Anda di halaman 1dari 26

syarikat Neo Kek

Siang tranding CO

1.0 PENGENALAN
Syarikat Siang Tranding Co. merupakan sebuah kedai yang hanya
membekalkan barang. Perniagaan ini membekalkan barang keperluan dan kehendak para

1
pengguna. Misalnya, barang dapur, peralatan sekolah, bekalan makanan, barang keperluan
wanita, barang keperluan untuk mandi dan mencuci, keperluan ubat-ubatan seperti panadol,
vitamin dan sebagainya. Barang kerperluan untuk hidup banyak ditawarkan manakala
barang kehendak hanya sedikit ditawarkan dalam Syarikat Siang Tranding Co. Hal ini
memudahkan untuk membuat pembelian barang keperluan. Oleh hal yang demikian ini akan
memudahkan penduduk Belaga untuk mendapatkan barang keperluan. Hal ini juga dikatakan
demikian kerana Daerah Belaga merupakan kawasan pendalaman yang jauh dari kawasan
bandar. Di samping itu, Syarikat Siang Tranding Co. juga menawarkan barang yang
merupakan kehendak pengguna. Contohnya, alat solek, alas kaki dan sebagainya. Hal ini
akan dapat memenuhi kehendak pengguna terutamanya golongan wanita. (lampiran)

Seterusnya, Syarikat Siang Tranding Co. juga bertanggungjawab dengan menggambil


berat tentang perkhidmatan atau kemudahan pelanggan dan pekerjanya. Misalnya,
perniagaan ini menyediakan kemudahan seperti tandas dan kaunter bayar. Hal ini dapat
memberikan keselesaan kepada pekerja dan pengguna. Perniagaan ini menyediakan dua buah
kaunter bayar kepada pelanggan. Hal ini akan memudahkan membayaran barang. Hal ini
juga akan dapat mengelakkan rugutan pelanggan untuk membuat pembayaran dengan cepat.
(lampiran)

Selain itu, Syarikat Siang Tranding Co. juga hanya menjalankan perniagaan secara
fizikal. Hal ini bagi memudahkan penduduk di daerah belaga membuat pembelian. Hal ini
juga demikian kerana rangkaian di dearah belaga yang kurang baik dan terdapat juga
kawasan di daerah belaga yang tiada rangkaian internet dan telekomunikasi. Oleh hal yang
demikian perniagaan ini hanya menjalan perniagaan bersemuka bagi memudahkan
penyediaan barang keperluan kepada pengguna atau pelanggan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2
Kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif utama yang dilaksanakan oleh
Syarikat Siang Tranding Co. Objektif-objektif tersebut ialah ;

2.1 Menganalisis ciri-ciri usahawan dari segi:


2.1.1 Sifat-sifat peribadi usahawan berjaya
2.1.2 Tabii orang yang berjaya

2.2 Mengkaji kaedah usahawan memulakan dan menjalankan perniagaan dari


segi:
2.2.1 Kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaan
2.2.2 Pembiayaan yang diterima bagi memulakan perniagaan
2.2.3 Kemudahan dan bantuan yang diterima bagi memulakan perniagaan

2.3 Menghuraikan peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan


dalam organisasi

2.4 Membincangkan cabaran persekitaran luaran dan dalaman yang


mempengaruhi perniagaan.

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

3
Syarikat Siang Tranding Co. ini merupakan salah satu perniagaan yang tertua di
Daerah Belaga sebelum perniagaan yang lain seperti Halimatus dan Fresh mart. Syarikat
Siang Tranding Co. atau Kedai Ann yang merupakan gelaran yang digunakan oleh penduduk
belaga untuk memudahkan menyebutkan namanya. Nama pemilik Syarikat Siang Tranding
Co. tersebut ialah Neo Kek Siang atau nama gelaran beliau iaitu Siang . Manakala isteri
beliau, iaitu Evelin Jawa. Perniagaan ini diuruskan oleh Encik Neo Kek Siang dan isteri
beliau. Encik Neo Kek Siang mengambil alih perniagaan ini antara tahun 2004 atau 2005
apabila beliau lepasan diploma. Perniagaan ini sebenarnya dimiliki oleh bapa beliau iaitu
Neo Hood Ann. Bapa Encik Neo Kek Siang memiliki dua buah kedai, satu kedai yang
dimiliki oleh bapa beliau diserahkan kepada abang Encik Neo Kek Siang manakala satu
lagik diserahkan kepada Encik Neo Kek Siang . Kedai Teck Hua Cham ialah merupakan
kedai abang beliau. Sebenarnya, kedua-dua perniagaan yang dimiliki oleh Encik Neo Kek
Siang dan abangnya, perniagaan tersebut hanya dipanggil sebagai kedai Ann lama dan kedai
Ann baru.

Pada mulanya, Syarikat Siang Tranding Co hanya menjual barangan plastik seperti
kontena dan perkakas seperti paku. Namun perniagaan tersebut tidak dioperasikan lagi
kerana terdapat juga perniagaan yang membuka perniagaan yang seperti menjual barang alat-
alatan dan perkakas untuk membina rumah. Hal ini juga kerana menjual barangan tersebut
tidak mendapatkan keuntungan yang banyak. Oleh hal yang demikian, Encik Neo Kek Siang
membuat satu konsentrasi dengan menjual barangan keperluan untuk pelanggan. Hal ini
demikian kerana kawasan Daerah Belaga yang jauh dari kawasan bandar. Hal ini telah
memberikan idea yang baru kepada Encik Neo Kek Siang untuk mengambil peluang untuk
membuat pembaharuan daripada menjual barangan perkakas dan alatan pembinaan rumah
kepada menyediakan barangan keperluan untuk pelanggan.Jelaslah bahawa perubahan
tersebut membuahkan hasil yang banyak dan mampu meningkatkan imej perniagaan beliau.

Seterusnya, Syarikat Siang Tranding Co. ini telah mengambil keputusan lagi dengan
bukan hanya menyediakan barangan keperluan sahaja namun juga menyediakan barangan
kehendak untuk pelanggan seperti perhiasaan dalam rumah, barangan atau produk kecantikan
dan barangan elektronik seperti suis, lampu belajar dan banyak lagik. Dengan pembaharuan

4
tersebut perniagaan Encik Neo Kek Siang semakin membangun dan mendapatkan keuntugan
yang melebih yang disasarkan.

Di samping itu, Syarikat Siang Tranding Co. juga tidak lupa dengan menyediakan
perkhidmatan bagi kemudahan kepada pelanggannya seperti menyediakan bangku untuk
duduk kepada pelanggan, tandas dan menyediakan dua buah kaunter pembayaran. Hal ini
menunjukkan bahawa Encik Neo Kek Siang menggambil berat tentang pelanggannya. Hal ini
telah memberikan keselesaan bagi pelanggannya.

Syarikat Siang Tranding Co. ini hanya menjalankan perniagaan secara fizikal. Hal ini
demikian kerana di kawasan Daerah Belaga tidak mempunyai jaringan dan rankaian internet
yang bagus. Selain itu, Encik Neo Kek Siang juga menjalankan perniagaan secara fizikal
kerana kebanyakan masyarakat di Belaga celik ICT. Oleh hal yang demikian, Encik Neo
Kek Siang memilih untuk menjalakan perniagaan secara fizikal bagi memudahkan
masyarakat di Belaga membeli barangan keperluan dan kehendak.

Jelaslah bahawa, Syarikat Siang Co. telah banyak membuat pembaharuan dalam
meningkatkan keuntungan dan imej perniagaannya. Selain itu, syarikat ini juga tidak lupa
juga untuk menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pelanggannya.

5
4.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini menerangkan tentang kaedah kajian yang telah digunakan oleh
pengkaji dalam melaksanakan kajian ini dengan sempurna. Pengkaji telah
menggunakan sumber data yang menjadi faktor penting dalam mempertimbangkan
penentuan cara pengumpulan data. Sumber data terdiri daripada sumber data primer
dan sumber data sekunder.

Data primer merupakan sumber data yang diperoleh secara langsung dari
sumber asli atau pihak pertama. Data primer secara khusus dikumpulkan oleh
pengkaji untuk mengumpulkan maklumat tentang kajian tersebut. Data utama
dikumpulkan dengan objektif untuk mengenal pasti beberapa faktor khusus yang
diperlukan oleh penyelidik. Untuk tujuan ini, pengkaji boleh menggunakan soal
selidik yang menyatakan faktor-faktor istimewa yang perlukan dikumpulkan.
Manfaat utama dari data primer ialah maklumat yang diperolehkan oleh pengkaji
adalah benar. Namun, data primer ini memerlukan kos yang tinggi untuk jumlah
kuesioner yang cukup besar.

Data sekunder merupakan sumber data yang diperoleh pengkaji secara tidak
langsung melalui saluran atau media perantara. Data sekunder pada umumnya
merupakan bukti, catatan, atau laporan sejarah yang telah disediakan, baik yang
disiarkan mahupun tidak disiarkan. Kelebihan dari data sekunder adalah lebih
menjimatkan kos dan masa, mengklasifikasikan permasalahan-permasalahan,
menciptakan tolak ukur dan melengkapi maklumat yang tidak lengkap

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan sumber data primer dan data
sekunder untuk menyiapkan kajian ini. Kebanyakan data primer telah diperoleh
daripada temu bual yang dijalankan dengan usahawan Syarikat Siang Tranding Co.
Sumber sekunder pula telah diperoleh melalui pengaksesan laman sesawang, buku,
akhbar dan majalah. Pengkaji telah membuat analisis tentang ciri-ciri usahawan
Syarikat Siang Tranding Co. , mengenalpasti peranan yang dilakukan oleh usahawan
syarikat tersebut dan mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh usahawan dalam
menguruskan syarikat tersebut.

6
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bab ini membincangkan tentang ciri-ciri dan peranan usahawan serta cabaran yang dihadapi
oleh usahawan Syarikat Siang Tranding Co. Usahawan ialah individu yang berani
menanggung risiko, bijak dalam mengurus masa, dan sentiasa berinisiatif tinggi. Ciri-ciri
usahawan adalah satu konsep yang diguna oleh pemilik perniagaan dan juga usahawan dalam
menguruskan perniagaan tersebut

5.1 Ciri-Ciri Usahawan

Usahawan bermaksud individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan  sehingga


berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-
amalan yang strategik  untuk terus berjaya. Selain itu, keusahawanan juga dapat
ditakrifkan sebagai perilaku atau gaya usahawan bertindak terhadap peluang,
memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya maju perniagaan
yang telah diterokainya. Meredith, Nelson dan Neck,1982,dalam buku prinsip-prinsip
keusahawanan edisi kedua:4, usahawan merupakan orang yang mampu melihat dan
menilai peluang-peluang perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber
untuk mengambil peluang serta mengambil tindakan yang bersesuaian demi
memastikan kejayaan. Keusahawanan sebagai tindakan kreatif manusia
membangunkan  sesuatu yang bernilai daripada sesuatu yang tidak bernilai menurut
Jeffrey A. Thomas, dalam buku pengajian perniagaan penggal 3,2005-2010:2.

5.1.1 Sifat-Sifat Peribadi Usahawan Berjaya

Setiap usahawan yang berjaya semestinya mempunyai sifat-sifat peribadi yang


yang baik dan sentiasa positif. Hal ini kerana sifat peribadi seseorang itu
mencerminkan masa depan seseorang itu. Hal ini demikian juga kerana peniaga
menceburi perniagaan untuk mendapatkan keuntungan dengan menunjukkan
kemahuan untuk berkembang, bentuk dan saiz asal perniagaan dikekalkan. Oleh itu,
terdapat beberapa ciri-ciri peribadi yang ada pada Encik Neo Kek Siang.

7
5.1.1.1 Berani menanggung risiko

Pemilik Syarikat Siang Tranding Co. iaitu, Encik Neo Kek Siang
atau nama gelarannya Neo Kek Siang memiliki ciri peniaga yang berani
menanggung risiko. Berani menanggung risiko boleh didefinisikan sebagai
berani untuk berhadapan dengan sebarang masalah atau kesulitan yang akan
dihadapi pada masa akan datang.Di dalam dunia perniagaan, risiko
memainkan peranan penting dalam pembangunan usahawan. Secara
teori,semakin tinggi sesuatu risiko,semakin besar pulangannya. Seorang
usahawan harus membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko kerana
risiko yang terhitung akan menjamin pulangan yang selamat. Syarikat Siang
Tranding Co. ini lebih berkembang kerana Encik Neo Kek Siang berjaya
dalam mengatasi risiko yang di hadapinya tanpa sebarang masalah. Hal ini
dikatakan demikian kerana Encik Neo Kek Siang akan lebih lagi bekerja
keras, berusaha, tabah dan konsisten untuk terus lagu maju kehadapan dengan
segala masalah yang timbul dalam perniagaannya yang dapat memberikan
banyak pengalaman. Misalnya, Encik Neo Kek Siang menghadapi cabaran
dari segi persaing yang juga merupakan perniaga yang menawarkan barang
kepada penduduk di Daerah Belaga. Antara pesaing beliau yang juga
menawarkan barang kepada penduduk tempatan ialah Gerai Rakyat
Enterprise, Kedai Teck Hua Cham, Halimatus, Fresh Mart dan banyak lagi.

5.1.1.2 Bijak mengurus masa

Seterusnya, sifat peribadi yang ada pada Encik Neo Kek Siang juga
ialah bijak mengurus masa dalam mengurus perniagaan dan hal peribadi.
Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan
bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah
anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di
dalam menjalankan sebuah perniagaan. Hal ini akan dapat membantu
usahawan dalam menguruskan kerja dalam organnisasi dengan berkesan dan
mengambil tahu tentang hal peribadi. Oleh hal yang demikian, peniaga perlu

8
membahagikan masa dengan sistematik. Contohanya, Syarikat Neo Kek Siang
Tranding Co. membuka kedai pada 8.00 pagi dan menutup perniagaannya
pada 5.30 petang. Ini akan dapat membantu Encik Neo Kek Siang tanpa
mengambiakan tanggungjawap sebagai peniaga dan seorang bapa. Dalam
pada itu juga, pengurusan masa dapat membantu dalam membuat sasaran
keuntungan perniagaan juga amat penting. Membuat sasaran keuntungan
setiap bulan dapat membantu dalam meningkatkan motivasi setiap perniagaan.
Contoh, peniaga mensasarkan RM10 ribu pada bulan November manakala
pada bulan Disember mensasarkan RM25 ribu kerana pada bulan disember
ramai penduduk Belaga yang datang membeli barang keperluan untuk
menyambut perayaan. Hal ini akan membantu Encik Neo Kek Siang dalam
mencatat setiap keuntungan yang diperoleh dalam setiap bulan dan mampu
meningkatan motivasi untuk meneruskan perniagaan.

5.1.1.3 Berinisiatif tinggi

Selain itu, sifat peribadi yang ada pada Encik Neo Kek Siang dalam
perniagaan ialah mempunyai inisiatif tinggi. Inisiatif bermaksud daya usaha
yang mula- mula. Hal ini dikatakan demikian kerana Neo Kek Siang memang
berminat dalam bidang perniagaan dengan dia telah mengambil alih
perniagaan bapanya setelah bapa dia meninggal dunia. Dengan minat yang
ada pada beliau, beliau telah berinisiatif untuk mengambil alih perniagaan
peninggalan mediang bapanya dengan dia terus melakukan pelbagai usaha
dalam mengembangkan perniagaan mendiang ayahnya. Encik Neo Kek Siang
telah mengambil beberapa inisiatif beliau terhadap perniagaannya dengan dia
telah membuat pembaharuan dari segi penawaran barang keperluan
kemundiannya kepada penawaran barang yang bercirikan kehendak. Hal ini
demikian kerana untuk meningkatkan hasil keuntungan dalam perniagaannya
dan untuk menarik perhatian para pembeli untuk datang ke perniagaannya.
Dengan keuntungan yang diperoleh olehnya tersebut dapat memberikan
semangat dan meningkatkan imej perniagaannya. Oleh hal yang demikian
Encik Neo Kek Siang akan berusaha untuk membuat pembaharuan dalam

9
penawaran barang atau perkhidmatan di perniagaannya. Misalnya, Encik Neo
Kek Siang membuat pembaharuan dari segi barangan dengan menjual dan
menawarkan barang seperti kosmetik, ubat-ubatan, barang perhiasan rumah
dan peralatan elektrik. Jelaslah bahawa dengan mempunyai inisiatif yang
tinggi dalam diri seseorang itu akan membantu dalam mengembangkan
perniagaan dan memberikan motivasi untuk terus maju.

5.1.2 Tabii Orang Berjaya

Tabii atau sifat seseorang perniaga itu perlu ada untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya. Hal ini dikatakan demikian keran sifat atau tabii seseorang
itu menentukan perniagaan seseorang itu dapat berkembang maju atau tidak. Oleh itu,
terdapat bebarapa tabii orang berjaya dalam peniagaan yang ingin dikaji dalam
Syarikat Siang Tranding Co.

5.1.2.1 Berorientasikan matlamat

Antara tabii orang berjaya dalam diri Encik Neo Kek Siang dalam
menjalankan perniagaannya iaitu berorientasikan matlamat. Maksud
berorientasikan matlamat ialah seseorang itu akan menetapkan sasaran atau
objektif. Ia dimana seseorang itu akan sentiasa mengingati matlamat kerana
matlamat menentukan hala tuju. Misalnya, Encik Neo Kek Siang telah
menetapkan matlamat perniagaan dengan menjual barang dari segi keperluan
dan kehendak pengguna. Hal ini dikatakan demikian kerana Daerah Belaga
menrupkan kawasan pendalam dan jauh dari kawasan bandar dengan itu
beliau menawarkan barang dari segi barang keperluan dan barang yang
merupakan kehendak bagi pengguna untuk memuaskan dan memenuhi
keperlaun dan kehendak penduduk di Daerah Belaga. Matlamat dan objektif
Encik Neo Kek Siang telah membantunya dalam mengetahui tujuan
perniagaan beliau di tubuhkan. Jelaslah ini telah menunjukan berorientasikan
matlamat merupakan tabii orang yang berjaya.

10
5.1.2.2 Komitmen yang tinggi

Selain itu, tabii orang berjaya juga yang dimiliki oleh Encik Neo Kek
Siang dalam perniagaannya iaitu Syarikat Neo Kek Siang Tranding Co. ialah
mempunyai komitmen yang tinggi dalam pekerjaan. Komitmen ialah sikap
atau pendirian yang memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dalam sesuatu
kerja. Seseorang yang mempunyai komitmen akan melakukan kerja dengan
berusaha, motivasi tinggi dan berazam. Hal ini akan menyebabkan seseorang
peniaga itu untuk terus berusaha dan bersemangat dalam menjaya sesuatu
yang telah dirancang bagi mencapai objektif dan misi yang telah ditetapkan.
Misalnya, Encik Neo Kek Siang telah mempunyai perniagan yang kerana
beliau usaha beliau untuk mencari idea yang baru dengan beliau membuat
banyak penawaran barang dari segi barang keperluan dan kehedak kepada
penduduk di Daerah Belaga, kemudian membuat perancang bagi
mengembangkan perniagaan beliau dengan ingin menubuhkan perniagaan
baru beliau di Sungai Asap. Oleh hal yang demikian Encik Neo Kek Siang
akan termotivasi menjadi sebuah perniaga yang akan berkembang di setiap
tempat di Daerah Belaga. Jelaslah bahawa orang berjaya harus mempunyai
komitmen yang tinggi dalam menjalan perniagaan yang mempunyai pelbagai
cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi.

5.1.2.3 Proaktif

Seterusnya, tabii orang berjaya juga yang dimiliki oleh Encik Neo Kek
Siang dalam menjalankan perniagaan beliau ialah bersikap proaktif.
Seseorang yang proaktif ialah individu yang mempunyai inisiatif dan
tanggungjawab untuk menyebabkan sesuatu itu berlaku. Misalnya, seseorang
itu sentiasa berusaha mencari idea-idea baharu yang bernas dan sentiasa yakin
dengan keupayaan untuk menangani segala perubahan yang berlaku di
sekelilingnya. Oleh hal yang demikian Encik Neo Kek Siang bertindak secara
proaktif dan tidak menunggu masa yang lama sehingga pihak lain merebut
peluang tersebut. Misalnya, pada tahun 2021 ini perniagaan beliau dalam
kedudukan stabil. Hal ini telah membuktikan bahawa beliau telah berusaha

11
dalam meningkatkan keuntungan yang telah disasarkan oleh beliau. Oleh hal
yang demikian juga telah membuktikan bahawa Encik Neo Kek Siang telah
membuat pembaharuan dalam perniagaan yang telah dirancang beliau dengan
menggunakan perancangan tersebut dengan cepat. Hal ini demikian untuk
mengelakkan pihak pesaing mengambil peluang yang telah dirancangkan.

5.2 Memula dan Menjalankan Perniagaan

Usahawan haruslah merekabentuk dan menganalisa model perniagaan yang


bakal dijalankan, untuk dijadikan sebagai asas kepada pelan perniagaan anda. Secara
umumnya, pelan perniagaan adalah versi yang lebih terperinci kepada model
perniagaan anda. Ia terdiri daripada maklumat organisasi, model operasi, analisa
kewangan, maklumat industri perniagaan, langkah perlaksanaan dan analisa risiko.
Pelan perniagaan adalah penting bagi permulaan perniagaan. Usahawan juga
disarankan untuk meneliti pelan perniagaan anda bersama-sama dengan pihak lain
seperti kaunselor perniagaan, rakan kongsi atau kenalan.

5.2.1 Kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan


perniagaannya

Secara asasnya, pelan perniagaan dibina berdasarkan kepada teori 4Ws dan
1H (Who, What, Why, Where & How) (Siapa, Apa, Kenapa, Di Mana dan
Bagaimana) dan teori 7Ps (Product, Price, Place, Promotion, People, Process &
Physical) (Produk, Harga, Tempat, Promosi, Orang, Proses dan Fizikal). Kaedah
mengenal pasti peluang yang ada berdasarkan teori-teori ini akan membantu anda
bermula dari tempat yang betul.

5.2.1.1 Peniagaan secara fizikal

Perkhidmatan merupakan sesuatu keluaran yang tidak dapat dilihat,


dihidu, dirasa dan disentuh secara fizikal. Namun demikian, kehadirannya
akan memenuhi keperluan dan kehendak pembeli atau penggunanya. Contoh-

12
contoh perkhidmatan adalah perkhidmatan pakar perubatan, bank, insuran,
pendidikan Kolej Matrikulasi, perniagaan dan sebagainya.

Syarikat Siang Tranding Co. ini hanya menjalankan perniagaan secara


fizikal. Hal ini demikian kerana di kawasan Daerah Belaga tidak mempunyai
jaringan dan rankaian internet yang bagus. Selain itu, Encik Neo Kek Siang
juga menjalankan perniagaan secara fizikal kerana kebanyakan masyarakat di
Belaga celik ICT. Oleh hal yang demikian, Encik Neo Kek Siang memilih
untuk menjalakan perniagaan secara fizikal bagi memudahkan masyarakat di
Belaga membeli barangan keperluan dan kehendak.

5.2.1.2 Mengambil alih perniagaan sedia ada

Syarikat Siang Tranding Co. yang diambil alih oleh Encik Neo Kek
Siang pada tahun 2005 setelah beliau tamat diploma. Perniagaan ini dimiliki
oleh mendiang bapa beliau. Beliau telah menggunakan pelbagai insentif untuk
dalam mengembangkan perniagaan. Oleh hal yang demikian Encik Neo Kek
Siang mengambil beberapa faktor dalam mempertimbangan sebelum
mengambil alih perniagaan sedia ada.

Antara faktor yang telah di pertimbangkan oleh Encik Neo Kek Siang
sebelum mengambil perniagaan sedia ada ialah mengenalpasti pesaing. Hal ini
dikatakan demikian untuk mengetahui perniagaan pesaing yang sama
menawarkan barang kepada pengguna. Dengan hal yang demekian ini akan
memudahakan Encik Neo Kek Siang membuat perancangan untuk mengatasi
halangan dan mengetahui kelemahan dan kelebihan perniagaan pesaing serta
untuk mencari peluang yang ada bagi meningkatkan keuntungan dan
mengembangkan perniagaan beliau. Hal ini akan membantu beliau untuk
mengatasi cabaran dan ancaman yang di hadapi oleh perniagaan beliau.
Misalnya, Encik Neo Kek Siang mempunyai beberapa pesaing seperti Gerai
Rakyat Enterprise, Kedai Teck Hua Cham, Halimatus, Fresh Mart, Tey Hock
Chiang, Liang Hun dan Tek Hua Hung. Dengan itu, Encik Neo Kek Siang
akan mudah membuat perancangan dari segi tambah baik penawaran jualan
barangan, perkhidmatan yang dapat disediakan dan pengubahsuaian dari segi

13
harga yang ditawarkan. Hal ini akan membantu dalam menarik perhatian
pelanggan untuk datang ke pernaigaan. Olah hal yang demikian Encik Neo
Kek Siang dapat meningkatkan jumlah pelanggan yang dapat menghasilkan
keuntungan yang tinggi.

Dalam pada itu juga, faktor yang dapat dipertimbangkan sebelum


mengambil perniagaan sedia ada oleh Encik Neo Kek Siang ialah lokasi
perniagaan. Hal ini dikatakan demikian kerana lokasi perniagaan amat
mempengaruhi jumlah pelanggan. Misalnya, apabila seseorang perniaga itu
mendirikan atau memilih kawasan yang kurang orang kunjungi dan bukan
pusat tumpuan orang ramai ini akan mengakibatkan kerugian dan penutupan
peniagaan kepada peniaga tersebut. Oleh hal yang demikian penaiaga haruslah
mencari atau memilih lokasi untuk mendirikan perniagaan yang mempunyai
ramai penduduk dan pusat tumpuan orang ramai. Hal ini akan membantu
dalam mengembangkan sebuah pernigaan dan meningkatkan hasil keuntung.
Hal ini telah membuktikan bahawa lokasi perniagaan merupakan faktor utama
dalam mendirikan sebuah perniagaan. Dengan itu, Encik Neo Kek Siang telah
memilih kawasan pekan belaga sebagai tempat menjalankan perniagaannya.
Kedai Encik Neo Kek Siang berada di tempat tumpuan orang ramai.
Misalnya, Encik Neo Kek Siang menyediakan tempat duduk dihadapan
kedainya untuk menarik perhatian pelanggan untuk datang membeli di kedai
beliau. Selain itu juga, perniagan Encik Neo Kek Siang berada tidak jauh dari
kawasan sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana akan memudahkan
penduduk di hulu dan hilir Belaga mudah untuk mendapatkan barang
keperluan mereka dan meringkan beban para pelanggan yang tinggal di
kawasan hulu dan hilir Belaga untuk menghantar barang mereka dan tidak
perlu mengambil masa yang lama membawa barangan. Hal ini demikian
kerana pengangkutan utama yang digunakan di kawasan hulu dan hilir Belaga
ialah pengangkutan sungai dengan itu akan memudahkan para pelanggan
untuk mengangkut barang mereka.

14
Seterusnya, faktor yang telah di pertimbangkan juga oleh Encik Neo
Kek Siang sebelum mengambil alih perniagaan sedia ada ialah penawaran
harga barang. Penawaran harga barang dalam perniagaan juga akan
mempengaruhi cita rasa dan mampu menarik pelanggan untuk membelikan
barangan tersebut. Oleh hal yang demikian peniaga haruslah menawarkan
harga barangan yang berpatutan kepada pelanggan bagi menarik perhatian
pelanggan untuk membeli barang tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana
penawaran harga barang yang rendah mampu menghasilkan nilai keuntungan
yang tinggi. Ini kerana pelanggan akan membuat pembelian berulang kali.
Contohnya, apabila peniaga itu membuat penawaran harga yang rendah ini
akan menarik ramai pelanggan untuk memilih perniagaan tersebut sebagai
destinasi untuk mendapatkan barangan keperluan yang murah. Selain itu juga,
peniaga akan mendapatkan stok yang banyak kerana pemintaan barangan
yang banyak dari pelanggan. Hal ini demikian kerana harga barang yang
ditawarkan kepada pelanggan adalah berpatutan. Ini telah terbukti kerana
perniagaan Encik Neo Kek Siang sentaiasa stabil tanpa sebarang masalah dari
segi keuntungkan yang beliau perolehi dan telah membuat beliau yakin
dengan perniagaannya sehingga beliau merancang untuk medirikan sebuah
pernigaan yang dimiliki beliau sendiri di Sungai Asap. Sebagai pengetahuan,
Syarikat Neo Kek Siang Tranding Co. merupakan perniagaan yang
menawarkan harga barangan keperluan pada harga yang rendah. Sebagai
contohnya, pencuci pakaian di Kedai Teck Hua Cham berharga RM12.80
manakala di kedai Encik Neo Kek Siang hanya RM11.50. Hal ini telah
membuktikan bahawa penawaran harga akan mempengaruhi jumlah
pelanggan dan hasil keuntungan.

5.2.2 Pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diteriam bagi


memulakan

perniagaan

15
Modal merujuk kepada sebarang kekayaan yang boleh digunakan bagi menghasilkan
lebih banyak kekayaan untuk sesebuah perniagaan. Modal juga wujud dalam pelbagai
bentuk seperti tunai, kemahiran dan pengetahuan, permis kilang, peralatan dan mesin.

5.2.2.1 Pembiayaan sumber modal formal

Syarikat Neo Kek Siang Tranding Co. ini mengunakan cara


pembiayaan sumber modal formal. Sumber modal wang formal terbahagi
kepada emppat, iaitu pinjaman bank, bantuan kerajaan, sewa beli dan
penjualan saham kepada pelabur. Pinjaman bank yang dilakukan disediakan
oleh bank komersial dan syarikat kewangan. Selain pinjaman bank terdapat
tiga jenis pinjaman iaitu termasuk overdraf, kredit pusingan dan pinjaman
berjangka. Terdapat beberapa contoh bank yang menawarkan kemudahan
pinjaman ialah Maybank, Public Fanance dan Bank Rakyat. Encik Neo Kek
Siang telah membuat pinjaman bank sebagai permulaan dalam mengambil
alih perniagaan mendiang bapanya. Encik Neo Kek Siang melakukan
pinjaman bank dari Public Bank. Pinjaman ini dilakukan untuk mendapat
sumber pembiayaan bagi mengembang perniagaan beliau. Pinjaman bank ini
juga amat perlu bagi Encik Neo Kek Siang dalam memulakan perniagaa
beliau bagi membantu dari segi pembiayaan dari segi sewa bangunan,
pembelian barang adan pembaharuan perabot. Jelaslah bahawa pinjaman bank
ini amat membantu dalam memulakan perniagaan.

5.3 Peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi

Pengurusan merupakan melaksanakan sesuatu kerja melalui sumber-sumber organisasi, iaitu


manusia, kewangan, bahan mentah,dan juga modal ke arah mencapai matlamat dan objektif
yang telah ditetapkan secara cekap dan berkesan.

5.3.1 perancangan

16
Syarikat Neo Kek Siang Tranding Co. menggunakan fungsian pengurusan
perancangan. Perancangan ialah proses menuntukan matlamat yang ingin dicapai dan
tindakan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi. Perancang amat
penting dalam menjalankan sesebuah perniagaan bagi menentukan hala tuju kepada
peniaga. Hal ini akan menyebabkan peniaga dapat memastikan apa yang sebebnarnya
ingin dilakukan, bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara yang telah diputuskan,
mengapa beliau mengambil alih perkara tersebut, bila untuk melakukannya dan siapa
yang harus melaksanakannya dan sebagainya. Selain itu, perancangan juga dapat
membantu pengurus dalam membuat keputusan. Hal ini akan menyebabkan Melalui
perancangan jangka pendek atau jangka panjang, pengurus boleh membuat keputusan
tentang tindakan yang sesuai. Misalnya, Encik Neo Kek Siang telah membuat
perancangan untuk membuka perniagaan beliau sendiri di Sungai Asap. Oleh hal
yang demikian ini akan membantu encik Neo Kek Siang dalam mengembangkan
perniagaan beliau.

Encik Neo Kek Siang telah membuat membuat perancangan untuk mendapat
pembiayaan bagi perniagaan beliau. Hal ini dikatakan demikian kerana pembiayaan
dapat membantu dalam memulakan dan menaik taraf perniagaan. Oleh hal yang
demikian Encik Neo Kek Siang telah mendapatkan pembiayaan modal dengan
melakukan pinjaman bank bagi memulakan perniagaan. Encik Neo Kek Siang
membuat pinjaman bank daripada Public Bank. Hal ini telah memudahkan Encik Neo
Kek Siang dalam menaik taraf perniagaannya. contohnya, pembiayaan tersebut dapat
membantu beliau untuk mendapatkan barang, menaik taraf perabot, mendapatkan
bekalan barang yang baru dan sebagainya.

Selain itu, Encik Neo Kek Siang juga membuat perancangan dalam mencari
pembekal bagi perniagaan beliau. Hal ini akan memudahkan beliau untuk
mendapatkan stok barangan. Encik Neo Kek Siang mendapatkan bekal barangan dari
Bintulu. Hal ini dikatakan demikian kerana Bintulu merupakan bandar yang dekat
dengan kawasan Belaga. Beliau memilih kawasan tersebut bagi menpercepatkan
proses pengambilan barang dan pergumpulan stok barang. Hal ini juga akan
menjimatkan kos penghantaran dan mempercepatkan mendapatkan barangan.

17
5.3.2 Kepimpinan

Di samping itu, terdapat juga Syarikat Neo Kek Siang Tranding Co.
menggunakan fungsi pengurusan kepimpinan. Kepimpinan merupakan satu proses,
pengurus atau pemimpin cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan untuk mencapai objektif dan
matlamat. Kepimpinan yang baik dapat memotivasikan pekerja dengan menggunakan
insentif kewangan dan bukan kewangan bagi memastikan pekerja prodaktif. Hal ini
akan merapatkan hubungan majikan dengan pekerja dan bagi mengelakkan masalah
pemberhentian pekerja. Sebagai contoh, Encik Neo Kek Siang memberikan bonus
kepada pekerja jika perniagaan dalam keadaan stabil bagi memberikan motivasi
pekerja untuk terus berkhidmat dalam perniagaan. Selain itu, Encik Neo Kek Siang
juga menjaga kebajikan pekerjanya dengan menanggung makan dan minum para
pekerja serta memberikan waktu berehat bagi pekerja. Hal ini akan dapat
mengelakkan para pekerja daripada berhenti kerana pekerja diberikan hak
kemanusian. Seterusnya, Encik Neo Kek Siang juga memberikan gaji kepada
pekerjanya mengikut gaji minimum yang diarahkan oleh pekerjaan, walaupun
perniagaannya berada di pendalaman. Hal ini akan membantu dari segi pendapatan
pekerja bagi menyarakehidupan mereka. Jelaslah bahawa fungsi pengurusan
kepimpinan amat penting dalam menjalankan perniagaan bagi memudahkan dalam
mempengaruhi gelagat pekerja.

5.4 Cabaran dalam perniagaan

Berdasarkan teori system, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat


berdikari. Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang
berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum
para peniaga merancang strategi perniagaan, mereka perlu mengenali, menganalis dan
memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu. Namun, persekitaran

18
perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu persekitaran perniagaan dalaman
dan persekitaran perniagaan luaran.

5.4.1 Dari aspek persekitaran dalaman

Persekiran dalaman merupakan unsur yang paling dekat dengan usahawan dan
pengaruhi secara lansung aktiviti perniagaan. Hal ini dikatakan demikaian kerana
peniagaan perlu menilai kekuatan kelemahan yang ada dalam perniagaan. Oleh hal
yang demikian terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh Encik Neo Kek Siang
dalam perniagaannya, iaitu Syarikat Neo Kek Siang Tranding Co.

5.4.1.1 Sumber organisasi

Antara cabaran dalaman yang dihadapi oleh Syarikat Neo Kek Siang
Tranding Co. ialah cabaran sumber organisasi. Oleh hal yang demikian Encik Neo
Kek Siang perlu pastikan sumber organisasinya, terutamannya sistem dan struktur
adalah efisyen dan efektif. Misalnya, Encik Neo Kek Siang mengalami masalah
dalam mengubah urus takbir perniagaan. Hal ini akan menyebakan berlakukan
masalah dalam menyesuaian diri dengan perubahan yang dilakukan. Perubahan urus
takbir perniagaan akan lebih banyak mempengaruhi dalaman perniagaan. Oleh itu,
Encik Neo Kek Siang perlu bijak dan peka terhadap persekitaran yang berlaku bagi
mengelakkan kesan yang besar terhadap perniagaan.

5.4.1.2 Budaya

Seterusnya, cabaran dalaman yang dihadapi oleh Syarikat Neo Kek Siang
Tranding Co. juga ialah dari segi budaya. Budaya ialah berkaitan dengan corak
kepercayaan, jangkaan dan nilai yang dikongsi bersama ahli organisasi. Hal ini bagi
menimbulkan budaya positif supaya wujudnya suasana yang baik dalam dan luar

19
organisasi. Hal ini demikian kerana Daerah Belaga mempunyai pelbagai bahasa dan
budaya. Contonya, kenyah, kayan, punan, iban, kejaman dan sebagainya. Hal ini
menyebabkan pelbagai cara layan yang di berikan oleh pelanggan dan pekerja.
Syarikat Neo Kek Siang Tranding Co. mempunyai pekerja yang berbangsa kayan,
iban dan kenyah ini terdapatnya banyak perbezaan budaya dan bahasa. Misalnya,
Encik Neo Kek Siang merupakan seorang cina, beliau mempunyai pekerja yang
mempunyai banyak bahasa. Hal ini akan menyebabkan Encik Neo Kek Siang untuk
berkomunikasi dengan pekerjanya. Oleh hal yan demikian Encik Neo Kek Siang
perlu mempelajari bahasa dan budaya pekerja beliau.

5.4.2 Dari aspek persekitaran luaran

Persekitaran luaran merupakan semua unsur di luar organisasi yang releven kepada
organisasi perniagaan. Misalnya, organisasi perniagaan mendapatkan input seperti bahan
mentah, barangan jualan, wang, buruh dan teknologi, manakala menjual output kepada
persekitaran jualan. Syarikat Siang Tranding Co. melibatkan persekitaran luaran khusus atau
persekitaran mikro, iaitu persekitaran yang mempengaruhi aktiviti perniagaan secara lansung
ini melibatkan persekitaran luar daripada perniagaan. faktor persekitaran luar mempunyai
pelbagai cabaran yang dapat mempengaruhi perniagaan.

5.4.2.1 Pembekal dan Pemborong

Antara cabaran luaran yang dapat dihadapi oleh Syarikat Siang Tranding Co.
iaitu pembekal dan pemborong. Hal ini akan menyebabkan berlakunya masalah
dalam pengambilan barang atau stok barang. Misalnya, Encik Neo Kek Siang
mengalami cabaran dalam mencari pemborong dan pengedar kerana memerlukan
kepercayaan dari pembekal atau pemborong tersebut untuk melakukan pembelian dan
menunggak pembayaran. Hal ini demikian supaya proses pengeluaran yidak terjejas
dari segi kualiti barang atau barangan yang dipasarkan. Oleh hal yang demikian ini
Encik Neo Kek Siang harus mencari pemborong dan pembekal yang dapat
memberikan kepercayaan kepada beliau.

20
5.4.2.2 Pesaing

Selain itu, cabaran luaran yang dapat dihadapi oleh Syarikat Siang Tranding Co. juga
ialah terdapat pesaing. Oleh hal yang demikian Encik Neo Kek Siang perlu
memahami aktiviti peNeo Kek Siang dan membentuk strategi perniagaan yang
berkesan bagi melancarkan perniagaan. Misalnya, Encik Neo Kek Siang perlu
mencari peluang-peluang bagi meningkatkan jumlah pelanggan dan meluaskan
pasaran. Antara pesaing yang juga menawarkan barangan kepada pelanggan ialah
Gerai Rakyat Enterprise, Kedai Teck Hua Cham, Halimatus, Fresh Mart, Tey Hock
Chiang, Liang Hun dan Tek Hua Hung. Oleh hal yang demikian Encik Neo Kek
Siang perlu mencari strategi bagi menarik para pelanggan. Hal ini demikian kerana
bilangan penduduk di kawasan Belaga adalah kurang. Hal ini akan menyebabkan
perebutan dalam menarik perhatian pelanggan.

21
6.0 PENUTUP
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan menganalisis tentang ciri, peranan
dan cabaran usahawan dalam mengambil alih perniagaan Syarikat Siang Tranding Co.
Perniagaan Syarikat Siang Tranding Co. merupakan sebuah pernigaan yang dimulakan oleh
Encik Neo Hood Ann yang merupakan bapa kepada Encik Neo Kek Siang di Daerah Belaga,
Sarawak. Kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai empat objektif utanam iaitu
menganalisis ciri-ciri usahawan dari segi sifat-sifat peribada usahawan berjaya serta tabii
orang berjaya, mengkaji kaedah usahawan memulakan dan menjalakan perniagaan dari segi
kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaan serta pembiayaan serta
kemudahan dan bantuan yang diterima bagi memulakan perniagaan, menghuraikan peranan
usahawan dalam melaksankan fungsi pengurusan dalam organisasi dan membincangkan
cabaran persekitran luaran dan dalaman yang mempengaruhi perniagaan.

Untuk mendapatakan data kajian, pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah untuk
mengumpul data daripada sumber primer dan sekunder. Sumber primer terdiri daripada
pemerhatian dan temu bual. Pengkaji juga menggunakan sumber data sekunder seperti buku,
jurnal dan keratan akhbar untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan konsep yang
dikaji.

Hasil kajian menunjukkan Encik Neo Kek Siang mempunyai sifat peribadi yang
berjaya seperti berani menanggung risiko. Encik Neo Kek Siang juga mempunyai efektif
seperti bijak dalam membahagikan atau menguruskan masa dan mempunyai inisiatif yang
tinggi. Encik Neo Kek Siang telah mengambil alih perniagaan bapa beliau kerana perniagaan
tersebut merupakan peninggalan bapa beliau dan tanggungjawab beliau dalam
mempertahankan perniagaan tersebut. Dua fungsi pengurusan yang dikaji ialah perancangan

22
dan kepimpinan. Usahawan ini mempunyai matlamat yang hendak dicapai serta membentuk
strategi yang sesuai untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Dari aspek perancangan,
pengkaji mendapati usahawan ini bijak dalam mengambil peluang terhadap pesaingnya
dengan peletakan barang yang sedikit rendah dan membuat pembaharuan barangan yang
dijual. Antara cabaran persekitaran yang dikaji ialah cabaran dari segi persekitaran dalaman
dan persekitaran luaran. Cabaran dari aspek persekitaran dalaman pengkaji mengkaji tentang
sumber organisasi dan budaya, manakala cabaran dari aspek persekitaran luaran pula
pengkaji mengkaji tentang pembekal dan pemborong serta pesaing.

Pengkaji berpendapat, Encik Neo Kek Siang perlu membuat penambahbaikan barang
jualan dan kemudahan di kaunter pembayaran bagi mempercepatkan urusan pembayaran
dikaunter. Pengkaji juga mencadangkan agar, usahawan ini menyediakan pembayaran tanpa
tunai melaluli e-pembayaran bagi meningkatkan kecekapan dalam pebayaran. Pengkaji juga
berpendapat, usahawan ini boleh menyediakan kemudahan seperti bakul atau troli untuk
memudahkan pembeli menyimpan barang yang dibeli.

23
7.0 SENARAI RUJUKAN
Evan Mikil, April 2015, Diakses pada 10 Disember 2021, daripada
http://evanmiki123.blogspot.com/2015/04/faktor-dalaman-dan-luaran-dalam.html
http://www.balohpedia.com/2017/03/pengenalan-kepada-perniagaan.html
(perkhidmatan secara fizikal)
SMEinfo, 2021, Diakses 08 januari 2022, daripada
https://www.smeinfo.com.my/memulakan-perniagaan/
Mawar Berduri, November 2016, Diakses pada 23 Januari 2022, daripada
http://tokohusahawanberjaya.blogspot.com/2016/11/ciri-ciri-usahawan-dan-tokoh-
usahawan.html
HP Prodaction, peta Syarikat Siang Tranding Co. November 2017, Diakses pada 31 mac
2022, daripada
https://www.google.com/maps/place/Syarikat+Siang+Trading+Co/
@2.7059141,113.7820832,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!
1s0x321c8d7a50e4a649:0xcbbec8a835d3e4fd!8m2!3d2.7059087!4d113.7842719
Wawacara secara bebas antara pengkaji dengan Encik Neo Kek Siang selaku usahawan
Syarikat Siang Tranding Co., whatsapp dan Syarikat Siang Tranding Co., pada jam 1.48
petang, pada 18 November 2021

24
8.0 LAMPIRAN

Gambar 1: Syarikat Siang Tranding Co.

25
26

Anda mungkin juga menyukai