat kerja. Kebaikannya juga tidak mengira had umur dan sesuai dipraktikan oleh
semua pekerja mahupun pelajar.
Antara kebaikannya ialah proses kerja menjadi lancar dan berterusan. Contohnya,
penyelenggaraan elektrik menjadi cepat dan teratur. Selain itu, dapat mengelakkan
kemalangan daripada berlaku seperti terkena renjatan elektrik, kematian atau kecederaan
parah. Seterusnya, sifat beretika ini dapat membuat suasana bekerja menjadi positif dan
tenang. Contohnya, jika semua teratur, tidak akan berlaku pergaduhan atau pertengkaran
semasa melaksanakan tugas. Disamping itu, majikan akan semakin suka terhadap kita kerana
mengamalkan sikap beretika ini. Contohnya, jika perkara ini diamalkan, segala perkara yang
tidak diingini seperti kemalangan atau kematian dapat dikawal. Akhir sekali, dapat
melakukan kerja dengan tenang dan mudah seperti pepasangan elektrik menjadi teratur dan
kemas serta dapat menjimatkan masa.

4
KESIMPULAN

Kesimpulannya, etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para


profesion supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran
yang ada untuk kebaikan semua pihak. Ini tidak dinafikan bahawa etika kerja profesional
memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan
berjaya. Etika kerja adalah untuk membolehkan seseorang individu dalam bidang jurutera
elektrik dapat bekerja dengan lebih baik dan meningkatkan nilai-nilai murni dalam
melakukan sesuatu kerja.jelaslah bahawa pekerjaan jurutera elektrik amat memerlukan focus
yang banyak agar dapat menjaga keselamatan dan juga kecekapan semasa bekerja.

5
LAMPIRAN

6
RUJUKAN

1. KERTAS PENERANGAN KHUSUS : MPU 2232 ETIKA PROFESIONELISME


2. http://maklumatafick.blogspot.com/2018/11/etika-profesionalisme.html

7
ETIKA PROFESIONALISMA (MPU 2232)

TAHUN 2022

TUGASAN FOLIO[ETIKA KERJA]

NAMA PELAJAR WAN NORIRFAN BIN WAN SHAFIE

NO I/C PELAJAR 040611-01-0723

ANGKA GILIRAN K491ETE032

PROGRAM 1 DVM ETE

NAMA PENSYARAH PUAN NADHIRAH BINTI HAMZAH


ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1

2. 10 CIRI ETIKA PROFESION JURUTERA ELEKTRIK 2-3

3. KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA ETIKA 4

4. KESIMPULAN 5

5. LAMPIRAN 6

6. RUJUKAN 7

Anda mungkin juga menyukai