Anda di halaman 1dari 3

Sindirian adalah perkataan yang digunakan untuk mengata, mengejek, mengeji atau mencela

seseorang ialah sindiran.  Sindiran dilakukan tanpa berterus-terang. Bahasa sindiran


mengandungi maksud yang ditujukan kepada seseorang, tetapi tidak disebutkan secara tepat,
hanya disinggung atau dikias-kiaskan kepada perkara yang lain, kerana tidak mahu disebut
secara terus-terang.  Sekira orang yang ditujukan itu mengerti, maksud sindiran itu dapat
dirasakannya, seperti kata peribahasa Melayu:  Siapa makan cili dialah terasa pedasnya.
Dalam filem Seniman Bujang Lapok banyak memberikan gambaran bahasa sindiran yang
digunakan oleh watak Ramli.

Watak Dialog Percakapan Masa


Ramli kau orang ni lain tak ada, bom meletuplah, Perang Jepunlah! Kita 3minit 49 saat
dah sibuk tak ada kerja ni asyik bom meletup!

Teks diatas menerangkan Ramli telah menyindir Sudin dengan Aziz yang asyik sibuk dengan
bom meletup, dan perang Jepun. Sedangkan pada masa itu satu kerja pun mereka tidak ada.
Ramli menyindir dengan bersahaja untuk menyedari Sudin dan Aziz agar tidak terlalu sibuk
dengan perkara luar. Sindiran Ramli dalam filem ini memberikan kesedaran kepada
masyarakat bahawa haruslah pentingkan perkara yang penting dahulu berbanding dengan
dunia luar atau hal lain. Bahasa yang ditutur oleh Ramli itu masih digunakan pada zaman
kini. Ucapan yang diucapkan oleh Ramli itu memberikan gambaran nasihat kepada penonton
agar sentiasa mementingkan perkara yang penting dahulu berbanding dengan perkara lain.

Watak Dialog Percakapan Masa


Ramli Apa kau fikir ini duit bapak engkau… ya? 16minit 09 saat

Teks diatas menerangkan Ramli pada ketika itu menyindir Sudin yang meminta duit
kepadanya. Sudin menyuruh Ramli supaya naik teksi untuk pergi ke tempat filem studio
tetapi Ramli memberitahu kepada Sudin bahawa duit itu adalah duit dia bukannya duit bapa
Sudin. Intonasi yang digunakan oleh Ramli bersahaja dan memberikan makna yang tersirat
kepada penonton. Mungkin sesetengah penonton menganggap kelakar sindiran yang diucapak
oleh Ramli itu. Namun disebalik ucapannya itu ada maksud tersirat. Para penonton juga dapat
mengambil pengajaran berdasarkan ucapan Ramli ini iaitu duit seharusnya dicari bukan
meminta-minta dengan orang lain. Ucapan yang digunakan oleh Ramli “bapak engkau”
masih digunakan pada zaman kini dan boleh dikatakan penggunaannya sama pada zaman
dahulu dan zaman sekarang.

Watak Dialog Percakapan Masa


Ramli Cakap biarlah betul. Bukan pilam studia, filem studio…daa! 18 minit 32 saat

Teks diatas menerangkan Ramli menyindir Sudin yang pada ketika itu salah sebut perkataan
pilam studio sepatutunya Sudin perlu menyebut filem studio. Ramli menyindir Sudin dengan
bersahaja tanpa kiasan. Hal ini kerana Ramli ingin membetulkan sebutan yang disebut oleh
Sudin itu. Ini dapat membuktikan ucapan tersebut dapat memberikan pengajaran kepada
masyarakat agar tidak merosakkan bahasa. Bahasa haruslah disebut dengan betul kerana
bahasa tidak boleh dicemari dengan bahasa slanga ataupun dialek. Ucapan yang diucapkan
oleh Ramli itu masih lagi digunakan pada masa kini.

Watak Dialog Percakapan Masa


Ramli Memang betul dia cakap, kau tu mana ada bahasa? Panggil 21 minit 33 saat
orang hoi…hoi…hoi. Bahasa menunjukkan bangsa tahu?

Teks diatas menerangkan Ramli menyindir Sudin pada ketika itu memanggil orang dengan
panggilan hoi. Ramli menyindir dengan keras supaya dapat menyedari Sudin bahawa
panggilan kepada seseorang itu tidak boleh dipanggil “hoi” begitu sahaja. Ucapan yang
digunakan oleh Ramli masih digunakan pada masa kini. Terdapat dua pengajaran yang dapat
dilihat berdasarkan ucapan yang digunakan Ramli itu. Pengajaran yang pertama ialah bahasa
itu penting dan haruslah digunakan dengan betul kerana bahasa menunjukkan bangsa.
Pengajaran yang kedua ialah adab dengan seseorang. Memanggil seseorang tersebut tidak
boleh dipanggil dengan panggilan “hoi” kerana ianya boleh menjadikan seseorang itu akan
terasa hati. Adab dengan manusia haruslah dijaga kerana adab mencerminkan diri seseorang
itu.

Watak Dialog Percakapan Masa


Ramli Hoi, yang kau orang ini menyumbat-nyumbat telinga ini, 48 minit 17
kenapa ada bertebiat nak mapus…ya? saat

Teks diatas menerangkan Ramli pada itu menyindir Aziz dan Sudin yang menyumbat-
nyumbat telinga kerana pada ketika itu, rumah sewa yang disewa oleh mereka, jiran
sebelahnya membuat bising. Jadi Sudin dengan Aziz telah menyumbat telnga dengan
menggunakan kapas untuk menghilangkan bunyi bising tersebut. Intonasi yang digunakan
Ramli itu agak keras kerana dapat dilihat ianya menggunakan perkataan “nak mapus”.
Ucapan yang digunakan oleh Ramli ini biasa digunakan pada masa kini. Ucapan ini juga
dapat dilihat berbentuk sindiran. Terdapat pengajaran yang boleh diambil oleh masyarakat
iaitu masyarakat haruslah berbincang elok-elok dengan jiran sebelah supaya tidak membuat
bising dan tidak menganggu jiran..

Jelaslah, dalam filem Seniman Bujang Lapok ini menggunakan bahasa sindiran. Bahasa
sindiran yang digunakan dalam filem ini bukanlah untuk menyindir semata-mata. Namun
ianya untuk memberikan pengajaran kepada penonton mahupun masyarakat. Bahasa sindiran
yang terdapat dalam filem ini juga sering digunakan pada masa kini.

Anda mungkin juga menyukai