Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

NOTA KULIAH 1
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA KURSUS UFE 1113 ASAS EKONOMI

SEMESTER 1

NO DAN TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.1 Menerangkan konsep ekonomi


STANDARD PEMBELAJARAN 1.2 Menjelaskan masalah asas ekonomi
1.3 Menerangkan sistem ekonomi

1.1 Menerangkan konsep ekonomi


1.1.1 Menyatakan definisi ekonomi
1.1.2 Menerangkan sumber ekonomi
i. Tanah
ii. Buruh
iii. Modal
iv. Usahawan
1.1.3 Menerangkan masalah ekonomi
i. Kekurangan
ii. Pilihan
iii. Kos Lepas
1.2 Menjelaskan masalah asas ekonomi
TUJUAN 1.2.1 Menjelaskan masalah asas ekonomi
i. Apa yang hendak dikeluarkan?
ii. Berapa yang hendak dikeluarkan?
iii. Bagaimana hendak dikeluarkan?
iv. Untuk siapa dikeluarkan ?
1.3 Menerangkan sistem ekonomi
1.3.1 Menerangkan sistem ekonomi
i. Sistem ekonomi kapitalis
ii. Sistem perancangan pusat
iii. Sistem ekonomi campuran
iv. Sistem ekonomi islam
1.3.2 Menerangkan kebaikan dan keburukan sistem
ekonomi

NO KOD UFE 1113

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH
NOTA KULIAH 1 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UFE 1113 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.1 Menerangkan konsep ekonomi

1.1.1 Menyatakan definisi ekonomi.

Perkataan ekonomi berasal daripada perkataan Greek ‘oikounomos’. ‘oikou’ bermakna


isi rumah dan ‘nomos’ bermakna peraturan.

Seorang ahli ekonomi Inggeris yang agung di abad ke-19 iaitu Alfred Marshall (1842 –
1924) menerangkan ekonomi sebagai “satu kajian manusia dalam kehidupan
sehari-harian”.

Maka secara umumnya ekonomi boleh didefinisikan sebagai sains sosial yang mengkaji
bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad untuk memaksimumkan
kehendak-kehendak dan kepuasan mereka yang tidak terhad.

Sebab wujudnya ilmu ekonomi

Sumber Kehendak
Ekonomi Manusia
VS TIDAK
TERHAD
TERHAD

1.1.2 Menerangkan sumber ekonomi


Sumber ekonomi (faktor pengeluaran) diperlukan dalam proses pengeluaran barang dan
perkhidmatan. Sumber ekonomi terdiri daripada tanah, buruh, modal dan usahawan.

Tanah:
• Alam semulajadi yang dianugerahkan Tuhan yang terdapat dalam tanah atau atas
tanah dan dalam lautan
• Merupakan bahan mentah yang diperlukan dalam proses pengeluaran
• Penawarannya terhad
• Ganjarannya sewa
• Contoh : bahan-bahan galian, minyak, hasil laut dan khazanah hutan

Buruh
• Tenaga kerja secara mental dan fizikal yang digunakan dalam proses pengeluaran
barang-barang dan perkhidmatan
• Buruh disebut tenaga buruh dan tenaga kerja
• Buruh dalam lingkungan 16 – 64 tahun
• Menerima upah
• Tenaga buruh yang tidak digunakan disebut pengangguran
• Buruh mempunyai mobiliti tempat dan kegunaan
• Dibahagikan kepada dua kategori iaitu buruh mahir dan buruh tidak mahir

2
NOTA KULIAH 1 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UFE 1113 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

Modal
• Pada umumnya, modal boleh dibahagikan kepada modal fizikal seperti jentera, kilang
dan perkakas yang digunakan dalam proses pengeluaran dan modal kerja seperti
wang, stok bahan mentah, stok barang-barang separuh siap dan sebagainya.
• Modal adalah merupakan sumber kekayaan yang diciptakan oleh manusia.

Usahawan
• Usahawan merupakan sumber ekonomi yang bertanggungjawab menggabungkan
sumber ekonomi yang lain seperti buruh, modal dan tanah.
• Berperanan sebagai perancang, penyelaras, pemimpin dan pengawal aktiviti firma
• Usahawan perlu menanggung risiko
• Ganjaran atau pulangan kepada usahawan ialah untung

FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN

Tanah Buruh Modal

Usahawan

PENGELUARAN BARANG-BARANG DAN


PERKHIDMATAN

Pengguna

Kehendak yang tidak terhad

1.1.3 Menerangkan masalah ekonomi

Akibat daripada kehendak manusia yang tidak terhad dan sumber ekonomi yang terhad,
maka wujudnya masalah-masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas.

i. Kekurangan
1. Masalah kekurangan wujud kerana sumber ekonomi yang sedia ada terhad untuk
memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
2. Barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan hanya dapat memenuhi
sebahagian daripada kehendak manusia sahaja.
3. Semakin terhad sesuatu barang, semakin tinggi nilai ekonomi barang tersebut.
4. Kesannya, sesetengah pelaku ekonomi (isi rumah, firma dan kerajaan) tidak dapat
menikmati barang dan perkhidmatan di pasaran.

3
NOTA KULIAH 1 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UFE 1113 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

ii. Pilihan

1. Kesan dari sumber ekonomi terhad dan kehendak manusia tidak terhad, maka
manusia berhadapan dengan masalah kekurangan dan terpaksa membuat pilihan.
Misalnya pilihan samada kita hendak membeli telefon bimbit atau membeli buku
pelajaran.
2. Pilihan melibatkan pembuatan keputusan tentang kehendak yang perlu dipenuhi
terlebih dahulu. Apabila pilihan terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan telah
dibuat, sumber ekonomi akan diagihkan kepada pengeluaran barang atau
perkhidmatan tersebut dan pengeluaran barang atau perkhidmatan lain terpaksa
dikurangkan.

iii. Kos lepas

1. Kos lepas ialah barang atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan lain yang dipilih.
2. Dalam kata lain, kos lepas adalah pilihan lain yang terbaik yang terpaksa dilepaskan.
3. Contoh-contoh kos lepas bagi seorang individu ialah:
a) Belajar atau bekerja
b) Ulangkaji pelajaran atau berehat
c) Penggunaan sekarang atau penggunaan masa depan
4. Contoh-contoh kos lepas bagi seorang usahawan:
a) Mengeluarkan barang A atau barang B
b) Melaksanakan projek pelaburan A atau projek pelaburan B

1.2 Menjelaskan masalah asas ekonomi

1.2.1 Menjelaskan masalah asas ekonomi


Terdapat empat masalah asas ekonomi iaitu:
i. Apa yang hendak dikeluarkan
ii. Berapa yang hendak dikeluarkan
iii. Bagaimana hendak dikeluarkan
iv. Untuk siapa dikeluarkan

i. Apa yang hendak dikeluarkan

1. Masalah kekurangan sumber ekonomi memaksa sesebuah ekonomi membuat


pilihan tentang jenis barang dan perkhidmatan yang perlu dikeluarkan.
2. Apa yang hendak dikeluarkan bergantung kepada permintaan dan penawaran
masyarakat.
3. Apa yang dikeluarkan akan menentukan corak peruntukan sumber dalam
ekonomi bagi memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dapat
memaksimumkan kepuasan pengguna, mamaksimumkan keuntungan
pengeluar atau memaksimumkan kebajikan masyarakat.

ii. Berapa yang hendak dikeluarkan

1. Masalah berapa yang hendak dikeluarkan merujuk kepada kuantiti barang yang
hendak dikeluarkan dalam ekonomi.
2. Keputusan tentang berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan juga
bergantung kepada permintaan dan penawaran masyarakat.

4
NOTA KULIAH 1 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UFE 1113 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

3. Semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu barang, semakin banyak barang


tersebut dikeluarkan, maka semakin kurang barang lain yang dapat dikeluarkan
kerana masalah kekurangan sumber ekonomi.

iii. Bagaimana hendak dikeluarkan

1. Masalah bagaimana hendak dikeluarkan merujuk kepada teknik atau kaedah


pengeluaran sesuatu barang.
2. Dua kaedah pengeluaran yang utama ialah:
a. buruh intensif
• tenaga buruh digunakan lebih banyak dalam proses pengeluaran
berbanding modal
b. modal intensif
• modal digunakan lebih banyak dalam proses pengeluaran
berbanding tenaga buruh
3. Firma akan menggunakan teknik pengeluaran yang paling cekap yang dapat
meminimumkan kos pengeluaran atau memaksimumkan keuntungan.

iv. Untuk siapa dikeluarkan

1. Masalah untuk siapa dikeluarkan merujuk kepada pengagihan barang dan


perkhidmatan kepada pelbagai golongan dalam masyarakat ekonomi. Ia
bergantung kepada corak agihan pendapatan dan jumlah pendapatan dalam
ekonomi berkenaan.
2. Golongan berpendapatan tinggi berupaya untuk mendapatkan lebih banyak
barang atau perkhidmatan berbanding dengan golongan berpendapatan rendah.

1.3 Menerangkan sistem ekonomi

1.3.1 Menerangkan sistem ekonomi

i. Sistem ekonomi kapitalis ( pasaran bebas)


• Kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang cenderung ke arah pengumpulan
kekayaan oleh individu (syarikat) tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan
keuntungan.
• Sistem ekonomi kapitalis berdasarkan kuasa pasaran bebas dalam menentukan
pengeluaran, kos, menetapkan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan
pendapatan.
• Kapitalisme berasal dari perkataan ‘capital’ yang bermaksud modal.
• Dikenali sebagai laissez faire.
• Dalam ekonomi kapitalis, individu dan syarikat-syarikat yang mempunyai modal
dan harta mempunyai hak dan kebebasan menjalankan perdagangan.
• Matlamat utama Kapitalisme ialah mengaut keuntungan sebanyak mungkin.
• Segala keputusan dalam menentukan apa, berapa dan bagaimana jenis dan
jumlah barang atau perkhidmatan yang hendak dikeluarkan ditentukan melalui
mekanisme harga.
• Mekanisme harga bermaksud perubahan harga sebagai tindakbalas daripada
perubahan permintaan dan penawaran.
• Ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis ialah:
1. Individu dan pihak swasta bebas memiliki faktor pengeluaran
2. Individu dan pihak swasta bebas membuat keputusan ekonomi
3. Harga ditentukan oleh mekanisme harga
4. Pengguna dan pengeluar bebas bersaing dalam pasaran

5
NOTA KULIAH 1 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UFE 1113 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

5. Pengguna bebas bersaing dalam pasaran untuk memaksimumkan


kepuasan
6. Pengeluar bebas memilih barangan yang hendak dikeluarkan untuk
memaksimumkan keuntungan
ii. Sistem perancangan pusat (sosialis)

• Sistem yang menekankan peranan kerajaan atau pemerintah dalam


menyelesaikan masalah ekonomi.
• Ciri-ciri:
1. Sumber ekonomi dimiliki dan digunakan oleh kerajaan
2. Individu tidak berhak memilih barang dan perkhidmatan yang akan
digunakan
3. Keputusan tentang peruntukan sumber ekonomi bergantung kepada
kerajaan
4. Harga dan kuantiti barangan ditentukan oleh kerajaan
5. Tidak wujud persaingan dalam ekonomi
6. Pengeluaran barangan bertujuan untuk memaksimumkan kebajikan
masyarakat

iii. Sistem ekonomi campuran

• Ekonomi Malaysia merupakan satu contoh sistem ekonomi campuran, iaitu


campuran di antara sistem ekonomi kapitalis atau sistem ekonomi bebas
dengan sistem ekonomi terancang.
• Merupakan sistem ekonomi yang menekankan kerjasama antara pihak swasta
dengan kerajaan dalam menyelesaikan masalah ekonomi
• Ciri-ciri:
1. Pihak swasta dan kerajaan boleh memiliki faktor pengeluaran
2. Pihak swasta dan kerajaan membuat keputusan ekonomi
3. Pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan
4. Harga ditentukan dalam mekanisme harga dan wujud kawalan oleh kerajaan
5. Pengguna dan pengeluar bebas bersaing dalam pasaran dan kerajaan
memastikan persaingan yang adil
6. Pengguna ingin memaksimumkan kepuasan
7. Pengeluar ingin memaksimumkan keuntungan
8. Kerajaan ingin memaksimumkan kebajikan masyarakat

iv. Sistem ekonomi Islam

• Sistem ekonomi yang berpandukan al-quran dan sunnah


• Sistem ekonomi islam berdasarkan kepada empat prinsip iaitu:
1. Kepentingan individu dan tingkat keuntungan yang diperolehi daripada
sebuah kegiatan ekonomi yang dijalankan
2. Terdapat persaingan yang bebas antara individu dalam ekonomi
3. Terdapat kebebasan dalam menjalankan sebuah tindakan
4. Kegiatan individu ini tertakluk kepada semua tuntutan akhlak dan adab
• Ciri-ciri:
1. Sumber ekonomi bebas dimiliki oleh individu dan pihak swasta menurut
hukum islam
2. Keputusan ekonomi ditentukan oleh pengguna, pengeluar dan kerajaan
3. Harga dan kuantiti barang ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan
4. Wujud persaingan sihat dalam ekonomi
5. Pengguna boleh membuat pilihan tetapi perlu berdasarkan hukum islam

6
NOTA KULIAH 1 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UFE 1113 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1.3.2 Menerangkan kebaikan dan keburukan sistem ekonomi

Kebaikan dan kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas

Kebaikan
1. Mekanisme harga berfungsi secara automatik
• Apabila ketidakseimbangan berlaku dalam pasaran, iaitu permintaan tidak sama
dengan penawaran, langkah penyelesaiannya adalah melalui perubahan harga
yang berlaku secara automatik.

2. Meningkatkan kecekapan dan insentif untuk bekerja keras


• Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, buruh dan usahawan digalakkan untuk
meningkatkan kecekapan mereka dan bekerja dengan lebih kuat.
• Peningkatan kecekapan firma dan buruh masing-masing akan mendatangkan
keuntungan dan upah yang kebih tinggi. Kesannya, tingkat keluaran sesebuah
negara akan bertambah dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.

3. Menggalakkan persaingan
• Para pengeluar akan menggunakan teknik-teknik pengeluaran yang lebih moden
dan cekap supaya dapat bersaing dengan pengeluar yang lain.

4. Menggalakkan perkembangan teknologi dan reka cipta baharu


• Persaingan menggalakkan peningkatan teknologi dan reka cipta baharu.
• Di samping menjimatkan kos pengeluaran, penggunaan teknologi dan reka cipta
baharu dapat meningkatkan daya pengeluaran dan seterusnya menyumbang
kepada kemajuan ekonomi sesebuah negara.

5. Peruntukan sumber yang cekap


• Sumber-sumber diperuntukkan dengan cekap dalam ekonomi. Mekanisme harga
membolehkan pengguna membeli apa sahaja yang dikehendaki dan pada masa
yang sama, membolehkan pengeluar mengeluarkan barangan yang memberi
untung yang maksimum. Ini kerana pengeluar hanya akan mengeluarkan barang-
barang yang diminta oleh pengguna.

Kelemahan
1. Ketidakstabikan ekonomi
• Mekanisme harga meungkin membawa kepada ketidakstabilan ekonomi.
Sesebuah ekonomi mungkin mengalami inflasi pada suatu masa dan mengalami
kemelesetan pada masa berikutnya.

2. Ketidakadilan dalam agihan pendapatan


• Kebebasan memiliki faktor pengeluaran menyebabkan golongan kaya akan
menjadi semakin kaya, manakala golongan miskin akan terus diabaikan.
• Jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin menjadi semakin besar
• Jurang pendapatan yang besar akan menjejaskan proses pembangunan negara
dan keharmonian masyarakat.

3. Mewujudkan monopoli dalam pasaran


• Persaingan hebat berlaku antara pengeluar dalam sistem ekonomi pasaran
bebas. Hanya beberapa firma yang dapat bertahan dalam pasaran.
• Persaingan akan mewujudkan monopoli dalam pasaran.
• Kewujudan monopoli tanpa kawalan memberikan kesan buruk kepada kebajikan
pengguna.

7
NOTA KULIAH 1 DVM TAHUN 1 SEM 1
ASAS EKONOMI - UFE 1113 PENGENALAN KEPADA EKONOMI

4. Gagal menyediakan barang awam


• Barang awam ialah barang yang dibekalkan secara percuma kepada masyarakat.
Firma swasta tidak mengeluarkan barang awam kerana barang tersebut tidak
mendatangkan keuntungan.

Kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas menyebabkan kerajaan terpaksa campur


tangan. Tujuan campur tangan kerajaan adalah seperti berikut:
1. Untuk menyediakan barang awam
2. Untuk mencapai kestabilan ekonomi
3. Untuk merapatkan jurang agihan pendapatan
4. Untuk mengawal kuasa monopoli
5. Untuk mengawal kesan luaran negatif

Sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia

1. Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran iaitu sektor swasta dan sektor kerajaan
membuat keputusan ekonomi bersama-sama.
2. Kerajaan yang memiliki sumber ekonomi seperti tanah dan modal akan menggunakan
sumber tersebut untuk mengeluarkan barang awam seperti hospital awam, perkhidmatan
polis, bomba dan sebagainya.
3. Pihak swasta pula bebas menggunakan sumber sedia ada untuk mengeluarkan barang
ekonomi, tetapi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
4. Kerajaan juga campur tangan dalam mekanisme harga dengan melaksanakan kawalan harga
ke atas barang keperluan seperti gula, beras dan minyak.
5. Sebagai contoh, kerajaan menetapkan harga minimum untuk beras bagi membantu golongan
petani, dan pada masa yang sama menetapkan harga maksimum untuk menjaga kebajikan
pengguna.
6. Kerajaan turut menetapkan upah minimum untuk buruh yang mempunyai gaji kasar yang
rendah.
7. Kerajaan mengenakan cukai dan memberi subsidi untuk mempengaruhi pengeluaran barang
dan peruntukan sumber tertentu.

Anda mungkin juga menyukai