Anda di halaman 1dari 21

OBLIGASI TERHADAP

PROFESION
KULIAH 9
GOLONGAN PROFESIONAL

• Kumpulan atas dari segi prestij, kedudukan dan kuasa


dalam struktur sosial masyarakat.

• Kumpulan paling terpelajar dalam masyarakat dan dapat


memberikan kepimpinan di luar bidang profesion masing-
masing.

• Golongan pembuat keputusan yang akan mempengaruhi


orang lain.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP
KEBAIKAN UMUM MELIPUTI 3 ASPEK

1. Kepimpinan sosial
• Menceburkan diri secara aktif dan memimpin organisasi-organisasi sukarela,
suruhanjaya-suruhanjaya kerajaan dan lain-lain.

2. Peningkatan pengetahuan dan reformasi


• Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran selari dengan perkembangan
ilmu melalui penyelidikan dan reformasi.

3. Mengekalkan dan menambah peranan profesion berkenaan


• Selari dengan keperluan dan harapan masyarakat yang bertambah kompleks
agar golongan profesional terus dihormati dan disanjungi
PENYELIDIKAN DAN REFORMASI.
• Menjalankan penyelidikan dalam bidang profesion masing- masing
merupakan tanggungjawab profesional.

• Merekalah yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

• Mereka juga mempunyai ilmu untuk menjalankan penyelidikan.

• Manakala reformasi boleh dilakukan oleh golongan bukan profesional


setelah mendapat persetujuan dan bantuan sepenuhnya daripada
golongan profesional.
PENYELIDIKAN TERHADAP MANUSIA
3 Unsur utama dalam aspek persetujuan :
• Kemampuan untuk memahami dan membuat pilihan

• Penerangan tentang prosedur percubaan , alternatif , risiko dan faedah bagi


setiap pilihan yang dibuat.
a) Menggunakan istilah perubatan yang mudah difahami oleh orang biasa.
b) Menjelaskan alternatif yang sedia ada.
c) Menerangkan dan menjangkakan risiko yang akan dihadapi.

• Persetujuan yang bebas dan secara sukarela.

**Perlu Diingat! Hasil penyelidikan tidak mendatangkan kemudaratan


REFORMASI

GOLONGAN GOLONGAN TIDAK


PROFESIONAL PROFESIONAL

TIDAK
MELIBATKAN
MELIBATKAN
UNDANG-UNDANG
UNDANG-UNDANG

CONTOH : CONTOH :
PERTUKARAN PERMOHONAN
HAK MILIK TANAH PENAMBAHAN
ELAUN

REFORMASI.
MENGHORMATI PROFESION

• Profesional sepatutnya memberikan gambaran bahawa


mereka sentiasa menghormati diantara satu sama lain.
• Profesional bertanggungjawab memberikan maklumat
tentang kecacatan dan peribadi bakal profesional.
• Profesional bertanggungjawab memikul beban bersama.
ISU IDENTIFIKASI
• Boleh diertikan sebagai:
• Kumpulan profesional yang dikaitkan dengan kepentingan
pihak tertentu.
• Isu identifikasi timbul akibat kegagalan menyediakan
perkhidmatan yang sama rata kepada semua pihak.
OBLIGASI GOLONGAN PROFESIONAL
TERHADAP PROFESION MEREKA

• Memelihara dan mengukuhkan imej profesion mereka.


• Mempertingkatkan imej profesion mereka.
• Memastikan profesion mereka selari dengan kehendak
masyarakat.
• Mengelakkan berlakunya isu identifikasi.
MEMELIHARA DAN MENGUKUHKAN IMEJ PROFESION MEREKA
• Menunjukkan kualiti kerja yang baik.
- Dengan cara mematuhi kod etika profesion mereka.

• Menerapkan nilai-nilai murni dalam profesion mereka


- Adanya sikap adil dan saksama.
- Tidak mengautkan keuntungan semata-mata.
MEMPERTINGKATKAN IMEJ PROFESION
MEREKA
• Memberi teladan yang baik kepada masyarakat
Cth: Dalam sejarah kedoktoran, Pasteur, Curie, Fleming & Jenner adalah
doktor-doktor termasyhur yang telah memberi teladan yang baik sehingga
belia hari ini bercita-cita menjadi doktor.

• Menjalankan reformasi ke arah kebaikan.


Cth: Undang-undang jalan raya diperketat untuk mengelakkan berlakunya
kemalangan.
MEMPERTINGKATKAN IMEJ PROFESION
MEREKA

• Menjalankan penyelidikan
-Cth: Pada Disember 1995, kejayaan sepasukan pakar bedah telinga yang
diketuai oleh Prof. Dr Lokman Said, Pakar Bedah dan Perunding Kanan
Otorinolarigologi, HUKM melakukan pacakan koklear ke atas seorang
pelajar dari Kelantan.

Kejayaan ini adalah berkat penyelidikan yang dibuat oleh beliau sehingga
mereka yang mempunyai masalah pendengaran dapat mendengar
semula.
MEMASTIKAN PROFESION MEREKA SELARI
DENGAN KEHENDAK MASYARAKAT
• Cth: Seorang jurutera perlu menyediakan kediaman yang
memenuhi kehendak masyarakat sekarang.

MENGELAKKAN BERLAKUNYA ISU


IDENTIFIKASI
• Dalam sebarang urusan, tidak memilih klien
KEPENTINGAN IMEJ TERHADAP
PROFESIONAL
• Masyarakat lebih menghormati dan lebih mempercayai suatu
sistem yang dibangunkan/ dikaitkan oleh sesuatu profesion

✓Sistem dapat berfungsi dengan baik


• cth: sistem pembayaran saman melalui internet dapat diterima pakai
oleh masyarakat sekarang kerana lebih mudah dan menjimatkan
masa serta selamat.
• Memenuhi kod etika profesion
 Kod etika profesional ditekan melalui 3 aspek
• Memberi gambaran bahawa mereka sentiasa menghormati antara satu sama
lain
• Bertanggungjawab memberikan maklumat tentang kecacatan dan peribadi
bakal profesional yang akan diterima masuk dalam profesion mereka
• Memikul beban bersama untuk memenuhi peranan sosial profesion masing-
masing.
Profesion tersebut dapat mempengaruhi masyarakat.
• Dalam membuat sebarang keputusan/perubahan pendapat golongan
profesional akan diambil kira.
• cth: perbincangan untuk menaikkan taraf kawasan kampung akan
dirujuk dengan jurutera tertentu agar lebih terancang dan berjalan
lancar dan masalah-masalah tertentu dapat dikenalpasti.
Meningkatkan imej negara.
• Dapat membentuk negara yang maju dengan adanya ramai
golongan profesional yang beretika dan berimej baik.
• Cth : Golongan profesional merekacipta teknologi dan inovasi
terbaru yang dapat diterima oleh pasaran luar.
RUMUSAN
• Setiap profesional mempunyai obligasi terhadap profesionnya.Ianya
merupakan komitmen seseorang profesional terhadap profesionnya
secara keseluruhan.
• Disamping itu profesional juga mempunyai tanggungjawab yang besar
untuk mempertingkatkan amalan nilai-nilai dalam masyarakat.
• Profesional mempunyai tanggungjawab untuk melakukan penyelidikan
dan reformasi agar pengetahuan dan kemahiran mereka sentiasa
berkembang selaras dengan peredaran masa
• Asas dalam penyelidikan dan reformasi ialah kebebasan dimana mereka
perlulah bersifat telus dalam mendedahkan semua hasil kajiannya
• Dalam konteks ini,profesional mestilah bersikap adil terhadap
subjek kajian,dimana mereka perlulah diberitahu secara
terperinci tentang penyelidikan tersebut,dan diberi kebebasan
untuk membuat pilihan.
• Usaha untuk menghormati profesion patut dikekalkan. Ini
adalah penting kerana membolehkan profesional berfungsi
dan terus memberi sumbangan kepada kebaikan untuk
semua.
• Profesional bertanggungjawab memberikan keterangan atau
bukti kepada pihak berkuasa tentang salah laku golongan
profesional lain.
• Mereka juga bertanggungjawab terhadap kepentingan dan
tingkah laku kliennya dan cara mereka mewakilinya. Ini adalah
penting untuk memastikan mereka terus dihormati. Usaha ini
patut terus dikekalkan.
• Hal ini penting untuk membolehkan profesion berfungsi dan
memberi sumbangan kepada kebaikan untuk semua
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai