Etika Kerja merujuk kepada tindakan seseorang dalam situasi tertentu. Hal ini termasuklah
persoalan tentang apa yang betul dan boleh diterima, dan paling penting adalah menentang
nilai-nilai yang salah, penipuan dan ketidakjujuran.
Etika kerja adalah satu kumpulan nilai-nilai berdasarkan kemuliaan akhlak termasuklah
kerajinan bekerja dan ketekunan. Adalah dipercayai bahawa kerja boleh memberi kebaikan
kepada moral seseorang, dan boleh meningkatkan keperibadian diri. Etika kerja termasuklah
boleh dipercayai, mempunyai inisiatif dan berkemahiran dalam pergaulan.
Tokoh-tokoh industri dan perniagaan telah mengenalpasti ciri-ciri etika kerja yang penting
yang sepatutnya diajar di kolej. Pelajar perlu mengamalkannya untuk membentuk tenaga
kerja yang berkesan dan berdaya saing.
(a) Kehadiran
Hadir ke tempat kerja / balik pada masa yang ditetapkan, memaklumkan dahulu kepada
majikan sekiranya tidak dapat hadir, dan melaksanakan tugasan tepat pada masanya.
(b) Keperibadian
Merupakan seorang yang boleh bekerja dalam pasukan, bekerjasama, tegas, menunjukkan
sikap membantu pelanggan, sentiasa mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran dan
bersikap berbudi bahasa.
(e) Sikap
Mempamerkan sikap positif, tampil berkeyakinan dan mempunyai jangkaan yang realistik
terhadap dirinya.
(h) Komunikasi
(i) Kerjasama
(j) Hormat
Menghormati hak orang lain, menangani sebaiknya kepelbagaian budaya dan kaum dan
tidak sesekali melibatkan diri dalam sebarang bentuk kacau ganggu (harassment).
Setiap individu perlu mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kualiti kehidupan yang
tinggi, kerjaya yang hebat dan menjadi warganegara yang baik. Adalah perlu bagi setiap
organisasi untuk mengamalkan nilai-nilai utama dengan menyediakan kod perilaku atau
standard tingkah laku yang diharapkan dari setiap orang yang berkhidmat di dalam
organisasi. Nilai-nilai berkenaan perlu dipelajari dan ini akan membentuk perilaku seseorang.
(a) Kejujuran
Bersikap amanah dan tidak berpura-pura atau menipu dan berpegang teguh kepada
kebenaran
(b) Hormat
Mempunyai keperihatinan yang ikhlas terhadap orang lain dan menunjukkan timbangrasa.
(c) Ihsan
Memahami perasaan orang lain dan mengenalpasti kesan sesuatu tindakan terhadap orang
lain.
Mengamalkan keadilan dan ketelusan dalam tindakan-tindakan yang diambil, serta memberi
layanan sama adil kepada semua orang.
(e) Tanggungjawab
i) Membantu pelajar memasuki alam pekerjaan dengan kemahiran etika kerja yang
positif, menjadikan mereka lebih bernilai dan mudah mendapat pekerjaan.
ii) Membantu majikan memperolehi pekerja yang mempunyai tabiat kerja yang baik.
Perniagaan dan industri yang mengambil graduan yang beretika kerja akan lebih produktif
dan mampu bersaing di peringkat global kesan dari persediaan kemahiran teknikal yang
berkualiti.
4.5 Menerangkan Keakuran kepada Peraturan dan Standard Kualiti yang ditetapkan
Dalam mengekalkan tingkahlaku dan etika kerja yang profesional, pekerja bukan hanya perlu
mengamalkan nilai moral dan etika kerja, tetapi mereka perlu melaksanakan kerja mengikut
peraturan dan standard kualiti tertentu.
Peraturan dan standard kualiti tertentu yang perlu dipatuhi oleh pekerja adalah berdasarkan
persekitaran kerja di mana mereka berada. Contohnya :
I) AKTA ( 514 ) 1994 – Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja : Satu akta untuk
menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja, serta
melindungi daripada risiko keselamatan dan kesihatan yang berkaitan dengan aktiviti
di tempat kerja. (OSHA 1994 (Act 514), page 5 – ILBS).
II) AKTA ( 139 ) 1967 – Akta Kilang dan Jentera 1967 : Satu akta pengawalan kilang
berkaitan hal-hal keselamatan, kesihatan dan kebajikan, serta pemeriksaan jentera.
Kod Etika merupakan dokumen rasmi yang menyatakan nilai-nilai utama sesebuah organisasi
untuk dipatuhi oleh ahli organisasi tersebut. Semua badan profesional mempunyai kod etika
masing-masing yang menjadi panduan kepada ahli-ahlinya tentang peraturan dan tingkah
laku perlu dipatuhi. Dengan erti kata lain, kod etika bagaikan sumber inspirasi dan
rangsangan positif kepada obligasi terhadap norma-norma profesional. Kod etika juga
berkaitan dengan proses sosialisasi dan pendidikan di kalangan profesional. Hampir semua
kod etika mempunyai implikasi undang-undang dan sosial.
Kod Etika berperanan sebagai inspirasi dan tunjuk ajar. Ia menyediakan satu rangsangan
positif terhadap tingkahlaku yang beretika. Kod etika juga berperanan sebagai sokongan
positif kepada mereka yang ingin berkelakuan secara beretika. Selain itu juga, kod etika
berperanan sebagai pendidikan dan kefahaman yang digunakan dalam perbincangan isu-isu
etika. Jika dilihat secara umum, kod etika merupakan peraturan sendiri di kalangan
profesional yang dikuatkuasakan terhadap ahli-ahlinya. Penulisan kod etika yang menyeluruh
dan komprehensif bukanlah perkara yang mudah. Tambahan lagi persepsi masyarakat
terhadap golongan profesional juga sudah berubah selari dengan perkembangan semasa
terutamanya dikalangan masyarakat industri. Walau bagaimanapun, kod etika masih boleh
berperanan sebagai panduan kepada profesional sebagaimana yang diharapkan oleh
masyarakat.
ii) Sokongan.
Kod etika memberikan sokongan positif kepada mereka yang ingin berkelakukan
secara beretika. Keputusan beretika yang dibuat selalunya disandarkan kepada kata-
kata, “saya berbuat demikian sebagaimana yang terdapat dalam kod etika profesion
saya”. Hal ini menyebabkan kod etika tersebut menjadi kurang berkesan untuk
mengawal tingkah laku golongan profesional.
Ketiga, kod etika tidak boleh berperanan sebagai autoriti etika yang mutlak untuk
mengawal tingkah laku golongan profesional. Ini kerana nilai-nilai dan tafsirannya
yang diterapkan dalam kod etika tersebut adalah nilai-nilai umum yang tidak mutlak
dalam masyarakat. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa nilai-nilai yang diterima (ditulis
dalam kod etika) sebenarnya adalah hasil kompromi daripada berbagai-bagai
penilaian(pertimbangan) yang kadang-kadang tidak semestinya mendapat
persetujuan sebulat suara daripada ahli jawatankuasa pembentuk kod etika tersebut.
Ini menjadikan kod etika yang dihasilkan hanya boleh dianggap sebagai satu panduan
umum (tidak mutlak) sahaja yang masih mungkin menimbulkan banyak keraguan.
Keempat, kewujudan terlalu banyak kod etika (malah dalam bidang profesion yang
sama seperti kejuruteraan) menjejaskan keberkesanan kod etika tersebut. Keadaan
ini memberikan gambaran dan persepsi bahawa tingkah laku etika itu adalah sesuatu
yang bersifat relatif. Ini sudah tentu menimbulkan kesukaran untuk meyakinkan
masyarakat umum dalam menentukan kod etika yang “baik” dan “betul”.
Walaupun batasan tersebut di atas agak mudah dikenal pasti dalam hampir semua
kod etika yang sedia ada, namun batasan ini mempunyai ciri-ciri persamaan dalam
beberapa konsep terasnya. Hampir semua kod etika meliputi aspek tentang (a)
kepentingan awam, (b) kualiti dari segi sikap amanah, jujur dan adil(saksama) dan (c)
Prestasi profesional.
i. Isi kandungan kod etika hendaklah disebarkan dengan meluas kepada semua
ahli profesional terutama kepada mereka yang menceburi bidang profesion
berkenaan.
ii. Butiran dalam kod etika mestilah jelas, khusus dan terperinci dalam semua
aspek nilai yang hendak ditekankan.
v. Kod perlu disemak semula dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan
dan perubahan masyarakat industri.
Untuk menambahkan keberkesanan kod etika yang telah sedia ada, satu
jawatankuasa etika dibentuk bagi memantau keadaan. Sewajarnya jawatankuasa
bebas juga dibentuk dengan ahlinya terdiri daripada orang biasa (awam). Lebih
penting lagi ialah pendidikan etika berterusan diberikan untuk mempertingkatkan
lagi tahap kesedaran etika di kalangan profesional.