Anda di halaman 1dari 19

Ahmad Raflis @ UKM

TOPIK 4
NILAI MASA WANG (NMW)

Garisan Masa dan Konsep NMW

Nilai masa wang (NMW) digunakan untuk menentukan atau mengira:

[1] Nilai Masa Depan (Future Value) - iaitu nilai masa depan untuk sejumlah
wang yang akan dilabur atau disimpan pada hari ini.

[2] Nilai Kini (Present Value) – iaitu nilai hari ini untuk sejumlah wang yang
bakal diterima atau dibayar pada masa depan.

Garisan masa (time line) membantu menjelaskan bagaimana wang atau alir tunai
(CF) disusun mengikut masa untuk mendapatkan nilai kini (PV) atau nilai masa
depan (FV).

Rajah garisan masa:

Masa Kini @
Masa depan @
nilai kini (PV)
nilai hadapan (FV)

Tempoh (t) 0 i=x% 1 2 9 n

RM100 FV?
Alir tunai

PV? RM500

Bagi mendapatkan nilai FV atau PV, setiap pengiraan perlu mempunyai 3 maklumat
berikut:

[1] Nilai sesuatu alir tunai @ cash flow (CF)


[2] Tempoh pelaburan atau simpanan atau pinjaman (n)
[3] Kadar faedah atau pulangan atau dividen (i)

1
Ahmad Raflis @ UKM

Konsep Penting Dalam NMW

[1] Tempoh (n) – boleh dalam konteks tahun, setengah tahun, sukuan tahun,
bulan atau hari.

[2] Kadar faedah (i) – untuk FV ia disebut “Kadar Kompaun”, manakala untuk
PV ia disebut “Kadar Diskaun:

Kadar berkenaan biasanya adalah dalam bentuk kadar tahunan.


Tetapi boleh juga dinyatakan untuk kadar setengah tahun, sukuan tahun
atau bulanan bergantung kepada situasi atau bentuk alir tunai.

[3] Alir tunai (CF) – alir tunai ada dua bentuk, iaitu amaun sekaligus atau anuiti
(iaitu amaun berulang-ulang).

Contoh alir tunai @ cash flow (CF):


Labur sekali sahaja…
[1] Amaun sekaligus

Ali melabur sebanyak RM10,000 pada hari ini untuk tempoh 5 tahun
dengan kadar dividen tahunan 10%.

Tempoh (t) 0 i=10% 1 2 4 5

Alir tunai RM10,000 FV?

Labur setiap thn…


[2] Anuiti

Muthu melabur sebanyak RM1,000 setiap tahun (hujung tahun)


selama 4 tahun dengan kadar dividen 8 peratus setahun.

Tempoh (t) 0 i=8% 1 2 3 4

Alir tunai RM1,000 RM1,000 RM1,000 RM1,000


FVA?

2
Ahmad Raflis @ UKM

Perlu diketahui, alir tunai anuiti mempunyai dua sifat iaitu – CF yang berlaku
di hujung tahun atau hujung setiap tempoh ATAU CF yang berlaku di awal tahun
atau awal setiap tempoh.

Anuiti di awal tempoh – disebut anuiti biasa (iaitu biasanya disebut ANUITI sahaja
sudah memadai atau telah difahami umum sebagai anuiti biasa)

Anuiti di akhir tempoh – disebut anuiti matang atau anuiti due.

Contoh:

[1] Anuiti biasa (CF di hujung tempoh)

Muthu melabur sebanyak RM1,000 setiap tahun (hujung tahun) selama 4


tahun dengan kadar dividen 8 peratus setahun.

Tempoh (t) 0 i=8% 1 2 3 4

Alir tunai RM1,000 RM1,000 RM1,000 RM1,000


FVA?

Mula labur di hjg tahun

[2] Anuiti matang @ anuiti due (CF di awal tempoh)

Syarikat Flywhere menyimpan wang dalam akaun simpanan tetap


sebanyak RM20,000 setiap awal tahun selama 4 tahun dengan kadar
dividen 5 peratus setahun.
Mula simpan di awal tahun

Tempoh (t) 0 i=5% 1 2 3 4

Alir tunai RM20k RM20k RM20k RM20k


FVA?

3
Ahmad Raflis @ UKM

Pengiraan NMW

Terdapat 4 kaedah pengiraan NMW yang boleh dilaksanakan iaitu;

[1] Kaedah formula (rumus) NMW


[2] Kaedah Jadual Faktor Nilai Masa Wang
[3] Kaedah kalkulator kewangan
[4] Kaedah Spreadsheet (seperti Microsoft Excel)

Namun begitu, bab ini hanya akan menjelaskan kaedah pengiraan berdasarkan
Kaedah Jadual Faktor Nilai Masa Wang sahaja.

Untuk memulakan pengiraan, alat yang diperlukan adalah seperti berikut;

(1) Kalkulator saintifik


(2) Jadual Faktor Nilai Masa Wang
(3) Rumus pengiraan

(Jadual Faktor Nilai Masa Wang disertakan sebagai lampiran – 4 jadual iaitu FVIF,
FVIFA, PVIF, & PVIFA – Table A-1 hingga Table A-4)

................................................................................
Berikut adalah 6 formula asas untuk pengiraan FV & PV:

Nilai Masa Depan (FV) amaun sekaligus FV = CF (FVIF i,n)

Nilai Masa Kini (PV) bagi amaun sekaligus PV = CF (PVIF i,n)

Nilai Masa Depan Anuiti biasa (FVA) FVA = CF (FVIFA i,n)

Nilai Masa Depan Anuiti Matang @ Anuiti Due (FVA due) FVA due = CF (FVIFA i,n) (1+i)

Nilai Masa Kini Anuiti biasa (PVA) PVA = CF (PVIFA i,n)

Nilai Masa Kini Anuiti Matang @ Anuiti Due (PVA due) PVA due = CF (PVIFA i,n) (1+i)

Kaedah pengiraan adalah seperti berikut;

4
Ahmad Raflis @ UKM

A. Pengiraan Nilai Masa Depan (FV) bagi Amaun Sekaligus

Rumus pengiraan:

FV = CF (FVIF i,n)
~~~ nilai faktor FVIF i,n dilihat dalam Jadual TVOM untuk FVIF (Table A-3)

Contoh Soalan:

Aminah melabur sebanyak RM15,000 pada hari ini ke dalam akaun pelaburan
khas Bank XYZ untuk tempoh 10 tahun dengan pulangan tahunan sebanyak 8%.
Berapakah amaun terkumpul dalam akaun tersebut pada penghujung tempoh
pelaburan?

Jawapan:

Maklumat asas :: CF= RM15,000; n=10; i=8% [ i ~ ialah kadar kompaun]

FV = CF (FVIF i,n)
FV = RM15,000 (FVIF 8%,10)
= RM15,000 (2.1589)
= RM32,383.50

Tips;

Q: bagaimana nak dapatkan nilai faktor (FVIF 8%,10)?

A: rujuk kepada Table A-3 (FVIF)... lihat baris % (i) untuk 8%, dan lihat lajur
“periods” @ tempoh (n) untuk 10... nilai persilangan antara i=8% dan n=10
itu adalah faktor nilai masa depan untuk (FVIF 8%,10) iaitulah 2.1589. Ambil
nilai tersebut dan masukkan dalam formula pengiraan FV seperti di atas..

5
Ahmad Raflis @ UKM

B. Pengiraan Nilai Masa Kini (PV) bagi Amaun Sekaligus

Rumus pengiraan:

PV = CF (PVIF i,n)
~~~ nilai faktor PVIF i,n dilihat dalam Jadual TVOM untuk PVIF (Table A-1)

Contoh Soalan:

Canopy Sdn Bhd akan menerima bayaran kontrak akhir projek pembinaan
mereka berjumlah RM50juta dalam masa 6 tahun daripada sekarang.
Berapakah nilai wang tersebut pada masa sekarang, jika kadar diskaun yang
digunakan ialah 9% setahun?

Jawapan:

Maklumat asas :: CF= RM50,000,000; n=6; i=9% [ i ~ ialah kadar diskaun]

PV = CF (PVIF i,n)
PV = RM50,000,000 (PVIF 9%,6)
= RM50,000,000 (0.5963)
= RM2,981,500.00

Tips;

Q: bagaimana nak dapatkan nilai faktor (PVIF 9%,6)?

A: rujuk kepada Table A-1 (PVIF)... lihat baris % (i) untuk 9%, dan lihat lajur
“periods” @ tempoh (n) untuk 6... nilai persilangan antara i=9% dan n=6 itu
adalah faktor nilai masa KINI untuk (PVIF 9%,6) iaitulah 0.5963. Ambil nilai
tersebut dan masukkan dalam formula pengiraan PV seperti di atas..

6
Ahmad Raflis @ UKM

C. Pengiraan Nilai Masa Depan Anuiti (FVA)

[1] Pengiraan FVA Anuiti Biasa (FVA)

{Pengiraan ini untuk anuiti yang berlaku pada hujung tempoh @ tahun}

Rumus pengiraan:

FVA = CF (FVIFA i,n)

~~nilai faktor FVIFA i,n dilihat dalam Jadual TVOM untuk FVIFA (Table A-4)

Contoh Soalan:

Chew Mei Ling menyimpan sebanyak RM6,000 setiap tahun dalam akaun
amanah saham DFTC untuk tempoh 15 tahun dengan dividen tahunan sebanyak
10%. Berapakah amaun terkumpul pada penghujung tempoh pelaburan beliau
kelak?

Jawapan:

Maklumat asas :: CF= RM6,000; n=15; i=10% [ i ~ ialah kadar kompaun]

FVA = CF (FVIFA i,n)


FVA = RM6,000 (FVIFA 10%,15)
= RM6,000 (31.772)
= RM190,632.00

Tips;

Q: bagaimana nak dapatkan nilai faktor (FVIFA 10%,15)?

A: rujuk kepada Table A-4 (FVIFA)... lihat baris % (i) untuk 10%, dan lihat
lajur “periods” @ tempoh (n) untuk 15... nilai persilangan antara i=10% dan
n=15 itu adalah faktor nilai masa depan anuiti untuk (FVIFA 10%,15) iaitulah
31.772. Ambil nilai tersebut dan masukkan dalam formula pengiraan FVA
seperti di atas..

7
Ahmad Raflis @ UKM

[2] Pengiraan FVA Anuiti Matang @ Anuiti Due (FVA due)

{Pengiraan ini untuk anuiti yang berlaku pada awal tempoh @ tahun}

Rumus pengiraan:

FVA due = CF (FVIFA i,n) (1+i)

~~nilai faktor FVIFA i,n dilihat dalam Jadual TVOM untuk FVIFA (Table A-4)

Contoh Soalan:

Micheal Cook melabur sebanyak RM20,000 pada setiap 1 Januari selama 10


tahun dalam akaun amanah saham DFTC. Dividen tahunan yang dibayar ialah
8%. Berapakah amaun terkumpul pada penghujung tempoh pelaburan beliau
kelak?

Jawapan:

Maklumat asas :: CF= RM20,000; n=10; i=8% [ i ~ ialah kadar kompaun]

FVA due = CF (FVIFA i,n) (1+i)


FVA due = RM20,000 (FVIFA 8%,10) (1 + 0.08)
= RM20,000 (14.487) (1.08)
= RM31,291.92
Sini guna fraction
0.08, bkn 8%
Tips;

Q: bagaimana nak dapatkan nilai faktor (FVIFA 8%,10)?

A: rujuk kepada Table A-4 (FVIFA)... lihat baris % (i) untuk 8%, dan lihat lajur
“periods” @ tempoh (n) untuk 10... nilai persilangan antara i=8% dan n=10
itu adalah faktor nilai masa depan anuiti untuk (FVIFA 8%,10) iaitulah 14.487.
Ambil nilai tersebut dan masukkan dalam formula pengiraan FVA due seperti
di atas..

8
Ahmad Raflis @ UKM

D. Pengiraan Nilai Masa Kini Anuiti (PVA)

[1] Pengiraan PVA Anuiti Biasa (PVA)

{Pengiraan ini untuk anuiti yang berlaku pada hujung tempoh @ tahun}

Rumus pengiraan:

PVA = CF (PVIFA i,n)

~~nilai faktor PVIFA i,n dilihat dalam Jadual TVOM untuk PVIFA (Table A-2)

Contoh Soalan:

Cili Api-Api Enterprise membayar pajakan tanah sebanyak RM6,000 setiap tahun
kepada syarikat pemajak selama 6 tahun. Berapakah nilai kini bayaran tersebut,
jika kadar diskaun yang digunakan ialah 12% setahun?

Jawapan:

Maklumat asas :: CF= RM6,000; n=6; i=12% [ i ~ ialah kadar diskaun]

PVA = CF (PVIFA i,n)


PVA = RM6,000 (PVIFA 12%,6)
= RM6,000 (4.1114)
= RM24,668.40

Tips;

Q: bagaimana nak dapatkan nilai faktor (PVIFA 12%,6)?

A: rujuk kepada Table A-2 (PVIFA)... lihat baris % (i) untuk 12%, dan lihat
lajur “periods” @ tempoh (n) untuk 6 ... nilai persilangan antara i=12% dan
n=6 itu adalah faktor nilai masa kini anuiti untuk (PVIFA 12%,6) iaitulah
4.1114. Ambil nilai tersebut dan masukkan dalam formula pengiraan PVA
seperti di atas..

9
Ahmad Raflis @ UKM

[2] Pengiraan PVA Anuiti Matang @ Anuiti Due (PVA due)

{Pengiraan ini untuk anuiti yang berlaku pada awal tempoh @ tahun}

Rumus pengiraan:

PVA due = CF (PVIFA i,n) (1+i)

~~nilai faktor PVIFA i,n dilihat dalam Jadual TVOM untuk PVIFA (Table A-2)

Contoh Soalan:

XSD Sdn Bhd melabur sebanyak RM100,000 pada setiap awal tahun selama 10
tahun dalam anak syarikat mereka SDC Sdn Bhd. Dividen tahunan yang dibayar
oleh anak syarikat ialah 10%. Berapakah nilai kini pelaburan XSD Sdn Bhd
tersebut?

Jawapan:

Maklumat asas :: CF= RM100,000; n=10; i=10% [ i ~ ialah kadar diskaun]

PVA due = CF (PVIFA i,n) (1+i)


PVA due = RM100,000 (PVIFA 10%,10) (1 + 0.10)
= RM100,000 (6.1446) (1.10)
= RM675,906.00 Sini guna fraction
0.10, bkn 10%
Tips;

Q: bagaimana nak dapatkan nilai faktor (PVIFA 10%,10)?

A: rujuk kepada Table A-4 (PVIFA)... lihat baris % (i) untuk 10%, dan lihat
lajur “periods” @ tempoh (n) untuk 10... nilai persilangan antara i=10% dan
n=10 itu adalah faktor nilai masa kini anuiti untuk (PVIFA 10%,10) iaitulah
6.1446. Ambil nilai tersebut dan masukkan dalam formula pengiraan PVA due
seperti di atas..

10
Ahmad Raflis @ UKM

E. Pengiraan Apabila Wujud Keadaan Pengkompaunan atau


Pendiskaunan Lebih Kerap berbanding setahun sekali

Kesemua contoh pengiraan dalam bahagian sebelum ini adalah menggunakan


andaian yang kadar kompaun atau diskaun yang digunakan (i) adalah dalam
sebutan setahun sekali.

Contohnya, faedah diterima 8% setiap tahun... maksudnya bayaran faedah 8%


itu dibayar oleh pihak bank “hanya sekali sahaja” pada setiap tahun.

Dalam realiti, pengkompaunan atau pendaiskaunan boleh dibayar atau diterima


lebih daripada sekali setahun. Contohnya, dibayar pada setiap enam bulan
sekali atau tiga bulan sekali atau sebulan sekali.

Jika dibayar 2 atau 4 kali setahun, bermakna dalam setiap tahun ada 2 atau
4 kali bayaran akan diterima oleh pelabur atau penyimpan. Wooww..
menarik kannn... lagi kerap hasil pelaburan atau simpanan diterima...

Tetapi rumus pengiraan FV dan PV akan berubah sedikit seperti berikut;

Nilai Masa Depan (FV) amaun 𝐢


sekaligus
FV = CF (FVIF ,nm)
𝐦

Nilai Masa Kini (PV) bagi amaun 𝐢


sekaligus
PV = CF (PVIF ,nm)
𝐦

Nilai Masa Depan Anuiti biasa 𝐂𝐅 𝐢


(FVA) FVA = (FVIFA ,nm)
𝐦 𝐦

Nilai Masa Depan Anuiti Matang 𝐂𝐅 𝐢 𝐢


@ Anuiti Due (FVA due)
FVA due = (FVIFA ,nm) (1+ )
𝐦 𝐦 𝐦

Nilai Masa Kini Anuiti biasa (PVA) 𝐂𝐅 𝐢


PVA = (PVIFA ,nm)
𝐦 𝐦

Nilai Masa Kini Anuiti Matang @ 𝐂𝐅 𝐢 𝐢


Anuiti Due (PVA due) PVA due = (PVIFA ,nm) (1+ )
𝐦 𝐦 𝐦

Simbol m adalah mewakili kekerapan kali pengkompaunan dan pendiskaunan


dibuat dalam setiap tahun.

Bagi setiap formula FV dan PV amaun sekaligus, i akan dibahagikan dengan


m ; dan n akan didarab dengan m terlebih dahulu sebelum pengiraan
selanjutnya dibuat.

Bagi setiap formula FVA, FVA due, PVA dan PVA due pula, CF juga perlu
dibahagikan dengan m.

11
Ahmad Raflis @ UKM

Contoh Pengiraan:

[1] FV dengan kompaun lebih daripada sekali setahun;

Abu Bakar melabur sebanyak RM500 dalam akaun pelaburan yang


membayar dividen sebanyak 10% setahun. Berapakah wang terkumpul dalam
akaun beliau pada hujung tahun ke-12 jika dividen itu dibayar dua kali
setahun?

Jawapan:

Input ~ CF: RM500; n=12; i=10%; m=2 kali setahun

𝐢
FV = CF (FVIF ,nm) Darab ye..
𝐦
𝟏𝟎%
= 500 (FVIF , 12 x 2)
𝟐

= 500 (FVIF 5%,24)


= 500 (3.2251) ~~~ faktor ini drp. Table-A3 [ i=5% & n=24 ]

= RM1,612.55

[2] PV dengan diskaun lebih daripada sekali setahun;

Xelophone Enterprise mempunyai wang terkumpul sebanyak RM250,000


dalam akaun simpanan tetap di Bank BCX yang telah disimpan selama 4
tahun. Pihak bank telah membayar membayar faedah sebanyak 8% setahun
dan dibayar pada setiap tiga bulan sekali. Berapakah nilai kini wang
tersebut?

Jawapan:

Input ~ CF: RM250,000; n=4; i=8%; m=4 kali setahun

𝐢
PV = CF (PVIF ,nm) Darab ye..
𝐦
𝟖%
= 250,000 (PVIF , 4 x 4)
𝟒

= 250,000 (PVIF 2%,16)


= 250,000 (0.7284) ~~~ faktor ini drp. Table-A1 [ i=2% & n=16 ]

= RM182,100.00

12
Ahmad Raflis @ UKM

[3] FVA dengan kompaun lebih daripada sekali setahun;

Setiap tahun Hashim melabur sebanyak RM2,000 dalam akaun amanah


saham yang membayar dividen sebanyak 8% setahun. Berapakah wang
terkumpul dalam akaun beliau pada hujung tahun ke-10 jika dividen itu
dibayar empat kali setahun?

Jawapan:

Input ~ CF: RM2,000; n=10; i=8%; m=4 kali setahun

𝐂𝐅 𝐢
FVA = (FVIFA ,nm) Darab ye..
𝐦 𝐦
𝟐,𝟎𝟎𝟎 𝟖%
= (FVIFA , 10 x 4)
𝟒 𝟒
= 1,000 (FVIFA 2%,40)
= 1,000 (60.402) ~~~ faktor ini drp. Table-A4 [ i=2% & n=40 ]

= RM60,402.00

[4] PVA dengan diskaun lebih daripada sekali setahun;

RWTF Sdn Bhd menerima bayaran sewa bangunan daripada penyewa


sebanyak RM60,000 setiap tahun, dengan kontrak selama 9 tahun. Jika kadar
diskaun yang sesuai untuk alir tunai itu ialah 16% setahun, dan didiskaunkan
2 kali setahun, berapakah nilai kini kesemua bayaran sewa tersebut?

Jawapan:

Input ~ CF: RM60,000; n=8; i=16%; m=2 kali setahun

𝐂𝐅 𝐢
PVA = (PVIFA ,nm) Darab ye..
𝐦 𝐦
𝟔𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝟏𝟔%
= (PVIFA , 9 x 2)
𝟐 𝟐
= 30,000 (PVIFA 8%,18)
= 30,000 (9.3719) ~~~ faktor ini drp. Table-A2 [ i=8% & n=18 ]

= RM281,157.00

13
Ahmad Raflis @ UKM

[5] FVA due dengan kompaun lebih daripada sekali setahun;

Setiap awal tahun Sarjan Hashim akan melabur sebanyak RM3,000 dalam
akaun amanah saham yang membayar dividen sebanyak 12% setahun.
Berapakah wang terkumpul dalam akaun beliau pada hujung tahun ke-10 jika
dividen itu dibayar dua kali setahun?

Jawapan:

Input ~ CF: RM3,000; n=10; i=12%; m=2 kali setahun

𝐂𝐅 𝐢 𝐢
FVA due = (FVIFA ,nm) (1+ )
𝐦 𝐦 𝐦

𝟑,𝟎𝟎𝟎 𝟏𝟐% 𝟎.𝟏𝟐


= (FVIFA , 10 x 2 ) (1 + )
𝟐 𝟐 𝟐

= 1,500 (FVIFA 6%,20) (1 + 0.06)


= 1,500 (36.786)(1.06) ~ faktor FVIFA drp. Table-A4 [ i=6% & n=20 ]

= RM58,489.74

[6] PVA due dengan diskaun lebih daripada sekali setahun;

RWTF Sdn Bhd menerima bayaran sewa bangunan pada setiap 1 Januari
daripada penyewa sebanyak RM70,000 setiap tahun, dengan kontrak selama
9 tahun. Jika kadar diskaun yang sesuai untuk alir tunai itu ialah 16%
setahun, dan didiskaunkan 2 kali setahun, berapakah nilai kini kesemua
bayaran sewa tersebut?

Jawapan:

Input ~ CF: RM70,000; n=9; i=16%; m=2 kali setahun

𝐂𝐅 𝐢 𝐢
PVA due = (PVIFA ,nm) (1+ )
𝐦 𝐦 𝐦

𝟕𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝟏𝟔% 𝟎.𝟏𝟔


= (PVIFA ,9x2) (1 + )
𝟐 𝟐 𝟐

= 35,000 (PVIFA 8%,18) (1 + 0.08)


= 35,000 (9.3719)(1.08) ~ faktor PVIFA drp. Table-A2 [ i=8% & n=18 ]

= RM354,257.82

14
Ahmad Raflis @ UKM

F. Pengiraan Nilai Kini Perpetuiti

Alir tunai perpertuiti merupakan satu bentuk alir tunai anuiti pada setiap tahun
atau setiap tempoh, tetapi tidak mempunyai tarikh akhir (n) yang tertentu.
Dalam kata lain, ia bersifat infiniti.

Oleh itu, kita tidak dapat mengira nilai FVA atau PVA kerana tiada
maklumat (n). Apa yang boleh dicari hanya Nilai Kini Perpertuiti (PVpertuity)
sahaja. Formula PV perpetuity;

PMT
PV perpetuity =
i

Antara bentuk perpetuiti adalah bayaran pencen.. tiada tarikh akhir (n) yang
dapat dipastikan bagi setiap penerimanya.

Contoh:

Datuk Abdul Hamid menerima pencen tahunan berjumlah RM60,000. Sekiranya


kadar diskaun yang sesuai digunakan ialah 12% setahun, Berapakah nilai kini
kesemua bayaran pencen beliau?

Guna fraction 0.12,


bukan 12%
Jawapan:
PMT 60,000
PV perpetuity = = = RM500,000
i 0.12

G. Alir Tunai Tidak Sekata

Alir tunai tidak sekata bermaksud berlaku siri alir tunai (payment) yang diberikan
tanda (PMT) yang berlaku pada setiap tahun @ tempoh, tetapi amaunnya
tidak sekata atau sama seperti anuiti. Pengiraan hanya boleh dibuat untuk
mencari FV dan PV sahaja.. FVA dan PVA adalah tidak boleh kerana PMT
itu bukan anuiti.

Contohnya, Ahmad menyimpan setiap tahun dalam akaun simpanan dengan


amaun tahunan seperti berikut;

Tahun 1 RM5,000 PMT tidak sekata


Tahun 2 RM7,000
Tahun 3 RM2,500
Tahun 4 RM6,000

15
Ahmad Raflis @ UKM

Bagaimana nak selesaikan pengiraan FV dan PV?

Contoh Soalan:

Syarikat Sejahtera Berhad telah melaburkan modal dalam projek perkilangan


mereka di Melaka sepanjang 3 tahun seperti nyatakan di bawah. Sekiranya syarikat
memerlukan kadar pulangan sebanyak 15% setahun, hitung (a) Nilai Kini (PV) dan
(b) Nilai Masa Depan (FV) kos pelaburan mereka itu.

Tahun 1 RM2 juta


Tahun 2 RM5 juta
Tahun 3 RM1 juta
Perhatikan disusun
Jawapan: mengikut garisan
masa untuk PV
(a) Nilai Kini (PV)

PV = PMT1 (PVIF15%,1) + PMT2 (PVIF15%,2) + PMT3 (PVIF15%,3)


= RM2 juta (0.8696) + RM5 juta (0.7561) + RM1 juta (0.6575)
= RM1.7392 juta + RM3.7805 juta + RM0.6575 juta
= RM6.1772 juta

0 1 2 3

1 PMT1 PMT2 PMT3

PV

Untuk dapat nilai jumlah PV; PMT1 didiskaun 1 tahun, PMT2 didiskaun 2 tahun;
PMT3 didiskaun 3 tahun ...... iaitu

16
Ahmad Raflis @ UKM

Perhatikan disusun
mengikut garisan
masa untuk FV

(b) Nilai Masa Depan (FV)

FV = PMT1 (FVIF15%,2) + PMT2 (FVIF15%,1) + PMT3 (FVIF15%,0)


= RM2 juta (1.3225) + RM5 juta (1.1500) + RM1 juta (1.000)
= RM2.6450 juta + RM5.7500 juta + RM1.000 juta
= RM9.3950 juta

0 1 2 3

PMT1 PMT2 PMT3


FV

Untuk dapat nilai jumlah FV; PMT1 dikompaun 2 tahun ke depan,


PMT2 dikompaun 1 tahun ke depan; PMT3 dikompaunkan 0 tahun,
ke depan ... iaitu ia tidak bergerak.. nilai FVIF untuk n=0, adalah 1.000.

H. Aplikasi untuk Jadual Perlunasan Pinjaman

Syarikat atau individu biasanya meminjam. Bagaimana amaun ansuran dan jadual
pembayaran balik pinjaman ditentukan?

Jawapannya: Bank atau institusi kewangan akan menggunakan konsep Nilai Kini
Anuiti untuk mendapatkan amaun ansuran (PMT) yang perlu dijelaskan oleh
peminjam dan juga kemudiannya disediakan satu jadual perlunasan pinjaman
tersebut sehingga selesai.

Ambil satu contoh mudah;

Profesional Mart Enterprise meminjam sebanyak RM50,000 daripada Bank BGB


Berhad dengan kadar faedah 10% setahun dan tempoh bayaran balik selama 4
tahun. Andaikan ansuran bayaran balik akan dibuat secara ansuran tahunan. Hitung
amaun ansuran tahunan tersebut dan sediakan satu jadual perlunasan pinjaman
berkenaan.

17
Ahmad Raflis @ UKM

Jawapan:

Input: ~ RM50,000 pinjaman itu ialah amaun Nilai Kini Anuiti (FVA)
~ interest (i) ialah 10%
~ tempoh (n) ialah 4 tahun

(1) Pengiraan amaun ansuran tahunan (PMT)

PVA = PMT (PVIFA i,n)


RM50,000 = PMT (PVIFA 10%,4)
= PMT (3.1699) ~~~ nilai faktor drp Table A-2
RM50,000
PMT =
3.1699
= RM15,773.36
Ansuran tahunan

Note; PMT atau amaun ansuran tahunan itu mengandungi didalamnya bayaran balik
pokok pinjaman @ prinsipal dan juga faedah pinjaman @ interest.

(2) Sediakan jadual perlunasan pinjaman

Langkah-langkahnya,

a. Lukis jadual 6 lajur seperti di bawah dan namakan setiap lajur itu.
b. Masukkan RM50,000 dalam kotak pertama “baki awal prinsipal” di lajur
“b”
c. Masukkan nilai amaun ansuran @ PMT yang dikira awal tadi dalam
lajur “c”.
d. Kira bayaran faedah setiap tahun bermula dari tahun 1 di lajur “d” iaitu
dengan cara [kadar faedah x baki awal prinsipal].
e. Kira amaun bayaran balik prinsipal pada tahun berkenaan dengan
mengira [ansuran – bayaran faedah]
f. Kira baki akhir prinsipal di lajur “f” dengan ambil amaun lajur “b’ tolak
“e”.
g. Baki akhir prinsipal itu perlu ditulis pula sebagai baki awal prinsipal
pada tahun berikutnya.
h. Ulang langkah (b) hingga (g) di atas untuk tahun-tahun 2,3 dan
seterusnya sehingga tamat tempoh pinjaman. Penghujung tempoh
pinjaman, sepatutnya amaun baki akhir prinsipal akan menjadi sifar
(RM0.00)

18
Ahmad Raflis @ UKM

a b c d e f
Thn Baki awal Ansuran Bayaran Bayaran balik Baki akhir
prinsipal tahunan faedah prinsipal prinsipal
(PMT) (10% x baki awal (ansuran – (b – e)
prinsipal) bayaran faedah)
iaitu (c – d)

1 50,000.00 15,773.36 5,000.00 10,773.36 39,226.64


2 39,226.64 15,773.36 3,922.66 11,850.70 27,375.94
3 27,375.94 15,773.36 2,737.59 13,035.77 14,340.17
4 14,340.17 15,773.36 1,434.02 14,339.34 -0.83 @
+/- 0.00

Tips;
Oleh kerana institusi kewangan sekarang ini telah menyediakan aplikasi “Loan
Repayment Calculator” dan “Loans Eligibility Calculator” secara atas talian
dalam laman web mereka, maka pelanggan boleh terus menggunakan aplikasi
tersebut tanpa perlu lagi menyediakan pengiraan amaun ansuran (PMT) dan jadual
perlunasan pinjaman secara manual seperti di atas.

Namun, sebagai pelajar Pengurusan Kewangan kemahiran di atas adalah amat


berguna untuk menjadi pengurus kewangan yang baik dengan memahami aspek
teknikal berkaitan pinjaman anda.

Selamat maju jaya...

Jangan lupa… topik ni mesti banyak buat


latihan …

19

Anda mungkin juga menyukai