Anda di halaman 1dari 5

KERTAS PENERANGAN

DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA


PROGRAM
KOLEJ VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURSUS ETIKA PROFESIONALISME

SEMESTER SEMESTER 1 / TAHUN 1

NO. DAN TAJUK MODUL 3.0 NILAI DALAM ETIKA PROFESIONAL

MENGENALPASTI ASAS-ASAS NILAI DAN JENIS-JENIS NILAI


KEBOLEHAN PROFESIONAL

PADA AKHIR MODUL, PELAJAR DAPAT:


1) MENGETAHUI ASAS-ASAS NILAI.
OBJEKTIF MODUL
2) MENGENALPASTI JENIS-JENIS NILAI PROFESIONAL.

KOD KURSUS MPU2232

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 12


3.0 Nilai dalam Etika Profesional

3.1 Menerangkan Asas-asas Nilai

Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian seperti pemikiran, kemahiran
dan sebagainya. Nilai juga boleh ditakrifkan sebagai satu konsep yang mencerminkan
pegangan, kepercayaan dan amalan seseorang individu dalam sesuatu industri. Seterusnya,
perkataan profesionalisme berasal daripada kata dasar iaitu profesion yang bermaksud
pekerjaan yang memerlukan latihan khas dan kemahiran yang tinggi. Manakala
profesionalisme membawa maksud sifat-sifat kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan
sesuatu perkara dilakukan oleh seorang profesional. Profesional adalah merujuk kepada
profesion individu sebagai suatu pekerjaan yang tetap dan menghasilkan pendapatan
utamanya. Profesionalisme pula adalah tahap kecekapan, akauntabiliti dan tanggungjawab
yang seharusnya didukung oleh seseorang profesional tersebut.

Terdapat empat kemungkinan hubungan antara norma-norma profesional dengan norma


biasa. Norma profesional adalah:

i. Sama dengan norma-norma biasa

ii. Spesifikasi kepada norma-norma biasa

iii. Berkaitan antara satu dengan lain dari segi fungsinya

iv. Bebas daripada norma-norma biasa

Merujuk kepada norma tersebut, jika dilihat norma profesional adalah sama dengan norma
biasa maka boleh dinyatakan tidak wujud unsur yang berbeza. Oleh itu, boleh dikatakan
profesion bukan merupakan bidang yang berasingan. Manakala jika dinyatakan norma
profesional itu adalah spesifikasi kepada norma-norma biasa, ini membawa maksud norma
yang sama digunakan tetapi diaplikasikan dalam situasi tanggungjawab yang berbeza.
Misalnya, seseorang itu tidak berbohong kepada seorang hakim” menunjukkan situasi
seseorang tidak sepatutnya berbohong. Keadaan sama juga boleh diaplikasikan kepada
peguam dan bukan peguam. Walaupun seseorang itu ahli profesional, nilai yang sama patut
juga dipatuhi. Pada kebiasaannya gambaran sesuatu situasi itu secara jelas merujuk kepada
peranan profesional. Misalnya, kenyataan yang berbunyi seseorang itu tidak boleh membuat
pembedahan tanpa persetujuan pesakit dengan jelas merujuk kepada peranan doktor dalam
melakukan pembedahan.

Jika gambaran situasi jelas merujuk kepada peranan profesional atau dengan jelas
menentukan seseorang ini sebagai profesional, secara fungsinya norma profesional adalah
berkaitan dengan norma biasa. Hal ini kerana fungsi atau peranan profesional, secara
fungsinya norma profesional adalah berkaitan dengan norma-norma biasa. Hal ini demikian
kerana fungsi atau peranan profesional diambil kira dalam mengenal pasti dan
mengaplikasikan norma. Norma selalunya menentukan ciri-ciri orang yang menggunkannya
dan situasi yang selalu dihadapi oleh profesional.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 13


3.1.1 Relativisme Etika

Normal relativisme etika merujuk kepada kumpulan tertentu. Dalam hal ini, dua penyertaan
yang bertentangan timbul, misalnya menjadi betul kepada kumpulan yang berlainan.
“memberikan rasuah kepada pegawai kerajaan untuk mendapatkan kontrak di Korea adalah
dibenarkan” dan “memberikan rasuah kepada pegawai kerajaan untuk mendapatkan kontrak
di Amerika Syarikat tidak dibenarkan”. Mengikut teori ini, nilai yang berbeza. Pandangan ini
lahir hasil daripada dapatan kajian yang dilakukan oleh ahli sosiologi, etnologi antropologi.
Menurut mereka nilai yang terdapat dalam masyarakat tidak sama kerana:

i. Dalam masyarakat manusia terdapat berbagai-bagai budaya, agama, kepercayaan


dan pantang larang.

ii. Kepercayan dan sikap beretika itu dipelajari dari persekitaran budaya masing-masing.

ii. Masyarakat atau individu dan budaya yang berlainan lebih cenderung untuk
mengatakan bahawa budaya yang berlainan lebih cenderung untuk mengatakan
bahawa budaya mereka adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan budaya
masyarakat lain.

Ciri-ciri di atas ternyata sekali bertentangan dengan pendapat yang mengatakan bahawa nilai
itu adalah sesuatu yang mutlak iaitu:

i. Terdapat persamaan prinsip etika dalam sesebuah masyarakat.


ii. Masyarakat dan berbagai-bagai budaya mempunyai keperluan dan keinginan yang
sama.
iii. Terdapat persamaan besar dari segi sentimen, emosi dan sikap dalam masyarakat.

Didapati pandangan-pandangan di atas masih boleh dipertikaikan kerana kelemahan


utamanya ialah kegagalan untuk menghubungkaitkan antara nilai konkrit dan nilai dasar.
Nilai konkrit bermaksud nilai yang khusus hasil daripada satu-satu tindakan yang khusus.
Terdapat dalam satu-satu masyarakat tertentu. Walaubagaimanapun, keseluruhan nilai dan
satu-satu masyarakat itu masih terikat oleh dasar-dasar yang tidak berubah dan bersifat
universal.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 14


3.2 Meneroka Jenis-jenis Nilai Profesional

Pada umumnya nilai profesional merujuk kepada obligasi. Obligasi digunakan sebagai
digunakan sebagai satu cara untuk menentukan satu-satu nilai iaitu apa yang betul atau yang
salah untuk dilakukan. Walaubagaimanapun, sesetengah nilai tidak menggambarkan
keperluan atau obligasi tetapi menggambarkan persetujuan. Misalnya seorang profesional itu
mungkin menolak klien yang dianggapnya telah melakukan sesuatu yang tidak beretika.
Jelasnya tumpuan etika profesional adalah tentang tanggungjawab yang sepatutnya
dilakukan oleh seseorang profesional, apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang. Nilai yang
menggambarkan obligasi dibahagikan kepada tiga jenis iaitu standard, prinsip dan peraturan.

a) Standard

Digunakan untuk menilai sama ada seseorang baik atau buruk dan lebih baik atau lebih
buruk. Walaubagaimanapun, dari segi teknikalnya, standard sahaja tidak mempunyai
sebarang nilai, jadi yang perlu dilakukan ialah kita menentukan nilai-nilai tersebut. Nilai-nilai
yang dimaksudkan adalah kecekapan, kesetiaan, kejujuran, ketekunan dan kebijaksaan.

b) Prinsip

Prinsip pula merujuk kepada tanggungjawab. Tanggungjawab tidak secara khusus


menentukan tingkah laku dan tindakan tertentu sebaliknya memberikan ruang kepada
profesional untuk menggunakan budi bicara dan penilaian sendiri. Pegangan prinsip seorang
jurutera ialah bertanggungjawab atas keselamatan benda yang direka bentuknya. Untuk
membina bangunan yang selamat yang boleh dilakukan dengan berbagai-bagai kaedah.
Terpulanglah kepada jurutera berkenaan mengenalpasti dan memilih kaedah yang sesuai
mengikut penilaiannya. Disinilah kebijaksaan dan penilaiannya diperlukan.

c) Peraturan

Peraturan menentukan tugas tingkah laku atau tindakan tertentu yang perlu dilakukan oleh
seseorang profesional. Peraturan tidak memungkinkan seseorang profesional itu bertindak
dengan sesuka hati atau menggunakan budi bicaranya sendiri. Misalnya, seseorang doktor
yang melakukan pembedahan besar perlu terlebih dahulu mendapatkan persetujuan
daripada pesakit atau ahli keluarga pesakit berkenaan. Peraturan ini ditentukan dan perlu
dipatuhi. Memang ada kekecualian dalam peraturan yang ada atau kadang-kadang peraturan
itu bertentangan antara satu dengan yang lain tetapi yang jelas ialah satu peraturan sahaja
boleh digunakan dalam satu-satu situasi.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 15


3.3 Meramal Kesedaran Etika Seorang Profesional

Tahap kesedaran etika seseorang Profesional dipengaruhi oleh beberapa faktor. Sesuatu
tingkahlaku sama ada beretika atau tidak beretika itu adalah hasil dari interaksi beberapa
unsur kompleks iaitu antara perkembangan moral dengan beberapa pembolehubah lain
seperti ciri-ciri individu, struktur organisasi, budaya kerja dan tahap kritikal sesuatu isu itu.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 16

Anda mungkin juga menyukai