Anda di halaman 1dari 18

ETIKA PROFESIONAL

MPU 2223

DISEDIAKAN OLEH:
CIK NORFADHILAH BINTI SALAMA @ SALAMAT
PENGENALAN
ETIKA PROFESIONAL
Etika :
Perkataan ethics (etika) berasal daripada
Yunani ethos yang bermaksud kualiti akhlak
yang membentuk seseorang (character).

Profesional:
Golongan profesional terdiri daripada mereka
yang terlibat dalam profesion tertentu.



Perkataan profesion disinonimkan dengan
pekerjaan.

Menjadi profesional dalam sesuatu profesion
bermaksud seseorang itu menganggap
profesioannya sebagai aktiviti yang menjadi
sumber pendapatan tetap.

Mengikut Martin dan Schiuzer (1996) dan
Bayles (1981), perkataan profesion dan
profesional hanya boleh digunakan dalam
bidang pekerjaan tertentu yang memenuhi
kriteria khusus seperti berikut:
- Ilmu pengetahuan
- Latihan intensif dan berterusan
- Perkhidmatan penting untuk masyarakat
- Badan profesional
- Pensijilan (Pertauliahan)
- Bersifat autonomi


Perkataan profesion dan profesional
membawa konotasi positif dan status yang
tinggi tentang bidang profesion seseorang itu.
JENIS PROFESION
Jenis profesion dapat dibahagikan kepada dua
kumpulan, iaitu:
- Profesional perunding
- Profesional bergaji.

Profesional Perunding
Profesional perunding biasanya bertindak bagi
pihak individu yang menjadi kliennya.

Masalah etika banyak berlaku di kalangan
profesional perunding kerana segala
keputusan dan penilaian terpaksa dibuat
sendiri.


Terdapat tiga ciri utama profesional
perunding:
i) Mereka memberikan perkhidmatan penting.
ii) Mempunyai monopoli
iii) Dapat mengawal tingkah laku mereka
sendiri.
Profesional Bergaji
Profesional bergaji yang makan gaji biasanya
mempunyai banyak klien atau tiada langsung
pada satu-satu masa. Mereka menjalankan
tugas seperti yang diarahkan oleh pihak
atasan institusi tempat mereka bekerja.

Profesional bergaji kurang berdepan dengan
masalah etika dan kalau ada pun mereka
membiarkan pihak atasan untuk
menyelesaikannya.
Pembentukan Etika Individu
Pengaruh keluarga
Pengaruh rakan
Pengalaman hidup
Nilai peribadi dan prinsip moral Seseorang
yang terlalu mementingkan kejayaan pangkat dan
kewangan sering kali bertindak berdasarkan
keuntungan tanpa mengira kesannya terhadap
orang lain.
Faktor keadaan - Faktor keadaan juga boleh
mempengaruhi tindakan seseorang yg boleh
menyebabkan seseorang melanggar etika
tersebut. Contohnya seorang ahli perniagaan
boleh bertindak mengubah keuntungan
perniagaan untuk mengurangkan cukai yang akan
dikenakan.

Faktor Perbuatan Tidak Beretika
Peningkatan bilangan ahli profesional yang
ketara.
Gaya kehidupan msyarakat moden yang
terikat dengan teknologi yang pesat
berkembang dan sistem perundangan yang
kompleks.
Masalah kekaburan tentang pertimbangan
etika atau prinsip yang perlu diaplikasi dalam
situasi tertentu.
Alasan yang boleh menimbulkan konflik.

Tiga Isu Utama
Memberikan perkhidmatan profesional yang
sama tanpa diskriminasi.
Hubungan antara golongan profesional
dengan pelanggan.
Kesan tingkah laku golongan profesional
terhadap pelanggan.
Etika Profesional Menekankan Isu
Berikut:
Menjaga kepentingan indicidu, masyarakat
dan alam sekitar secara berterusan.
Mengelakkan daripada berlakunya konflik.
Mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
Langkah Mengatasi
Kenal pasti faktor etika yang releven dan
alasannya.
Sediakan tindakan alternatif untuk
menyelesaikan masalah.
Kenalpasti implikasi setiap tindakan.
Berbincang dengan rakan untuk mendapatkan
cadangan dan alternatif tertentu.

Anda mungkin juga menyukai