Anda di halaman 1dari 51

BAB 7

ETIKA PERNIAGAAN &


TANGGUNGJAWAB SOSIAL
7.0 Etika Perniagaan & Tanggungjawab Sosial

7.1 ETIKA PERNIAGAAN


a) Maksud
b) Pendekatan Tindakan Beretika

7.2 MENGURUS ETIKA PERNIAGAAN & TANGGUNGJAWAB


SOSIAL
a) Pendidikan nilai murni
b) Sistem perundangan
c) Sistem aduan awam
d) Pemecah Rahsia

7.3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL


a) Maksud tanggungjawab sosial
b) Tanggungjawab sosial terhadap pihak berkepentingan

7.4 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)


a) Proaktif
b) Defensif
c) Pemudahcara 2
7.1 Etika Perniagaan

a) Maksud Etika Perniagaan


• Prinsip-prinsip dan standard yang dijadikan
sebagai panduan oleh individu dan kumpulan
dalam dunia perniagaan
(Ferrell, Thorne dan Ferrell, 2017)

• Kajian ke atas tingkah laku moral yang


menghasilkan peraturan dan prinsip dalam
situasi perniagaan
3
7.1 Etika Perniagaan

b) Pendekatan Tindakan Beretika

UTILITARIAN KEADILAN

INDIVIDUALISME HAK MORAL

4
7.1 Etika Perniagaan

1. Pendekatan Utilitarian
• Pendekatan ini menyatakan bahawa akibat dari
sesuatu tindakan yang diambil dapat memberi
faedah atau manfaat terbaik kepada bilangan orang
yang lebih ramai. (Tokoh Pengamal Pendekatan
Utilitarian: Jeremy Bentham dan John Stuart Mills)

“ The greatest good and least harm for the greatest


number ”

5
7.1 Etika Perniagaan

1. Pendekatan Utilitarian

Contoh:
• Projek Pan Borneo akan menjejaskan ekologi tempatan,
melibatkan tanah individu tetapi dirasakan dapat memberi
manfaat kepada rakyat Sabah dan Sarawak dan membantu
merancakkan ekonomi seluruh Malaysia Timur
• Oleh itu kerajaan-kerajaan negeri menyegerakan proses
pengambilan tanah bagi mempercepatkan pelaksanaan projek-
projek persekutuan seperti pembinaan lebuh raya yang dapat
memberi manfaat kepada rakyat.
6
7.1 Etika Perniagaan

2. Pendekatan Individualisme
• Prinsip ini menyatakan yang seseorang individu berhak untuk
bertindak mengikut sesuatu cara yang difikirkan betul. (Tokoh
Pengamal Pendekatan Individualisme: Jeremy Bentham dan
John Stuart Mills)
• Pendekatan individu berteraskan kepada egoism yang mana
berpegang kepada prinsip diri iaitu “membuat apa yang difikirkan
betul, tanpa menyalahi undang-undang”.
• Kadang-kadang hak individu menimbulkan konflik dengan pihak
lain
7
7.1 Etika Perniagaan

2. Pendekatan Individualisme
Contoh:
• Dalam menangani masalah krisis ekonomi , pengurus kilang
mengambil langkah mengurangkan kos perniagaan dengan
membekukan pengambilan pekerja baru, mengurangkan
pekerja kontrak dan menawarkan Skim Pemberhentian
Sukarela (VSS)
• Pemegang saham mempunyai hak untuk mengetahui aktiviti
yang berlaku dalam syarikat dan ini mungkin menimbulkan
konflik kepada pihak pengurusan syarikat yang inginkan
privasi.
8
7.1 Etika Perniagaan

3. Pendekatan Hak Moral

• Pendekatan ini menyatakan bahawa manusia


memiliki hak-hak yang perlu dipertahankan dan
tidak boleh dilucutkan semata-mata oleh keputusan
individu.

• Selagi sesuatu tindakan atau keputusan yang


dibuat itu dapat mengekalkan hak-hak tersebut, ia
dianggap betul.

9
7.1 Etika Perniagaan

3. Pendekatan Hak Moral

Contoh:
a) Hak Untuk Mendapat Keselamatan
b) Hak Untuk Mendapat Maklumat
c) Hak Untuk Membuat Pilihan
d) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat
e) Hak Keperibadian Individu

10
7.1 Etika Perniagaan

3. Pendekatan Hak Moral


a) Hak Untuk Mendapat Keselamatan
• Individu mempunyai hak untuk dilindungi, memiliki
kehidupan yang selamat dan tidak boleh diancam oleh
mana-mana pihak.
• Contoh: Pengguna berhak untuk mendapat produk yang
selamat digunakan dan tidak membahayakan
kesihatan. Maka peniaga perlu memastikan produk yang
dikeluarkan tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh
menjejaskan kesihatan seperti penggunaan bahan kimia
yang berlebihan.
11
7.1 Etika Perniagaan

3. Pendekatan Hak Moral

b) Hak Untuk Mendapat Maklumat


• Individu berhak mendapat maklumat yang mencukupi
dan tepat untuk memudahkannya membuat
keputusan yang bijak.

• Contoh: Peniaga perlu memberi maklumat yang


benar pada label tentang isikandungan sesuatu
produk makanan.
12
7.1 Etika Perniagaan

3. Pendekatan Hak Moral

c) Hak Untuk Membuat Pilihan


• Individu berhak membuat pilihan dalam membuat
keputusan, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana
pihak.

• Contoh: Peniaga tidak boleh mendesak pelanggan


dengan apa cara sekalipun untuk memaksa
pelanggan membeli produknya.
13
7.1 Etika Perniagaan

3. Pendekatan Hak Moral


d) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat
• Individu mempunyai hak untuk memberikan pendapat samada
secara individu atau perwakilan.
• Contoh:
a) Pengguna berhak untuk menyatakan kekesalan akibat
daripada penggunaan produk yang tidak memuaskan hati
mereka dengan membuat panggilan kepada talian khidmat
pelanggan.
b) Pekerja di sebuah kilang mewakilkan pengerusi persatuan
pekerja untuk menyampaikan saranan pekerja berhubung
ruang kerja yang sempit dan bahaya.
14
7.1 Etika Perniagaan

3. Pendekatan Hak Moral


e) Hak Keperibadian Individu
• Individu mempunyai hak untuk mengawal kegunaan
serta penyaluran maklumat yang dianggap peribadi
dan sulit (private and confidential) oleh mana-mana
organisasi.

• Contoh: Pengurus sumber manusia di sebuah


syarikat tidak akan mendedahkan maklumat
peribadi pekerja - pekerja di syarikat tersebut
kepada mana-mana pihak .
15
7.1 Etika Perniagaan

4. Pendekatan Keadilan
• Pendekatan ini menilai keputusan dan kelakuan pengurus syarikat
tentang sejauh mana keadilan mereka membahagikan ganjaran dan
perbelanjaan di antara individu, kumpulan atau organisasi.
• Contoh:
a) Peruntukan kewangan untuk jabatan pemasaran perlulah lebih
tinggi daripada jabatan perakaunan kerana jabatan pemasaran
terlibat dengan pelbagai aktiviti promosi dan jualan. Ini perlu
dijusifikasi oleh pihak pengurusan supaya keadilan dapat
diwujudkan.
b) Kenaikan gaji dan pangkat pekerja perlulah melihat kepada prestasi
pekerja walaupun mereka melakukan pekerjaan yang sama.

16
7.2 Mengurus Etika Perniagaan & Tanggungjawab
Sosial

PENDIDIKAN PEMECAH
NILAI
MURNI RAHSIA

SISTEM
PERUNDANGAN SISTEM
ADUAN
AWAM

17
7.2 Mengurus Etika Perniagaan & Tanggungjawab
Sosial
1. PENDIDIKAN NILAI MURNI

• Penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermula sama


ada secara formal (sekolah,universiti) atau tidak formal
(keluarga atau masyarakat)
• Individu yang mempunyai nilai-nilai murni akan mengamalkan
nilai ini dalam perlakuan mereka dan menunjukkan personaliti
yang baik.
• Individu yang mempunyai personaliti yang baik akan
mempengaruhi etikanya dalam mengambil tindakan dan
keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

18
7.2 Mengurus Etika Perniagaan & Tanggungjawab
Sosial

1. PENDIDIKAN NILAI MURNI

• Diantara aspek yang boleh mempengaruhi seseorang


individu beretika ialah pengaruh agama, pengaruh
keluarga,keyakinan diri dll
• Contohnya pendidikan di sekolah dan universiti yang
menekankan tentang tentang nilai-nilai murni akan
memupuk pelajar sentiasa mengamalkan nilai-nilai yang
baik dan beretika dalam menjalani kehidupan harian
dan dunia pekerjaan.

19
7.2 Mengurus Etika Perniagaan & Tanggungjawab
Sosial

2. SISTEM PERUNDANGAN

• Sistem perundangan dan Badan Kehakiman Negara yang


sistematik dan baik, berfungsi untuk mengawal tingkahlaku
dan tindakan manusia supaya sentiasa mengamalkan nilai-
nilai yang beretika di sisi undang-undang.
• Setiap rakyat diwajibkan mematuhi peraturan dan undang-
undang negara dengan baik untuk memastikan negara
dalam keadaan aman.

20
7.2 Mengurus Etika Perniagaan & Tanggungjawab
Sosial
2. SISTEM PERUNDANGAN

• Contohnya,mengedar dadah melebihi 1 kilogram akan dihukum gantung mati


mandatori.Oleh itu, orang ramai tidak akan terlibat dalam perniagaan
mengedar dadah.
• Contohnya,mengedar dadah melebihi 1 kilogram akan dihukum gantung mati
mandatori. Oleh itu, orang ramai tidak akan terlibat dalam perniagaan
mengedar dadah.
• Akta Pencegah Rasuah 1997
• Mentakrifkan jenis-jenis kesalahan dan hukumannya khususnya kepada
perbuatan jenayah perdagangan
• Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan )2017

21
7.2 Mengurus Etika Perniagaan & Tanggungjawab
Sosial
3. SISTEM ADUAN AWAM

• Sistem aduan awam diwujudkankan bertujuan menyediakan


saluran kepada rakyat untuk melaporkan tindakan yang tidak
beretika yang telah dilakukan oleh individu atau pihak tertentu
seperti agensi-agensi Kerajaan, badan-badan berkanun,
pertubuhan dll.
• Merupakan bentuk saluran aduan/maklumbalas ketidakpuasan
oerang ramai terhadap semua aspek pentadbiran kerajaan
(termasuk agensi kerajaan yang diswastakan dan institusi
berbentuk monopoli) meliputi pelanggaran undang-undang, salah
laku, penyelewengan, salah guna kuasa, salah tadbir dll.

22
7.2 Mengurus Etika Perniagaan & Tanggungjawab Sosial

3. SISTEM ADUAN AWAM


• Ini bertujuan supaya tindakan pembetulan dan
pemulihan dapat dilakukan sehingga mencapai tahap
yang memuaskan.
• Contoh: Biro Pengaduan Awam, iAduan, peti cadangan dll.
Kategori Aduan Awam
a) Kelewatan atau tindakan tidak adil.
b) Kekurangan kemudahan awam.
c) Kepincangan pelaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang.
d) Penyalahgunaan kuasa / penyelewengan.
e) Salah laku anggota awam.
f) Kegagalan mengikut prosedur yang ditetapkan.
g) Kegagalan penguatkuasaan.

23
7.2 Mengurus Etika Perniagaan & Tanggungjawab
Sosial
4. PEMECAH RAHSIA / WHISTLEBLOWERS

• Menyediakan saluran dan sokongan kepada


anggota organisasi yang ingin mendedahkan
sebarang amalan tidak beretika yang wujud.

• Program-program khas haruslah disediakan


untuk membolehkan maklumat tentang salah
laku/melanggar peraturan didedahkan tanpa
memberi implikasi negatif kepada pemecah
rahsia. 24
7.2 Mengurus Etika Perniagaan & Tanggungjawab Sosial

4. PEMECAH RAHSIA / WHISTLEBLOWERS


• Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) adalah agensi yang
dipertanggungjawabkan menerima aduan rasuah atau maklumat tentang
salahlaku

• Di bawah Akta Pelindungan Whistleblowers 2010 (Akta711).

• Antara pelindungan diberikan :


a) Indentiti pemberi maklumat serta adalah dirahsiakan dan
tidak boleh didedahkan kepada sesiapa pun termasuk
semasa perbicaraan di mahkamah. Seksyen 7(1)(a) Akta
APPM 2010.

25
7.2 Mengurus Etika Perniagaan & Tanggungjawab Sosial

4. PEMECAH RAHSIA / WHISTLEBLOWERS

b) Pemberi maklumat tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan


sivil,jenayah,atau tatatertib akibat daripada pendedahan
tersebut. Seksyen 7(1)(b) Akta APPM 2010.

c) Pemberi maklumat dilindungi daripada sebarang tindakan yang


memudaratkan hasil tindak balas pendedahan yang telah
dibuat. Seksyen 7(1)(c) Akta APPM 2010.

d) Pelindungan turut diberikan kepada mereka yang mempunyai


kaitan/hubungan dengan pemberi maklumat. Seksyen 7(3)
Akta APPM 2010.
26
7.3 Tanggungjawab Sosial
a) Definisi Tanggungjawab Sosial

Mengaplikasikan strategi berfokus yang digunapakai oleh


perniagaan bagi memenuhi tanggungjawab ekonomi,
perundangan, etika dan sifat belas ehsan yang dikehendaki
oleh pihak berkepentingan. (Ferrell, Thorne dan Ferrell, 2017)

27
7.3 Tanggungjawab Sosial

Contoh Tanggungjawab Sosial

Kumpulan AmBank terus melaksanakan tanggungjawabnya


sebagai warga korporat dengan menjalankan inisiatif yang
menumpu kepada pasaran, komuniti, tempat kerja dan
persekitaran.
28
7.3 Tanggungjawab Sosial
b) Tanggungjawab Sosial Terhadap Pihak Berkepentingan

1. Tanggungjawab Sosial Terhadap Pengguna.


• Pembungkusan label yang menyatakan maklumat tentang kualiti
& kegunaan produk dengan tepat, dapat difahami dan tidak
mengelirukan pengguna.
• Menjual pelbagai barang atau perkhidmatan pada harga
berpatutan, mesra alam dan menjimatkan tenaga.
• Memastikan barangan yang dihasilkan memenuhi keperluan dan
kehendak yang memberikan manfaat kepada pengguna.
• Menawarkan penggantian, ganti rugi atas kecacatan barang dan
kelemahan perkhidmatan.

29
7.3 Tanggungjawab Sosial

2. Tanggungjawab Sosial Terhadap Pekerja.


• Jaminan kesihatan, tempat kerja yang selamat dan
perlindungan keselamatan semasa bekerja.
• Rekabentuk, susun atur dan penggunaan peralatan yang
memaksimumkan produktiviti dan meminimumkan keletihan
dan ketidakselesaan fizikal.
• Membayar gaji dan upah yang berpatutan (Akta Kerja 1955).
• Mengambil kira pendapat pekerja.
• Bersikap adil dalam pengambilan pekerja, pemberian latihan,
kenaikan pangkat, pampasan dan pemberhentian pekerja.

30
7.3 Tanggungjawab Sosial

3. Tanggungjawab Sosial Terhadap Komuniti.


• Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat.
• Berusaha untuk membangunkan dan memakmurkan
komuniti setempat.
• Menambahkan pendapatan penduduk setempat dan
seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.
• Membekalkan maklumat yang dikehendaki oleh
masyarakat.

31
7.3 Tanggungjawab Sosial

4 Tanggungjawab Sosial Terhadap Pelabur


• Memastikan pulangan yang baik terhadap pelaburan yang
dibuat melalui kegiatan yang menguntungkan melalui
pembayaran dividen.
• Menggunakan sumber dana dari pelabur dengan cekap
dan berkesan.
• Membekalkan maklumat tentang kedudukan kewangan
perniagaan melalui pembentangan laporan kewangan
perniagaan.
• Menggunakan sumber syarikat secra optimum demi
mengelakkan pembaziran sumber.
32
7.3 Tanggungjawab Sosial

5. Tanggungjawab Sosial Terhadap Kerajaan.

• Menyokong dasar kerajaan serta mengambil bahagian


dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan.
(kempen kitar semula).
• Menyokong aktiviti-aktiviti dan program yang dijalankan
oleh kerajaan. (Bantuan makanan/perubatan/peralatan
kepada mangsa banjir)
• Menyediakan laporan kewangan yang benar dan saksama.

33
7.3 Tanggungjawab Sosial

6. Tanggungjawab Sosial Terhadap Pembiaya.


• Menggunakan sumber kewangan dengan sewajarnya
untuk menghasilkan keuntungan.
• Membekalkan maklumat kewangan perniagaan.
• Memastikan semua syarat kontrak dipersetujui dan
dipatuhi

34
7.3 Tanggungjawab Sosial

7. Tanggungjawab Sosial Terhadap Pembekal

• Memastikan semua syarat kontrak dipersetujui dan


dipatuhi
• Membayar pembekal mengikut tempoh masa yang
ditetapkan seperti dalam perjanjian.
• Melayan pelanggan dengan adil iaitu tidak memaksa.

35
7.3 Tanggungjawab Sosial

8. Tanggungjawab Sosial Terhadap Pesaing

• Bekerjasama dengan pesaing dalam menjayakan


aktiviti dan program-program amal
• Melaksanakan amalan persaingan yang sihat

36
7.3 Tanggungjawab Sosial

9. Tanggungjawab Sosial Terhadap Pihak Pengurusan


• Menyokong setiap perancangan dan aktiviti operasi
perniagaan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan
untuk menjana keuntungan syarikat.
• Memberi ganjaran kepada pekerja secara adil
saksama untuk tingkatkan motivasi

37
7.4 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

a) TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

1. Proaktif

2. Defensif

3. Pemudahcaraan
38
7.4 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

1. Proaktif

• Kepentingan umum akan dipelajari dan dipenuhi tanpa


menunggu tekanan daripada mana-mana pihak yang
berkepentingan.

• Tanggungjawab budi bicara digunakan untuk


mengukuhkan kebajikan masyarakat.

39
7.4 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

1. Proaktif
• Syarikat Honda Malaysia memanggil semula bagi 55,354 unit kenderaan keluarannya untuk
menggantikan pam bahan api sebagai langkah pencegahan sejajar dengan panggilan semula
pam bahan api Honda di peringkat global.
• Merujuk keratan akhbar di bawah Honda Malaysia menyeru pelanggan yang terbabit untuk
menghubungi peniaga sah Honda untuk membuat janji temu selepas menerima
pemberitahuan bagi menggantikan pam bahan api, tertakluk kepada kesediaan alat ganti
• Penggantian itu adalah percuma berdasarkan stok yang akan disediakan secara berperingkat
dan semua kos membabitkan kerja-kerja penggantian akan ditanggung oleh Honda Malaysia.
• Honda Malaysia memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas dan memberi jaminan
bahawa semua model keluaran 2020 tidak terbabit dalam panggilan semula produk ini.
Setakat ini, tiada sebarang insiden kemalangan atau kecederaan yang berlaku akibat isu ini
yang dilaporkan di Malaysia.

40
7.4 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

❖ KUALA LUMPUR: Honda Malaysia has issued a product recall involving 55,354 units of
vehicles to replace their fuel pump as a precautionary measure.
❖ Honda Malaysia said this was in line with the brand's global fuel pump recall.
❖ Among the affected models are the Accord produced in 2018, BR-V (2018), City (2019), City
(HEV) (2019), Civic (2018), CR-V (2018 and 2019), HR-V (2018), HR-V (HEV) (2018), Jazz
(2019) and Jazz (HEV) (2019).
❖ "The company believes this product recall is necessary as a preventive measure to address the
possibility of loss of engine power or vehicle stalling.

41
7.4 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

2. Defensif
• Organisasi akan mengakui sebahagian daripada
kesalahannya jika dituntut oleh mana-mana pihak
berkepentingan.

• Organisasi berusaha mempertahankan dirinya supaya


tidak menanggung keseluruhan tuntutan & juga tidak
akan menentang tuduhan tersebut.

42
7.4 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

2. Defensif

• Aspek-aspek yang dinilai/diambil perhatian ialah


rekabentuk, bahan, proses pemasangan, kawalan
kualiti, pembungkusan, pelabelan & amaran.

• Jika semua aspek ini dinyatakan dengan jelas maka


pengeluar berhak untuk mempertahankan diri daripada
tuntutan pengguna sekiranya berlaku kecederaan

43
7.4 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Syarikat United Fineoleo Sdn Bhd melepaskan bahan


buangan daripada premis ke dalam parit yang mengalir
ke Sungai Kundang, Rawang tanpa lesen di premis
syarikat itu di Lot 19701, Jalan KPK 1/3, Kawasan
Perindustrian Kundang, Kundang Jaya, Gombak di sini
pada 22 Oktober 2020.
Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah.

44
7.4 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Kerja pembersihan Sungai Kundang sudah 70 peratus


Oleh Norzamira Che Noh - Oktober 24, 2020 @ 4:43pm
bhnews@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembersihan Sungai Kundang yang terbabit pencemaran bahan biodiesel masih giat
dijalankan oleh pihak kilang.
Bahagian Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dalam kenyataannya memaklumkan kerja
pembersihan berkenaan mengambil masa berikutan ia perlu dilakukan secara manual.
"Sehingga jam 2 petang tadi, pembersihan berada pada 70 peratus dan kita masih tidak pasti berapa lama masa akan
diambil untuk pembersihan itu berikutan ia tidak boleh menggunakan teknologi ataupun mesin.
"Kerja pembersihan terpaksa dilakukan secara manual kerana membabitkan campuran air, sisa minyak dan sampah
buangan seperti botol dan bekas makanan polistrin," katanya.
Menurut kenyataan itu, MPS akan meneruskan pemantauan sehingga kerja pembersihan siap.
Katanya, pihak Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah mengambil sampel dan menunggu keputusan makmal
untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, kerajaan Selangor mengesahkan kilang yang45 dipercayai menjadi punca pencemaran bau sehingga 10 ton di
Sungai Kundang, kelmarin adalah industri berlesen di bawah pentadbiran MPS.
7.4 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Bukan usus babi, tapi gumpalan susu - JAKIM

KUALA LUMPUR: Rakaman video minuman kotak Milo yang tular sejak dua hari lalu
memaparkan kewujudan objek panjang berwarna putih bukannya usus babi seperti
didakwa, sebaliknya ia adalah gumpalan susu yang terjadi dipercayai akibat produk
terbabit sudah rosak.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dalam kenyataannya hari ini berkata, Nestle
(Malaysia) sudah membuat penjelasan mengenai perkara itu dan sedang menyiasat punca
berlaku gumpalan susu berkenaan dalam kotak Milo itu.
“Berdasarkan penjelasan diberikan Nestle (Malaysia), ia adalah gumpalan susu yang
terjadi dipercayai akibat produk sudah rosak dan bukannya usus babi.
46
7.4 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

47
7.4 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

3. Pemudahcara

• Menerima tanggungjawab sosial sebagai salah satu


tanggungjawab yang perlu disempurnakan (secara
minima).

• Cth: Syarikat Ajinomoto menjalankan program


pembersihan kawasan setempat dimana ia beroperasi.
Program ini dijalankan setahun sekali bagi memenuhi
keperluan minima tanggungjawab sosial korporatnya.
48
7.4 Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Syarikat AJINOMOTO terlibat dalam program ‘Smile Together’ untuk


membersihkan kawasan setempat. Dilakukan mungkin setahun
sekali untuk memenuhi tuntutan tanggungjawab sosial minima.

7.4 Tanggungjawab Sosial Korporat

49
Rujukan :

Business and society: a strategic approach to social


responsibility & ethics
Ferrell, Linda, Ferrell, O. C., Thorne, Debbie M (2017) 6th
Edition, Chicago Business Press

50

Anda mungkin juga menyukai