Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Sememangnya, tidak dapat dinafikan cabaran serta dugaan dalam menempuh


kehidupan sentiasa menjadi perkara utama yang difikirkan oleh kebanyakan masyarakat
pada terdahulu dan masa kini. Dugaan terbesar yang paling ditakuti masyarakat adalah
resah hati jika tidak dapat menempuhi dan menampung kos perbelanjaan hidup diri dan
keluarga. Namun ,pada masa kini, kebanyakan masyarakat sudah ada solusi dengan
mencari jalan keluar bagi mengatasi masalah kewangan mereka iaitu dengan melibatkan
diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Usahawan merupakan individu yang
melibatkan diri dengan usaha untuk mencipta atau menghasilkan sesuatu produk atau
perkhidmatan melalui proses pengeluaran. Dapat dilihat, hampir setiap hari isu kejayaan
usahawan tempatan menjadi isu yang panas di dada-dada akhbar/majalah dan di media
sosial.

1.0 HURAIAN PERNIAGAAN


Saya masih tidak ketinggalan menyimpan hasrat yang tinggi untuk menjadi
usahawan yang berjaya pada suatu hari kelak jika diberi peluang dan ruang kerana saya
yakin jika gigih berusaha pasti akan membuahkan hasil dan saya telah memilih seorang
usahawan yang berjaya sebagai sumber inspirasi. Beliau adalah seorang yang amat saya
kagumi. Nama sebenar beliau adalah Abdul Al Halim bin Mohd Al Fadhil. Beliau
seorang usahawan kosmetik yang sangat dikenali dan juga jurusolek professional di
kalangan artis-artis tanah air dan orang kenamaan. . Nama komersial beliau ialah
AlhaAlfa dan mempunyai pengikut di laman instagram mencecah 1 juta .

2.0 LATAR BELAKANG USAHAWAN


AlhaAlfa berusia 32 tahun, menetap di Bandar Baru Bangi yang berkelahiran
Kuala Lumpur dan juga merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Alhaalfa
juga memiliki latar belakang pendidikan yang baik, beliau melanjutkan pengajian ke
peringkat diploma dalam kursus hiasan dalaman dan berjaya mengenggam segulung
ijazah dalam kursus senibina dalaman. Saya amat mengagumi beliau kerana sikap
kegigihan beliau berani mencuba sesuatu yang baru dan bijak mengambil peluang
sehingga nama beliau menjadi sebutan pada masa kini dan menjadi kegilaan bagi wanita
tambah lagi mengenai produk solek yang beliau keluarkan.

3.0 PERMULAAN PERNIAGAAN


Perjalanan karier kerjaya alha tidaklah semudah yang disangka kerana beliau
amat bekerja keras untuk berada di zon yang selesa seperti pada masa kini. Alha menjadi
jurusolek professional sejak dari tahun 2008 sehingga kini. Sentuhannya yang hebat
membuatkan ramai tidak melepaskan peluang untuk disolek oleh Alha, dan ramai yang
memilih Alha sebagai jurusolek mereka tidak kira apa jua majlis kerana Alha mempunyai
bakat yang tidak dapat disangkal lagi dalam mendandan orang dalam apa saja tema
kerana kepakarannya dipercayai ramai. Detik perjalanan karier kerjaya beliau bermula
ketika beliau masih menuntut pengajian di peringkat diploma dan berani untuk mencuba
nasib mendandan model model yang pada ketika itu kekurangan jurusolek ,jadi beliau
mengambil kesempatan menawarkan diri membantu rakan rakannya yang merupakan ahli
jurugambar. Beliau mendapat perhatian pemilik studio gambar pada masa itu apabila
model yang didandan olehnya mendapat pujian ramai. Bertitik tolak pada itu pensyarah
UITM fotografi mula menawarkan AlhaAlfa untuk membuat solekan ke atas beberapa
model dengan kos RM30 seorang. Beliau juga tidak menyangka bahawa projek solekan
nya mendapat pujian pensyarah Uitm sehingga ia dipamerkan di galeri UITM.

Ramai yang berminat dengan hasil solekannya. Alha juga melakukan kerja
sampingan sebagai tukang cat rumah untuk mendapatkan duit lebih kerana Alha
berpegang pada prinsip hidupnya supaya tidak membebankan ibu bapa. Kos pengajian
terlalu mahal baginya ketika itu oleh sebab itu beliau bertekad untuk mencari wang saku
sendiri dan Alha mulai minat dengan dunia solekan lalu beliau mengambil keputusan
untuk melibatkan diri dalam dunia solekan secara lebih serius dan akhirnya belia berjaya
pada masa kini..

4.0 PERTUMBUHAN PERNIAGAAN


Setelah nama beliau semakin dikenali, beliau melancarkan produk sendiri iaitu
kanta mata lekap yang dikenali dengan nama ‘Alhaalfalenses’ pada sekitar tahun 2015
dan pernigaannya itu mendapat sambutan hangat dan produk tersebut laris di pasaran.
Beliau juga sering mengadakan kelas solekan kepada sesiapa yang ingin belajar teknik
solekannya dan beliau seorang yang suka berkongsi dan tidak lokek ilmu. Beliau sudah
berkongsi teknik solekannya kepada lebih 1500 orang. Pada tahun 2017, beliau sekali lagi
mengeluarkan jenama kosmetiknya sendiri iaitu ‘Alhaalfacosmetics‘. Produk
kosmetiknya juga mendapat sambutan yang sangat hangat kerana kualiti kosmetik
tersebut diyakini ramai bahawa ia setaraf produk antarabangsa dan dilihatkan penilitian
saya ramai MUA(Make Up Artist) gemar menggunakan produk beliau dan meminati
teknik yang beliau kongsikan malah harga yang ditetapkan amatlah berpatutan dan
mampu milik. Selain daripada itu, beliau juga mendapat anugerah dan pengiktirafan
Dato’ dari Indonesia kerana mengadakan program amal di sana dan beliau juga
merupakan satu satunya jurusolek yang mengadakan kelas solek amal untuk didermakan
kepada sekolah tahfiz yang ditimpa musibah baru baru ini. Sikap dermawan yang ada
pada diri beliau perlu dicontohi oleh semua usahawan dan sebagai pelajar dengan melihat
usaha beliau ini dapat meningkatkan lagi semangat dengan mencontohi dan mengamalkan
ada ketikanya kita mampu maka, boleh meneruskan usaha seperti beliau.

5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan daripada hasil kajian yang dijalankan, saya mendapati salah satu ciri
yang ditonjolkan oleh AlhaAlfa sebagai seorang usahawan yang berjaya ialah
berwawasan. Cirimotavi beliau berwawasan dapat dibuktikan apabila beliau meletakkan
visi utama perniagaan beliau untuk menjadi sebuah syarikat yang mengeluarkan produk
kecantikan dan servis solekan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus
mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga
berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan usia dan pangkat.
Selain itu, AlhaAlfa juga tidak lari daripada tanggungjawab yang seringkali
dikaitkan dengan sifat kepimpinan iaitu membuat keputusan. Seseorang usahawan perlu
bijak membuat keputusan bagi memastikan masalah yang timbul dapat diselesaikan.
Beliau menunjukkan ciri tersebut apabila beliau membuat keputusan ingin bernaung di
bawah nama sendiri pada tahun 2015. Beliau juga telah melancarkan ‘Alhaalfacosmetics’
pada tahun 2017 dan ini merupakan tahun kemuncak bagi perniagaan beliau dan
mengikut BeritaHarian Online(2019) mengeluarkan berita bahawa AlhaAlfa menaja
ABPBH edisi ke-32(Anugerah Bintang Popular Berita Harian) dengan menggunakan
tajaan ini bagi mempromosikan produk keluaran syarikatnya.Lebih istimewa didatangi
keluaran produk beliau iaitu span muka berbentuk hati dan bedak asas formula baharu
untuk khas merawat kulit dan tambahan pula syarikat beliau mengeluarkan mesin layan
diri AlhaAlfa Cosmetics yang dilancarkan pada tahun 2019 dalam tempoh sebulan
sebelum majlis prestij itu berlangsung di bandar utaam lengkap dengan jualan produk
mereka serta klip tutorial mekap di pusat beli belah selain stesen perkhidmatan Aliran
Transit Ringan (LRT) terpilih di Lembah Klang. Info yang amat baik bagi diri inidvidu
pelajar dan dapat diinovasikan lagi akan pada masa hadapan kelak.
LAMPIRAN

Antara soalan yang ditemu bual:


1.Boleh Alha terangkan serba sedikit berkaitan latar belakang dan pengalaman
perniagaan?
2.Apakah jenis perniagaan yang Alha usahakan sekarang?
3.Adakah Alha yang mengasaskan sendiri perniagaan ini?
4.Bagaimana Alha mendapatkan modal perniagaan?
5.Bagaimana pula dengan saiz pasaran produk perniagaan Alha?

Gambar 1: AlhaAlfa memperkenalkan produk


jenama tersendiri
Gambar 2: Antara produk produk AlhaAlfa Cosmetics

Gambar 3: Antara pelanggan


yang menerima serv is solekan AlhaAlfa

Gambar 4: Salah satu cawangan AlhaAlfa Legacy di Bandar Baru Bangi

Anda mungkin juga menyukai