Anda di halaman 1dari 16

PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN

PROFESIONAL

(PENGUATKUASAAN PERATURAN,
AUTONOMI, KOD ETIKA & PENDEKATAN
BARU)

KULIAH 11
PENGENALAN

 Bagaimana memastikan setiap profesional mematuhi segala tanggungjawab yang


telah diamanahkan?

 Bagaimana mengelakkan perbuatan salah laku dan pelanggaran norma-norma


profesional berlaku?

 Secara umumnya, semua profesion mempunyai norma- norma yang telah dikenalpasti
dan dikuatkuasakan oleh profesion masing-masing.

 Namun adakah sistem ini benar-benar berkesan?


PENGUATKUASAA
AUTONOMI
N PERATURAN KOD ETIKA
PROFESIONAL
SENDIRI
PENGUATKUASAAN PERATURAN
SENDIRI
MENJADI AHLI PROFESIONAL
 Seseorang perlu menjadi ahli dalam badan profesional masing- masing untuk mendapatkan
lesen (tauliah) sebelum menjadi pengamal persendirian.
 Matlamat utama adalah untuk melindungi orang awam daripada perbuatan yang tidak
beretika dan tidak kompeten seseorang profesional.
 Seseorang dianggap mempunyai sikap beretika yang mencukupi kalau tidak melanggar
peraturan dan undang-undang dan selari dengan kehendak masyarakat.
 Kriteria etika (moral) kadang-kadang agak kabur dan memerlukan penjelasan. Kekeliruan
ini mungkin akan mewujudkan sikap diskriminasi dan prasangka.
 Beberapa contoh yang menggambarkan kepentingan awam dan profesional yang tidak
selari:

 Menghadkan jumlah kemasukan profesional dalam sesuatu bidang profesion dapat


melindungi pendapatan ahli-ahlinya. Golongan yang berpendapatan rendah tidak
mendapat perkhidmatan yang secukupnya.

 Peguam berusaha mengekalkan pelbagai bentuk transaksi dan perbalahan berkaitan


dengan perundangan. Kajian menunjukkan bahawa 23% daripada semua tuntutan kes
kemalangan jalan raya masuk ke saku peguam.
AUTONOMI PROFESIONAL
 Autonomi profesional mempunyai 2 bidang utama:
 soal penguatkuasaan norma-norma profesional
 soal pengurusan aktiviti professional

 Tiga hujah kuat yang menyokong perlunya autonomi:

KEPAKARA KERAHSIAA
KEBEBASAN
N N
 Kepakaran
 pengolahan data kepada pola pola dan penggunaan prinsip umum dan peraturan
 hujah menentang kepakaran profesional:
 sukar bagi profesional bersikap tidak berat sebelah dalam penilaian

 Kebebasan
 Pentingnya membuat penilaian secara bebas
 hujah menentang ciri kebebasan
 kekuatan hujah kebebasan sebenarnya berbeza-beza mengikut keadaan

 Kerahsiaan
 Melibatkan perhubungan profesional-klien
 Pertikaian antara kerahsiaan dengan autonomi profesional
 kerahsiaan bukan satu kemestian utama yang menentukan autonomi seseorang profesional
KOD ETIKA
 Merupakan dokumen rasmi yang menyatakan nilai-nilai utama sesebuah organisasi dan
peraturan-peraturan yang diharapkan dipatuhi oleh semua ahli dalam organisasi tersebut.
 Pada umumnya kod etika menekan perkara-perkara berikut:
 Norma-norma professional yang perlu dipatuhi.
 Akauntabiliti dan tanggungjawab professional.
 Bentuk-bentuk penyelewengan yang perlu dihindarkan.
 Bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan.
 Norma-norma profesional yang diterjemahkan dalam tingkah laku yang khusus.

KELEMAHAN KOD ETIKA :


 Fungsi kod etika hanya dianggap sebagai panduan umum tentang tingkah laku dan
BUKAN untuk menyelesaikan masalah etika yang dihadapi dalam pelbagai situasi.
PENDEKATAN BARU
Tiga pendekatan diketengahkan untuk menghalang atau menghukum
perbuatan salah laku professional :

PENGLIBATAN PENGUATKUASAA
ORANG BIASA N YANG BERKESAN

MOTIVASI
KEPATUHAN
A) Penglibatan Orang Biasa

 Orang biasa mempunyai kemampuan untuk menilai tingkah laku profesional di


mana penilaian awam menunjukkan perspektif masyarakat.

 Pembentukan norma melalui peraturan sendiri adalah kurang berjaya.

 Bukti menunjukkan bahawa orang awam telah melibatkan diri dalam


menguatkuasa norma-norma profesional dengan jayanya.

 Mereka juga mempunyai kompetensi seperti peguam dan membuat penilaian


terhadap perbuatan salah laku.
B) Penguatkuasaan yang Berkesan

 Asas kepada disiplin profesional itu sendiri


 Asas untuk tindakan disiplin hendaklah diperluaskan untuk meliputi semua bentuk salah laku profesional. Kriterianya
mestilah lebih jelas dan menyeluruh.

 Setiap profesional sepatutnya melaporkan salah laku profesional lain kepada pihak tertentu
 Tugas ini tidak sepatutnya dikhususkan kepada profesional lain sahaja, klien dan orang bukan profesional juga boleh
berbuat demikian.

 Penyiasatan yang menyeluruh terhadap tuduhan salah laku profesional


 Siasatan tidak semestinya berdasarkan aduan klien semata- mata, kerana dalam kes-kes tertentu, profesional dan klien
bersuhabat.
 Misalnya, seorang jurutera bersuhabat dengan kontraktor (klien) untuk menggunakan bahan binaan yang tidak bermutu.
 Sementara seorang akauntan mungkin berpakat dengan kliennya dalam usaha mengurangkan jumlah cukai yang
sepatutnya dibayar.

 Proses dan prosedur untuk melaksanakan tindakan disiplin terhadap profesional yang ternyata melakukan
perbuatan tidak beretika
 Hukuman yang setimpal dengan kesalahan perlu dikenakan seperti menarik lesen profesional berkenaan.
 Pelaksanaan tindakan tatatertib di kalangan profesional mempunyai kelemahan
tersendiri:

 Hukuman tidak dapat dijalankan dengan segera kerana terpaksa melalui beberapa
proses yang memakan masa yang panjang

 Berkaitan dengan bidang kuasa yang berlainan dan pelbagai. Di Amerika Syarikat,
lesen seorang doktor boleh digantung di negeri tertentu tetapi doktor yang sama
boleh mendapatkan lesen baru di negeri lain. Di Malaysia, masalah ini tidak timbul
kerana semua doktor di bawah pengawasan Majlis Perubatan Malaysia yang
dipusatkan.

 Masalah tentang kerahsiaan proses yang dijalankan. Misalnya, nama-nama


profesional yang dituduh melakukan salah laku tidak didedahkan kepada umum.
C) Motivasi Kepatuhan

 Kepatuhan terhadap norma-norma profesional adalah hasil pendidikan berterusan


yang menekankan tentang kesedaran dan komitmen.

1. Kaedah penyerapan
Semua pertimbangan etika diserapkan dalam semua bidang pendidikan
2. Kursus etika profesional
Tujuannya untuk memberi peluang kepada peserta supaya memahami konsep
etika.
3. Pendidikan klinikal
Untuk memahami isu-isu etika dalam keadaan sebenarnya.
 Selain itu, tempat dan tekanan dari rakan profesional adalah penting
untuk menentukan kepatuhan seseorang itu terhadap profesionnya.

 Kegiatan seseorang profesional yang agak tertutup dan jauh


daripada pengawasan rakan profesional lain menyebabkan
kepentingan diri mengatasi segala- galanya.

 Misalnya, mengenakan bayaran sesuka hati dan bersubahat dengan


golongan berkepentingan demi menjamin pendapatan yang
berterusan.
KESIMPULAN
 Penguatkuasaan peraturan sendiri kurang berkesan keranaamalan salah laku masih berlaku di
kalangan profesional.

 Peraturan profesional hanya menekankan soal keahlian dalam persatuan dan pemberian lesen
dan tidak lebihdaripada itu.

 Golongan profesional berpendapat bahawa hanya merekalah yang berkepakaran untuk menilai
perbuatan salah laku profesional lain.

 Sebenarnya, orang awam juga boleh menilai tingkah laku profesional lebih berkesan kerana ia
melibatkan perhatian umum terhadap kes-kes tertentu.

 Kod Etika – kandungan yang terlalu luas, kabur dan tidak khusus.

 3 pendekatan baru – penglibatan orang biasa,penguatkuasaan yang baru & motivasi kepatuhan.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai