Anda di halaman 1dari 17

BAB 9

OBLIGASI TERHADAP PROFESION


OBJEKTIF
• Selepas mempelajari topik ini, pelajar seharusnya akan
dapat:
1. Mengenal pasti tanggungjawab untuk kebaikan awam di
kalangan profesional.
2. Memahami peranan penyelidikan dan reformasi dalam
mempertingkat imej sesuatu profesion.
3. Mengenal pasti bentuk tanggungjawab profesional
dalam menghormati profesionnya.
4. Memahami masalah mengekalkan imej profesion di
kalangan masyarakat umum.
KEBAIKAN AWAM

PENYELIDIKAN &
REFORMASI

MENGHORMATI
PROFESION
KEUNIKAN PROFESIONAL

• Tanggungjawab terhadap kebaikan awam


meliputi 3 aspek:
1. Kepimpinan sosial
2. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran
3. Mengekalkan dan menambah peranan
profesional berkenan.
KEPIMPINAN SOSIAL

MENGEKALKAN TANGGUNGJAWAB
DAN TERHADAP
MENAMBAH KEBAIKAN AWAM
PERANAN
PENINGKATAN
PENGETAHUAN DAN
KEMAHIRAN
KEPIMPINAN SOSIAL
• Memandangkan golongan profesional
diletakkan pada status yang tinggi dalam
struktur sosial masyarakat mereka juga
diharapkan agar menceburkan diri secara aktif
dan memimpin organisasi-organisasi sukarela,
suruhanjaya-suruhanjaya kerajaan dan lain-lain.
• Patut diingat bahawa peranan ini bukan
berdasar kepada kepakaran dan kemahiran yang
dimiliki tetapi berdasarkan status sosialnya.
PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN
KEMAHIRAN
• Dari semasa ke semasa profesional juga harus
mempertingkat pengetahuan dan kemahiran
selari dengan perkembangan ilmu yang begitu
pesat hari ini.
• Pada keseluruhannya semua profesion
mempunyai tanggungjawab untuk melakukan
penyelidikan dan reformasi walaupun
penekanannya sahaja yang berbeza.
MENGEKALKAN DAN PENAMBAHBAIKAN
PERANAN PROFESION
• Peranan profesional patut dikekalkan dan ditambah
dari semasa ke semasa selari dengan keperluan dan
harapan masyarakat yang bertambah kompleks.
• Tujuannya agar golongan profesional terus dihormati
dan disanjung kerana manfaat yang diperoleh oleh
masyarakat turut bertambah.
• Walau bagaimanapun, masalah etika masih tidak dapat
dielakkan sekiranya profesional menggunakan
kepakaran dan kedudukannya untuk kepentingan diri
yang kadang-kadang bertentangan dengan
kepentingan masyarakat.
KESAN KEPADA PROFESIONAL SEKIRANYA
TIADA PENAMBAHBAIKAN
• Prestasi dan imej profesional akan luntur di
mata masyarakat.
• Kiranya profesional gagal mematuhi etika yang
ditetapkan, ia akan memberi kesan negatif
pada pandangan masyarakat.
• Kepercayaan pada profesional akan beralih
kepada orang lain.
PENYELDIKAN &
REFORMASI
KENAPA PERLU PENYELIDIKAN?
Input baru kepada profesion
Profesional berkaitan lebih layak buat penyelidikan dalam
bidangnya.
 Ilmu khusus ada pada profesional berkenaan.

2 PERSOALAN BERKAITAN PENYELIDIKAN DAN REFOMASI:


Siapa patut melakukannya?
Siapa patut membiayai penyelidikan dan refomasi?
= Profesion berkenaan perlu menentukan mereka
yang berminat dan berkemampuan untuk
melakukannya. Perlu ada tolak ansur antara profesional.
Sumber kewangan penyelidikan
• Pada dasarnya terdapat tiga sumber:
1. Perseorangan (individu)
2. Kerajaan
3. Syarikat swasta.
• Di Malaysia, geran penyelidikan di bawah
IRPA anjuran Kementerian Sains dan Alam
Sekitar memberikan peluang kepada
profesional pelbagai bidang untuk
menjalankan penyelidikan jangka panjang.
GUAMAN

REFORMASI
MENGHORMATI PROFESION
• Disebabkan kedudukan profesion tertentu dalam
masyarakat.
* Ada keperluannya : agar terus dihormati.
* Contoh : kehakiman, guaman (peguam,
pendakwa raya)
• Kelainan, kehebatan dipamerkan: jenis pakaian
berlainan. Orang ramai berdiri bila hakim masuk
mahkamah.
• Seorang profesional dan bidang profesion umumnya
amat perlu berhati-hati agar masyarakat tidak hilang
kepercaya an kepadanya.
“kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”
PERSOALANNYA: BAGAIMANA DAPATKAN
PENGHORMATAN?
1. Memberikan gambaran bahawa mereka sentiasa
menghormati satu sama lain (teguran, kritikan, tidak
bersubahat, beri keterangan).
2. Bertanggungjawab memberikan maklumat tentang
kecacatan dan peribadi bakal profesional yang akan
masuk dalam bidang profesional mereka.
3. Bertanggungjawab memikul beban bersama untuk
memenuhi peranan sosial profesion masing-masing.
Tanggungjawab profesion pada keseluruhannya
harus dipikul secara bekerjasama, adil dan saksama.
SETIAP PROFESION PENTING MENGELUARKAN
KOD ETIKANYA YANG TERSENDIRI.

• Perkara asas ialah persoalan nilai etika


tinggi yang perlu dipelihara.
• Kedua, nilai-nilai lain seperti keadilan,
kejujuran dan sebagainya.
• Perhatikan sebahagian janji yang perlu
ditunaikan dalam sebuah badan
profesional.
1. Seorang jurutera hendaklah tidak dengan jahat
atau ganas merosakkan atau cuba
merosakkan, sama ada secara langsung atau
tak langsung, kewibawaan, harapan atau
perniagaan seorang jurutera lain.

2. Seorang jurutera hendaklah tidak


mendedahkan sebarang maklumat berkenaan
perniagaan majikannya atau majikannya pada
masa lampau.

Anda mungkin juga menyukai