Anda di halaman 1dari 10

SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

BAB 1
PENGENALAN EKONOMI

1.1 Mendefinisikan ekonomi.

Kehendak manusia yang tidak terbatas menyebabkan barangan dan


perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran yang sedia
ada tidak dapat memenuhi semua kehendak tersebut. Oleh itu manusia,
perlu membuat pilihan yang cekap supaya dapat menghasilkan barangan
dan perkhidmatan mengikut kehendak dan keperluan manusia pada
peringkat yang maksimum.

Ilmu ekonomi dapat didefinasikan sebagai sains sosial yang mengkaji


perlakuan individu dan masyarakat dalam mengagihkan faktor pengeluaran
yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad.
Maksud kehendak = Keinginan manusia untuk mendapatkan barang
dan perkhidmatan (barangan) untuk mencapai
kehidupan yang lebih selesa.

1.2 Mengenalpasti bidang kajian ekonomi mikro dan ekonomi makro.

Bidang kajian ekonomi terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu:

MIKROEKONOMI MAKROEKONOMI

 Juga dikenali sebagai teori harga.  Juga dikenal sebagai penentuan


pendapatan.
 Membincangkan bagaimana
pengeluaran harga barangan dan  Membincangkan ekonomi di
faktor pengeluaran seperti upah, peringkat negara, terutamanya isu-isu
sewa dan kadar bunga melibatkan inflasi, pengangguran,
ditentukan. imbangan, pembangunan dan
sebagainya.
 Merupakan cabang ekonomi
yang mengkaji sebahagian  Merupakan cabang ekonomi yang
daripada keseluruhan ekonomi. mengkaji ekonomi secara
menyeluruh.
 Perlakuan isi rumah dan firma di
bincang secara individu.  Perlakuan isi rumah dan firma
dibincangkan secara aggregat.

1
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

1.3 Mengenalpasti sumber-sumber ekonomi.

Sumber ekonomi (Faktor Pengeluaran) terdiri daripada modal, tanah, buruh


dan pengusaha dan teknologi.

TEKNOLOGI TANAH

PENGUSAHA BURUH

MODAL

i. Tanah
Merujuk kepada anugerah alam meliputi alam semulajadi sama ada
dipermukaan atau di dalam perut bumi. Penawarannya bersifat tetap
dari segi lokasi dan geografinya. Nilainya berbeza bergantung
kepada lokasi dan kualitinya. Pulangan kepada tanah dikenali
sebagai sewa.

ii. Buruh
Terdiri daripada buruh mahir dan tidak mahir. Buruh menyumbangkan
tenaga fizikal dan mental. Buruh mudah berpindah dari satu tempat
ke tempat yang lain. Ia berbeza dari segi kecekapan daya
pengeluaran. Pulangan kepada buruh dikenali sebagai upah.

iii. Modal
Merupakan ciptaan manusia yang meliputi wang, peralatan dan
jentera dan bahan mentah yang digunakan dalam proses
pengeluaran. Modal mudah dipindahkan dari satu tempat ke tempat
yang lain. Serta mudah ditambah dan di di kurangkan. Pulangan
modal ialah bunga.

iv. Pengusaha
Merupakan kemahiran dan kebolehan seseorang dalam mengurus
sesuatu firma secara cekap dan menguntungkan. Ia berperanan
sebagai pemimpin, perancangan, penyelaras dan pengawal aktiviti
firma. Pulangan kepada pengusaha ialah kesedian mengambil risiko
iaitu keuntungan.

2
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

1.4 Mengenalpasti pengkelasan barangan dan perkhidmatan.


Jenis-jenis barang dalam ekonomi adalah:
a) Barang percuma
Merupakan barang anugerah tuhan yang boleh digunakan secara
percuma. Mempunyai penawaran yang tidak terhad dan tidak wujud
kos lepas. Contohnya adalah hujan, tumbuh-tumbuhan, matahari dan
udara.
b) Barang ekonomi
Dikeluarkan oleh pihak swasta, barangan terhad dan melibatkan kos
contohnya kipas, telefon bimbit, jam tangan dan komputer
c) Barang awam
Merupakan barang yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Tidak
melibatkan kos dan penawaran terhad contohnya adalah lampu jalan,
sekolah, hospital, dan perpustakaan awam.
d) Barang pengeluar / barang modal
Merupakan barang yang digunakan untuk menghasilkan barang lain
contohnya adalah jentera, mesin,bahan mentah dan buruh.

e) Barang perantaraan
Merupakan barang input digunakan untuk mengeluarkan barang lain
contohnya adalah kenderaan import, kayu (perabot), kulit binatang
dan benang (untuk mebuat pakaian).
f) Barang pengguna / barang akhir
Merupakan barang siap atau barang yang tidak perlu diproses
contohnya adalah baju, meja, buku dan alat penghawa dingin.

3
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

1.5 Mengenalpasti masalah ekonomi dan masalah asas ekonomi.

Terdapat tiga permasalahan ekonomi iaitu masalah kekurangan, pilihan dan


kos lepas.

Masalah ini kepada kekurangan barang


dan perkhidmatan yang dapat di hasilkan
berbanding dengan kehendak manusia • KEKURANGAN
yang tidak terhad. Wujud akibat daripada
faktor pengeluaran yang terbatas.

Masalah kekurangan menyebabkan timbulnya


masalah pilihan. Manusia harus membuat
pilihan antara barang dan perkhidmatan yang • PILIHAN
dikehendaki dan membuat pilihan antara
penggunaan sekarang dengan masa depan.

Masalah pilihan akan menyebabkan kos lepas.


Kos lepas bermaksud barangan kedua terbaik
• KOS
yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan
LEPAS
barangan yang terbaik. Kos lepas timbul akibat
daripada faktor-faktor pengeluaran yang terhad.

Kehendak manusia yang tidak terhad dan sentiasa melebihi apa yang dapat
diciptakan oleh faktor-faktor pengeluaran akan mewujudkan tiga msalah asa
ekonomi iaitu:
I. Apakah jenis barang yang harus dikeluarkan
 Masalah ini sangat berkaitan dengan kos lepas. Ini
kerana ia melibatkan pemilihan antara dua barang yang
hendak dikeluarkan. Oleh itu masyarakat terpaksa
menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan dan
jenis barang yang sanggup dilepaskan pada suatu
ketika. Ini disebabkan oleh ketidakmampuan sumber-
sumber ekonomi yang sedia ada untuk memenuhi
kehendak manusia yang tidak terhad.
 Selain daripada membuat pilihan tentang jenis barang
yang harus dikeluarkan, masyarakat juga terpaksa
menentukan jumlah setiap jenis barang yang akan
dikeluarkan. Ini sangat penting kerana semakin banyak
sesuatu barang yang dikeluarkan maka semakin kurang
barang lain yang dapat dicipta.
II. Bagaimanakah cara hendak mengeluarkan barang tersebut
 Apabila jenis barang yang hendak dikeluarkan telah
ditentukan, masyarakat harus membuat pilihan
bagaimana hendak mengeluarkannnya. Biasanya

4
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

terdapat beberapa cara sama ada dengan cara


pengeluaran yang berintensifkan buruh atau
berintesnifkan modal dan teknologi.
 Masyarakat juga harus menentukan sumber-sumber
gabungan, sumber-sumber ekonomi yang harus
digunakan untuk mengeluarkan barang-barang itu.
walaubagaimanapun masyarakat akan memilih cara
paling cekap untuk mengeluarkan barang-barang itu
supaya kos pengeluaran diminimumkan.

III. Untuk siapakah barang itu dikeluarkan


 Masalah seterusnya adalah bagaimanakah barang-
barang tersebut harus diagihkan kepada pelbagai
golongan dalam masyarakat.
 Biasanya ia diselesaikan melalui corak pengagihan
kekayaan dan pendapatan
 Golongan yang berpendapatan tinggi cenderung untuk
menikmati lebih banyak barang berbanding dolongan
yang berpendapatan rendah. Untuk menjamin seluruh
masyarakat pengagihan pendapatan yang optimum
harus dipelkenalkan oleh sesebuah kerajaan.

1.6 Menyediakan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)


i. Keluk kemungkinan pengeluaran boleh digunakan untuk
menerangkan masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas yang
dihadapi oleh sesebuah negara.
ii. Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan batasan maksimum
pengeluaran dua jenis arang yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah
negara pada tingkat teknologi yang tetap dan kuantiti faktor
pengeluaran yang terhad.
iii. Andaian yang terlibat untuk menerangkan KKP adalah seperti berikut:
a) Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang, iaitu makanan
dan pakaian.
b) Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh.
c) Tingkat teknologi adalah tetap dan tidak berubah.
d) Sumber ekonomi adalah tetap dari segi kuantiti dan kualiti.

5
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

Contoh 1

Barang X

.H
.B
0 C Barang Y

Keluk Kemungkinan Keluaran

i. Kekurangan ditunjukkan oleh sebarang kombinasi yang berada diluar


Keluk Kemungkinan Keluaran (KKP). Contohnya, titik H, merupakan
kombinasi keluaran yang tidak boleh dicapai kerana faktor-faktor
pengeluaran yang tidak mencukupi.
ii. Pilihan di tunjukkan oleh pergerakkan di sepanjang KKP yang
merupakan pilihan kecekapan. Konsep kecekapan merujuk kepada
kecekapan teknologi dan ekonomi. Contohnya dari titik A ke B.
iii. Masyarakat boleh memilih sama ada hanya menghasilkan satu
barang sahaja seperti kombinasi A, atau C atau kombinasi dua
barang seperti titik B. Pilihan masyarakat ini adalah penting untuk
menentukan corak pertumbuhan ekonomi pada masa depan.
iv. Kecekapan teknologi merujuk kepada penggunaan factor
pengeluaran yang dimiliki bagi menghasilkan output yang paling
maksimum tanpa sebarang pembaziran. Masyarakat atau ekonomi
dikatakan mencapai kecekpana teknologi jika ia menghasilkan output
yang maksimum dengan menggunakan faktor pengeluaran yang
minimum.
v. Kecekapan ekonomi melibatkan kecekapan dalam:
 Pemilihan barang yang hendak dikeluarkan
 Pemilihan faktor pengeluaran
 Pengagihan faktor pengeluaran yang terhad.
vi. Pengagihan hasil yang dikeluarkan kepada pengguna. Kecekpan
ekonomi tercapai apabila barang yang paling penting dan sesuai
telah dipilih untuk dikeluarkan dengan cara pengeluaran yang paling
murah dan cekap.
vii. Masyarakat yang mengeluarkan kombinasi barangan diatas KKP
dikatakan telah mencapai kecekapan teknologi dan ekonomi kerana:
 Mencapai guna tenaga penuh
 Pengangguran dihapuskan
 Pengeluaran maksimum dengan kos yang minima

6
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

Contoh 2

Jadual Kemungkinan Pengeluaran

Jadual dibawah merupakan jadual kemungkinan pengeluaran bagi


sesebuah negara yang mengeluarkan dua jenis barang, iaitu makanan dan
pakaian.

Kombinasi Pilihan Makanan (Unit) Pakaian (Unit)


A 0 10
B 1 9
C 2 7
D 3 4
E 4 0

Negara ini mempunyai pelbagai kombinasi pilihan untuk menghasilkan


barang iaitu, A, B, C, D, dan E. Jika kombinasi dipilih, negara ini akan
menghasilkan 1 unit makanan dan 9 unit pakaian. Apabila pengeluaran
makanan ditambah, maka pengeluaran pakaian terpaksa dikurangkan.
Keadaan ini disebabkan kekurangan factor pengeluaran dalam ekonomi.
Kos lepas untuk mengeluarkan tambahan 1 unit makanan didapati
meningkat.

Keluk Kemungkinan Pengeluaran

i. Keluk kemungkinan Pengeluaran menunjukkan batasan maksimum


dua jenis barang yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah negara.
ii. KKP yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan seperti di tunjukkan
pada Rajah dibawah menggambarkan hubungan negative atau
sonsang antara pengeluaran pakaian dengan pengeluaran
makanan.
iii. Tingkat A, B, C, D, dan E menunjukkan tingkat keluaran yang boleh
dicapai dicapai dan tingkat guna tenaga penuh. Titik F merupakan
tingkat pengeluaran yang boleh dicapai, manakala titik G adalah
kombinasi makanan dan pakaian yang tidak mungkin dihasilkan.
Masalah pilihan ditunjjukkan oleh pergerakan di sepanjang KKP, iaitu
kombinasi barang dan perkhidmatan yang dihasilkan. (A,B,C,D, dan
E).
iv. Masalah kos lepas ditunjukkan oleh KKP pengeluaran yang mencerun
ke bawah dan kiri ke kanan, iaitu jumlah barang dan perkhidmatan
yang terpaksa dilepaskan untuk menambahkan jumlah pengeluaran
barang lain.

7
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

12

A
10
B

8
C
Pakaian (unit)
6

C
4

E
0
0 1 2 3 4 5

-2 Makanan (Unit)

1.7 Membezakan sistem ekonomi

1.7.1 Kapitalis @ Laissez-faire)


i. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi pasaran bebas.
ii. Kerajaan tidak campur tangan dalam ekonomi dan secktor
swasta bebas menjalankan ekonomi. Sistem ini berfungsi
dibawah mekanisma harga, melalui perubahan harga
pasaran, masalah lebihan permintaan dan lebihan
penawaran diatasi.
iii. Individu dibenarkan memiliki harta dan harta yang dimiliki itu
boleh diwarisi.
iv. Persaingan bebas diantara firma-firma, pekerja dan para
pengguna. Kebebasan penggunaan, iaitu individu bebas
membeli barang mengikut citarasa dan kemampuannya.

1.7.2 Sosialis
i. Sistem ekonomi sosialis juga dikenali sistem ekonomi
perancangan pusat. Ia diamalkan oleh negara komunis.
Dalam sistem ini, semua aset dan faktor-faktor pengeluaran
adalah dimiliki oleh kerjaaan yang menentukan segala
kegiatan ekonomi.
ii. Pihak individu tidak memiliki kebebasan dan kuasa dalam
menentukan segala kegiatan ekonomi. Agihan faktor
pengeluaran akan mementingkan kebajikan masyarakat
demi keselamatan negara.

8
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

1.7.3 Campuran
i. Sistem ekonomi campuran adalah satu sistem dimana pihak
persendirian dan kerajaan bersama-sama membuat
keputusan kepada masalah ekonomi.
ii. Walaupun begitu masyarakat masih mempunyai kebebasan
yang cukup luas untuk membentukkan kegiatan ekonomi
yang baik dapat dijalankan. Contoh negara yang
mengamalkan sistem ekonomi ini adalah Malaysia dan
Singapura.
iii. Tujuan campur tangan kerajaan adalah untuk:
a) Menjamin dan menjaga perkembangan ekonomi yang
stabil.
b) Menjamin pengagihan pendapatan yang lebih rata dan
menghindarkan penindasan yang tidak adil.
c) Mengawasi kuasa-kuasa monopili.
d) Menyediakan barang awam secara kerap untuk
mempertinggikan kebajikan sosial dan kemakmuran
masyarakat.

1.7.4 Islam
i. Sistem ini biasanya diamalkan oleh negara yang beragama
islam. Ia lebih mengkaji kehidupan manusia dalam masyarakat
yang berkaitan dengan islam sesuai dengan hukum agama.
ii. Ciri-ciri sistem ekonomi islam adalah:
Keseimbangan antara kepentingan individu dengan
masyarakat. Sistem ini tidak mengorbankan kepentingan
individu demi kepentingan ramai dan sebaliknya.
i. Terdapat hak milik individu dan hak milik umum
ii. Kegiatan individu tertakluk kepada akidah, syariat islam
dan akhlak.
iii. Kebebasan dalm membuat keputusan ekonomi.
iv. Terdapat persaingan bebas antara individu dalam
ekonomi.

9
SPP 3063 @ Prinsip Ekonomi

Ciri Sistem ekonomi

Kapitalis Sosialis Campuran Islam

Pemilikan Bebas dimiliki oleh Hanya dimiliki Bebas dimiliki Hak milik mutlak
sumber individu dan pihak oleh kerajaan individu dan pihak Allah dan manusia
swasta swasta manakala hanya bertindak
sebahagiannya sebagai pemegang
dimiliki oleh amanah untuk
kerajaan. meneroka sumber
yang
dianugerahkan.

Pembuat Individu Kerajaan dan Individu dan pihak Individu dan


keputusan badan swasta untuk pengeluar
perancangan barang swasta dan berlandaskan prinsip
pusat kerajaan untuk dan rukun islam.
barang awam.
Penentuan Mekanisma harga Kerajaan Mekanisme harga Pengguna dan
harga (harga swasta) dan pengeluar (kuasa
kerajaan (barang pasaran) yang
kawalan dan berlandaskan prinsip
awam). dan rukun Islam.
Kebebasan Kebebasan untuk Tidak bebas Bebas untuk Bebas mencari
mencari mencari pengeluaran keuntungan asalkan
keuntungan keuntungan barang swasta tidak melibatkan
menyebabkan tetapi kerajaan riba.
indivdu mengawal kadar
mempunyai insentif untung minimum
bekerja yang tinggi untuk pengeluar
barang awam.
Kebebasan Individu dan Ditentukan Individu dan Individu dan
membuat pengeluar swasta secara mutlak pengeluar swasta pengeluar swasta
pilihan bebas membuat oleh kerajaan bebas membuat bebas membuat
pilihan melalui badan pilihan (untuk pilihan asalkan tidak
perancang pusat. barang swasta) melanggar prinsip
dan ditetapkan dan rukun islam.
oleh kerajaan
(untuk barang
awam).
Objektif Memaksimumkan Mengutamakan Memaksimumkan Perolehan untung
pengeluaran keuntungan kebajikan sosial keuntungan (untuk dan kebajikan
dengan memberi dan masyarakat. barang swasta) masyarakat
keutamaan dan dipertingkatkan
kepada mengutamakan engikut prinsip dan
kepentingan kebajikan sosial rukun islam.
individu. (untuk barang
awam).

10

Anda mungkin juga menyukai