Anda di halaman 1dari 3

5.

3 Penetapan Harga
Menurut Henry Simamora dalam buku Akauntansi Basis Pengambilan Keputusan Bisnes (2002),
menjelaskan bahawa harga adalah sejumlah wang yang dibebankan atau dikeluarkan atas sebuah
produk atau perkhidmatan. Harga merupakan wang yang dikenakan untuk sesuatu keluaran atau
perkhidmatan yang diberikan melalui proses pertukaran dan harga juga merupakan campuran
pemasaran yang mengeluarkan hasil dan elemen-elemen lain hanyalah kos. Harga juga merupakan
nilai yang ditetapkan bagi sesuatu produk dalam pasaran dan harus dibayar oleh pengguna dengan
wang sekiranya pengguna memilih untuk membeli produk tersebut. Harga dapat ditentukan
mengikut kesesuaian pasaran melalui proses penawaran.

5.3.1 Faktor-Faktor Penetapan Harga

Menurut Machfoedz (2005), penetapan harga dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor, iaitu faktor
internal mahupun faktor eksternal. Bagi faktor dalaman adalah seperti yang berikut:

1. Objektif Pemasaran
Sebelum sesebuah syarikat menetapkan harga, syarikat tersebut perlulah menetapkan
objektif pemasaran bagi memastikan dapat keuntungan yang dirancang. Oleh itu, objektif
pemasaran adalah penting bagi menentukan harga sesebuah produk. Objektif pemasaran
merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh perniagaan dalam penetapan harga
berdasarkan sama ada penakatan atau tumpuan untuk terus beroperasi, memaksimumkan
keuntungan, memimpin pasaran atau memimpin kualiti produk.

Berdasarkan kajian, Syarikat Adabi juga menetapkan satu objektif pemasaran bagi
keuntungan syarikat dapat dikekalkan. Objektif pemasaran ialah menjaga kebajikan
pengguna dan harga berpatutan serta menikmati keuntungan yang maksimum. Produk
Adabi dijual dengan harga yang berpatutan dan menjaga kebajikan pengguna juga. Oleh
itu, pasaran produk Adabi sentiasa stabil.
2. Strategi Campuran Pemasaran
Strategi campuran pemasaran melibatkan penggunaan harga untuk mencapai objektif
pemasaran. Pemasar akan menetapkan harga sesuatu produk sebelum membentuk
kombinasi campuran pemasaran ideal berdasarkan harga yang telah ditetapkan.

Berdasarkan kajian, Syarikat Adabi sentiasa mengutamakan kebajikan pengguna dan


menghasilkan produk yang memenuhi cita rasa pengguna. Oleh itu, harga produk Adabi
adalah berpatutan dan tidak beban kepada pengguna. Menurut laman web (http://ww1
.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140521/ko_02/Adabi-sasar-jualan-bulanan-RM20-
juta), Ketua Pegawai Eksekutif Adabi, Amiruddin Md.Noor telah menyata bahawa strategi
syarikat tidak boleh hanya bergantung kepada keuntungan sahaja namun kita
mengutamakan kebajikan pengguna juga.

3. Kos pengurusan pemasaran


Kos pengurusan pemasaran akan diambil kira oleh pemasar semasa menetapkan harga
sesuatu produk. Pengeluar yang menggunakan input tetap dan input berubah dalam aktiviti
pengeluarannya akan menanggung kos tetap dan kos berubah. Kos tetap ialah bayaran yang
dikenakan terhadap penggunaan input tetap seperti sewa bangunan, jentera, mesin dan
tapak kilang. Kos berubah ialah bayaran yang dikenakan terhadap penggunaan input
berubah seperti bahan mentah dan buruh.

Syarikat Adabi juga menggunakan beberapa mesin untuk menghasilkan produk kari,
makanan tin dan sebagainya. Berdasarkan lampiran, mesin-mesin yang digunakan dalam
proses pengeluaran adalah kos yang tetap bagi Syarikat Adabi. Kos berubah pula bahan
mentah yang berkualiti seperti rempah, ayam dan sebagainya yang memberi peranan
penting dalam proses pengeluaran. Oleh itu, syarikat adabi mengambil kira kos pengurusan
semasa menetapkan harga sesuatu produk.
4. Pasaran dan permintaan
Keadaan pasaran memainkan peranan penting dalam usaha penetapan harga sesuatu
produk. Jenis pasaran yang digunakan ialah pasaran persaingan sempurna. Dalam pasaran
ini, firma bersaing dengan sempurna tanpa berlaku sebarnag penindasan atau diskriminasi
harga produk. Harga setiap produk di dalam pasaran ini adalah sama kerana produk yang
dihasilkan mempunyai ciri-ciri dan kegunaan yang hampir sama.

Berdasarkan kajian, Syarikat Adabi juga mempunyai persaingan yang kekuatan yang
hampir sama iaitu Babas Sdn. Bhd. Berdasarkan lampiran, Babas mengeluarkan produk
yang hampir sama dengan Syarikat Adabi serta jenama Babas juga terkenal dalam dunia.
Oleh itu, keadaan pasaran memainkan peranan penting dalam menetapkan harga sesuatu
produk supaya Syarikat Adabi dapat mencapai matlamat atau objektif pemasaran.

5.3.2 Pendekatan Harga Secara Umum

Terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakan untuk menentukan harga umum terhadap produk
yang dihasilkan oleh pengeluar, iaitu penentuan harga berasaskan kos, penentuan berasaskan nilai
dan penentuan harga berasaskan persaingan.

Syarikat Adabi telah menggunakan pendekatan penentuan harga berasaskan kos. Dalam
pendekatan penentuan harga berasaskan kos, terdapat dua kaedah iaitu penentuan harga berasaskan
tokokan kos. Melalui kaedah ini, harga sesuatu produk ditentukan dengan menambahkan margin
keuntungan ke atas kos pengeluaran. Kaedah ini merangkumi kos berubah dan kos tetap serta
margin keuntungan. Berdasarkan laman web https://www.jenjobs.com/job/job-detail?jid=410307

&param=%2Flocation%2Fselangor%3Fstate%255B0%255D%3D60%7Co%3Ddate_posted%7C
page%3D7%7Cfrom%3D%2Fjob%2Fsearch, Syarikat Adabi telah menjelaskan bahawa
penetepaan harga berasaskan kos berubah dan kos tetap mengikut pendekatan penentuan harga
berasaskan kos. Oleh itu, Syarikat Adabi sentiasa memberi tumpuan kepada kos berubah yang
rendah tetapi berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai