Anda di halaman 1dari 10

MPU 2232

ETIKA KERJA

ETIKA PROFESIONALISME

KOD KURSUS : MPU2232

NAMA : MUHAMMAD FARIS BIN ABD RAZAK

NO KAD PENGENALAN : 050726-07-0581

ANGKA GILIRAN : PVK0323EA017

PROGRAM : D1 ETE SEMESTER 1

NAMA PENSYARAH : PUAN ROZITA BINTI ABDUL AZIZ


1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Pengenalan 3-4

2 Ciri-ciri etika kerja 5-6

3 Kebaikan mematuhi etika kerja 7

4 Refleksi 8

5 Lampiran 9

7 Rujukan 10

2
PENGENALAN

Profesion yang saya pilih Jurutera Elektrik. Kejuruteraan elektrik merupakan satu bidang
kejuruteraan yang mengkaji dan menggunakan ilmu elektrik, elektronik dan keelektromagnetan.
Bidang ini menjadi pekerjaan yang semakin dipraktikkan sejak akhir abad ke-19 dengan
pengkomersialan telegraf elektrik dan bekalan tenaga elektrik. Bidang ini terdiri daripada
beberapa subbidang, termasuk kejuruteraan kuasa, elektronik, sistem kawalan, pemprosesan
isyarat, telekomunikasi.

Sumbangan jurutera elektrik dalam teknologi yang luas termasuk Sistem Kedudukan Sejagat
dan penjanaan kuasa tenaga. Mereka mereka bentuk, mengembang, menguji dan menyelia
penggunaan sistem elektrik dan alat elektronik. Contohnya, mereka mengendalikan perekaan
sistem telekomunikasi, operasi stesen kuasa, pencahayaan dan pendawaian bangunan,
perekaan alatan rumah ataupun kawalan msein industri.

Ilmu matematik dan fizik adalah penting dalam bidang kejuruteraan elektrik. Kedua-dua ilmu ini
mampu mengira perihal sistem dari segi kuantitatif dan kualitatif. Kini, kebanyakan jurutera
menggunakan komputer dalam kerja mereka dan program reka bentuk terbantu komputer
sering digunakan semasa mereka sistem elektrik. Namun, kemampuan melakar idea masih
penting demi berinteraksi dengan orang lain.

Kebanyakan jurutera elektrik memahami teori litar (iaitu interaksi unsur litar seperti perintang,
kapasitor, diod, transistor dan induktor). Teori yang dipraktikkan oleh jurutera bergantung
kepada kerja mereka. Sekadar contoh, mekanik kuantum dan fizik keadaan pepejal sesuai
diamalkan oleh jurutera yang mengembangkan penyepaduan skala sangat besar (VLSI), tetapi
tidak sesuai untuk jurutera sistem elektrik besar. Kemahiran teknikal yang penting untuk
seseorang jurutera elektrik ditekankan dalam program pengajian tinggi, dan biasanya
membabitkan kemahiran nilai berangka, kecelikan komputer dan kebolehan seseorang
memahami konsep, terminologi serta bahasa yangberkaitan dengan kejuruteraan elektrik.

Untuk kebanyakan jurutera, kerja teknikal sebenarnya satu komponen kecil sahaja dalam
pekerjaan mereka. Mereka juga dikehendaki menyiapkan tugas seperti membincangkan

3
cadangan dengan klien, menyediakan belanjawan, dan menentukan jadual projek. Jurutera
senior mengurus sekumpulan juruteknik dan jurutera lain. Oleh itu, kemahiran pengurusan
projek amat penting. Projek kejuruteraan pulan melibatkan dokumentasi, oleh itu kemahiran
komunikasi bertulis juga amat penting.

Tempat kerja jurutera juga berbeza mengikut kerja. Seorang jurutera elektrik mungkin bekerja di
makmal loji pembikinan semikonduktor, pejabat syarikat perundingan ataupun tapak lombong.
Semasa berada di tempat kerja, jurutera elektrik mungkin menyelia dan mengurus sekumpulan
individu, iaitu ahli sains, ahli elektik, pengatur cara komputer dan jurutera lain.

4
CIRI-CIRI ETIKA KERJA

A. KEHADIRAN

Hadir kerja, tiba/balik pada masanya, memaklumkan majikan terlebih dahulu ketidakhadiran dan
membuat tugasan menepati masa yang telah ditetapkan .

B. SIFAT

Menunjukkan sikap jujur, setia, boleh dipercayai, boleh berdikari, berinisiatif, berdisiplin dan
bertanggungjawab .

C. KERJA BERPASUKAN

Mampu bekerja dalam pasukan, bekerjasama, menunjukkan sikap baik pada pelanggan,
cenderung untuk menambah ilmu pada setiap masa, dan beradat / sopan .

D. PENAMPILAN

Berpakaian yang sesuai, kemas, bersih dan sopan .

E. SIKAP

Menunjukkan sikap positif, keyakinan diri dan mempunyai tanggapan diri yang realistik .

F. PRODUKTIVITI

Akur dengan amalan keselamatan, menjaga bahan / peralatan, menjaga tempat kerja supaya
sentiasa kemas dan bersih, mengikut arahan dan prosedur .

5
G. KEMAHIRAN ORGANISASI

Kemahiran di dalam pengurusan personal, pengurusan masa, keutamaan kerja, fleksibiliti,

pengurusan tekanan dan bersedia untuk berubah .

H. KOMUNIKASI

Mempamerkan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan .

I. KERJASAMA

Mempamerkan kepimpinan, mengendalikan krisis dan aduan dengan berkesan, berkeupayaan


untuk menyelesaikan masalah, menjaga hubungan di antara penyelia dan pekerja bawahannya
dan mengikut aliran carta organisasi .

J. RASA HORMAT

Menghormati kepada hak orang lain, berurusan dengan baik tanpa mengira perbezaan budaya /
kaum dan tidak terlibat dengan sebarang bentuk kekerasan .

6
KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA KERJA

1) Pekerjaan akan berjalan secara sistematik dan teratur apabila ada nya etika kerja di
sesebuah syarikat. Sebagai contoh, menepati masa di tempat kerja dan menghantar kerja
dengan tempoh yang telah di tetapkan. Pekerja dapat membantu syarikat dalam keadaan
teratur kemas dan berkualiti di syarikat .

2) Dapat membantu menaik taraf syarikat dan meningkat imej syarikat yang baik dan
cemerlang. Sebagai contohnya, pekerja yang positif, jujur, amanah , bertanggungjawab, berlaku
adil, bekerjasama dan sebagainya. Dengan itu kita dapat meningkatkan imej kita, pekerja kita
dan syarikat kita .

3) Apabila kita mempunyai sikap bertolak ansur dan adil. Kita mudah menerima dan memberi
idea dengan baik. Bukan itu sahaja, kita juga dapat memudahkan berurusan dengan sejawat
pekerja apabila komunikasi atau pergaulan kita digunakan dengan baik di sesebuah syarikat.

4) Dapat meningkatkan mutu kerja mereka secara berkerja dengan penuh


tanggungjawab,berusaha mengikis sikap mementingkan diri,berkhidmat dengan penuh
kemesraan,berkerjasama membanteras kelemahan dan berpegang kepada ajaran islam.

5) Dapat mengawal sesebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang. Dengan
itu, kita dapat menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai
sesuatu matlamat .

7
REFLEKSI

Sebagai penutup etika bekerja yang professional mengikut islam merupakan satu system
yang mengawal tingkahlaku manuasia daria spek luaran dan dalaman kepada kehidupan
individu dan masyarakat.Hasil tugasan saya membincangakn berkenaan dengan professional
etika, moral dan tanggungjawab sodial dalam pandangan islam bagi kegunaan era bisnes
moden dan pengurusan.

Seterusnya, dapatlah dirumuskan pengetahuan dan pembelajaran berkenaan dengan etika


ini dapat membentuk individu dan masyarakat yang berprinsip dan berdisiplin dalam
melaksanakan sesuatu tugasan dalam setiap bidang yand diceburi. Etika kerja professional
dapat disimpulkan sebagai prinsip –prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab yang
menentukan tingkahlaku moral individu.

Prinsip etika ini haruslah diperlajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam
masyarakat.Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran yang positif menjadikan seseorang
individu itu beretika tinggi. Etika Kerja dalam Islam adalah demi kepentingan organisasi
sehingga terbentuk sebuah kesetiaan sehingga membuat seseorang dapat bertahan untuk
memelihara keanggotaannya dalam sesuatu organisasi. Antara objektif kajian dapat
menerangkan konsep etika kerja menurut perspektif Islam dan mengkaji faedah- faedah
perlaksanaan etika kerja islam.

Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku paraprofesional supaya mereka
dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakarandan kemahiran yang ada untuk kebaikan
semua pihak. Kita sudah semestinya perlu berusaha untuk terus meningkatkan usaha
menerapkan nilai-nilai murni di dalam setiap bidang pekerjaan. Setiap individu yang bekerja,
hendaklah sentiasa sedar dan berusaha untuk menunaikan tugas mereka menurut ajaran Islam,
ajaran yang mementingkan kebahagiaan umat manusia sejagat.

8
LAMPIRAN

9
RUJUKAN

 https://colleges.segi.edu.my/kotadamansara/terokai-kerjaya-kejuruteraan-elektrik-dan-
elektronik/
 https://www.scribd.com/document/482172443/ETIKA-KERJA-docx
 https://steward-1.blogspot.com/2016/07/pengenalaan.html
 http://sayamasihbeginner.blogspot.com/2008/07/kejuruteraan-elektrik.html?m=1
 MODUL ETIKA PROFESIONALISME

10

Anda mungkin juga menyukai