Anda di halaman 1dari 14

BAB 1: SKOP & KAJIAN ETIKA PROFESIONAL

PENGENALAN

Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada definisi etika secara umum serta implikasinya. Selain itu,
topik ini juga membincangkan definisi dari aspek profesion, profesional dan profesionalisme. Akhir sekali,
kepentingan etika, mengapa perniagaan harus beretika dan pembentukan etika individu turut dibincangkan.
Tujuan utama pelajari bab ini adalah untuk membantu anda menyelesaikan dilema-dilema dalam
pengurusan harian anda.

PERTIMBANGAN MORAL DAN TEORI ETIKA


 Adakah anda sedar bahawa masalah etika yang berkaitan dengan pengurusan sesebuah organisasi
adalah sangat kompleks? Malah masalah tersebut boleh menjadi lebih kompleks dengan
penglibatan faktor-faktor berikut iaitu:
a) Akibat yang berpanjangan
b) Alternatif yang pelbagai
c) Hasil yang bercampur
d) Akibat yang tidak pasti
e) Implikasi peribadi

Tahukah anda bahawa masalah etika bersifat merebak? Oleh kerana itu pengurus perlu membuat keputusan
dan mengambil Tindakan yang boleh memberi kesan kepada orang lain. Keputusan dan Tindakan
pengurus perlu ditangani dan analisis moral harus dilakukan apabila:
i. Ia memberi kesan negatif kepada orang lain
ii. Ia memudaratkan atau mencederakan orang lain yang di luar kawalan mereka

DEFINISI ETIKA
Pembentukan etika yang baik adalah bermula daripada diri seseorang individu itu sendiri. 
Seseorang itu perlu memiliki satu set panduan dan peraturan yang berhubung kait dengan
tingkah laku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan.  Dengan
berasaskan etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan
seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang individu.  Secara umumnya etika
merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada
makna sesuatu tindakan.  Etika tidak bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi
merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan
tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

Daripada sudut bahasa, etika atau ’ethics’ bermaksud sikap dan adat yang menentukan
tingkah laku sesuatu golongan.  White (1993) mendefinisikan etika sebagai salah satu
cabang falsafah yang berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan
manusia.  Falsafah etika adalah berbeza daripada undang-undang keagamaan dan
budaya.  Pendekatan secara peribadi kepada etika adalah menerusi kajian tingkah laku
tentang moraliti melalui rasional yang dilihat kepada kehidupan manusia.  Menurut
Sahakian et.al. (1993), etika berasal daripada bahasa Greek kuno iaitu ethos yang
bermaksud ”falsafah moral”.  Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang
merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik.  Liputan etika adalah lebih luas daripada
menganalisis apa yang betul dan salah.  Salah satu aspek utama etika ialah ”kehidupan
baik”, iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan.  Pencarian summum bonum atau
”kebaikan yang terbaik” merupakan salah satu isu utama dalam etika.  Tindakan yang betul
akan membuahkan kebaikan yang terbaik, manakala tindakan yang tidak bermoral akan
mengakibatkan hasil yang sebaliknya.

Etika boleh juga didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral, iaitu
sesuatu yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan tindakan seseorang itu sama ada
baik ataupun buruk (Ahmad Khamis, 1999).  Berdasarkan definisi etika yang telah
dibincangkan, etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan,
benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan dan sebagainya.  Oleh itu dapatlah
disimpulkan bahawa etika ialah prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab untuk
menentukan tindakan yang diambil oleh seseorang individu itu boleh diterima daripada segi
moral atau sebaliknya.  Setiap individu perlu mempunyai etika yang boleh diterima oleh
setiap anggota masyarakat di sekelilingnya.  Individu yang tidak mempunyai etika yang
seimbang akan membawa kepada konflik sosial seperti rasuah, pecah amanah, tidak
bertanggungjawab, cuai dalam tugas dan sebagainya.
IMPLIKASINYA YANG HARUS DIPERTIMBANGKAN DALAM ETIKA
a) Etika didefinisikan oleh individu. Hanya orang sahaja mempunyai etika, sedangkan organisasi
tidak mempunyai etika;
b) Apa yang membentuk kelakuan beretika boleh berbeza antara seorang dengan yang lain;
c) Etika bersifat relatif; ia bukan mutlak. Ini bermaksud bahawa walaupun sesuatu kelakuan itu
dianggap beretika mengikut kaca mata orang yang melihat, ia biasanya perlu akur kepada norma-
norma sosial yang diterima umum.

DEFINISI PROFESION, PROFESIONAL, DAN PROFESIONALISME

i. Profesion
 Pekerjaan yang memerlukan kelayakan berpendidikan tinggi dan yang
melalui latihan khusus dan berterusan.
 Difahami sebagai pekerjaan

ii. Profesional
 Individu yang berkemahiran melaksanakan pekerjaan sepenuh masa dengan
cekap.
 Orang yang menganggap profesion individu itu sebagai suatu pekerjaan dan
sumber pendapatan utamanya.
 Professional terbahagi kepada dua iaitu PROFESSIONAL PERUNDING dan
PROFESSIONAL BERGAJI.

 PROFESIONAL PERUNDING:
i. Bertindak bagi pihak individu yang menjadi kliennya
ii. Masalah bayaran, pengagihan dan hubungan dengan klien boleh menjadi masalah
utama
iii. Lebih berdepan dengan masalah etika kerana penilaian dan keputusan dibuat
sendiri dan terdedah dengan kepentingan diri.
iv. Tiga ciri utama profesional perunding:
 Memberikan perkhidmatan penting
 Mempunyai monopoli dalam profesion dan perkhidmatan yang diberikan.
 Boleh mengawal tingkah laku sendiri kerana telah menjalani latihan
intelektual yang secukupnya.

 PROFESSIONAL BERGAJI:
1. Bekerja makan gaji dan bukan sebagai usahawan
2. Biasanya mempunyai banyak klien
3. Menjalankan tugas seperti yang di arah oleh majikannya
4. Kurang berdepan dengan masalah etika dan biasanya diselesaikan oleh
majikannya.
5. Bekerja dengan majikan
 TEKENAN YANG DIHADAPI OLEH PROFESIONAL
 Peningkatan bilangan professional yang tidak beretika kemungkinan berlaku.
 Gaya kehidupan masyarakat moden terikat dengan teknologi yang pesat
berkembang dan system perundangan yang kompleks.

iii. Profesionalisme
 Kecekapan dalam perlaksanaan sesuatu tugas sebagai mana yang
sewajarnya dilakukan oleh seorang professional.
 Tahap kecekapan dan akauntabiliti yang seharusnya didukung oleh
seseorang professional.

Menurut Martin & Schiuzer (1996) dan Bayles (1981)

 Profesion dan professional hanya boleh digunakan untuk bidang pekerjaan tertentu yang
mempunyai krteria berikut:
a) Ilmu pengetahuan
 Ilmu dari segi ‘bagaimana’ dan ‘apa’ kemahiran yang diperlukan
 Ilmu teori
 Pengetahuan dan kemahiran tinggi
 Perlu ilmu yang mencukupi dan mendalam untuk membuat penilaian
dan melakukan budi bicara.

b) Latihan intensif dan berterusan


 Belajar hingga ke IPT seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain
 Mengikuti kursus komponen intelektual di universiti selama 4-6 tahun.
 Kemudian menjalani latihan pratikal berkaitan ilmu teori yang dipelajari
 Berbeza dengan tukang gunting rambut, tukang jahit yang berkemahiran fizikal.

c) Perkhidmatan penting untuk masyarakat


 Diperlukan oleh masyarakat setiap masa, segenap lapisan, di semua kawasan

d) Badan professional
 Di Malaysia – Doktor (Persatuan Perubatan Malaysia), Peguam (Majlis Peguam
Malaysia), Jurutera (Lembaga Jurutera Malaysia), Arkitek (Pertubuhan Arkitek Malaysia)
dan Akauntan (Institut Perakaunan Malaysia).
 Bertanggungjawab menentukan: standard kemasukan, kod etika, mengawal tingkah laku
ahli dan juga mewakili pihak masyarakat dan kerajaan.
e) Pensijilan
 Perlu mendapatkan sijil atau lesen yang dikeluarkan oleh Badan Profesional masing-
masing.

f) Bersifat autonomi
 Membuat keputusan penting dalam hal-hal berkaitan profesionnya.
 Mewujudkan autonomi moral dalam kalangan professional
 Autonomi moral bermaksud kebolehan menggunakan pandangan moral yang sesuai
berdasarkan asas-asas kemanusian.

DEFINISI ETIKA PROFESIONAL

Profesional boleh ditakrifkan sebagai keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan


sesuatu tanggungjawab berdasarkan ilmu, latihan dan kepakaran.  Etika professional pula
merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang profesional.  Menurut Mohd
Janib Johari (2001), etika profesional merupakan satu alat kawalan sosial terhadap
golongan profesional yang membolehkan organisasi dan masyarakat mengawasi dan
menilai tingkah laku mereka dari semasa ke semasa.  Secara ringkasnya, etika profesional
boleh disimpulkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral,
profesional dan nilai. Dalam erti kata lain, etika profesional merujuk kepada nilai-nilai moral yang
dibentuk oleh sekumpulan orang yang terlatih dalam bidang yang sama untuk mengawal prestasi tugas
atau penggunaan sumber mereka.

Dalam sesuatu profesion, etika profesional dijadikan sebagai panduan oleh setiap
kakitangan dalam melakukan tugasan yang mereka pikul.  Etika tersebut perlu dipatuhi
untuk mengelakkan sebarang masalah atau konflik sosial seperti jenayah ketika
menjalankan tanggungjawab.  Kesimpulannya, etika profesional ialah satu garis panduan
yang bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin, kualiti dan produktiviti seseorang
kakitangan dalam sesebuah organisasi.  Etika profesional memberi penekanan terhadap
semua aspek yang berkaitan dengan peraturan, peradaban, peranan nilai serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat.  Prinsip etika ini perlu difahami dan diaplikasikan oleh setiap
anggota masyarakat dalam apa juga perkara yang dilakukan. Golongan profesional
menerapkan peraturan-peraturan dan nilai-nilai budaya professional mereka sama seperti
menerap nilai masyarakat. Mereka mematuhi secara refleksif peraturan peraturan dan nilai-
nilai profesional apabila memutuskan bagaimana mereka harus berkelakuan. Sesetengah
organisasi mempunyai banyak kumpulan kakitangan professional (seperti jururawat,
peguam, penyelidik, doktor dan akauntan) di mana kelakuan mereka dikawal oleh etika
profesional. Etika profesional membantu membentuk budaya organisasi dan menetapkan
nilai-nilai yang dipakai oleh ahlinya dalam urusan mereka dengan para pihak
berkepentingan. Kebanyakan kumpulan profesional dibenarkan menguatkuasa piawai etika
profesion masing-masing. Malah, kumpulan profesional (seperti doktor dan peguam) boleh
diharamkan daripada menjalankan praktik mereka jika mereka didapati mencabuli peraturan
profesional mereka.

ETIKA PROFESIONAL MENEKANKAN:


1. Menjaga kepentingan individu, masyarakat dan alam sekitar secara berterusan
2. Mengelakkan daripada berlakunya konflik antara kepentingan diri dengan umum
(masyarakat)
3. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan maklumat
tertentu untuk kepentingan diri sendiri.

TIGA ISU UTAMA YANG DIKAITKAN DENGAN KAJIAN ETIKA PROFESIONAL:


 Khidmat tanpa diskriminasi
 Hubungan profesinal dan pelanggan
 Kesan tingkah laku professional terhadap klien.

LANGKAH MENGATASI MASALAH ETIKA:

 Kenal pasti faktor etika yang relevan dan alasan-alasannya


 Kumpulkan semua fakta yang berkaitan dengan factor etika terlibat
 Susun pertimbangan etika mengikut kepentingan untuk diaplikasikan dalam sesuatu
situasi.
 Sediakan tindakan alternative untuk menyelesaikan masalah dilemma tersebut
 Kenal pasti implikasi setiap tindakan.
 Berbincang dengan rakan untuk mendapatkan cadangan dan alternative
 Buat keputusan secara berhati-hati dengan mengambil kira semua factor etika yang
relevan dan factor-faktor lain. (Langkah yang paling sukar)

KEPENTINGAN KAJIAN ETIKA PROFESIONAL:


1. Menyedarkan profesional tentang kepentingan amalan etika dalam profesion
mereka.
2. Mewujudkan autonomi moral iaitu kebolehan menggunakan pandangan moral yang
sesuai dengan asas kemanusian
3. Membina kemahiran tertentu yang membantu professional mengikuti langkah-
langkah tersebut dengan lebih yakin.

KEPENTINGAN ETIKA PERNIAGAAN

a) Etika adalah satu bidang mengenai melakukan perkara yang betul.


b) Peraturan etika melibatkan semua orang. Ia bertujuan untuk mencapai keputusan yang baik
untuk manusia sejagat.
c) Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah
moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.
d) Melahirkan ihsan yang cemerlang
e) Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap
f) Menghasilkan produk yang berkualiti

MASALAH-MASALAH ETIKA DALAM PERNIAGAAN SEMASA

Kurang
kesedaran Tidak memahami Budaya perniagaan
terhadap nilai konsep barakah berasaskan
etika dalam dalam perniagaan kapitalis
perniagaan

Jenayah kolar putih

IMPLIKASI PERBUATAN Pentadbiran menjadi


TIDAK BERETIKA lemah
Pencemaran Alam Sekitar

MENGAPA PERNIAGAAN HARUS BERETIKA?

Sedarkah anda bahawa etika memainkan peranan penting dalam perniagaan? Ini adalah
kerana ia diperlukan dalam semua aktiviti perniagaan. Terdapat dua faktor utama mengapa
perniagaan harus beretika. Dua faktor tersebut diterangkan dalam Jadual 1.1 berikut.

Berikut Adalah Satu Contoh Yang Menunjukkan Kesan Perniagaan Yang Tidak Beretika.
PEMBENTUKAN ETIKA INDIVIDU
Apakah yang menjadikan sesetengah individu beretika dan sesetengah yang lain tidak? Mengapa
sesetengah orang jujur, manakala yang lain tidak? Terdapat lima faktor yang memainkan peranan
penting dalam pembentukan etika individu. Faktor-faktor ini disenaraikan dalam Rajah 1.1 berikut.

a) Pengaruh Keluarga
Kanak-kanak membentuk piawai etika mereka apabila persepsi mereka mula
bertindak balas terhadap kelakuan ibu bapa mereka.
Kanak-kanak lebih berkemungkinan akan menerap piawaian etika yang tinggi apabila
mereka melihat ahli keluarga mereka berpegang kepada piawaian yang tinggi (seperti
bercakap benar). Serta menerima ganjaran kerana mengikutinya, dan dihukum jika
ingkar kepada piawaian tersebut.
Sebaliknya, jika ahli keluarga terlibat dengan kelakuan tidak beretika (seperti tidak
bercakap benar), dan membiarkan anak-anak mereka melakukan perkara yang sama,
maka kanak-kanak tersebut berkemungkinan akan membentuk piawaian etika yang
lebih rendah.

b) Pengaruh Rakan Sebaya


Apabila kanak-kanak memasuki sekolah, mereka dipengaruhi oleh rakan-rakan
sebaya yang berinteraksi dengan mereka setiap hari.
Sebagai contoh, jika rakan sebaya seorang kanak-kanak yang terlibat dengan kegiatan
mencuri, melakukan vandalisme atau menyalahguna dadah, maka kanak-kanak itu
mungkin mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang sama.
Sebaliknya, jika rakan-rakannya mempunyai piawaian etika yang lebih tinggi dan
menolak kelakuan tersebut, maka kanak-kanak berkenaan mungkn akan menerap
piawaian etika yang tinggi.

c) Pengalaman Hidup
Pelbagai peristiwa positif mahu pun negatif membentuk kehidupan manusia dan
mempengaruhi kepercayaan dan kelakuan etika kita.
Peristiwa-peristiwa ini merupakan sebahagian daripada proses pembesaran dan
menjadikan kita lebih matang.
Sebagai contoh, seseorang yang mencuri dan tidak tertangkap tidak akan berasa kesal
dan akan terus mencuri. Walau bagaimanapun, seseorang yang telah tertangkap
mungkin berasa sangat bersalah sehingga mengubah piawaian etikanya dan
memastikan dirinya tidak lagi mencuri pada masa akan datang.

d) Nilai dan Moral Peribadi


Nilai dan moral juga mempengaruhi piawaian etika seseorang. Sebagai contoh,
seseorang yang menjadikan wang dan kemajuan peribadi sebagai keutamaan
tertingginya akan menyerapkan kod etika peribadi yang bersifat mengejar kekayaan.
Dengan itu, ia akan mencuba mendapatkan ganjaran yang diingini dengan tidak
menghiraukan kesannya terhadap orang lain tanpa sebarang belas kasihan.
Sebaliknya, bagi seseorang yang memberi keutamaan kepada keluarganya, dia akan
menyerap suatu piawai etika yang berbeza.
e) Faktor Keadaan
Kadangkala tanpa disangka-sangka, manusia mendapati diri mereka dalam keadaan
yang mendesak mereka bertindak bertentangan dengan pertimbangan baik mereka.
Sebagai contoh, terdapat sesetengah orang yang melakukan pemalsuan akaun
perbelanjaan kerana kesempitan wang.
Pernyataan ini bukan bertujuan untuk mewajarkan ketidakjujuran mereka, tetapi
menjelaskan konteks untuk kita memahami mengapa individu kadangkala boleh
berkelakukan tidak beretika apabila mereka tiada pilihan lain.

ETIKA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seorang usahawan itu dalam membuat keputusan ialah:

 Bagaimana anda melihat masalah tersebut jika anda berada sebelah pihak yang menerima
akibat dari keputusan berkenaan – sakit? Teraniaya? Rugi?
 Kepada siapa dan kepada apa anda memberikan ketaatan anda secara individu atau secara
ahli perniagaan dalam membuat keputusan berkenaan pelabur? Diri anda sendiri?
GARIS PANDUAN DALAM MENENTUKAN PERLAKUAN BERETIKA

 KOD ETIKA
o Kod etika ialah kenyataan amalan etika atau garis panduan yang dipegang oleh
sesebuah perniagaan.
o Antara kelebihannya:

Memberikan makna untuk perbuatan yang diterima atau tidak terima di dalam
organisasi berkenaan

Menggalakkan amalan tingkah laku piawaian yang tinggi yang memudahkan


setiap ahli membuat ukuran sama ada tingkah laku mereka beretika atau tidak
Mewujudkan kayu ukur untuk ahli gunakan bagi membuat penilaian diri mereka
semasa bertingkah laku baik dalam organisasi mahupun dengan pihak luar

Mewujudkan garis panduan untuk perlakuan dan tanggungjawab professional


bagi pekerjaan tertentu dalam apa sahaja keadaan

 Untuk memastikan perbuatan tidak beretika tidak berlaku dalam kalangan kakitangan, perkara
berikut boleh dilakukan:

Garis panduan didokumentasikan untuk panduan

Memasukkan garis panduan ini dalam manual kerja atau dalam mana-mana
bahan bertulis yang diberikan kepada pekerja baharu

Meletakkan garis panduan ini di lokasi yang bersesuaian untuk mudah dibaca
oleh pekerja

Meletakkan garis panduan ini didalam deskripsi tugas

TUTORIAL

SOALAN 1 (JUMLAH: 20 MARKAH)


a) Berikan maksud etika menurut pandangan anda.
(2 markah)
b) Bagaimanakah etika memberi kesan kepada hidup anda? Berikan DUA (2) contoh
yang sesuai.
(6 markah)
c) Berikan takrif istilah tersebut secara ringkas:
i. Profesion
(1 markah)
ii. Profesional
(2 markah)
iii. Profesionalisme
(2 markah)
d) Nyatakan TIGA (3) masalah etika dalam perniagaan semasa.
(3 markah)
e) Pada pendapat anda, apakah faktor paling penting yang mempengaruhi
pembentukan etika individu?
(4 markah)

SOALAN 2 (JUMLA H: 20 MARKAH)

a) Nyatakan maksud etika perniagaan menurut pandangan anda.


(2 markah)
b) Huraikan dengan ringkas jenis-jenis profesional berikut:
i. Profesional perunding
(2 markah)
ii. Profesional bergaji
(2 markah)
c) Huraikan dengan ringkas EMPAT (4) faktor pembentukan etika individu.
(8 markah)
d) Berikan EMPAT (4) kepentingan etika perniagaan.
(4 markah)
e) Apakah yang dimaksudkan dengan kod etika?
(2 markah)

SOALAN 3
a) Berikan definisi etika.
b) Senaraikan tiga(3) perbandingan di antara etika dan moral.
c) Berikan definisi profesion, profesional dan profesionalisme.
d) Senaraikan enam(6) kriteria untuk menunjukkan pekerjaan yang boleh dilabelkan
sebagai profesional oleh Martin & Schiuzer (1996) dan Bayles (1981).
e) Apakah yang dimaksudkan dengan profesional yang bersifat autonomi moral.
f) Berikan tiga(3) perbezaan di antara profesional perunding dan profesional bergaji.
g) Senaraikan tiga(3) ciri-ciri utama profesional perunding.
h) Berikan definisi etika profesional.
i) Bagaimanakah profesional boleh melakukan meningkatkan tahap profesionalisme
dalam pekerjaan mereka?
j) Berikan tiga(3) perkara yang ditekankan oleh etika profesional.
k) Nyatakan tiga(3) isu utama di dalam etika profesional.
l) Apakah enam(6) perubahan yang berlaku di dalam profesional moden yang berbeza
daripada profesional tradisional?
m) Mengapakah kajian perlu dilakukan dalam kalangan profesional?
n) Terangkan langkah mengatasi masalah etika dalam kalangan profesional.
o) Senaraikan tiga(3) perbezaan di antara etika sekular dan etika Islam.

GOOD LUCK 😊

Anda mungkin juga menyukai